Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Disember 2016

Belanja sekolah mahal

Benda ni memang selalu kita dengar terutamanya pada hujung tahun, bila ibu bapa sibuk nak beli kelengkapan sekolah anak-anak.

MAHAL!

Itu memang kita tak boleh nak nafikan lagi. Tak pernah turun. Lagilah selepas gst 6% diperkenalkan. Orang miskin papa kedana pun kena bayar cukai.

Betul memang yuran sekolah dah tak perlu bayar. Tapi yuran sekolah sebelun ni pun bukannya beratus-ratus RM. Buku tulis, buku latihan, itu kena bayar dan bukan sikit nilainya. Tambah lagi kalau kelas peperiksaan.

Kalau keluarga yang berpendapatan sederhana pun merungut mahal harga barang, lagilah keluarga yang berpendapatan kecil...

Daftar tadika pun (selain pra sekolah dan kemas) dan telan belanja beratus RM. Malah ada yang cecah ribu. Itu baru tadika.

Sekolah kpm, daftar untuk beli buku di sekolah kena sedia dalam rm200 seorang. Malah mungkin lebih lagi. Tak masuk lagi kelengkapan macam kasut, uniform, alat tulis dan beg sekolah...

Suasana ekonomi makin menekan hari ni.  Jadi kita perlu rancang perbelanjaan dan elak pembaziran. Ikut keperluan, bukan kemahuan.

Baca artikel penuh...

Isnin, 17 Oktober 2016

Zombie & hantu solat.

Ini bukan cerita zombie solat betul-betul. Bukan juga hantu kak limah solat pakai telekung. Ini cuma respon pada gambar sekumpulan pelajar berpakaian & solek macam zombie dan hantu solat jemaah.

Gambarnye?

Boleh cubelah buat carian ye. Boleh jumpe kalau rajin.

Rentetan isu ni teringat ada pelajar yang tanya. Macam mana kalau kita ambik wuduk baru solek, kemudian solat?

Kita bagi ringkas saje ye. Tak mau masuk khilaf fiqh antara ulama semua. Nanti pening.

Senang kata sah solatnya andai cukup semua syarat dan rukun. Dia dah berwuduk (dan belum batal), pakaian pun cukup syarat menutup aurat. Jadi hukum solatnya adalah sah.

Jadi kenapa timbul isu?

Sebab pakaiannya itu dilihat pada pandangan masyarakat tak senonoh.

Isunya pada tertib dan adab untuk berjumpa pencipta kita. Bagaimana kita berpakaian untuk menghadap Allah. Sering kita dengar nak hadap tuhan, pakailah pakaian bukan saja menutup aurat malah sopan.

Lelaki solat pakai pakaian wanita.
Solat guna telekung penuh logo liverpool.
Lelaki solat guna kain pelekat, tak pakai baju.
Solat guna baju gambar tengkorak metal.
Boleh samakan dengan situasi ini?

Saya tak boleh nak cakap apa kalau macam alasan keperluan untuk program, untuk pementasan teater, macam-macamlah... Alasan memang boleh diberi.

Cuma teringat dalam kuliah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (tak ingat tajuk kuliah). Katanya kadang dalam hal permasalahan hukum yang baru ni sebelum kita tanya alim ulama, cuba kita tanya diri kita.

"Kalau Nabi s.a.w nampak, nabi suka tak?"

Baca artikel penuh...

Ahad, 2 Oktober 2016

Perihal encik Azizan tipu phd

Isu ini semestinya sudah sedang dan masih hangat. Banyak blog dan page fb yang dah ulas. Jadi ulasan kali ni taklah panjang sangat. Cuma nak kata:

1. Blog aididmuaddib dah bongkar sejak tahun 2010 lagi. Tapi ramai juge yang 'backup'.

2. Dia memang carik pasal bila kata ada phd dengan ipt tempatan. Orang lagi mudah nak semak. Phd metafizik dari luar? Tu dah ramai tahu tempat beli sijil. Cube la kalau nak.

3. " ilmu dia lagi penting dari title"
Betul. Tapi dia dah kelentong kelulusan. Itu isu utama. Kebolehan dia bagi motivasi itu memang bakat dia. Memang tak semua orang ada bakat tarik audien macam tu. Tapi tipu tetap tipu. Ikut undang-undang pun salah dan dikira sebagai jenayah. Jadi macai, faham isu betul-betul.

4. Dah salah, minta maaf. Itu lagi mulia. Dah salah, lagi nak nafikan sorok tahik bau semerbak tu. Lagilah orang bertambah berang. Artis si fazley mengaku salah pasal phd dia. Orang marah juga tapi tak lama. Sebab dia mengaku dan minta maaf. Kes tutup. Die pun move on jadi artis chef masak-masak.

5. "Tak elok dedah aib".
Yang ni kena balik semula pada isu. Isunya tipu phd. Perlu dedahkan untuk kesedaran umum. Benda ni bahaya. Patutnya dah lama didedahkan dan ambil tindakan.

6. Berpada-padalah.
Pada yang tak suka pun, jangan ambik kesempatan mengutuk kaw-kaw punya. Kita dedahkan supaya orang ramai ambil pengajaran. Kita benci perbuatan/ dosa yang dilakukan, bukan pelaku dosa itu.

7. Master, phd bukan semudah yang disangka. 1st degree pun tercirit nak siapkan. Master dan phd lagilah kena berjuang sorang-sorang. Banyak benda yang perlu korbankan. Ada sampai cerai laki bini, anak terabai, rugi berpuluh ribu rm, macam macam lagilah. Kau tiba-tiba dengan senang kata ade phd tanpa nak lalui segala susah payah. Memang mintak maki orang ramai. Baca artikel penuh...

Ahad, 26 Jun 2016

Isu vaksin dari sudut Syariah

Kecoh sekarang ni isu vaksin di media soial. Kenapa? Sebab penyakit berjangkit yang berbahaya sedang merebak. Penyakit ni dah lama tak ada tapi muncul kembali lantaran semakin bertambah golongan anti vaksin. Penyakit difteria. Sangat mudah berjangkit dan berbahay terutamanya pada bayi dan kanak-kanak. Ya, boleh membawa maut.

Tak mahu cerita panjang berkenaan hujjah anti vaksin tentang kandungan dan kesan sampingan vaksin. Boleh cari sendiri di internet dan nilaikan.

Cuma nak ulas secara ringkas vaksin dari sudut syariah.



Apa pentingnya vaksin ni? Vaksin diperlukan untuk mencegah penyakit berjangkit/wabak yang berbahaya untuk teru merebak. Penting dari sudut kesihatan. Maksudnya penting untuk menyelamatkan nyawa!

Menjaga nyawa adalah salah satu daripada Maqasid Syariah (maksud/tujuan/objektif syariah). Ini kerana nyawa adalah atu perkara yang tidak ternilai dan perlu dilindungi. Hal menjaga nyawa, keperluannya terletak pada tahap dharuriyyah. Wajib dipertahankan.

Pada tahap dharuriyyah, vaksin membawa malahah yang besar pada masyarakat. Kepentingan orang awam perlu diutamakan daripada kepentingan individu.

Inilah asas yang digunakan oleh kebanyakan ulama dalam fatwa berkenaan vaksin.

Jika rujuk pada kaedah fiqh lain antara yang boleh digunakan adalah sadd zara'ik. Secara mudah kita faham ia bermaksud langkah pencegahan sesuatu sebelum menjadi lebih buruk.

Kandungan vaksin haram?

Pada keperluan tahap dharuriyyah, penggunaan perkara yang asalnya haram dibenarkan demi menjaga nyawa. Contoh yang selalu digunakan untuk mudah faham adalah makan makanan yang haram seperti babi, arak kerana tiada pilihan makanan lain. Jika berterusan tidak makan, akan membawa maut. Makan pun sekadar untuk menjaga nyawa sementara usaha dibuat untuk mencari makanan yang halal.

Jadi kalau ada bahan haram dalam vaksin, dalam masa sama ianya perlu untuk menjaga nyawa kita, ia diharuskan. Adapun untuk perincian kandungan vaksin itu lebih baik rujuk pada mereka yang lebih arif. Takkan setakat baca satu dua artikel di internet yang entah siapa penulisnya kita terus percaya?

Boleh juga cari dan rujuk konsep istihalah dalam bahan haram.

Berkenaan fatwa, boleh rujuk fatwa mufti wilayah perekutuan, Yusuf Qaradhawi dan ulama semasa yang lain. Mereka lebih alin dan arif dalam menentukan hukum.
Jadi kita yang ilmu fiqh yang tak seberapa ni harapnya akur.

Konspirasi big pharma? Cepatlah kembali ke dunia nyata.

* anda vaksin anak anda?? Baca artikel penuh...

Selasa, 3 Mei 2016

Apa Jadi Perumahan Alfafa?

Sekarang ni dah sampai masa 3 tahun. Perumahan Alfafa menjanjikan kepada pembeli bahawa rumah akan siap dalam masa 3 tahun. Pembeli telah membayar secara 'lump sum' sekitar RM80k hingga RM90k. Kalau guna pinjaman / pembiayaan bank mesti guna pembiayaan peribadi, bukan perumahan punya.

Sepatutnya rumah sudah siap, pembeli dah dapat kunci dan boleh berjima-jimba dalam rumah baru mereka.

Tapi?

Senyap sunyi semuanya. FB ostat alpopia juga dah sunyi tanpa sebarang kemaskini. Sepanjang 3 tahun tak pula pembeli dimaklumkan tentang status pembinaan rumah. Lokasi dimana, reka bentuk rumah, berapa peratus sudah siap. Cubalah tanya pembeli.
Tiang cacak kat mana pun masih misteri

Sila lawati alfafagroup.com. Udah sunyi sepi dan tiade...Domain untuk dijual.
Buat baru pulak alfafagroupberhad.com.
Sibuk iklan tempahan rumah saje. Rumah dah siap LANGSUNG tak ada cerita.
Sibuk kutip duit tempahan buat rumahlah, projek ayam lah, projek emas RIBA haram lah, macam-macam lagi.
Alamatnye melayang saja duit pembeli.

Sejak dibedah siasat oleh tuan Afyan dan Khairul Ezuan di FB (sila buat carian ye), maka bertalu-talu serangan dan pertanyaaan orang ramai. Sejak itu juga satu demi satu 'kantoi' dan terdedah tembelangnya.

Jadi bagi sesiapa yang berhajat nak beli rumah, usahlah terpedaya dengan tempahan banglo oleh alpopia itu.

Baca artikel penuh...

Khamis, 18 Februari 2016

Musim gerai kopi hipster?

Sejak kebelakangan ni banyak pule jenama kopi dijual digerai tepi jalan dan premis perniagaan.


Banyak jenama yang muncul. Antara yang terawal kalau kat johor ni Pirate Coffee. Selepas 'viral' kopi ni di fesbuk maka selepas itu jenama lain pun tumbuh macam cendawan selepas hujan. Kalau pergi ke kawasan bandar atau pekan mesti kita boleh jumpa punya paling kurang satu gerai yang jual.

Bermusim?

Perniagaan macam ni nampaknya macam bermusim. Bila ada satu dua jenama yang kencang dan laku maka ramai pula selepas itu yang nak cuba berniaga.

Macam bisnes burger bakar. Ada satu masa banyak cawangan burger bakar dibuka. Kalau di johor ni hampir setiap daerah dulu ada burger bakar. Kadang sampai 2 atau tiga tempat satu daerah macam ni Batu Pahat dan Johor Bahru.

Tapi tak lama bertahan nampaknya, Tak sampai setahun, banyak cawangan burger bakar yang sudah tutup. Susah pula nak cari sekarang.

Adakah kopi hipster ini pun bakal jadi macam burger bakar begini?

Tapi dari sudut positifnya pelanggan ada banyak pilihan. Boleh tukar-tukar mana jenama dan rasa yang mereka suka.

Bukan mendoakan mereka bungkus dan rugi. Harapnya dapatlah bertahan dan memperoleh untung yang lumayan. Paling kurang pun balik modal.

Baca artikel penuh...

Selasa, 16 Februari 2016

1.5 juta Bangla masuk. Rakyat Malaysia pemalas?

Hal ni sememangnya dah kecoh sangat. Kalau di fesbuk tu lagilah dah mamacam-macam cerita bahas pasal benda ni. Komen pun macam-macam yang ada.

Ada yang sokong. Ada juge yang tak sokong.

Video jawapan TPM yang menjawab pasal rasional kedatangan pekerja asing ni agak viral dan mengundang juga rasa tak puas hati ramai orang. Alasannya diperlukan industri, serta perlu untuk kerja 3D : Dangerous, Difficult, Dirty.


Pandangan saye.

Sikap pemalas ni mana-mana bangsa pun ada. Baik cina ke, melayu ke, bangla ke, indonesia ke, negro ke, amerika ke, semua sama. Kalau dah dalam diri dia tu bertepek sifat malas, maka malaslah juga. Bagi kerja apan pun tak jadi, lambat siap.

Dalam hal kerja 3D begitu kalau nak libatkan ramai pekerja tempatan, timbangkan soal bayaran yang setimpal.

Tak payah nak pergi jauh. Di Singapura berlambak rakyat Malaysia yang buat kerja macam bangla di Malaysia. Tukang sapu, buruh, tukang cuci, pemandu, orang gaji, macam-macam lagilah. Sebab apa?

Sebab gaji sana berbaloi dan dapat tampung kos hidup mereka.

Belum cerita lagi rakyat Malaysia dalam bidang profesional yang kerja sana. Lagi masyuk gajinye.
Contohnya kerja dapat 3 000 sd, masuk Malaysia dapat lebih RM6000.

Kenapa orang risau dan bising?

Kemasukan ramai pekerja asing ni membunuh peluang pekerjaan rakyat Malaysia. Kebanyakan majikan nak minimumkan kos pekerja. Gaji pekerja asing murah banding dengan pekerja tempatan.

Rakyat tempatan nak kerja kena fikir macam-macam. tempat tinggal kena fikir, pengangkutan, kos makan, perubatan, lagilah kalau dah berkeluarga. Nak tampung keluarga macam mana kalau gaji murah?

Bangla tempat tinggal disediakan. Makan pun kadang ada yang dah sedia. Pengangkutan tak ada masalah. Keluarga? Keluarga dia dah tinggal sana. Tak pening dia nak fikir masalah sewa rumah keluarga, perubatanlah, macam-macam lagi. Sebab itu mereka boleh simpan duit dan hantar balik sana.

Bila depa hantar duit balik, dah jadi pengaliran keluar wang kita. Rugi dari segi ekonomi. yang dah sedia ada kat sini berjuta dah. Msuk lagi 1.5 juta. Setiap bulan kalau die orang hantar keluar RM100 je pun balik bangladesh, dah berapa juta RM pengaliran wang keluar kita??

Tu tak masuk lagi kes kroni kaut untung. Nak uruskan pekerja asing masuk tu bukan percuma. Kena ada kos. Siapa yang tanggung kos? Memang masyuk la siapa yang uruskan kemasukan tu sebab dibayar untuk kerja tu. 1.5 juta orang masuk. Berapa untung RM die orang boleh buat.

Lagilah bila ade desas desus syarikat yang uruskan kemasukan bangla tu kroni dengan TPM. Kan dah lain jadinye situ. Ada isu kepentingan. Tapi takdenye kena dakwadengan SPRM. Paling kuat pun ada siasatan SPRM. Sampai kat Peguam Negara, kes tak jalan. Tutup cerita. Mau kena simen kalau melawan lagi.

Tambah pulak isu warga asing mengundi. Dalam PRU yang lepas banyak juga video dapat tangkap bangla bawak ic biru pergi mengundi. Mana dapat ic tu pun tak tau. tu belum masuk lagi 1.5 juta bangla ni.

Rasa lama-lama kaum kat Malaysia ni tambah lagi satu. Kaum bangla. Sebab dah ramai benar.

Banyak lagi nak cerita. Tapi sembang tak habis punya.

Anda suka, ikutlah. Pilihan masing-masing.

Baca artikel penuh...

Selasa, 12 Januari 2016

Skim rumah Alfafa bakal lingkup?

Sekarang macam dah kecoh di FB pasal rumah alfafa ni.


Pertemuan antara pihak alfafa dengan mereka yang mereka yang mahukan penjelasan nampaknya tak berjalan dengan lancar.

Anda boleh cuba buat carian FB Afyan Mat Rawi atau Khairul Ezwan. (sekadar menyebut nama ini saje). 

Kebanyakan soalan yang dikemukakan jawapannya : 

" ini rahsia" "rahsia kami"

Tarikh rumah pertama dijangka siap adalah pada bulan April 2016. Tapi sampai sekarang tiang pun tak naik lagi.

Tak ada pun kemaskini atau pemberitahuan berkenaan perkembangan projek. Yang sibuk dicanang oleh syarikat adalah perkembangan perniagaan mereka.

Adakah duit pembeli digunakan untuk bukak 'bisnes' lain dan kayakan tauke syarikat?

Jawapannya mesti "rahsia".

Tak apalah. Kalau boleh jawab dengan tuhan macam tu nanti cube la.

Ini pun dengar kabar dah ada yang sangkut rebate dua bulan tak dapat. Bunga-bunga sontot tu dah mula nampak. Macam-macam alasan la diberi termasuklah bos takde, kena auditlah.....

* dengar kabor bos pegi siam carik mesin batu bata. Pandai kan dia buat kelakar,
Baca artikel penuh...

Selasa, 20 Oktober 2015

Alkisah bangla cuci kereta kena pukul

Cerita ni dah luas tersebar dan dah beribu-ribu blog yang tulis pasal cerita ni.

Jadi kiranya tak perlulah kawan tepek video dan gambor tu di sini. Nak tengok jugak buatlah carian menggunakan wak google. Mesti jumpa punya. Lagipun ramai yang dah tengok kan?

Cuma kat dalam blog ni nak ulas sikit pasal komen-komen cerdik tahap cipan yang suka komen guna kepala lutut. Benda ni terjadi sebab sikap individu, tapi komen yang banyak terbawa-bawa pulak masuk hal bangsa / kaum.

"bagus sangat la backup bangla tu. Perangai memang teruk"

" best la bangla dapat pembelaan. naik lemak nanti"

"kau tak tau perangai sebenar bangla macam mana. aku berurusan dengan die orang aku tau la"

Itu antara komen yang ada. Banyak lagi boleh jumpa komen sebegitu. Pergi saje tengok FB pages yang popular.

Benda ni mudah saje kalau kita tengok dari sudut kemanusian. Fikir rasional dan bukan dengan emosi.

Pukul rata

Jadi masalah yang pukul rata ni. Sorang bangla merogol, semua bangla jadi perogol. Sorang cina menipu, semua cina penipu. Sorang melayu bangang, semua melayu bangang. Sorang india yang merompak, semua india perompak & pencuri.

Boleh faham kan? Sifat negatif ni ada pada semua kaum dan bangsa.

Jadi dalam kes ni dari segi kemanusiaannya bangla tu tak patut dihentak begitu, walaupun pemilik kereta cerita yang bangla tu memang berperangai bangsat.

Cuba tukar bangla tu adalah melayu ke, cina ke, indon ke, siam ke, nepal ke, india ke, iban ke, benda yang dibuat tu tetap salah dan tak betul.


Lagipun kes dah disiasat polis. Sama-sama tunggu laporannye nanti.

Baca artikel penuh...

Selasa, 13 Oktober 2015

Keraguan Air Anugerah?

Kawan tahu mesti ramai yang tak suka dan tak setuju hal ni nanti. Tapi tak apalah. Siapa yang boleh fikir rasional mesti akan tertanya-tanya juga berkenaan dengan logiknya nanti.

Ramai pernah dengar kan produk Air Anugerah?
Ok air anugerah ini dikatakan telah dibacakan dengan ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan. Air ni bukan air mineral, tapi air terawat dari sumber paip SYABAS. Senang cite air paip dah ditapis la.

Air ni dibotolkan dan dipasarkan (dijual) kepada umum dengan harga rm4.50 sebotol (500ml tak silap)

Kawan bukanlah nak menyangkal kaedah rawatan menggunakan Ruqyah atau ayat Quran ni sebab kawan pun buat juga (minta orang buatkan dan ada masa buat/baca sendiri).

Cuma nak mempersoalkan kedah air ni dihasilkan dan juga kewajarannya dijual kepada umum.

Mari kita fikirkan bersama. Produk ini dikilangkan, maksudnya menggunakan mesin. Pernah tengok proses air mineral? Semuanya menggunakan mesin termasuklah proses memasukkan air dalam botol dan memasang cap/penutup botol.

Antara persoalan yang boleh dibangkitkan:

Bilakah masanya dibacakan ayat Quran dan doa tersebut?
Adakah dibacakan apabila air sudah didalam botol?
Kalau baca air di dalam botol, adakah ketika botol dibuka sedangkan produk siap dikilangkan sudah siap dengan cap/penutup botol.
Kalau bacakan sebelum air masuk botol, baca di sumber/takungan air??
Bacaan ayat Quran dan doa dilakukan oleh perawat/pembaca atau sekadar dimainkan guna audio dan pembesar suara?

Ada banyak lagi. Mungkin ada soalan di atas nampak bongok dan bodoh tapi memang perlu difikirkan. Cuba kita tengok kaedah rawatan yang menggunakan air ruqyah dan bagaimana air ruqyah dihasilkan. Perawat akan membacakan ayat tersebut pada air dan memakan masa yang agak lama jika banyak ayat yang perlu dibacakan.

Dalam hal air anugerah ini, 30 juzuk semua dibacakan. Itu yang mereka 'claim' pada produk tersebut. Jadi logiknya kita boleh timbulkan persoalan kaedah ayat Quran dibacakan pada air tersebut dan berapa masa yang diambil untuk selesaikan semuanya?

Dan adakah dijamin semua produk yang ada dalam pasaran dihasilkan sebegitu rupa?

Tentang kewajaran air Ruqyah dijual, boleh buat sedikit carian di internet atau merujuk kepada fatwa.

Kawan awal-awal lagi dah ragu-ragu dengan penjualan air Anugerah ni,

Kalau ada yang boleh tampil berikan penjelasan, silakanlah. Baca artikel penuh...

Ahad, 26 Julai 2015

Kecoh hal rumah Alfafa!

Tiba-tiba post berkenaan rumah Alfafa ramai pula yang cari. Ini mungkin sebab isu berkenaan naik semula di FB dan mendapat semakin ramai yang mengkritik projek perumahan ini.

Kepada pembeli yang mahu beli rumah, jangan mudah terus percaya dan terpedaya. Selidik terlebih dahulu.

Apa pun cara transaksi dijalankan sangat meragukan dan merugikan pihak pembeli. Tiada jaminan yang kukuh. Pemaju cabut lari, terkial-kial pembeli. Alangkan pemaju yang benar-benar berdaftar pun boleh cabut lari dan biar pembeli teraniaya, lagilah dengan cara pembelian yang berat sebelah dan meragukan begini.

Difahamkan pihak yang berwajib telah menasihatkan supaya orang ramai tak terjebak dengan perkara sebegini. Semuanya atas risiko kita sendiri kalau tertipu dan duit lesap. Jangan pulak nak salahkan sesiapa.

Masuk skim beli rumah, dpat elaun bulanan, kena pergi kelas mengaji.....
Something fishy..

Belum masuk bab tuan punya syarikat di FB yang maki hamun orang yang tak setuju. Letak pula nama 'ustaz'. Ustaz mulut longkang?
Sama-sama kita ambil pengajaran.

Orang kita ni selalu sangat suka benda mengarut macam ni.
Semuanya nak mudah dan senang.
Nak kaya, tapi taknak usaha keras, goyang telur tapi nak duit masuk tiap-tiap bulan.

* Alhamdulillah dah dapat beli rumah,..walaupun mahal.
Baca artikel penuh...

Isnin, 13 Julai 2015

Telefon punya pasal dan perihal guna otak.

Mesti ramai tahu kan isu gaduh ala ala KL Gangster di Plaza Low Yat.

Kes berpunca daripada satu transaksi jual beli telefon pintar jenama oppo.

Ade yang kata budak Melayu ni kena kelentong beli telefon klon. Tak puas hati pegi semula kedai. Rampas telefon ori. Lepas tu kena tangkap bawak balai. Lepas tu ajak member pergi kokak kedai tu.

Ade juge yang kata budak ni curi telefon. Kena bawak pegi balai. Tak puas hati kena tangkap, pergi 'langgar' kedai tu semula bawak geng.

Kenapa jadi panas?

Sebab pasal pembeli Melayu, penjual Cina.

Tak tahulah kenapa isu macam ni nak dikaitkan dengan perkauman. Penipu ni semua bangsa ada. Ingat tak ada Melayu yang kuat tipu? Semua kaum ada.

Cina pun ada penipu,Melayu pun ada penipu. 

Bila jadi macam ni konon masing-masing semangat nak bela bangsa masing-masing.
Bukan kawan tak sayang bangsa sendiri.
Bukan kawan sokong penipu.

Yang salah tetap salah. Tak kira la siapa. Bila jadi macam ni ramailah nak mempertahankan mamat Melayu pergi kokak kedai Oppo tu.

Kawan tak sokong Melayu tu bukan bermaksud sokong Cina tu menipu. (kalau betul dia tipu kasi tunjuk bukti)

Kawan tak sokong mamat Melayu tu sebab bertindak macam tak ada otak.
Betul. Tak ada otak.
Apa kau dapat sangat pergi gegar kedai Cina tu? Puas hati la kan? Lepas tu apa jadi?

Lagi pulak kat fesbuk, yang tak ade kena mengena kasi 'share' dan tambah perisa bagai. Cintakan Bangsa kononnya.

Suka sangat nak kaum Melayu dengan Cina gadoh perang? Memang la kalau kita badan sado gedabak, mungkin boleh menang lawan sorang Cina. Kasi penumbuk dua tiga das, layu dah. Tapi keselamatan orang lain macam mana pulak?

Adik kita? Ahli keluarga kita? Mak ayah kita? Isteri kita? Anak kita?

Jadi sebelum bertindak tu silalah guna otak. Kasi cerdik sikit.

Resit beli semua dah ada. Boleh report polis, boleh report tribunal, persatuan pengguna. Kes boleh setel. Memang makan masa tapi bukti semua kalau ada boleh menang punya.

Lubuk tipu

Ramai tahu dah nak beli barang kat sana kena hati-hati. Kelentong kuat sana. Kawan pun pernah pergi beli barang kat sana. Beli komputer. Jadi bila kita ni takde ilmu sangat pasal komputer, carik kawan yang tahu pasal komputer ni pergi temankan. Supaya tak kena kelentong beli barang tak elok dengan kena tekan harga. 

Ilmu kena ada. Kalau tak tahu, kita cari kawan yang tahu.

Kau tak kena boleh la sembang!

Kawan tahu memang ramai punya bagi alasan macam ni. Cuba kalau kita yang kena kan?

Pertamanya kawan minta dijauhkan kena dengan kes-kes tipu macam tu. Cuma kalau kita ni ada otak, fikir rasional dan ada IMAN, benda macam tu dapat dielakkan. 

Kita sibuk ikut perjuangkan bangsa kita. Tapi pernah pikir tak kita ni agama apa? Kau pergi kokak kedai tu agak-agak dapat pahala ke dosa? Nabi suka ke kita buat kerja merosak macam tu?
Kau pernah dengar cerita pasal akhlak nabi tak?

Kedai cina tu berani kita langgar, Masjid kita pergi tak? Lagi malu ni tengah bulan puasa. Mana pergi penghayatan puasa kau tu?

Cukup la dulu. Cakap banyak-banyak tapi kalau dah taksub Melayu sangat bukan boleh buat apa pun. Tak setuju sudah. Bacalah blog / komen yang setuju dengan isu tu.

Kawan tengok isu ni pada isu peniaga dan individu yang menipu dan orang yang melulu pikir tak guna otak. Bukan isu bangsa.

Kesimpulan - 1Malaysia gagal.
Baca artikel penuh...

Selasa, 24 Februari 2015

Polemik Hukum Hudud

Panas betul isu ni.

Biasanya jadi panas sebab libatkankan hal parti politik.



Cuma nak ulas sikit sebab ada yang beri alasan sebab ramai orang tak faham hudud, sebab tu tak boleh nak buat.

Tapi fikir logiknya, undang-undang yang ada sekarang ni bukan kita faham pun.

Akta dadah semua tu, ada ke kita faham terma undang-undang dalam tu semua? Takde faham pun. Peguam yang faham. Hakim yang faham.

Undang-undang pasal merogol, rasuah, curi, akta kewangan, bukan kita faham pun semua tu. Hanya mereka yang terlibat dalam hal tu yang faham.

Tapi kenapa dikuatkuasakan juge undang-undang yang tak semua orang faham tu ye? Sebab keselamatan.

Jadi hudud nak tunggu semua faham baru buat? Memang merepek la.


* yang dok gebang pasal DAP tolak hudud tu, dah berapa tahun ye Malaysia ni diperinah oleh DAP? Baca artikel penuh...

Ahad, 15 Februari 2015

Bintang Syurga - Tribute TG Nik Aziz

Kita mampu?



* Orang yang sayang Allah, Allah muliakan dia. Di dunia dia mulia. Matinya ditangisi jutaan manusia tanpa kira sempadan bangsa / agama. Kita? Baca artikel penuh...

Isnin, 7 Julai 2014

Al kisah cerita simkad ALTEL

* luahan pendapat...yang jenis ultra Melayu membabi buta @ macai mesti tak setuju agaknye.

Di FB akhir-akhir ni meletup pasal simkad altel, telco kepunyaan bumiputera yang baru. Sebenarnya tak baru juga, dah dua tahun wujud. Tapi sebelum ni mesti tak pernah dengar kan? Nak kata terlalu tertinggal maklumat tu tak juga sebab saye selalu 'on' internet dan tak pernah langsung terbaca hal berkenaan telco ALTEL dua tahun kebelakangan ini.



Altel ni mula dapat perhatian selepas dipromosikan oleh sebuah page FB yang anti cina DAP (entah kenapa tak tau la). Diceritakan bagaimana ada seorang melayu yang baru dapat tahu kewujudan Altel dan cuba cari simkad di kedai. Malangnya kebanyakan kedai tak jual dan tempat jualnye tersorok. Cina yang jual pun macam tak berape nak jual simkad altel tu.

Mesti pernah baca kan cerita tu?

Sejujurnya sebagai orang Melayu Islam saya sokong juga kewujudan Altel ni. Tapi tal berapa nak sedap hati dengan cara Altel ni meletup dan dikenali ramai.

Ya, cerita dari page FB itu boleh saje cerita yang direka-reka untuk memburukkan satu pihak dan memainkan sentimen perkauman. Pendek kata, ada kemungkinan kisah tu fitnah dan direka-reka.

Selama dua tahun Altel wujud, saya tak pernah dengar langsung promosi meluas dilakukan. Kalau pernah keluar kat TV beberapa kali pun, mesti orang tahu juga. Belek-belek akhbar online mahupun akhbar versi kertas yang sebenar, tak ada pun promosi dan iklan menyatakan kewujudan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Altel.

Berbanding dengan produk yang sedia ada seperti Maxis, Celcom, Digi dan Umobile yang agresif menawarkan dan iklankan perkhidmatan mereka. Syarikat ni dah besar dan terkenal, tapi masih lagi banyakkan iklan supaya orang ramai tahu kewujudan dan bisnes mereka.

Malah telco lain yang menumpang dengan celcom macam Redone dan XoX pun saye tahu kewujudannya sebab pernah nampak iklan mereka. 
(sekarang pakai line redone)

Iklan Altel? Kat mana nampak? Promosi kat celah mana? Online? Offline? Iklan surat kabar? Iklan TV? Iklan radio? Iklan Majalah? Iklan FB?

Kalau tak disebabkan cerita (yang tak tahu betul atau tidak) di FB pasal Altel ni, belum tentu orang boleh kenal Altel macam sekarang.

Bukan nak merendahkan kemampuan Altel, tapi seeloknya biarlah terkenal dengan servis / perkhidmatan yang ditawarkan. Mintak maap, saye sangat ragu-ragu dengan cerita di page FB tersebut. Tapi tak bermaksud tak sokong Altel.

Melayu sokong Melayu?

Betul, secara semulajadinya kita akan sokong dan lebih selesa dengan peniaga yang terdiri dari bangsa dan agama kita sendiri. Kaum yang lain macam cina dan india pun begitu juga. Sentimen seperti itu tak salah. Memang lumrah.

Cuma.

Jangan harapnya kita tak ambil kesempatan atas sentimen tu. Bisnes kita untung sebab sentimen 'melayu tolong melayu'. Bukan sebab perkhidmatan kita bagus. Tak elok juga macam tu. 
(cerita bab melayu tolong melayu ni panjang lebar, memang tak abis punya)

Harapan.

Agar telco Altel menawarkan perkhidmatan yang baik, boleh menandingi telco lain yang besar. Agar Altel dikenali dan disokong bukan semata-mata sentimen 'melayu tolong melayu' tapi disebabkan khidmatnya yang 'tip top' dan cuba berikan yang terbaik pada pelanggan. Bukan idup atas belas ehsan 'melayu tolong melayu'.

Agar Altel satu hari nanti tak lagi menumpang dengan Telco besar (sekarang ni tumpang Celcom) sebaliknya ada infrastruktur sendiri.

* menyampah dengan dealer yang senyap membisu bila cuba hubungi nak dapatkan simkad. Kalau sms agen tunetalk ke dah berdesup sms semula bagi respon. Tolong la Altel jaga servis dan pesan pada dealer / ejen supaya bisnes betul-betul. Ramai orang nak tolong, jadi servis pun kena tip top juga. Agen macam tahik, memang 'bye bye' la jawabnye.
Baca artikel penuh...

Isnin, 26 Mei 2014

Coklat Cadbury dan BABI.

Kecoh kan sekarang? Hal babi dalam kandungan coklat cadbury. Coklt lazat yang kita selalu makan itu bila pihak KKM buat ujian makmal ade pulak terselit unsur babi dalam tu. Patutlah sodap kan hehe.

Bukanlah tujuan saye mahu merendahkan dan tak peduli hasil kajian itu. Cuma pelik juga tengok gelagat orang Islam yang majoriti melayu di Malaysia ni.

Hal babi ni memang sensitif... Ape orang kata? Taboo benda tu. Ibarat memakan babi itu adalah satu dosa yang maha dahsyat hukumnye. Geli yang teramat. Penyesalan tak terkata bila termakan babi.

Kenapa tak boleh makan babi? Sebab dah ada sebut dalam Quran. Terang jelas dan nyata. Haram.

Ok. Tapi itu hukum makan babi dengan sengaja. SENGAJA. Kalau tak sengaja dan luar pengetahuan kita, bukannya berdosa pun. Kita tak tahu. Benda tu di luar kemampuan kita semua. Bila dah tahu, tak payahlah ambik / makan lagi. Benda dah berlalu, jangan terlalu dikenang sangat.

Doa saje kita tak terkena lagi benda sebegitu.

Cuma. Orang Islam di Malaysia ni tak sensisitf pasal isu dosa dan haram yang lain. Tak hebat dan sensasi seperti babi itu tadi.


Tutup aurat, ada dalam Quran. Tapi ramai yang selamba tak hirau.

Ambik riba, ada dalam Quran. Dosa besar. Lagi berganda besar dosa makan babi. Apa hirau semua. Pinjaman keta, rumah, pelaburan, insurans, akaun simpanan semua guna konvensional. Ada riba. Fatwa dah keluar zaman berzaman, Ramai buat tak tau.

Rasuah. Haram. Ada dalil hadith nabi. Ada orang kesah sangat?

Rokok. Fatwa kata haram. Dalil bersandar pada Quran dan hadith. Apa peduli. Kasi seduuut banyak-banyak.

Yang dosa-dosa lain dan perkara haram lain tak nak ikut Quran dan hadith...

Dipandang sepi, tak sepopular isu babi yang kita TERmakan itu.

Kenapa?

Kemungkinan besar sebab kita tak geli. Yalah bila sebut babi kita terbayang binatang itu baik yang dihutan mahu pun yang dibela. Geli. Ape lagi kita bayangkan makan dagingnye. Mau ade yang muntah berbakul-bakul.

Ya, kita geli dan loya. Jijik kita pandang babi itu.

Cubalah dosa lain itu kita bayangkan jadi geli macam babi. Mesti kita tak buat.

Baru sedut asap rokok. Tiba-tiba ada babi datang berlari ke arah kita. Umpama kucing berlari gembira nak dapatkan tuannya.

Baru ambik rasuah tiba-tiba ' PLING! '. Sekor babi atas pangku kita.

Baru je buat pelaburan riba, ' TADAA! ' ade babi sedang menggesel badan kat kaki kita sambil bermanja-manja.

Keluar saje rumah tayang rambut panjang (perempuan la), babi datang peluk.

Kalau jadi macam tu semua, memang tobat kita tak buat. Buat dosa je ade babi. buat dosa je ade babi. Cium awek je, tercium babi. Kan kita geli jadi macam tu.

Cuma nak kabor, jangan kita berdegar sangat kes termakan babi dalam cekelat ni, tapi larong dan pandang sepi benda yang lain. Isu rasuah dan riba itu hal dosa besar yang penting dan boleh memusnahkan negara. Ambil berat juga hal itu.

Isu dosa yang musnahkan institusi kekeluargaan, jangan kita pandang sepi. Jangan nak bangkit isu babi saje. Macamlah babi saje yang HARAM?

Baca artikel penuh...

Rabu, 30 April 2014

Saga SV untung RM500 saje?

Bukanlah saye ini orang yang anti dan menentang proton.

Saye bangga Malaysia boleh keluarkan kereta sendiri. Saye sendiri juga pengguna / pembeli produk proton. Alhamdulillah setakat ini persona elegance 1.6 yang diguna masih lagi berfungsi dengan baik. Cuma tingkapnye kadang gegar...Juge bila bawak laju kadang ade bunyi gegar entah dari mane. Biaselah kan, made in Malaysia....

Rujuk artikel ini.



Untung RM500 saje untuk sebuah saga SV? Baik tutup kedai saje begitu. Tak membazir duit pembayar cukai nak tampung syarikat macam ni. Luar Negara, saga boleh dapat harga bawah RM30k sebuah.

Saya tak berapa arif dengan " cross tax" yang berlaku terhadap produk proton di luar Negara. Tapi secara mudahnya pengguna mana-mana Negara pun pasti akan persoalkan kenapa produk tempatan lebih MAHAL bila dijual di Negara sendiri? Logik akal berfikir..

Janganlah bagi alasan 'cerdik' macam ni....
Baca artikel penuh...

Ahad, 20 April 2014

Harga Proton Persona di Oman?

Saya dapat maklumat ini dari seorang kenalan (rakan sepengajian di UM dulu) yang bekerja di Oman. Kerja apa? Kerja disebuah Bank Islam di Oman, sebagai salah seorang pegawai bahagian syariah. Siapa kata anak Malaysia tak hebat kan?


5500 rial omani itu lebih kurang RM 42 900. Lebih murah berbanding persona yang dijual di pasaran tempatan. Saye sendiri beli (dengan spesifikasi yang lebih rendah daripada yang ada dalam gambar) RM48 000 on the road.

Menurut beliau lagi tiada cukai import untuk kereta import, cukai eksais rendah dan tiada cukai jalan di sana.

Harga proton yang lain di sana (Oman)

Persona RO 5,500 = MYR 42, 900
Gen-2 RO 5,200 = MYR 40, 560
Saga RO 3,600 = MYR 28, 080
Sy diberitahu akan ada 2 model baru sampai ke Oman for raya promotion with the following tentative pricing;
Exora Bold RO 7000 = MYR 54, 600
Preve RO 6000 = MYR 46, 800

Murah kan?

Lupe nak kabor...menurut beliau gaji minimum di sane sekitar  RM3200... Baca artikel penuh...

Khamis, 17 April 2014

Karpal Singh @ MP Bukit Gelugor maut kemalangan.

Rasanya berita berkenaan mendiang Karpal Singh ini dah tersebar luas.


Bukan nak komen bagaimana kemalangan itu berlaku, tapi segelintir akhlak umat Islam yang tak macam orang Islam.

Memang ada yang menyebut 'alhamdulillah' kerana kematian beliau. Akhlak itu sememangnya sangat jauh dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sendiri pernah berdiri sebagai tanda hormat ketika jenazah seorang yang bukan Islam dibawa dan lalu depan Baginda.

Benar, umum tahu bahawa mendiang Karpal Singh tidak setuju dengan hukum hudud. Artikel akhbar yang tertulis 'langkah mayat saya dulu' hebat dicanang semula.

Tapi apa yang kita nak pelik dengan kegusaran orang bukan Islam tentang hudud? Sedangkan dia memang bukan Islam, belum memahami apa itu Islam, apatah lagi hukum jenayah syariah di dalamnya. 

Tidakkah kita cuba lihat bahawa pandangan negatif orang bukan Islam terhadap Islam dan undang-undangnya adalah refleksi kepada kelemahan diri kita sendiri yang tidak menonjolkan akhlak sebagai orang Islam dan tidak pula menyampaikan maklumat kepada mereka dengan betul dan berhikmah?

Yang tahu nak tunjuk lagak dan ketuanan saja. Kalau nak cerita hal ketuanan, Nabi Muhammad s.a.w boleh buat begitu dahulu kerana baginda merupakan keturunan Quraisy, yang paling mulia dalam masyarakat Arab ketika itu.

" padan muka"
" dah boleh langkah mayat dia "
" Allah bagi cash pada dia "

Kita yang hidup ni tak sedar diri lagi? Allah boleh hina kita dengan penghinaan yang kita ucapkan pada orang. Hebabat manalah sangat kita ni? Badan sasa, kuat macam mana sekalipun, Allah hantar pening kepala terus lemah longlai tak bermaya nak bangun.

Kematian itu untuk kita insafi keadaan diri kita. Entah bila nak 'dijemput' ke alam sana. Silap-silap sekejap lagi, di saat kita bergembira meraikan kematian seseorang...


Baca artikel penuh...

Isnin, 14 April 2014

Azan : suara sedap atau seram?

Saye selitkan video azan seram dari ustaz 'bollywood'



Ade jugalah yang komen. " kalau suara dia tak sedap tak boleh azan ke? " " paling penting niat, bukan suara "

Menang ade benarnye tukang komen sebegitu. Niat itu yang paling diutamakan. Suara sedap atau tak lain cerita.

Tapi dari sudut pandang yang lain, jangan diperkecilkan hal suara itu. Allah kurniakan pada manusia suara. Memang ada yang Allah bagi kelebihan suara sedap lunak merdu.

Kalau kita pun, kita nak juga benda yang cantik-cantik atau yang molek. Kalau lagu pun, nak dengar lagu yang suara sedap-sedap.

Jadi tak salah jugalah kalau kita pilih orang yang ada suara sedap untuk azan kan? Kuasa ada pada pihak pengurusan masjid / surau. Pilihlah mereka yang bersesuaian.


Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...