Memaparkan catatan dengan label Iklan blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iklan blog. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2016

Nuffnang masih ada?

Lama juge dah tak bukak akaun nuffnang.


Sekarang ni mungkin nuffnang dah tak popular macam dulu sebab tumpuan pengguna internet banyak tertumpu pada aplikasi Facebook, twitter dan instagram.

Blog dah makin kurang orang lawat dan baca.

Tapi apa pun bulan lepas dapatlah juge 'cash out' dari akaun nuffnang. Adelah beberapa sen blog cabuk ni dapat dari iklan nuffnang. Lepaslah isi minyak kereta buat pergi balik sekolah seminggu dua. Boleh juge tambah sikit stok cincau.

Bila belek akaun nuffnang ade pulak dapat lagi RM2 lebih kurang. Sebab ade pembaca masuk dan klik pada iklan. Terima kasih la ye yang klik pada iklan tu.

Kalau blogger yang besau-besau tu tak layan income sikit-sikit. Mau ribu-ribu RM kalau sekali 'cashout'.

Ada beberapa artikel blog ini yang sentiasa dilawati setiap hari:
Artikel pasal cincau, jelly kelapa dan arba network.

'Niche' pada blog ni sekarang lebih pada hal kewangan dan skim cepat kaye.

Dalam masa yang sama ramai rakan blogger lain yang mula menyepi satu demi satu. Sibuk dengan kerjaya barangkali...

Baca artikel penuh...

Isnin, 25 April 2016

Resepi cincau?

Artikel berkenaan cincau di blog ini nampaknya masih mendapat perhatian.

Bagi yang nak mencuba buat cincau sendiri boleh cuba dapatkan di cincaubp.blogspot.com. Ya ini memang saya yang buat sendiri.

Bila dah dapat resepinya nanti mungkin boleh diolah mengikut gaya yang sesuai mengikut pengalaman sendiri. Saya pun bermula dari kosong berkenaan cincau ni.

Nak makan sendiri boleh.
Nak sedekah pada jiran boleh.
Nak buat jualan pun boleh.

Air cincau pun boleh proses sendiri. Jadi kalau anda memang suka cincau tapi ragu-ragu berkenaan status halal dan bersihnya, cubalah buat sendiri.

Siapa tahu dengan pek percubaan ni anda akan jadi pembekal dan import masuk daun cincau pula satu hari nanti? haha.

* stok dah nak habis. Stok baru akan sampai tak lama lagi. Baca artikel penuh...

Isnin, 6 Julai 2015

Khidmat sewa alat muzik dan 'coaching' nasyid Johor

Set alat muzik untuk disewa.

Conga, darbuka, djembe, bongo, shaker & tambourine.

Harga sewa boleh runding.

Boleh juga runding khidmat latihan untuk pasukan sekolah (rendah / menengah) dan lagu untuk pertandingan festival nasyid (lagu + lirik).

SMA Pt Sulong 

SK Seri Padang Sari

Sekolah yang pernah dilatih / beri khidmat:

Sekolah Sains Seri Puteri, KL (latihan vokal & percussion)
SMK Dato Bentara Dalam, Segamat (latihan vokal dan percussion)
Integrated Islamic School Kota Damansara (latihan vokal & percussion)
SK Kota Dalam, Air Hitam, Batu Pahat. (sumbangan lagu)
SK Seri Padang Sari, Batu Pahat (Vokal, percussion & lagu)
SMA Parit Sulong, Batu Pahat (vokal, percussion & lagu)

Pengajar mempunyai pengalaman sejak sekolah dan aktif semasa di IPT.
Bukan profesional. Tapi minat dan isi masa terluang, dalam masa yang sama membantu dalam proses pendidikan murid-murid.

Pengalaman nasyid:
ahli pasukan SMKA Segamat (sekolah)
kumpulan Irfan di kampus Universiti Malaya.
kumpulan Irfan Jazim Motivation Group

Khidmat latihan setakat ini di kawasan Batu Pahat, Kluang.

0127682615 - Cikgu Fauzi (sayelah itu) Baca artikel penuh...

Isnin, 1 Disember 2014

Takaful dan kad perubatan tak penting pun?

Kalau tanya saya, memang saya kata penting. Sebab saya sudah lihat sendiri bagaimana orang sekelilinga saya terpaksa keluarkan duit simpanan beribu-ribu RM semata-mata untuk bayar bil rawatan.



Pengalaman ahli keluarga

Pengalaman yang paling tak boleh nak lupakan bila ibu sendiri yang terkena. Masa itu saya baru lagi jadi ejen takaful. Bukan calang-calang penyakit, kanser payudara,
Baca artikel penuh...

Rabu, 30 Oktober 2013

Blog gila 'like'

Rasanya pernah cakap berkenaan hal ni dulu.

Seringkali berlaku sebenarnye hari ini.

Sedang kita belek-belek laman FB, tiba-tiba ada 'post' dari sahabat yang mencadangkan satu video / artikel / berita di blog yang menarik perhatian kita.

Lalu tanpa melengahkan masa, kita pun 'klik' pada pautan yang ada, dengan harapan dapat terus membaca / melihat halaman berkenaan.

Tapi.

Masalahnya pula, sebelum baca, kena 'like' dahulu FB page blog berkenaan. Kalau tak nak like, kena tunggu beratus-ratus saat.



Pada saya, cara sebegini agak keji. Ya, keji kerana seolah memaksa. Walhal kalau tak buat begitu, orang tak mahu pun klik butang 'like'.

Lebih angin lagi bila maklumat yang kita baca setelah terpaksa like itu hanya indah kabar dari rupa. Tak menarik pun pada pandangan kita dan tak sewajarnya dapat 'like'.

Bukanlah nak cemburu tak memasal kerana blog cabuk ini tak ramai pengunjung. Tapi cara kumpul 'like' begitu adalah cara murahan dan kelihatan seperti terdesak (dan gila?) mahukan perhatian pembaca. Promosi blog dan FB page pun, biarlah kena dengan caranya.

Maklumat yang bagus, perkongsian yang menarik, artikel yang bermanfaat, orang akan suka dan 'like' tanpa diminta.

Semoga saya dijauhkan juga dari penyakit gila like ini.

FB Hidup Orang Biasa tak banyak like pun. Baca artikel penuh...

Selasa, 23 April 2013

Artikel tumpuaan minggu ini

Blog cabuk ni taklah popular pun. Tapi alhamdulillah ada juga yang sudi singgah membaca.

Biasanya artikel yang jadi tumpuan adalah pekara berkaitan dengan MLM dan juga penipuan.

Minggu ini artikel yang paling banyak dibaca adalah:
1. Detox terapi ion kaki
2. Lagi cerita MLM: MC Ocean

2 benda ni memang tengah 'hot' agaknye. Ramai orang cari maklumat untuk tahu perkara ni. Biasalah ada yang sokong, ada juga yang tidak.

Macam dulu kes MLM Hai O, Score A dengan Infinity Downline, naik jugelah trafik blog ni sebab ramai yang cari maklumat pasal perkara ni.

Lagilah maklumat pasal sisi negatif MLM ni tak banyak sangat berbanding dengan maklumat promosi yang banyak indah kabar dari rupe.

Tapi dalam celah-celah topik MLM minggu ni tak sangka juga Resepi Bubur Nasi pun dapat tumpuan juge haha.

Semoga resepi yang dikongsikan dapat beri manfaat pada mereka yang membaca dan ingin mencuba. Tak susah pun kan masak bubur ni.

Apa pun tujuan utama blog ini diwujudkan bukan nak mencari tarik yang banyak dan untung. Cuma nak berkongsi maklumat dengan pembaca lain. Apa yang bermanfaat boleh diambil, dikongsi dan disebar luaskan. Baca artikel penuh...

Sabtu, 8 Disember 2012

Domain, hosting percuma?

Klik sini untuk bacaan lanjut.

Terima kasih traveloghortikultur kerana turut mempromosikan.

Jadi kepada blogger yang masih belum daftar, boleh cuba daftar. Tawarannya sehingga 25 Disember sahaja.

Bayaran tahunan pun cuma RM 20 sahaja. Sebulan simpan RM2 dah cukup hehe. Baca artikel penuh...

Khamis, 22 November 2012

Carian artikel di blog

Saya sentiasa lihat statistik trafik di blog. Kalau dulu sekitar 30 ke 70 UV sehari, sekarang dah naik sikit ke 70 - 120 UV sehari.

Cuma saya perasan ada satu artikel yang dilihat banyak kali dalam masa beberapa bulan ini. Artikel ini : Isteri curang (ibu cerita)

Tak tahulah mengapa. Tapi kalau yang datang jenguk artikel sebab nak cari cerita 'stim', minta maaflah. Blog saya tak sediakan benda seperti itu. Ruangan Fiqh dan Kewangan Islam adalah kalau mahu.

Kisah Isteri curang (ibu cerita) itu sememangnya benar dari ibu saya. Malah pakcik dalam cerita itu memang saya kenal, dan masih lagi datang potong rumput dirumah saya. Bukan suka-suka nak reka.

Jadi minta maaflah sekali lagi kalau yang datang tu nak cari cerita-cerita 'stim' begitu. Baca artikel penuh...

Rabu, 24 Oktober 2012

Facebook Page: Hidup Orang Biasa

Terima kasih kepada encik Apan@kongsakongsi atas bantuan dan pendapatnya berkenaan dengan Facebook page Hidup Orang Biasa.


Dah lama juga terfikir nak buat 'page' untuk blog ni. Cuma rasa agak segan dengan FB page blog lain yang banyak info untuk dikongsi. FB page saya ni tidaklah banyak mana infonya. Tapi insyaAllah mana yang bermanfaat boleh dikongsi bersama.

Lagipun mudah sikit nak promosi blog dan kongsi certita serta maklumat pada rakan-rakan di Facebook.

Pada yang sudi, sudi-sudikalah jengah. Tak dipaksa untuk 'like'. Anda dapat manfaat dari penulisan saya, itu sudah cukup bermakna.

Bak kata ustaz Hasrizal, Hidup Untuk Memberi.
Baca artikel penuh...

Sabtu, 6 Oktober 2012

Penangan Dr Rozmey dengan Emas Geneva!

Sesungguhnya blog ini hanyalah blog cabuk. Tak ramai yang baca, tak ramai yang jadi 'follower'. Tak popularlah senang kata.

Biasanya sehari adelah dalam 50 - 100 Unique Visitor (UV). Kalau hujung minggu lagilah jatuh merudum.

Tapi minggu ini trafik naik mencanak-canak. Dek kerana penangan Emas Geneva yang kena serbu dan juga pengangan Dr Rozmey (yang ini paling dahsyat)

UV sehari naik berganda-ganda. Ada sehari sampai 10 kali ganda. Banyaklah bagi blog yang tak popular ni. Bagi blogger-blogger hebat, 1000 UV sehari ape nak heran kan?

Jus mate 5, herba prima, Dr Rozmey - tipu?

Pelaburan Emas Geneva tak patuh hukum syarak


Itulah artikel yang menaikkan trafik blog ini minggu ini. Alhamdulillah.

Cuma sayangnya tiada BE yang singgah minggu ini. Kalau tidak banyak jugalah dapat 'income' dari nuffnang.

Artikel yang lepas-lepas pun boleh menyumbang menaikkan trafik blog kalau kena masa.


Baca artikel penuh...

Rabu, 26 September 2012

Kek Coklat Moist Segera!

Sebenarnya taklah segera sangat pun.

Resepi diambil dari ibu mertua. Bukan resepi sendiri.

Maka terhasillah gambar seperti di bawah ini.



 Sudah dimakan separuh. Dijual dengan harga RM30 (sebiji besar tu..bukan separuh RM30).

Jadi atas kejayaan kek itu, maka isteri saya pun cuba-cuba peketkan ramuan tepung kek itu mengikut sukatan. Kemudian jual secara 'online' dan 'offline'.

Cara buat turut disertakan sekali. Maksudnya cuma perlu ikut arahan. Tak payah pening sangat nak sukat-sukat, timbang tepung semua.


Harga runcit tak termasuk pos adalah RM15. Boleh cuba tengok sini.

Baca artikel penuh...

Jumaat, 21 September 2012

Artikel ' Cut/copy and Paste '



Pernah tak anda layari blog dan membaca berita di blog orang, dan beritanya sama seperti di web akhbar harian?

Atau anda pergi terjumpa satu tajuk yang agak gempak di blog, lalau anda klik kerana tajuknya macam gempak. Tapi sebenarnya artikel blog itu cuma 'copy and paste'.

Ada baik buruknya artikel 'copy and paste' di blog ini.

Namun bagi saya, blog yang buat seperti ini sudah melambak dan terlalu banyak. Serupa jelmaan web akhbar harian, cuma versi blog. Bosan kan kalau begitu?

Bukannya tak boleh nak 'copy' berita dari tempat lain danmuatkan dalam blog sendiri. Cuma kalau setiap post di blg kita begitu, orang akan naik menyampah dan bosan. Kalau boleh, tambah lah ulasan atau beri pendapat dan pandangan peribadi kita berkenaan isu itu.

Tak percaya, anda boleh cuba layari web untuk ping entry seperti blogr.my dan boleh dapat lihat banyak entry blog versi cut and paste.

Sisi positif
Bagi saya 'cut and paste' biarlah berpada-pada.

Namun dari sisi positifnya, kita dapat dibekalkan dengan maklumat dan isu yang hangat diperkatakan. Iyelah, kalau banyak betul blog yang 'copy' berita tu, mesti isu tu tengah hangat kan?

'Copy and paste' artikel yang informatif macam unsur keagamaan juga ada baiknya. Bagus untuk dikongsi dan jadi bacaan untuk semua. Baca artikel penuh...

Jumaat, 17 Ogos 2012

#SaveJejai : Bantuan anda sangat dihargai

Siapa jejai ni?

Saya tak pernah kenal dia. Saya tak pernah pun jumpa dia. Jauh sekali kenal rapat dan berbual-bual.

Saya dapat tahu tentang blogger otai ini pun dari eyriqazz dan sharinginfoz serta matjoe.



Tidak seperti eyriqazz, sharinginfoz dan matjoe, tak banyak yang dapat saya ceritakan tentang Jejai ini.

Apa yang saya tahu, Jejai telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 4. Ya, tahap 4 yang sudah kritikal.

Sedikit sebanyak bercakap tentang kanser, saya dapat memahami sedikit perasaan anak-anak serta ahli keluarganya yang lain. Sebab saya sendiri mempunyai ibu yang sudah menjalani pembedahan kanser payudara serta rawatan kimoterapi.

Baca artikel penuh...

Rabu, 15 Ogos 2012

Segmen: Kenapa Raya Tahun Nie Aku Gembira?

Sengaja sertai segmen blog cik Zura kali ini.

Tajuk asalnya adalah Kenapa Raya Tahun Nie Aku Happy?. Saya murnikan sikit, melayukan perkataan Happy itu dengan gembira. hehe. Jangan marah ye tuan punya segmen.

Sebab duit raya? Mana orang nak bagi duit raya pada bapak budak yang dah tue bangke sebegini..
Raya tahun ini saya gembira (walaupun tak kerja...serius menganggur) kerana:

1. Habis Diploma Pendidikan di IPGM KTI...Tamat sudah perit jerih buat follio, tugasan, praktikum dan macam-macam lagi.

2. Anak dah besar. Dah setahun setengah raya ni. Dah petah mulut panggil orang, ajak berbual. Dah boleh panggil  "Ayah!". Tak kurang juga kelincahannya buat orang pening kepala sampai letih terjelir lidah nak melayannye.


Selamba tak puasa minum depan orang..

3. Kebolehan memasak diakui oleh sedara sebelah mertua. Ini dibuktikan dengan menjalankan perniagaan gerai kecik depan rumah sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Antara menu yang menjadi laris dan sedap dimakan adalah Jeli Kelapa, Roti Jala Gulung Sayur dan tak ketinggalan juga rendang ayam.

Lelaki pun boleh pandai duduk dapur apa..

Tak ketinggalan juga, dapat belajar skill belah kelapa. Walaupun sekarang kalau tetak kelapa masih senget lagi. Tapi lebih eloklah dari sebelum ni...

4. Isteri belikan baju raya sama warna dengan anak. Anak nampak segak, bapaknye pula kacak....

Kalau nak tulis semua sebab, boleh buat novel bersiri macam Harry Potter gamaknye..


Baca artikel penuh...

Ahad, 12 Ogos 2012

Hans Comix di Hans Blog

Blowalking hari ini menemukan saya dengan Hans Blog.


Apa yang menarik perhatian saya pada blog ini adalah Hans Comix.

Kelakar juga. Tak tahulah wataknya diambil dari cerita apa.

Boleh cuba tengok dulu The Dictator (pingat Olimpk)

Siapa yang nak santai-santai boleh juga baca Hans Comix ye.


Baca artikel penuh...

Cek dari Nuffnang?

Semalam balik ke kampung halaman jenguk orang tua.

Tengok-tengok pada surat yang sampai. Alhamdulillah udah sampei cek dari nuffnang. Kira macam duit raye lah jugak walaupun sikit.

Dari bulan September 2011 hinggalah hujung April 2012. Iklan Nuffnang pun baru letak mula Sepember 2011.

Tak banyak pun dapat. Jauh sangat la nak banding dengan blogger lain yang saya 'follow' macam encik apan, sharinginfoz, eyriqazz, msredcheese dan juge arelan.

Depa semua dapat cek ratus-ratus RM, ada juga yang 4 angka. Apelah sangat nak banding dengan kita yang dapat setakat dua angka. Buat celah gigi saje. Sekali belanja buat buka puasa dah habis hehe.

Ape pun dari tak menghasilkan apa-apa, biarlah ade sikit kan? Lagipun sekadar 'pasif income'.


Cuma RM53.75 sahaje

Sekurang-kurangnya saya yakin bahawa nuffnang tak menipu dan membayar blogger dengan nilai yang selayaknya. Tak seperti advertlets yang memang hot cerita dengan tak bayar duit pada blogger.

Baca artikel penuh...

Sabtu, 14 Julai 2012

Fikri Kacak si penulis

Diam tak diam, sebenarnya saya ada seorang rakan sekolah, turut merangkap rakan blogger yang berjiwa penulis.

Sila lawat blog saudara fikri : http://fikrikacak.blogspot.com/

Walaubagaimanapun rakan saya ini hanya menulis secara sambilan, dan juga penulis buku-buku 'underground'. Walaupun sekadar menulis di buku 'underground', bukan boleh menulis sesuka hati. Cerita tak sedap, bahasa tak bagus, siapa yang nak baca kan?

Tapi memandangkan menulis secara underground, buku-buku tersebut cetakannya terhad dan tiada di kedai buku biasa. Belian biasanya secara online.

Antara karya yang dihasilkan.

Beli di gobok buku atau email pada fikrikacak.

Buku ini sudah 'sold out'

Bagi saya, ini adalah satu permulaan yang baik untuk berkarya sebagai penulis. Saya doakan semoga fikrikacak menjadi seorang penulisyang berjaya.

Jemput semua lawat http://fikrikacak.blogspot.com/

* artikel ini bukan artikel berbayar. Sekadar menyokong usaha seorang rakan supaya lebih giat berkarya.
Baca artikel penuh...

Jumaat, 13 Julai 2012

Ping entry dengan Blogr.my

Saya dapat maklumat ini daripada blogger Eyriqazz. Terima kasih bagi maklumat yang berguna.

Saya baru daftar dan jenguk-jenguk blogr.my.


Setakat ini aplikasinya mudah untuk digunakan.

Ada sistem mata/poin yang digunakan dalam blogr ni. Maklumat yang diberitahu mata ni boleh ditukar dengan hadiah dan lain-lain pada masa akan datang.

Kalau nak cuba, rasanya tak rugi apa-apa. Sambil ping blog dan entry sendiri, dapat juga 'blogwalking' ke blog lain untuk tambah ilmu dan kenalan.

Entry yang kita ping boleh kita lihat dalam senarai saluran mengikut kategori. Macam saya baru ping artikel Infinity Downline Haram dalam kategori perniagaan. Jadi entry ini akan boleh dilihat dalam saluran blogerai.

Yang lain belum habis jelajah lagi.

Anda tak mahu cuba? Cuba daftar di blogr.my


Baca artikel penuh...

Isnin, 5 Mac 2012

Carian tentang MLM, penapis air


statistik carian bulan lalu

Statistik blogger


Carian dan statistik di blogini tidaklah hebat seperti blog-blog lain. Jauh teramat kecil.


Penapis Air

Tidak tahulah kenapa. Carian tentang penapis air banyak betul sangkut di blog.

Walhal artikel saya beli penapis air itu tahun 2008 kalau tak silap. Tapi masih ada lagi yang cari. Penapis air itu pun sudah tak guna lagi, sudah ganti dengan yang lain.

Pada mereka yang nak beli penapis air, buat 'survey' harga dulu. Melambak syarikat yang boleh jual murah-murah. Jangan bazir-bazir beli bio aura hai-O yang beribu RM.

Hal MLM

Tapi saya perasan sejak menulis hal berkenaan MLM, setiap hari mesti ada sangkut carian. Mesti ada yang "view" artikel (mungkin tak baca, takat jengah-jengah).

Kalau tengok dalam gambar statistik, 5 daripada 10 carian berkenaan dengan MLM. (bukan maharaja lawak mega ye)

Score A, Hai-O, Qnet dan Dr Rozmey. Ramai benar yang cari maklumat berkenaan hal ni.

Maksudnya aktiviti MLM masih lagi giat berlangsung.

Walaupun sudah ramai yang makin nampak sisi negatif MLM, tapi masih ada lagi yang percaya dan termakan pujuk rayu.

Kalau tanya berkenaan garis panduan JAKIM, mesti ramai yang tak baca habis. Main redah "join" jadi ahli keluar duit beribu-ribu RM buat 'fast track'. Akhirnya produk tak terjual, downline tak dapat. Duduk pening kepala, nak bayar hutang dengan bank bertahun-tahun.

Carian Lain
Carian yang lain banyak berkenaan nasihat dan juga pandangan serta isu semasa. Kalau masa kecoh isu Saham 1 Malaysia ada riba, memang tiap-tiap hari dalam tempoh sebulan tu, carian berkenaan Saham 1 Malaysia mesti sangkut.

Kepada mereka yang cuba cari gambar awek seksi, minta maaflah. Tak ada di blog ini. Yang ada pun sudah di"blur"kan wajah, dan sekadar jadi ingatan tentang hal berkenaan aurat. Koleksi takde ye. Cari di tempat lain.


Carian di blog anda?

Moral : Tulis perkara yang bermanfaat. Ada ilmu sama-sama kongsi dengan orang lain. Apa nak malu kongsi benda-benda baik di blog kan?


Baca artikel penuh...

Isnin, 28 November 2011

Tiger Balm - buffered earning

Dahulu masa muda-muda (masa sekolah) pernah juga dengar tentang tiger balm. Bentuknya dulu pun dah lupa. Sebab sudah lama sangat.


Ingatkan produk itu sudah berkubur ditelan arus moden. Tapi terkejut semalam bila buka bahagian earning nuffnang.

Masih wujud lagi rupanya tiger balm. Siap dengan inovasi produk dan design supaya sesuai dengan peredaran masa.

Terima kasih pilih blog ini untuk kempen produk tiger balm. Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...