Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar. Papar semua catatan

Isnin, 12 Mei 2014

Telefon awam lama

Terjumpa satu gambar menggamit kenangan zaman kecik belum bersunat dulu. Gambar telefon awam.


Telefon jenis ini keluar masa zaman TM belum diswastakan.  Masih dipanggil jabatan telekom malaysia. Lokasi paling diingati jumpa telefon jenis ni masa di sekolah.

Telefon kat rumah pun dulu masih pakai dail yang pusing-pusing tu. Tapi bila tunjuk pada cikgu-cikgu senior
" ini kira dah baru ni. Ade lagi yang lama jenis pusing tu. "

Telefon awam jenis dail pusing tu kawan tak pernah la jumpe.


Masuk 10 sen boleh gayut lama. Tapi telefon awam tak popular. Masing-masing dah ade telefon bimbit. Jqrqng betul telefon awam orang guna sekarang ni.

Baca artikel penuh...

Khamis, 24 April 2014

Cara buat cincau?

*blog jualan saya  - cincaubp.blogspot.com. Boleh dapatkan dan belajar buat sendiri cincau yang lembut.

Saye suke minum cincau. Kalau beli air tin, selalu juge beli air tin cincau. Segar dan sejukkan badan.


Terbaca pasal minuman cincau fitrah di akhbar. Baru tahu jeli cincau tu dibuat daripada pokok cincau (batang dan daun) yang dikeringkan. Juga baru tahu pokok itu tidak ade di Malaysia. Kebanyakannya import dari China. Paling dekat pun dari negara jiran kita, Indonesia.

Terfikir juge macam mana kat kedai ade orang jual cincau bungkus plastik buat sendiri tu? Jadi bila tanya-tanya cara mudah nak dapat daun cincau adalah di kedai ubat cina @ singseh (orang selalu sebut macam ni).

Kali ni nak cuba buat sendiri. Saya dapat resepi dan juge bahan-bahan nak buat cincau ni dari rahsiacincau. Bahannye tak banyak pun. Selain daun cincau kering, bahan lain adelah air kapur dan juga tepung ubi. 

Jadi kalau nak cuba buat, boleh cube beli pek percubaan dengan rahsiacincau. Sangat sesuai bagi sesiapa yang ragu-ragu dengan status halal cincau paket yang dijual di kedai-kedai. Buat sendiri, kita lagi yakin halal.



Ini rupenye daun cincau kering. Yang ini 50 gram saje. Bile tunjuk pada anak murid, dikatenye kita beli tembakau nak buat hisap rokok..Mujur die tak kata cikgu beli ganja. Turut disertakan air kapur dan tepung ubi yang dah siap sukat.


Sebelum nak rendam basuh dulu daun kering tu. Beginilah rupenye bila dan rendam. Campur sekali air kapur masa rendam. Kalau ikut resepi, paling kurang 1 jam. Biase orang rendam semalaman. Kasi kembang daun tu...Memang bau cincau naik dah mase ni. Sukatan air lebih kurang 2.5 liter.


Ni rupa bila rebus. Daun yang dah rendam lama tadi kita rebus lebih kurang 45 minit. Kena kacau jugalah sikit-sikit sebab memang menggelegak. Pakai periuk besar sikit pun takpe. Warna air memang jadi hitam. Bau cincau memang sedap...Nak wangi lagi boleh masukkan daun pandan masa rebus. Lagi sedaplah baunye.


Bile sudah siap rebus. Tapiskan hampas-hampas daun, ambik air (pati) saje. Perah-perah juga daun-daun tu bagi keluar banyak patinye. Memang kembang la daunnye semua. Yang ni agak leceh la juga buat sorang-sorang.


Ni rupenye bila dah siap masuk air tepung ubi. Nampak pekat kan? Bile dah siap tapis tadi, bancuhkan tepung ubi (100 gram kot) dengan 200 ml air. Nak masukkan dalam pati concau tadi pastikan tapis juga. Bila dah masukkan air tepung, kena kacau terus. Jangan tinggal. Ade la dalam 15 minit kacau.

Bila kacau tu mula-mula pati tu jadi likat dan kemudian macam bergentel-gentel. Janagn berhenti kacau, teruskan sampai cair semula dan jadi hitam pekat berkilat. Masa tu boleh dah nak matikan api.

Sebelum tu pastikan bekas dah susun siap-siap. Sebab bila dah likat ni, cepat beku. Leceh pulak nanti nak kaut yang dah jadi macam gel / gam nak masuk bekas. Tuang la ikut acuan/ bekas yang disukai. Biarkan sejuk sikit sebelum masuk dalam peti sejuk.


Senang kan? RM20 beli pek percubaan, banyak juga dapat cincaunye. Memang puas la kalau takat makan sendiri. Tak susah mana pun rupenye nak buat. Cuma rendam daun tu saje yang kena lama.

Bagi yang suka makan cincau, boleh la cuba beli pek percubaan. RM 20 saje. Beli dengan rahsiacincau.

Bila dah buat ni, rase rugi pulak beli pek percubaan. Lepas ni nak order pakej yang lagi besar. Boleh la nanti bagi-bagi sikit pada orang lain merasa.

Cuba la buat.

* kemaskini...

cincaubp.blogspot.com

Kalau nak buat air cincau pun lebih kurang begitu lah...Rebus daun kering tadi dengan air yang banyak. Apa yang saya buat, hampas yang diguna untuk dapatkan pati buat agar-agar cincau yang kenyal tu saya guna lagi sekali. Rebus sekali lagi dengan air sampai mendidih. Tapis dan ambik airnye saja. Itulah dia air cincau. Kalau pekat, boleh tambahkan air lagi. Kalau pekat sangat macam pati, rasa agak pahit sikit bila minum. 50 gram daun kering, rasanya 10 liter air pun boleh lagi. Sebab kalau kita tengok air cincau dalam tin atau jual di kedai, warnanya tak pekat macam yang direbus.

Terbaru....
 Air kapur = air abu.
Campur lebih kurang 15ml air abu semasa cincau direndam dalam air.(15ml untuk 2.5 liter air rendam) Baca artikel penuh...

Ahad, 20 April 2014

Harga Proton Persona di Oman?

Saya dapat maklumat ini dari seorang kenalan (rakan sepengajian di UM dulu) yang bekerja di Oman. Kerja apa? Kerja disebuah Bank Islam di Oman, sebagai salah seorang pegawai bahagian syariah. Siapa kata anak Malaysia tak hebat kan?


5500 rial omani itu lebih kurang RM 42 900. Lebih murah berbanding persona yang dijual di pasaran tempatan. Saye sendiri beli (dengan spesifikasi yang lebih rendah daripada yang ada dalam gambar) RM48 000 on the road.

Menurut beliau lagi tiada cukai import untuk kereta import, cukai eksais rendah dan tiada cukai jalan di sana.

Harga proton yang lain di sana (Oman)

Persona RO 5,500 = MYR 42, 900
Gen-2 RO 5,200 = MYR 40, 560
Saga RO 3,600 = MYR 28, 080
Sy diberitahu akan ada 2 model baru sampai ke Oman for raya promotion with the following tentative pricing;
Exora Bold RO 7000 = MYR 54, 600
Preve RO 6000 = MYR 46, 800

Murah kan?

Lupe nak kabor...menurut beliau gaji minimum di sane sekitar  RM3200... Baca artikel penuh...

Sabtu, 19 April 2014

Gambar TG Nik Aziz - Apa guna banyak harta?

Agak tersentuh ketika ini.


Bekas Menteri Besar. Dikenali ramai. Tapi tawaduknye menjadi contoh ramai manusia.

Rasa diri ini teruk ketika ini.

Agak-agak dengan amal sekarang ni, Allah terima tak kita jadi tetamu dalam syurga? Baca artikel penuh...

Rabu, 16 April 2014

Hal hukum Rokok.

Benda ni sebenarnye sudah lame dibincangkan. Cuma telah terlalu berleluasa.

Hal berkenaan hukum halal haram rokok telah dibincangkan. Majoriti ulama memutuskan bahawa rokok adalah haram. Cuba lihat fatwa JAKIM.

Setelah kajian dilakukan, terutama dari segi kesihatan dan perubatan, rokok diputuskan haram kerana memberikan kesan buruk pada kesihatan kita. Dah terlalu banyak kajian perubatan yang dibuat berkenaan kesan rokok terhadap organ dalaman seperti paru-paru.



Tapi nak buat macam mana kan kalau dah ketagih. Susah nak buang. Kena ada disiplin dan kemahuan yang kuat untuk buang. Bukan senang nak buang rasa ketagih begini.

Ustaz pun ramai yang merokok...

Baca artikel penuh...

Selasa, 22 Oktober 2013

Bocah mangan cendol

Mula-mula sampai kedai. " Ayah, nasik mane? Nak nasik. "

Gaya budak 2 tahun 8 bulan makan cendol. (tak padan ade semput tu)













Baca artikel penuh...

Khamis, 19 September 2013

Rumah: Bateri Manusia di Hong Kong.

Saya merujuk kepada berita dan gambar di sini.

Disertakan juga beberapa gambar dari berita berkenaan.

Di Malaysia bilik sekecil ini disewa / didiami oleh seorang sahaja..

Semuanya dibuat di sini...

Hong Kong memang terkenal sebagai sebuah bandar yang pesat membangun dan mempunyai penduduk yang padat.

Inilah antara contoh miskin tegar yang TERPAKSA hidup di bandar-bandar besar kerana tiada pilihan. 

Apa yang saya nampak, ini antara kesan ekonomi kapitalis yang sekian lama kita amalkan (termasuk di Malaysia). Jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin tergar seperti ini terus melebar jauh.

Tak mustahil Malaysia boleh jadi seperti ini, jika yang kaya dan berkuasa terus rakus memnuhkan poket masing-masing, dengan cara mengambil dari poket rakyat marhaen.
Baca artikel penuh...

Selasa, 18 Jun 2013

Anak kedua. Alhamdulillah.

Sebenarnye baru dapat anak kedua Rabu minggu lepas. Alhamdulillah

Kali ni dapat lelaki lagi.

Kali ni si abang yang umur 2 tahun tiba-tiba buat perangai. Cemburu dapat adik gamaknye.


Abang popok adik...

Masuk wad 1 malam. Kena kuning...

Alhamdulillah dah sihat.

Salah satu aksi abang buat perangai

Baca artikel penuh...

Isnin, 13 Mei 2013

Hal MLM : faham muamalat cara cepat?

Saya dapat faham situasi ini. Tak ada jalan pintas dan sabar....


Tidaklah saya sebegitu rajin seperti dalam gambar itu. Namun sedikit kefahaman yang saya perolehi berkenaan ekonomi, perbankan dan kewangan Islam bukan datang sekelip mata.

Ada bahasa yang perlu dikuasai asasnya, ada kitab yang dibuka, ada buku yang ditelaah, ada teori dan kaedah fiqh yang perlu difahami, ada dalil yang perlu dihafaz, ada kuliah yang perlu dihadiri, ada tugasan yang perlu diselesaikan, ada kajian lapangan yang perlu dijalani, ada peperiksaan yang perlu diduduki, ada tutorial yang wajib dihadiri, ada guru dan pensyarah yang perlu dihormati
Tak lupa juga ada subjek, perkara yang perlu diulangi dek kerana lupa, kurang faham. Ada kesilapan, penolakan kertas kerja, tugasan, draf yang ditolak kerana tak memenuhi syarat-syaratnya.

Ditambah rencah suasana hidup tak menentu, poket yang selalu kering, kerja sambilan yang wajib dibuat untuk makan, dugaan hidup di kota metropolitan, dan banyak lagi.

Pendek kata, prosesnya bukan sekejap dan tak semudah yang disangka. Bukan nak kata selepas melalui proses itu saya jadi hebat dan Faqih. Bukan itu. Sahabat-sahabat yang sepengajian beratus kali lebih mahir dan berbakat.

Sebab itu bila datang 'anonymous' atau siapa saja yang yang berdegar mempertahankan MLM nya yang kononya confirm halal, mencabar itu dan ini, rasanya tak perlu balas dan ulas panjang lebar.

MLM tidak muktamad haram. Tapi sangat mudah jatuh hukum haram.

Post berkenaan MC Ocean antara contohnya. Boleh lihat komen-komen yang ada.Berapa banyak MLM yang datang dan pergi, naik hot dan kemudian turun. Dialog dan komen ahli yang mempertahankan hampir sama. Ya hampir sama. Cuma dalam olahan yang berbeza.

Sabar itu, memang salah satu anugerah Allah yang sangat bernilai. Baca artikel penuh...

Isnin, 6 Mei 2013

Gambar 'hot' hari ini!


Taktik yang sangat berkesan. Boleh dipraktikkan dalam pertandingan yang sesuai. Baca artikel penuh...

Isnin, 31 Disember 2012

Buah Epal dan Lilin?

Kredit pada blog lydsunshine.



Realitinya memang begini. Banyak buah disalut dengan lilin untuk tahan lama.

Kupas kulit epal sebelum makan.Tapi kalau suka makan lili, bedal saje.. Baca artikel penuh...

Isnin, 24 Disember 2012

Tak habis baca Quran?

* Peringatan buat diri sendiri...


Benar. Nak 'exam' kita boleh pulun segala buku dan nota untuk lulus.

Tapi 'buku' yang ada 114 surah ni susah sangat nak habiskan setahun. Baca artikel penuh...

Sabtu, 22 Disember 2012

Hukuman yang Adil.

Adil atau tidak, kita boleh nilai sendiri.




Politik? Baca artikel penuh...

Jumaat, 21 Disember 2012

Ranggi tapi utamakan agama?


Saya tak tahu siapa Syikin.

Cuma boleh baca kenyataan bab agama tu.

Benda sebegini boleh menimbulkan kekeliruan.

Salah artis sudah satu hal, tapi media turut terheret sama sebab tanpa media, benda sebegini tak akan terpampang dan jadi tatapan umum.

Media turut mainkan peranan. Apa guna ada editor? Editor kena peka juga hal-hal agama begini. Bukan nak suruh editor mengaji fiqh, tadah kitab bertalaqqi. Cuma kena kena PEKA, bukan pekak.

Hal sebegini menunjukkan kekeliruan dan kecelaruan umat Islam terhadap agamanya sendiri.

Realiti hari ini.

Ibu dan ayah, jagalah keluarga anda. Kita akan dipersoalkan di SANA nanti. Baca artikel penuh...

Selasa, 18 Disember 2012

Stadium Runtuh Terengganu


Akhirnya terbengkalai tak terurus.

Berjuta-juta dihabiskan untuk membiarkan semak samun tumbuh dan stadium dibiar tak dibaiki.

Hebat Malaysia..

Siapa yang salah? Tak ada siapa salah..Semua angkara ultraman dan raksasa.


Baca artikel penuh...

Ahad, 9 Disember 2012

Kanak-kanak dilarang dalam saf?


Dari sudut dakwah dan pendidikan, benda ini bagi saya sangat negatif.

Baca artikel penuh...

Jumaat, 7 Disember 2012

Ciri-ciri bertudung yang betul


Tak semestinya perlu tudung yang labuh-labuh.

Pakai tudung bawal biasa pun boleh tutup aurat kalau kena caranya.

Baca artikel penuh...

Khamis, 6 Disember 2012

Doraemon Kelate?

Terjumpa komik Doraemon versi kecek Kelate.


Selanjutnya baca di blog penpatah.


Baca artikel penuh...

Ahad, 2 Disember 2012

Beli pisang?

Kredit pada blog tikamanbinasa

Baca artikel penuh...

Sabtu, 24 November 2012

Azhar Sulaiman Murtad?





Jangan percaya bulat-bulat pada media. Selidik dahulu. Utusan dah berapa kali kalah kes saman fitnah? Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...