Isnin, 21 Januari 2013

Detox terapi ion kaki TIPU

Anda pernah dengar rawatan keluarkan toksin dengan rendam kaki?

Caranya dengan rendamkan kaki dalam air. Air tu sudah dicampur dengan larutan garam. Kemudian air itu dilalukan cas elektrik. Maka selepas itu bertukarlah air itu jadi warna yang sangat keruh. Tandanya toksin keluar melalui kaki.


Jika anda mempercayainya, tahniah!. Anda berjaya ditipu hehe. Baca juga di sini.


Sama juga jika ada jurujual yang menunjukkan air paip ata air mineral yang anda minum bertukar menjadi keruh bila dilalukan cas elektrik. Katanya ini rupa air yang tercemar. Kemudian bila ujian yang sama dilakukan terhadap air yang ditapis menggunakan penapis air yang dijualnya, air itu tetap bersih!.

Nak tahu kenapa? Sebab dalam air ada kandungan garam dan bahan mineral yang lain. Sebab itu air itu menjadi keruh.

Kalau ujian yang sama dibuat pada air zam-zam, pun akan jadi keruh.

Anda pernah buat eksperimen elektrolisis semasa di sekolah dahulu? Proses itulah yang dijalankan pada air rendaman kaki dan air mineral. Sebab itu air jadi keruh. Bukan sebab beracun, tapi sebab kandungan mineral dalam air.

Tapi kenapa ada air yang tak berubah warna bila dilakukan elektrolisis? Sebab air itu tiada mineral, sudah melalui penapisan osmosis songsang (reverse osmosis atau RO). Anda beli air RO yang dijual dalam botol dan buat eksperimen elektrolisis. Air itu tetap jernih. Tapi kalau tambah sikit garam, air akan berubah warna.

Jadi kepada anda yang belum tahu, ketahuilah ianya hanyalah penipuan semata-mata. Baik gunakan duit itu untuk tujuan lain yang lebih  berfaedah.

Tambahan (28.01.2013)

Ada yang tanya kenapa air yang sama, garam yang sama tapi warna berbeza?

Badan manusia berpeluh, tak terkecuali tapak bahagian kaki. Peluh setiap orang bukannya sama. Jadi memang ada kemungkinan yang menyebabkan air berbeza warna bila buat 'elektrolisis' rendam kaki tu.

Tambahan pula ada yang pakai kasut, pakai selipar, berjalan di tempat yang berbeza.

Jadi jangan nak cuba buktikan kebenaran dengan kata " kenapa warna lain-lain? ". Fokus kepada kenapa tak rendam kaki pun air boleh keruh berkeladak?

Jawapan mudahnya berbalik kepada tujuan proses elektrolisis.

98 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

Ramai org kaki kelentong guna ilmu sains

Nur Fauzi Bassar berkata...

kesian pade yang terpedaya.
tapi ada kemungkinan orang yang sediakan servis tu pun tak tau hal sebenar, dan dikelentong oleh pembekal barang terapi tu

APAN berkata...

kurang ilmu mmg mudah terpedaya...
aku sendiri pun xtau nape boleh air keruh...baca sini baru tau

Nur Fauzi Bassar berkata...

apan: kat sekolah menengah dulu memang ade buat eksperimen elektrolisis ni. nak buktikan kehadiran bahan terlarut dalam air. memang berkeladak la airnye. guna elektrod tu jugak.

goldsteen power berkata...

Logik tak Sama dengan fakta?

Kenapa air yg Sama garam yg Sama- airnya pula berbeza warna?

Nur Fauzi Bassar berkata...

persoalannya kenapa tak rendam kaki pun berkeladak.
jangan guna sains ntuk menipu.

Hartini . Badri berkata...

saya juga setuju ngan awak, fokus pada tak letak kaki pon berkeladak, jadi hasil yg dapat tu sebenarnya takde kaitan pon dengan toksin yang keluar dari kaki. kalau diperhatikan betul-betul pun keladak tu keluar dari plate menda alah yg kita kepit dgn kedua kaki..bukan dari kaki kita..wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

kesian pada orang tua2 yg kena pedaya

apek094 berkata...

saya nak tahu macamane alat tu boleh dikatakan menipu ye?
saye tak pernah cube tapi pernah tengok depan mata..
ade je lendir putih, minyak kuning kemerahan terapung kat atas air?
sedangkan kalau the plate was corroded. it cannot produce wider and variety colours? since the plate juat made up of one colour.
lagi satu mase saye tengok plate tu tak corrode pun.
acane erk?
ade jugak Dr yang sarankan gune bende ni..
kan awak ade cakap sebab air peluh tempat jalan?
if tapak kaki bersih? dan macamane peluh boleh jadi one of factor sedangkan kaki tu dalam keadaan relax and sejuk.
just wonder..
thank you for you reply. :)

Nur Fauzi Bassar berkata...

Cuba buat elektrolisis sendiri kalau nak tahu.

Puteri Emas berkata...

TERAPI IONIK MENIPU?
Salam tuan/puan..
Sebenarnya terapi ionik tidak menipu.. JANGANLA JADI INSAN YANG KUFUR ILMU YANG ALLAH BAGI.. memangla kalau tidak letakkan kaki warna keluar TETAPI ion2 negative tersebut tidak ke mana2 hanya ada di situ dan tidak disalurkan ke tubuh badan kita melalui pori-pori tapak kaki untuk meneutralkan keadaan dalaman badan kita yang terlalu banyak toksin..
Yang TERPENTING sekali ialah keadaan kesihatan customer yang datang berubat telah sembuh dAN tidak lagi bergantung pada ubat hospital... dok makan ubat ubat hospital, kesan jangka panjang ia akan kacau buah pinggang lak. Nasihat saya kalau ada mak ayah yang hadapi sakit urat, lenguh2, kebas2, gastrik pergi la berubat cara ni.. bnyk sgt dah toksin dlm badan. Tersangat bnyk manfaatnya perubatan cara terapi ionik ini dan dah menyembuhkan ramai orang. Saya ada ramai testomoni yang datang ke pusat terapi saya.. Wallahhualam.

Lagi satu sambungan dari cerita di atas - SY SUKA MENGGUNAKAN KONSEP INI, KALAU SAYA BATUK SAYA DAH GUNA UBAT CAP A, CAP B DAN CAP C TAPI BATUK SAYA MASIH TAK SEMBUH2. LAST2 SEKALI SAYA GUNA KICAP+PERAH LIMAU SEMBUH PULAK BATUK SAYA TU. Kenapa kita tak cakap ubat batuk dr farmasi/klinik/hospital tu menipu? sebab ia tak mampu nak sembuhkan batuk saya? sebab tu kalau cikpuan rasa benda ni tidak serasi dan tak percaya tak perlu la buat. Ada orang buat terapi dan pulih dengan cara macam ni, SO WHAT? Kau tak percaya,kau jangan buat.. bagi org yang ada masalah yg buat then kau bila dapat penyakit pergi je la dapatkan ubat hospital yg mana ubat2 tersebut jangka panjang akan kacau buah pinggang!!!! ORANG YANG TAK BUAT JA YANG DOK SEMBANG LELEBIH NI.. JANGANLA KUFUR ILMU YG ALLAH TAALA BAGI. SUBHANALLAH...IA MEMBANTU LEBIH RAMAI ORANG SIHAT TERUTAMANYA MAK AYAH KITA YANG DAH KURANG SIHAT DAN TAK MAMPU MEMBUAT AKTIVITI YG MENGELUARKAN PELUH. INI CARANYA KITA BUANG TOKSIN IAITU DENGAN BERTERAPI IONIK UTK MENSTABILKAN KEADAAN DALAM BADAN KITA.

SESUNGGUHNYA DLM BADAN KITA NI BANYAK ION2 POSITIF(SIFATNYA ASID) SEBAB TU BANYAK PENYAKIT. JADI ION2 NEGATIF (SIFATNYA ALKALI) DARI GARAM TU AKAN DIMASUKKAN KE DALAM BADAN KITA MELALUI PORI2 TAPAK KAKI.

CAKAP BANYAK TAK MAU, RASA SENDIRI PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS TERAPI SEKIRANYA ADA MASALAH KESIHATAN.. KALAU ADA MASALAH NAK TIDOR MALAM PUN BOLEH..KALAU ADA MASALAH KESIHATAN PERGILA BUAT SEBANYAK 6-12 KALI BERTURUT2 SAMAADA SETIAP HARI, SELANG SEHARI, 2HARI, 3 HARI. JANGAN SELANG 4,5,6,DAN 7 HARI KERANA TOKSIN AKAN TERKUMPUL BALIK DARI PEMAKANAN KITA. WALLAHUALAM.. SUDAH RAMAI YANG SEMBUH DARI PENYAKIT YANG TIMBUL DARI PEMAKANAN HARIAN KITA TU..TERIMA KASIH.

Nur Fauzi Bassar berkata...

kesihatan customer ye.
what ever.
anybody are free to post comments here.
Kufur ilmu? haha...

Najib berkata...

TERAPI ION 1000 % penipuan.

Ramai yang mempertahankan kerana mereka mempunyai business ini. Masih belum pulang modal setelah di tipu dengan mesin berharga RM 2,000 - RM 15,000.

Dekat kedai electronic di Jalan Pasar pun ada alat ini. Alat ini adalah "transformer" yang menurunkan kuasa 240v ke 12-15v. Alat ini pula disambung pada plat besi untuk memulakan electrolisis.

Boleh cuba dirumah. Tak letak kaki pun keluar toxic (hahaha... penipu besar)

Baca fakta di bawah dan bukannya auta seperti "PUTERI EMAS".

http://www.devicewatch.org/reports/aquadetox.shtml

superdigitallab berkata...

TERAPI ION 1000 % penipuan.

Ramai yang mempertahankan kerana mereka mempunyai business ini. Masih belum pulang modal setelah di tipu dengan mesin berharga RM 2,000 - RM 15,000.

Dekat kedai electronic di Jalan Pasar pun ada alat ini. Alat ini adalah "transformer" yang menurunkan kuasa 240v ke 12-15v. Alat ini pula disambung pada plat besi untuk memulakan electrolisis.

Boleh cuba dirumah. Tak letak kaki pun keluar toxic (hahaha... penipu besar)

Baca fakta di bawah dan bukannya auta seperti "PUTERI EMAS".

http://www.devicewatch.org/reports/aquadetox.shtml

Nur Fauzi Bassar berkata...

Puteri emas:
lagi satu, ade bukak pusat terapi ni ke? mane ye alamatnye. nak pergi sendiri, juge nak buat aduan ke kpdnkk dan pihak laun untuk tanya tentang status rawatan ni. senang kalau ade alamat premis ni.

Hartini . Badri berkata...

Nur Fauzi
blog sy juga diserang komen2 yg marah spt ni..hahaha...lawak kan.. mrh kenapa ye..hmmm

Nur Fauzi Bassar berkata...

ape nak buat.
mungkin pelanggan makin kurang pergi.
saye pernah dengar pasal rawatan rendam kaki guna air garam. tapi baru ni la dengar alirkan cas elektrik ni.
paling tak tahan yang kata keruh tu sebab toksid dari dalam badan. padahal pasal proses elektrolisis.

Hartini . Badri berkata...

sy tarik balik la post sy bkn sbb takut dimarah dicerca tp kesian pula lihat byk kesan buruknye pd mereka.. biarlah yg benar tetap benar..satu ari org akan tau juge.. moga Allah bantu mereka..

Nur Fauzi Bassar berkata...

ape kesan buruk pada mereka?

Hartini . Badri berkata...

kesan buruknye.. kerugian..mau smpai tutup kedai..sian pulak kn.. haihh biar la..

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum ...ptg tadi akak pegi ngan kwn akak-terapi ion kt tmpt akak la..kt ctu ada polis,doktor,ustaz,dll..akak punya skit je-hitam(darah kotor),kwn akak ada hijau,hitam,kuning.polis-dia pakai uniform sebab tu akak tau dia polis,mak aih kalah air longkang-merokok-gastrik-etc,dia dh kali ke6 dtg.akak nk ckp skit..tk kisah la apa owang nk ckp..perubahan akak rasakan bdn akak ringan je..

Nur Fauzi Bassar berkata...

elektrolisis memang airnye jadi macam air longkang kak..buat kat air zam-zam pun tukar jadi macam air parit juge.
badan saye pun ringan juge rase. tapi tak buat pun terapi tu.

ct berkata...

Kenapa air warna belainan...? . TOLONG PERHATIKAN... Garam yang dimasuk kan, jika garam sukatan lebih air akan jadi banyak warna dan gelap yang dikatakan bermacam peyakit, jika garam yang sedikit air akan bertukar kemerahan sedikit yang di kata kan lemak dan jika garam tak dimasuk kan tiada perubahan warna.

Tanpa Nama berkata...

Nur Fauzi Bassar...engkau belum kena sakit yang teruk lagi. Mungkin engkau ni muda lagi sebab tu akal cetek. Jangan terlalu takbur dan kufur nikmat. Biarlah mereka berikhtiar asalkan cara itu tidak melanggar hukum agama. Kalau yang empunya diri terasa perubahan apa salahnya. Tak gitu?? Atau saudara ni memang ada masalah tak boleh tengok orang lain sembuh dari sakit.

Nur Fauzi Bassar berkata...

ai terbakor nampak bang?
selamat membace ye.

The Secret Medicines berkata...

salam, terjumpa pulak link ke blog saya di sini. bagus dan tahniah. didik masyarakat supaya tak mudah terpedaya dgn device ni. nmpak ada org yg sama dan komen yg serupa kat blog saya juga... :)

Tanpa Nama berkata...

Salam, Saya dah cuba terapi ini. Dia tak letak garam pun, Just pakai Air Mineral + Terapi Ion cas tu. Ke sepuluh-sepuluh orang berlainan warna airnya. Ada yang bekeladak Hijau, oren Ada yang hitam dan oren. ada seorang Pakcik yang semput kronik, siap keluar berkahak-kahak.

Kadang-kadang kita berpuas hati dengan hanya membaca lalu memanjangkan melalui email dan blog. Mungkin anda tidak berminat kaedah ini, biasanya bila orang yang tak berminat dengan kaedah ini, akan tetap mahu berpegang dengan kepercayaan masing-masing.

Walhal totalnya berbeza. Berpada-padalah bila mahu mentertawakan orang lain. Cuba dahulu banyak kali, bila anda yakin kaedah ini tidak bermanfaat pada diri anda, tidak ada perubahan yang anda mahukan. Sila panjangkan lagi keburukkan dan sila bodohkan lagi Makcik dan Pakcik yang menggunakan kaedah ini.

Tanpa Nama berkata...

Ekkekekeke.. sapa dulu belajar kimia kat sekolah rasa2 tau mende ni betul ke idak... bawak bincang.. jangan terbako..
Ekekekeke

Tanpa Nama berkata...

Salam.sya bru je buat terapi ni ngan wife n mak sya.yg mnjdi tnda tnyanya knapa plak wife sya punya kurang keladaknya sedngkn sya prhtikan skatan gram n airnya sma.sape2 tlong jwap..

Nur Fauzi Bassar berkata...

saya fokus kepade kenape kalau tak rendam kaki pun berkeladak juge?
cuba-cubalah tengok balik sukatan sains sekolah menengah. pada yang ambik subjek kimia mesti tau.

sekolah menengah mesti ada buat elektrolisis.

back to basic. jangan menipu. tak baik.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut sains(elektrolisis). warna tu memang bertukar bermacam-macam warna. garam bukit adalah salah satu alat atau bahan untuk membuang toksin. cara semulajadi membuang toksin adalah mandi air terjun dan mandi laut.warna karat bukan ukuran kepada penyakit tu ker toksin ker. yang sebenarnya garam(Biasa) hanya digunakan sebagai konduktor di dalam air supaya dapat mengalirkan elektrik ke tubuh sahaja.teknik ini sebenarnya hanya untuk mengalirkan elektrik ke tubuh sahaja. teknik mengalirkan letrik ke tubuh juga digunakan dalam rawatan akupunture di mana point-point terntu akan dimasukkan aliran kecik leteik yabg biasanya di kaki. kaki adalah tempat akupunture yang mempunyai hampir seluruh organ tubuh.jadi jgn gaduh. teknik ion letrik ni bagus untuk kesihatan tapi jangan tipu guna warna keladak(kekadang bagus jugak bagi yg pikir toksin keluar dari badan) teknik itu di namakan kuasa minda. haahaha. semua org pandai dah sekarang. Jadi tak perlu ckap tak bagus kalau tak tau kelebihannya dan tak perlu kata bagus kalau tak tau kelemahannya. yang penting dapat membantu. tetapi sekiranya ada pakar2 yang diiktiraf dapat memberi komen lagi bagus. setakat spm macam kita ni tak payahlah komen lagi. mintak nasihat doktor2 dan prof2 dalam isu ini. Semoga semua berfikiran positif.

fahmi berkata...

same je komen putri emas dalam blog lain..

Tanpa Nama berkata...

Kalo la orang yang belajar sains, die tahu ape yg berlaku.
ini orang yg x belajar sains lak ckap letup2. tringin nak tnyer orang yg wat bisnes nie, ko ade blaja x? ade x wat research? katew sakit hilang la, ringan badan la...tuh sume psikologi jer tuh wey. warna kelodak tuh berbeza2 because of quantity of sodium chloride in the substances and also the condiditon of metal oxide.


Fe(l) + 2 H2O(l) -> Fe2+(aq) + 2 OH-(aq) + H2(g) and
2 NaCl(aq) + 2 H2O(l) -> 2 Na+(aq) + 2 OH-(aq) + H2(g)

warna2 yg dihasilkan base on the metal oxide use and also the reaction that occur. ko angkat la kaki ko lpas wat bnda alah tuh n bau..kompem kaki ko busuk mcm besi. ahhahahha...

susah ckap ngan owg kampung yg x nak belajar. ak pown kampung tp ak blajar tok x ditipu...

x yah nak backup2 la sbb ko wat bisnes nie. kalo ko ade fact ko leh jwab based on fact. nie kalo jwab base on kate sakit hilang la itu la ini la...x caye ak ai. blajar. blajar n blajar.

Nur Fauzi Bassar berkata...

sye bukanlah ahli sains.
jauh sekali nak hapal formule itu semue.
tapi kawan2 yang belajar sains pun beritahu benda yang sama pasal air tu berubah dan warnanya.

terime kasih atas penjelasan.

KITS berkata...

Apa yang dilakukan oleh rawatan tersebut adalah proses elektrolisis semata mata. Ion2 seperti natrium, magnesium dan lain lain akan menghasilkan warna2 berbeza apabila menjadi garam. Kekotoran seperti keladak keladak itu mungkin dari kekotoran atau bendasing dr air tersebut yang bukan ion dan tidak menjadi garam. Boleh rujuk perkara ni di dalam buku teks sains form 4 dan 5.

Hamba allah yg belajar kejuruteraan kimia kat u.

Tanpa Nama berkata...

and one more things, kalo kowang tngk la kan, rmai yg "subscribe" kat servis nie adalah orang2 tua...

kalo owg tua ko leh la tipu wahai kaki bisnes terapi ion nie...diowang x belajar bnda2 mcm nie.. ak pie tngk kat dataran jelatek tuh, tngk kedai yg bukak nie kat tepi2 jalan jer... orang yg bagi info pasal2 warna nie ak tngk mcm mat2 rempit jer.

ak sempat dngar owner tuh ckap kat membe ak kate yg coklat2 nie datang dari cholestrol and hijau2 nie dtg dari sakit2 lenguh... ak nak jer ckap kuat2 yg kalo ak katew bnda tuh dtang dari metal oxide which is iron2 and iron3 cmne? kompem mamat tuh halau ak..haha.. please2, jgn la menipu. To those who have the knowledge of science, please make this people realized the truth. ak kesian tngk orang2 tua ditipu2 oleh owg yg wat bisnes nie. n u know what, shame on those who lied! (nie la slah satu contoh of orang kurang knowledge.)

adik manis berkata...

salam.baru2 ni pun sya ada wat terapi ini, pertama kali buat, n sya sya rasa bdan ringan sangat and lenguh kaki pun da xde, kebetulan masA 2 ada kenduri kat umah sedara, n pusat terapi 2 ade berdekatan kat kawasan umah 2,malam 2 juga sya cuba wat, n malam 2 juga bdan sya rasa terasa ringan, n wat la kje masak2 ape yg ptut sampai pukul 3 lebih..punye la xcaya, xpenah lgi sya serajin ini n mampu bertahan lewat macam nie.. hahaha .. sebenarnye terasa nak sgt cuba sebab mak sya tetap jugak pergi ke pusat terapi even sya da nasihat kan kat die jgn pegi sebab benda 2 sume tipu,.at last, sy try sendri, n kesan nye sgt berkesan.. so skang ni sya plak jdi mcam mak sya, even da bace fakta tentang tipu sume, tetap berhajat akan pergi buat untok kali seterusnya. xrasa membazir & xrasa tertipu pun bayar rm 10, sebab memang menjadi..Sya thu peniaga xde niat pun nak tipu2, da terbeli,n ape2 pun kne teruskan la perniagaan diorang, sya rasa lau peniaga yang nak bukak pusat terapi tahu akan fakta ini dari awal, diorng xkan habiskan duit untuk dijadikan modal wat bisnes macam ni. nak selidik mungkin amek masa.xgitu ke.. sya rasa ramai yg da cuba n tahu akan kesan nye, selagi terapi ini sentiasa memberi kesan yang baik untuk tubuh kita dan tanpa kesan sampingan nya, selagi itu terapi ini akan menjdi permintaan orang ramai walaupun mereka da tahu byk fakta yang mengatakan ia "tipu".itu saja.. TQ.

Nur Fauzi Bassar berkata...

duit kamu. bukan duit saya.

Tanpa Nama berkata...

salam.. sebagai seorang yg berkelulusan kejuruteraan perubatan, saya mengesahkan teori elektrolisis itu benar, ada diajar semasa form 4 subjek kimia...

namun,kaedah ionic foot bath juga benar dan ianya mampu merawat, untuk saya membuktikan di sini penjelasan sainsnya amat panjang...

tetapi membelanjakan wang antara 700 ke 5000 untuk membeli alat ini adalah tidak wajar kerana anda boleh buat sendiri dgn modal kurang dari RM20...

ataupun anda boleh melakukan alternatif lain dengan berjalan berkaki ayam di tepi pantai selama 30 minit sehari...

penggunaan rawatan ionic ini merbahaya kepada mereka yg menggunakan implan elektronik di badan mereka, juga kpd ibu mengandung dan mereka yg baru lepas menjalani pembedahan...

asyraf yazid berkata...

Nipu je

Tanpa Nama berkata...

Silakan minta buat ujian di pusat terapi
1 besen dengan bahan yang sama di letakkan kaki. 1 lagi besen dengan bahan yg sama jangan di letakkan kaki. Besen yang tidak diletak kaki itu hanya keruh sedikit sahaja airnya. X percaya pergi request sendiri pada tokey kedai. Pasti merreka dengan senang hati membenarkannya..

Nur Fauzi Bassar berkata...

buat dulu proses elektrolisis

gadis manis berkata...

Awak xyah ckp yg bukan2.awak cuba dl br tau.sye nk cabar awak.kita bt alat terapi tu letak air garam tanpa letak kaki dlm 30minit air berobah ke tak.awak berani bertaruh berapa ngan sye...

Tanpa Nama berkata...

Buat dan tengok dulu baru tau

Nur Fauzi Bassar berkata...

alahai...ramainye kepanasan.

Tanpa Nama berkata...

Fitnah dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:

“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Tanpa Nama berkata...

assalammualiakum semua. Saya pun sebenarnya tdk pcaya dgn terapi ni bila bnyk baca komen2 dlm bbrapa blog. tp mak sy yg dah lama jln terhencot2 mdesak sy ke tempat terapi ni bila dia dgr ada kawannya yg dah hilang sakit pinggang dan lutut. Kali pertama , kdua, ketiga saya kena pimpin dia masuk ke tempat terapi tu. Kali keempat dia tk nak dipimpin lagi. Dan selepas ke berapa belas kali buat tanpa selang walaupun sehari, mak saya kini dah boleh berjalan elok. skrg dah boleh pergi pasar sendiri. Bagi saya warna dan keladak tu bukan memberi makna apa2 tapi arus elektrik yg masuk ke dlm badan munkin melarutkan lemak2 yg tersumbat di saluran darah tu menyebabkn sakit dan kebas hilang. semasa di tempat terapi sy tk buat pun cuma menemani. emak sy saja tp bila mdengar perbualan org2 di situ masing2 ada cerita sdiri. ada yg dah 10 thn sakit lutuf kini dah boleh jln elok. ada yg sakit pinggang pun dah elok. dan ada sorang tu doktor yg nasihatkan dia cuba terapi ini.
jadi apa yg ditafsir dr segi saintifik pun betul , itu bkn toksik atau apa2...cuma yg merawat adalah arus elektrik yg masuk ke saluran darah.

fzie berkata...

kl tk letak kaki air berubah jd kuning sikit saja. memang diakui oleh phk terapi itu, dan dia tk jd keladak hitam..tp kl guna alat yg diguna oleh pengedar elken utk test air tapisan penapis air elken dan penapis air lain tu memang keladak teruk sesangat. dah tengok yg itu. tp mesin ni lain .

Mr. AgyFaradino berkata...

assalam...setuju ngn statement akak sorng xd....usaha mcm2 samada terserah pd kita nk percaya,berkait semula dengan cara rendaman kaki ni,bg saya ia salah satu usaha kita,lagipon setiap result orang yg lakukan benda ni x sama,so jgn tutp pintu rezeki orng,especially org2 melayu yg mengushakan,apabila anda update status seperti ini amat baguz,tetapi terpulang pd diri sendiri samada hendak percaya atau tidak.sebagai contoh lau demam knape anda ke hospital ataupon kekedai beli panadol,anda taw kew ubat2tan tu berfungsi mcm mana lam tubuh badan anda tidak kan...so kita bg support pd org2 yg mengusahakannya perniagaan cm ni...insyaallah kita yakin dengan kuasa tuhan nescaya belas kesihan-Nya pd kita tiada tolak bandingnya....nilah dinamakn usaha masa ke semasa....lau pandai sngt ilmu sains anda dh jd professor...kenapa sebelum wujud benda cmni x nak kaji...xp apabila dh wujud baw nk sibuk wat ulasan.so far dh 2 kali buat...sakit lutut teroz ilang tu pendapat sy.....minta maaf jika ada mana2 pihak terasa,ini adalah pandangn peribadi sy...yakin dengan usaha kita insyaallah tuhan sudah sediakan ganjaran-Nya.....wallahualam...


Nur Fauzi Bassar berkata...

banyak kes kalau buat report pasal terapi ni memang tempat tu kena serbu

Tanpa Nama berkata...

janganlah kau sebarkan fitnah walaupun dengan hanya satu perkataan..

Buktikan teori keizinan Allah seandinya Allah izinkan sesutu penyakit disembuhkan melalui cara ini

Saya dah bagi ulasa di video penulis tetapi penulis blog saya

jangan hanya nak kan iklan kamu menipu semua orang... Autaughfirullahaladzim

puank74 berkata...

Salam..

Pesan guru saya dulu.."jika kamu ade masalah yg tk dpt dirungkai, maka kembalilah kepadaNya"...

Saya memahami teori elektrolisis, walaupun sy bkn seorg graduan kejuruteraan kimia. sy juga bkn seorg ustaz...ilmu yg sy ade ni amatlah sedikit jika dibandingkan dengan ilmu Allah...Sesungguhnya ilmu Allah amat luas hingga tk tercapai oleh akal fikiran kita...marilah kita bersama berlapang dada....pernahkah kita mendengar "kun fa ya kun"....pernahkah kita mendengar cerita...nabi musa membelah laut merah semasa melarikan diri dari firaun?...nabi isa menghidupkan burung yg telah mati?...nabi muhammad membelah bulan?...semuanya mustahil dr segi sains moden...tapi tidak mustahil jika kita yakin dgn kekuasaan Allah...

Bukan niat sy menghentam sesiapa....cuma sekadar mengingatkan saudara sesama islam...kajilah Al-Quran....nescaya ada jawapan untuk semua permasalahan...tk perlu menipu dan tk perlu menuduh org lain menipu...

Fikirkan...

Tanpa Nama berkata...

pernah baca blog doktor zubaidi katanya kalo nak buang toksin minum lah air secukukupnya. kan toksin dibuang atau dikeluarkan melalui sistem perkumuhan. kenapa org melayu mudah tertipu..

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Tak perlu bertekak mahupun berbalah sesama sendiri..

Saya adalah salah seorang yang tidak mempercayai alat ini.. Maaf cakap... Saya telah pun pergi sendiri ke salah sebuah premis rawatan yang berdekatan.. Ramai orang dari pelbagai peringkat umur berada di situ. Saya juga berpengalaman mencuba sendiri Rawatan tersebut.. Keputusan bagi rawatan untuk saya adalah ianya berbuih dan tidak keruh seperti orang lain. Katanya saya mempunyai gastrik. Untuk pengetahuan semua. Saya memang mempunyai gastrik dan hanya kene simptom tersebut sekiranya tidak makan mengikut masa dan ada ambil ubat dari doktor sebagai simpanan.

Yang menjadi ironinya ialah rawatan terapi itu dapat mengesan melalui perubahan pada air selepas rendaman. Hmmm.... Secara logiknya dari pemikiran saya.. Ianya adalah mudah.. Perubahan pada air adalah bergantung pada setiap individu dimana setiapmorang mempunyai sel sel yang berlainan. Jadi bila kaki direndam sel sel atau tindak balas kimia dari kulit akan keluar melalui liang liang pada kulitndi kaki kita. Ianya tiada kene mengena dengan mengeluarkan ion negatif mahupun toksin pada sepertimana yang dikabarkan.

Dngan perubahan pada air itu lah rawatan terapi tersebut menjustifikasikan penyakit bagi setiap individu. Ianya adalah sama dengan makmal di hospital secara amnya. Dimana pihak hospital akan mengambil sedikit darah kita dan dibuat ujian. Hasil ujian dapat menjustifikasikan bahwa seorang individu itu mempunyai masalah pada hati, hempedu, dan juga sistem penghadaman contohnya.

Secara logik dan sains nya adalah alat ini tidak boleh mengubati penyakit tersebut. Ianya adaah sekadar mengenal pasti kehadiran bendasing atau disebutkan seperti penyakit sahaja.

Tetapi secara rohaninya.. Ianya sekaligus dapat membantu sesetengah golongan yang sudah berputus harapan pada ubat ubat hospital. Dimana sekiranya berfikir secara positif. Ianya dapat membantu mereka yang berpenyakit menguatkan semangat mereka untuk melawan penyakit tersebut.

Pada segi faktanya pula. Garam yang digunakan dalam terapi adalah satu medium yang bagus untuk kesihatan dimana sekiranya kita merendamkan diri atau meminum air yang mempunyai garam mineral yang positif ianya sekaligus dapat menguatkan sel sel dalam badan kita. Ininadalah sama seperti keadaan air zam zam yang mempunyai garam mineral positif yang sangat tinggi sehingga ianya amat bagus untuk kesihatan tubuh kita. Ini telah dibuktikan oleh seluruh pakar sains dari pelusuk dunia.

Pesanan pada nur fauzi... Janganla kita menambah minyak pada api... Biarlah api terus menyala, kerana lama lama akan padam juga... Renung renungkan...

Pesanan pada pelanggan mahupun peniaga rawatan terapi ini. Anda semua boleh ambil rawatan ini tetapi janganla sampai perubatan dari hospital dan doa pada yang maha esa anda abaikan. Kalau terapi ini dapat membantu sesetengah pihak untuk berasa sihat, alhamdulillah.... Takda salahnya kita berikhtiar selagi ianya tidak melanggar hukum dan berkemampuan....

Terimas.....



Nur Fauzi Bassar berkata...

siap yang tambah minyak itu ikut persepsi masing-masing.

saya menyatakan pendirian saya di sini, dan anda bebas juga untuk tidak bersetuju.

Namun unsur 'scam' memang wujud dalam hal ini.

Dalam masa yang sama saya tak mengatakan rawatan tradisional lain tak bagus dan mengarut. tapi hal rendam kaki dan alirkan cas ini dah dikomen bukan saja di Malaysia, tapi di lain-lain negara.

Rasa tak boleh nak terima sangat, tekan bukan ALT + F4 di PC / laptop dengan serentak.

Tanpa Nama berkata...

maaf yee mencelah , video kajian yang awak buat tu besinya pon dah karat mau nya tak keluar colour,coba pakai besi yang tak karat tengok ape colour dia


Puteri Emas berkata...

Better fokus pada orang yg dah buat dan sembuh dari sakit mereka. Sama ja kalau buat perubatan tradisional /bomoh/ustaz hok jenis ni pun xda bukti saintifik tp blh sembuh kalau terkena sampuk dengan hantu syaitan (hantu/syaitan pun xda dlm bukti saintifik. tapi ia adalah makhluk Allah yg ada kan..

Nur Fauzi Bassar berkata...

sains adalah sunnatullah.

Penekanan diberi pada cara perubatan yang betul dan tidak menipu.

Ubat penyakit mistik dan sembuh tetapi cara yang salah juga dilarang.

Kembali pada keraguan yang ditimbulkan. Air jadi keruh bukan sebab toksin keluar. sebab proses elektrolisis.

Tanpa Nama berkata...

Inilah sikap org melayu bila tengok bangsa sendiri cuba berdikari ada saja yg tak puas hati...bangsa lain tengok kita bercakaran ketawa aje.x kira tipu ke tidak,cuba tengok org cina walaupun diorang tahu bangsa diorang menjalankan perniagaan yg tidak semuanya halal' pendapatannya,mereka tidak memburuk-burukkan bangsa mereka sendiri bahkan mereka bersatu dan berbincang bagaimana cara untuk meningkatkan ekonomi mereka..sedarlah sebelum terlambat..sepatutnya kita menyokong bangsa kita untuk terus maju ke hadapan agar dapat bersaing dengan orang lain bukannya 'mencantas sebelum berputik.'

Barrister..

Tanpa Nama berkata...

salam saya x bat bisnes ni n saya just bwak mak sy je dlm menjalani rawatan ni... Alhamdulillah sakit kaki mak sy mkin kurang... kta manusia dibolehkan brusaha slagi x memesongkan aqidah... sy bsyukur krn menemui rawatan ni... jd sekiranya kenyataan cik tuan pnye blog salah da bole jatuh hukum fitnah to.... sy x pndai tp sy gunekan logik akal mak sy mkin shat.

Tanpa Nama berkata...

Saya berumur 19 tahun .masih muda tapi hidup saya bergantung dengan ubat .kalau tak saya akan lemah sampai tak mampu buat apa apa kerja .macam macam penyakit saya tanggung .bila saya mencuba terapi ni saya rasa lebih sihat dan kurang sakit .bukanlah saya kata terapi ni membantu saya 100% tapi ikhtiar dan doa saya .saya ikhtiar dengan menjalani terapi ni dan alhamdulillah saya semakin sembuh dan tak perlu bergantung pada ubat hospital .nasihat saya di sini kalau pemilik blog ni belum pernah mendapat apa apa penyakit kronik dan belum pernah merasa hidup bergantung pada ubat, jadi jangan la menjatuhkan apa apa hukum .kalau rasa percaya maka percaya la .tapi kalau pemilik blog tak percaya maka simpan je sendiri .jangan sampai kita menyekat rezeki orang yang menjalankan perniagaan ni pulak .bila saya lihat komen komen pemilik blog, hanya ulang kata yang terapi ni terjadi kerana proses elektrolisis, macam takde modal lain nak berdebat menunjukkan yang pemilik blog tak mempunyai pengetahuan penuh tentang perkara ni .bukan la saya nak halang pemilik blog untuk memberi pendapat, tapi pemilik blog mestilah mempunyai ilmu yang lebih tentang hal ni .saya doakan apa apa pun yang dikatakan di blog ini termasuk komen komen yang lain biar la Allah yang menilai .jika ada pihak yang benar moga kita diberi ganjaran kerana mengingati sesama manusia .jika mana mana pihak yang salah moga kita diberi petunjuk .insyaallah

Nur Fauzi Bassar berkata...

make your own blog if you want to debate.
itu memang benar elektrolisis.
menipu kalau kata berubah air sebab toksin keluar dari tubuh.

dik, ambik aliran ape dulu masa sekolah? pernah tak buat elektrolisis ni kat makmal sains.

if you to continue with the treatment, just go ahead.the money is yours, not mine. it's your body, not mine.

Tanpa Nama berkata...

Saya amik sains selama 3 tahun dan kimia selama 2 tahun .hasilnya lain wahai pemilik blog .dah tentu la proses tu akan terjadi sebab alatan yang digunakan sama .tapi proses toksin dan segala macam yang terhasil tu memang betul betul jadi .kakak saya ahli kimia .dia sendiri cakap proses ini betul betul berlaku .maaf cakap .saya memang tak mintak duit pemilik blog untuk saya kembali pulih .tapi saya mintak jangan kufur dengan nikmat yang Allah bagi .saya bukan nak jadi ustazah kat sini .cuma nak mengingatkan sesama saudara seagama .kalau nak terima,terima .kalau taknak, anggap je la komen ni tak wujud .terima kasih

Nur Fauzi Bassar berkata...

same goes to you
ramai juga ahli kimia yang ragu proses ini

Tanpa Nama berkata...

Nur fauzi bassar..awk x pernah kena penyakit kronik..nnt bila Allah SWT turunkn sakit pd awk, atau mgkn kpd keluarga awk atau org yg awk betul2 syg..mgkn masa tu awk akn ikhtiar cari penawar..dan x mustahil salah satunya dgn terapi..x mustahil..kun faya kun..jgn trlalu TAKBUR..

Nur Fauzi Bassar berkata...

Cari penawar dengan cara yang betul.

Jadi kalau nak buat tu, urusan masing-masing.

Nur Fauzi Bassar berkata...

Cari penawar dengan cara yang betul.

Jadi kalau nak buat tu, urusan masing-masing.

Tanpa Nama berkata...

"the money is yours, not mine..it's your body, not mine" bongkak sungguh!!! Cuba belajar menerima kritikan dgn rsa rendah hati..membalas setiap komen dgn rsa rendah diri..ni bkn topik psl terapi lagi..tp psl adap sopan..cara awk membalas komen tu dah mencerminkan diri awak yang sebenar..

Nur Fauzi Bassar berkata...

anda bebas mengatakan ape saje, bongak, sombong, riak dan lain-lain.
kalau rasa tak tahan, tiada siapa yang menahan untuk selak helaian blog lain.

Tanpa Nama berkata...

Buruk sungguh perangai..indah kbr dr rupa..kepala je ditutup topi haji layaknya mcm org yg tinggi ilmu agama tapi sayang mulut tak sehebat apa yang dipandang..masih riak dan takbur..masih gah untuk mengatakan diri tu hebat..jangan asyik mendongak ke langit je..tunduk la ke bumi..

Zaki berkata...

Tumpang menyampuk .ahli kimia lain hanya meragui .mungkin diorang semua masih dalam proses mengkaji .tapi awak yang bukan ahli kimia terus katakan perkara ini adalah tipu .semua perkara diterima Islam asalkan tak memudharatkan diri sendiri dan orang lain .ramai yang kata terapi ini dapat menyembuhkan penyakit .bagi pendapat saya kalau terapi ni tipu pun kenapa nak diperbesarkan sedangkan ia tak memudharatkan .awak tak pernah menipu ke? pernah orang tulis blog cerita yang awak ni menipu ?saya mungkin tak kisah kalau awak nak tulis blog pasal ni .tu hak awak .tapi jangan la terlalu takbur .beringatlah

Tanpa Nama berkata...

Ahli kimia ragu tapi mereka mengkaji .bukan hanya jalankan satu proses eletrolisis mereka terus dapat jawapan .jadi kita yang tak mahir ni tak perlu la sesuka hati membuat andaian ye wahai pemilik blog :)

Nur Fauzi Bassar berkata...

well said.
you can write as long as you wish here.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya xperlu ada gaduh2, biarlah sesiapa yg percaya n merasa teknik pengubatan ni bermanfaat baginya untuk terus berubat, pastinya mreka pun xbodoh, kalau memang xda kesan apa mereka mahu buang wang berterusan utk ikut rawatan lagi? Kalau memang berkesan apa iya mereka xboleh share n ajak kawannya try? juga sesiapa yg xpercaya ya ckup jgn ikut rawatan ni kalau menurutnya tipu/xda kesan, jgn lah kt memfitnah yg punya kedai tipu, ckap menjatuhkan org lain pny bisnes, sesungguhnya menyusahkan org lain itu perbuatan dosa bukan perbuatan mulia..

Tanpa Nama berkata...

Kalau memang berkesan dan memang tak tipu, kenapa rawatan terapi ion ni tiada di hospital2 ye?
Kan senang keje doktor pesakit datang je terus rendam kaki dia, lima enam kali datang dah sembuh penyakit.
Tolong jawab kemusykilan saya :)

Tanpa Nama berkata...

pemilik blog yg bijak pandai hebat.. klu benarlah apa yg cuba kmu war2 ni.. kmu boleh report atau buat aduan di tempat yg betul bersama dengan bukti bahawa kamu adalh doktor dan pkar ilmuan yg mhu menuntut kebenaran bagi org yg 'TERTIPU' mengikut tafsiran kamu sendiri. kalau setakat 'jaguh kandang' buat blog free ckap benda yg kmu sendiri tdk tahu apa lgi kmu bukan pakar atau doktor dalam bidang yg kmu cuba buruk2kan.. lebih baik kamu bertobat jgn terlalu kulfur.. PEACE... sya CABAR kamu buat apa yg kamu perkatakan ini di tempat saluran yg betul bkn dlm blog free...PEACE!!

Nur Fauzi Bassar berkata...

ade tempat dah tutup kena serbu. ape daa.

Nur Fauzi Bassar berkata...

ade tempat dah tutup kena serbu. ape daa.

Tanpa Nama berkata...

Sebaiknya pergi try sendiri, brulah buat statement mcm tu .. terapi ni betul .. ramai customer yg sblm ni ada penyakit, tp bila buat terapi ni berkali2 , sembuh.. kalau btul tipu, buat lah 30 kali skalipun, warna air yg keluar tetap sama. tp ini tak, kalau rajin buat, insyallah selepas 2 minggu, warna air akan berkurangan atau bersih sama skali, ini menandakan toksin dlm badan da x ada .. jgn lah bt statement utk menjatuhkan perniagaan org lain. x nak percaya x apa, tp siapa kita utk menjatuhkan perniagaan org lain. sdgkan pegawai2 kerajaan, malah yg bkerja d hospital pun mgunakan kaedah ini.. :)

Tanpa Nama berkata...

Saya ahli kimia. memANG BENAR, bunyi seperti menipu. tetapi saya xbole menipu yg gastrik saya berkurangan.. hehehe.. Alhamdulillah.. kadang-kadang, Allah suruh berusaha, yang menyembuhkan penyakit tetap Allah S.W.T.

Tanpa Nama berkata...

Ramai yg komen menyokong terapi penipu ini tapi takde sorang pun yg dapat menjawab MENGAPA AIR MASIH BOLEH BERTUKAR WARNA DAN BERKELADAK JIKA KAKI TIDAK DIRENDAM SEWAKTU "TERAPI" ITU???

Sila jangan libatkan nama Allah swt dalan usaha penipuan anda.

hamirul juruterapi berkata...

Saya kerja tukang urut kaki reflesi.selama 7 tahun saya pengalaman mengurut belum pernah saya jumpa toksid boleh keluar kat tapak kaki.peluh adalah tapi xdelah picit2 sampai warna2 hijau,hitam,merah,kuning dan mcm2 lg.bagi saya detox kaki ne bohong aje mc mainan silap mata.lebih pada psikologi aje.

Tanpa Nama berkata...

Saya juruterapi urut reflesologi kaki sudah 7 tahun.selama saya mengurut saya belum pernah jumpe pun toksid boleh keluar kat kaki.kalau peluh tu ada tapi x lah sampai berwarna warni mc detox tu.bagi saya detox tu macam permainan silap mata aje.dan kalau ada kesan pun bukan sebab toksid tapi psikologi anda.lagi satu kat tapak kaki ada seluruh urat dan saraf seluruh badab.kalau di tekan ket area itu ia ada kesan baik kepada badan bukan sebab toksid keluar.demu allah sepanjang saya urut x pernah nampak toksid keluar kat kaki.kalau baik pun sebab kesan refelsologi saraf. Jadi saya mintak pihak detox terapi tu henti2 kan lah keje memperbodoh orang.

Nur Fauzi Bassar berkata...

saye meragui tentang hal toksin badan keluar dari kaki. setakat yang saya tahu toksin badan keluar melalui sistem perkumuhan manusia (najis dan juge peluh).

azadplumbing berkata...

salam tuan
kalau tak ytau jangan buat pandai.saya yakin dan pasti tuan sendiri pun tak pernah cuba.tapi cerdik bercakap je
TOLONG huraikan madsud ION
lepas tu baru bercakap
.jelaskan juga manafaat ion kepada tubuh badan & alam.
cara tuan bercakap mungkin tuan seorang guru.tapi ilmu tak berapa cukup atau bidang lain kot
mai aku srkolahkan ko!

Nur Fauzi Bassar berkata...

lantok mu le. nak sekolahkan ke, nak bebel ke. tulis aje la.

Tanpa Nama berkata...

Salam..trapi ni ad kesn bruk x?fmly sya rmai yg bt trpi ion ni..pd awlny memg trapi ni bg kesn pstf tp slpas 2buln cm bdan jd xseprti dlu..means skt2 la .so,nk tau la ad x kesn trpi ni. .

Tanpa Nama berkata...

saya adalah seorang ahli kimia yang hebat.............belajar kimia 10 tahun kat sekolah..............ini adalah ION.......ion dibuang melalui kaki...........kalau awak nak tolak tak boleh! sebab ini adalah ketetapan.

(berdasarkan apa yang saya baca kat atas, ni adalah conclusionnya. sekian.)

Akif Rabbani berkata...

ok fine...teori terapi ion tu betul.

tapi mesin elektrolisis tu brapalah sangat kos nak buat. kenapa sampai beribu-ribu? tak kan sebab kena sakit kronik harga dia mahal?

Faizul Fuhgawz berkata...

No komen..layannn..

Faizul Fuhgawz berkata...

Tipah tertipuh...layan

Tanpa Nama berkata...

Faizul Fuhgawz hanya COPY dan PASTE dakwaan saudara? Boleh terangkan kelulusan tertinggi saudara dalam ISU ini? Adakah saudara mempunyai kelulusan Universiti tempatan atau luar Negara dalam Kimia, Fizik atau Biologi? Pertanyaan saya adalah untuk pencerahan bahawa tuduhan anda ini berasas diatas kepakaran yang saudara miliki. Saya sebenarnya memerlukan kesahihah terhadap tuduhan tersebut? saya harap saudara dapat menjawap persoalaan saya bagi membantu mereka yang perlukan maklumat ini.

Tanpa Nama berkata...

Pegi try dlu la dik..jgn mengarut bukan2. Klu sains kamu kata ok, takkan pakcik makcik tu berubat cara cmtu. Kamu xprnh sakit lg xpe la, sy pun tak prnh cuba cara terapi tu. Jgn kita ckp pndai tp xnk kaji lbih lanjut

Penjaja Buku berkata...

Nama terapi ialah terapi ION, jadi ia sebenarnya menumpukan pada cas-cas ion. Terapi air garam mengeluarkan cas-cas ion negative yg akan meneutralkan cas ion positive dari badan kita. Ion positive berlebihan akan ditarik keluar ke dalam larutan garam. Tapi bila kata berkahak-kahak keluar dari kaki tu, nampak sangat kelentongnya. Badan "rasa" ringan tu sebab minda kita rasa, buka sebab hilang berat badan. Macam budak pakai baju superman, dia "rasa" kuat dan boleh tunjuk aksi adiwaira dengan confident. Saya "rasa" macam ahli kimia pulak :-)

Penjaja Buku berkata...

Akif Rabbani ... buat satu prototype murah, balik kampung nanti kita pakat try ujikaji sains. Mung jangan test guna kaki kucing mung dah ler :-)

Tanpa Nama berkata...

Haha...kurang ckp penipu whatever..manglh kuar Warna juga kal xrendam kaki tp fhm ker makan cas negatif n positif..xnak ulas lebih2...janji gue memang amalkn ion terapi Ni coz gue tau bends Ni xmenipulh weiii gadis...bodoh Mau mampus org Ni..survey dulu lh bljr dulu lh....haish typical Malay...

Tanpa Nama berkata...

Owner blog ..matangkan diri anda. ..bukan bwrtindak mcm childish bila mnjawap. We have to agree to disagree..respect others opinion. Bukan condemn dan marah visitor. Just my 2cents.

Si RaMbo berkata...

Saya pernah menghidu tisu yg saya gunakan untuk mengelap lendir yg melekat pada kaki selepas melakukan rendaman.. ternyata tisu itu berbau darah..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...