Jumaat, 7 September 2012

Haramkan Loket Tenaga Skalar?

Baca berita berkenaan di sini.

Loket yang dijual menggunakan sistem MLM ini telah lama bertapak, dan sudah ramai yang membeli dan memakai (kena kelentong?)



Harganya bukan murah. Bukan RM10, bukan RM20 . Bukan ratus-ratus. Tapi ribu-ribu, untuk sekeping besi yang tak tahu dengan jelas kesannya dari segi sains.

Kalau baca blog aididmuaddib, ada cerita panjang lebar tentang loket dengan syarikat yang bleh dikatakan scam ni. Tapi scam cara terhormat, sebab ada lesen jualan langsung. Tak silap syarikat Fusion Excel. Cuba tengok gambar loket di web fusion excel dengan gambar loket yang dikaji.

Kepada yang belum terkena, usahlah percaya bulat-bulat dan terus terima apa yang orang kata tentang kehebatan besi buruk itu. Analisis, baca, cari maklumat dan gunakanlah logik akal untuk menilai.

Too good to be true.

Kalau cari lagi maklumat di internet, ramai yang tak puas hati sebab dah kena 'scam' pasal loket ni. Tokey dah dapat untung, lepas tangan cabut lari.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...