Ahad, 20 Januari 2013

Kerja Cikgu Susah?

Tiba-tiba terlintas di fikiran berkenaan hal ini. Bila fikir hal kerja cikgu ni, teringat pula pada kes blogger yang komen berkenaan kerja cikgu.

Bagi saya setiap pekerjaan ada kelebihan masing-masing. Tak ada kerja yang betul-betul senang, goyang kaki duit masuk. Orang main saham yang kaya raya pun bukan goyang kaki saja tunggu duit masuk.

Tapi dalam masa yang sama saya cukup tidak suka bila ada guru yang kata kerja guru ni yang paling susah.


Saya pernah kerja kuli tapi tak teruk seperti kerja buruh binaan. Pernah kerja gosok seluar di kilang, kerja despatch, salesman (paling sekejap), freelance fasilitator, buat survey, cashier hypermarket, ofice boy dan tutor.

Pernah merasa pergi kerja matahari belum keluar, balik kerja tengah malam. Makan kena catu, pergi kuliah (di UM) bawak bekal, makan mee segera setiap hari, hanya makan makanan dimasak sendiri sebab nak berjimat, isi minyak motor guna syiling 10 sen, macam-macamlah..

Itu semua pengalaman hidup yang sedikit sebanyak mengajar dan mematangkan saya.

Oleh sebab itu, saya bersetuju jika orang kata kerja cikgu ini senang. Sebab bagi saya kerja jadi kuli yang saya lalui dulu adalah lebih susah dan perit.

Saya juga ada ramai kenalan yang bekerja dalam bidang profesional seperti pegawai di perbankan Islam, pegawai kerajaan di JAKIM, tentera, syarikat carigali minyak dan banyak lagi. Bagi saya bidang-bidang itu lebih mencabar.

" Kawan dulu keja pegawai kat JAKIM. Memang penat gila kerja siang malam. Hujung minggu pun ade hal. Tak ada masa sangat dengan keluarga".
Komen rakan sejawatan saya sekarang ini.

" Aku kat ofis lagi ni. Banyak hal benda lagi nak semak ni. "
kata seorang kenalan saya yang bekerja di sektor perbankan Islam.

" Sorry la wak tak sempat nak jumpa kau. Aku outstation pegi Brunei minggu lepas. Minggu ni nak ke luar lagi"
Seorang lagi kenalan yang kerjanya 'design' produk perbankan Islam. Sekarang dah dipinang syarikat di timur tengah.

Saya memang tak mampu nak buat kerja-kerja seperti sahabat saya, walaupun mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang yang sama.

Namun, perlu diingat kerja cikgu taklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi pada zaman IT, langit terbuka yang serba mencabar ini.

Nampak mudah, tapi tak semudah yang disangka.

Bukan satu perkara yang mudah berdiri di depan anak murid dan menyampaikan ilmu dengan cara dan kaedah yang sesuai.



Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...