Isnin, 3 September 2012

Hina cikgu?

Terjumpa satu artikel blog yang berbunyi agak kurang ajar (bagi sesetengah orang).


Apa pun kenyataan tersebut sangat mengguris hati warga pendidik yang berdedikasi dan amanah menjalankan tulas.

Blog tersebut telah pun dipadam. Mungkin kerana dihentam bertalu-atalu, bertubi-tubi.

Baca 'cache' di sini http://goo.gl/pEI1q

Mungkin ada yang setuju. Tapi saya sebagai seorang guru, anak kepada seorang guru (pengetua sekolah) sangat sakit hati.

Ayah saya 'menghambakan' dirinya kepada profesyen perguruan. Pergi sekolah pagi-pagi buta. Bertugas lagi jadi warden. Tengah malam baru balik.

Bila dah jadi pegawai pun, waktu pejabat belum mula dah masuk pejabat. Waktu pejabat dah habis tapi masih sibuk dalam bilik.

Kadang tak merasa hujung minggu dengan ayah sendiri. Hal sekolah, perasmian sana-sini, kursus kadang makan masa berminggu.

Cuti sekolah pun ada masa bertugas di sekolah. Anak-anak diangkut sama pergi sekolah, pergi asrama. 

Anak-anak ada yang sanggup tahan mata sampai pagi buta menunggu ayah nak balik.

Saya tak nafikan, memang ada dan ramai juga warga pendidik yang menjalankan tugas sambil lewa, tidak amanah, ambil mudah, kerja asal dapat gaji. Tapi dengan pukul rata mengatakan kerja cikgu mudah (ibarat makan cendol gamaknye) adalah tidak wajar.

9 ulasan:

CIKGU NAMAN berkata...

cara menulis seakan pelajar tak matang..tak sangka seorang jurutera

kesian kat cikgu dan mak bapak dia..harap² dapat hidayah

Dkna Abza berkata...

nie kes hina guru tu ey..hehehe :)

shraqs berkata...

Memang perkara normal tu. Setiap orang yang melihat biasanya lebih pandai dari orang yang melakukannya. Cth: Penonton bola sepak lebih tahu menghukum pemain di atas padang yang dah berpenat lelah di atas padang. :) IMHO

shraqs berkata...

Memang perkara normal tu. Setiap orang yang melihat biasanya lebih pandai dari orang yang melakukannya. Cth: Penonton bola sepak lebih tahu menghukum pemain di atas padang yang dah berpenat lelah di atas padang. :) IMHO

Nur Fauzi berkata...

Terime kaseh semua datang jenguk-jenguk.

cekgu naman:
ade juge yang usia lanjut, tapi tak matang. ade juge yang nampak muda, tapi perilaku matang. moga-moga jadi pengajaranlah pade dirinye.

dkna abza:
kes itu jadi hangat la juge minggu ni.

shraqs:
setiap pekerjaan ada kelebihannye tersendiri. jadi tak molek juga kan nak kondem jkerja orang lain. masing-masing bagi sumbangan. doktor, jurutera, cekgu, bomba polis, banyak lagi. niatnya ikhlas, cara betul, ade nilai dididi Allah.

ROJAK berkata...

pendapat saya, jangan salahkan 100% blogger tu. kan dia kata cikgu yang betul2 berkualiti wajar dihormati.

kalau cikgu yang amik kesempatan suruh budak jadi bendahari kutip duit dan ada pulak amik kesempatan nak jual produk kat blog, buat tuisyen tambah lagi duit kononnya gaji cikgu ni kecik sangat pastu cakap "jadi cikgu ni susah dahlah gaji kecik!" apa cer...

jadilah cikgu yang betul2 ikhlas macam ayah kepada blogger ni. itu baru betul cikgu ibarat lilin yang membakar diri. cikgu macam ni yang kita cari2 selama ni. mana ada masa nak update fb, twitter, blog tunjuk tudung terkini, shawl terbaru dan sebagainya...

p/s: takleh tahan tengok cikgu cikgi berMLM.

APAN berkata...

aku ada masuk link yg ko sertakan ni...baca separuh je. dr awal sampai yg aku baca, semua mmg nak kondem cikgu. blh bajet la cmne ending dia...aku tngok dia punya profile. engineer keje. x gempak mne kalau baru 24 tahun as engineer. bnyk lg kene blaja. dngn pemikiran dia mcm tu, entah blh ke survive as engineer.haha..gempak sngt engineer tu kot. kalau dia x jd engineer, mungkin cikgu gak dia jd....

entah le...mcm ko tulis...sebab nila setitik, rosak susu sebelanga...
org yg betul2 buat kerja mmg akan terasa bila ada pihak lain memepertikaikan pe yg dbuat. mlgnya berdasarkan pemerhatian ke atas org lain...

Nur Fauzi berkata...

rojak:
haha..cekgu buat MLM memang hangin. saye juge bersangke baik bahawe blogger itu mungkin nak tegur sebilangan cekgu yang tak bagi komitmen. namun bahasenye itu...aduhai.

apan:
harapnye jadi pengajaran pada semua. blog ni satu dunia boleh jengah.

Sharinginfoz berkata...

guru banyak berjasa kepada kita, hargailah mereka

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...