Memaparkan catatan dengan label Berkenaan MLM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berkenaan MLM. Papar semua catatan

Isnin, 29 Januari 2018

Bahana MLM Hai o.

Mlm bisnes bermusim. Ada masa hot naik dan kecoh. Kemudian beransur sunyi sepi. Dan akan kecoh semula.


Nampaknya MLM Hai O yang kecoh dulu dengan penapis air, korset dan selimut ajaib (tahik) dulu nampaknye hangat semula. 

Saya pernah juga sentuh hal ni dulu. Ini antara post lama pasal hai o yang banyak dapat komen.

http://nurfauzibassar.blogspot.my/2012/03/mlm-hai-o-rungutan-dan-luahan-bekas.html?m=1

Taktiknya sama. Pujuk masuk buat belian dengan jumlah riban-riban sampai buat loan. Barang peram. Fokus carik downline. Maksudnye fokus bukan pada produk. Buat head hunting!

Cara ini salah. Tapi majoriti mlm buat. Sebab leader/upline cepat masyukkk dapat komisyen kencang!

Kecoh semula macam group STG pujuk downline buat loan. Dan memang ada yang termakan pujuk rayunye itu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=358245647919310&id=290499934693882

Kita sebagai pengguna kena jadi bijak. Nak harapkan kpdnkk, sampai lembu tumbuh janggut putih laaaa...
Syarikat begitu biasa licik. Kesalahan akan diletakkan pada agen. Agen yang salah.

Padahal tokey hai o tu bukan tak tau. Tapi benda tu bagi untung pada dia. Peduli apa kita melingkup nak bayar loan?

Mlm ni tak perlu end user beli produk dia. Agen yang beli dengan harga agen tu pun syarikat dah dapat untung. 
Baca artikel penuh...

Isnin, 27 November 2017

Hai o kembali?

Penyakit MLM ni biasanya bermusim. Dan memang ada MLM yang lama-lama dan masih bertahan akan buat comeback dan meletup sales kembali.

Contohnya macam MLM Hai O. Pernah la dulu popular sekejap dengan produk penapis air dan korset mahalnye itu. Ramai benar yang terpedaya nak kaya cepat keluar modal berpuluh ribu beli stok penapis air dan korset. Kemudian produk tak jual pun. Sibuk carik downline yang ysanggup keluar modal sama macam dia.

Sudahnya downline tak dapat. Kemudian barang tak laku, tak terjual. Itu yang jadi sampai jual harga rugi. Penapis air harga seribu lebih RM seunit harga ahli (mahal gilaaa), jual cuma RM500 saje.... Nak habiskan stok, daripada terperuk kat rumah menyakitkan hati, lebih baik jual.

Lagi malang bila buat loan berpuluh ribu RM nak buat modal...Kena tanggung padah bayar loan sampai 10 tahun lagi...

Sekarang?

Setelah lesu dan menyepi sekejap, macam dah kembali semula Hai O ni dengan tumpuan produk lain pula. Kali ni ramai agen target kopi garam buluhnye pule. Ada juga yang terget selimut bvsm (betul ke eja?)

Dalam post berkenaan Hai o dalam blog ni dulu, tibe-tiba muncul komen-komen baru yang mempertahankan hai o ni. Ye lah kan... Depa belum kena lagi la tu.

Katanya keahlian RM50 saje. Buat apa tamak nak masuk beli barang banyak-banyak sampai berpuluh ribu RM. Danadalah lain-lain komen tipikal tahik MLM yang masih asyik dengan MLMnye itu.

Ye la. Mula memang RM50 saje. Kemudian dipujuk, promosi beli barang. Kemudian pujuk beli barang, maintain tiap bulan, carik downline, dan ada yang dipujuk jadi stokis, mini stokis...Sampai tahap tu dah berpuluh ribu RM modal diperlukan. Bila jadi macam tu, memang senyum lebar la upline. Hang buat belian ribu-ribu rm, dia maintain je point belian bulanan unntuk kaut komisyen dari hang punya belian tu.

Ni pun ada haaa rakan kenalan terdekat yang dah termakan pujuk rayu keluar duit simpanan RM20k beli barang banyak. Berlambak laa sabun, ubat gigi, kopi dan lain-lain lagi brand hai o kat rumah tuuuu...Mula-mula dulu memang bayar RM50 dan beli barang sikit-sikit saje dulu. Akhirnya terjebak juaaa.

Daripada bazir rm20k beli barang MLM tah apa-apa, baik beli barang buat stok, trading cara biasa. Ada kenalan si MLM tadi tu yang lebih bijak. Keluar modal RM10k beli mesin buat aiskrim dan bahan-bahan aiskrim. Laaa ni hampir tiap hujung minggu tak lekat kat rumah. Orang kenduri tempah aiskrim selaluuu... Nak tempah aiskrim berbekas saja pun dia buat.
Itu barulah real business.

Agak-agak siapa yang boleh bertahan lama dan makin berkembang. Si MLM yang keluar modal 20k atau abang aiskrim yang keluar modal 10k? Baca artikel penuh...

Rabu, 8 November 2017

Kopi pak belalang, arbanetwork, cwc, cwig kena 'serbu' PPIM?

Hari ini PPIM ambil tindakan setelah beratus laporan dibuat.

Ramai-ramai pergi ke pejabat nak jumpa Rozaini tapi tak dapat. Isterinye pun takdee. Jadi terpaksalah general manager hadap.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=500942930275936&id=200898756947023

Agak mustahil general manager tak tahu langsung plan busuk ni. Atau memang baru diambil bekerja sebagai pak pacak nak tadah orang datang bertalu-talu.

Sokong sangat kan kopi pak belalang ni dulu. Kita kabor molek taknak percaya. Menganjingkan kita lagi ada.


Baca artikel penuh...

Isnin, 4 September 2017

Hai O kembali?

Ok. Akhir-akhir ni bila tengok statistik blog, artikel pasal hai o ramai pula yang cari dan baca. Tak kurang juge ada agen yang singgah komen.

Ramai yang komen tu dari group STG.

Rupenye FB page PW & SNTMLM kasi naik semula nama hai o. Patut le ramai yang cube cari artikel untuk rujukan & bacaan.

Kalau nak ulasan yang bikin panas, silelah rujuk pada blog aididmuaddib yang legend itu....walaupun dah menyepi tapi artikel yang dah ditulis memang makan dalam.

Jadi apehal lagi dengan hai o?

Ok hari ni mereka muncul semula. Kalau dulu korset & penapis air jadi produk pilihan. Kemudian ade la kejap selimut yang mahal beda'ah tu.

Kini banyak up pasal kopi garam buluh, kopi mineral tu haaa.

Tak nak cerita panjang lebar. Modus operandi masih mlm. Jadi terbuka untuk manipulasi plan headhunting. Patuh syariah? Rujuk garispanduan mlm syariah jakim. Hai o mana ada lantik penasihat syariah pun.

Daftar cuma rm50? Iye...tapi kau nak kaya, takdenye takat daftar & jual produk harga retail ni. Nak kaya dalam mlm memang kena main networking. Carik downline leee. Kena carik downline ramai & maintain sales produk tiap bulan (atau gine sendiri).
Tapi kita guna sendiri pun banyak mana je tiap bulan?

Agent tak puas hati?
Silakan nak kecam apa. Duit masing-masing. Baca artikel penuh...

Selasa, 18 Julai 2017

Hal penasihat syariah MLM

Isu ni naik agak panas seminggu dua ni bila Affiliate Junction (AJ) lantik dua orang panel penasihat syariah untuk nilai plan pemasaran mereka.


Sebelum tu kena tahu, jakim ada keluarkan garis panduan mlm syariah. Dalam itu ada sebut antara keperluan untuk jadi MLM yang harus dari sudut syariah adalah pelan pemasaran mesti disemak dan dinilai oleh panel yang berkelayakan.

Dalam kes AJ ni salah seorang penasihat syariah yang dilantik merupakan individu yang terkenal dalam dunia muamalat di Malaysia iaitu ustaz Zaharuddin.

Masalah utama

Tak mau sentuh sangat berkaitan teknikal patuh syariah yang dinilai tu. Cuma nak bangkitkan masalah utama AJ ni adalah sistem MLM. Sistem pemasaran MLM ni memang sangat terkenal dengan manipulasi headhunting. Kejar/ rekrut agen baruu. Masuk ahli dengan belian banyak. Produk longgok tepi, rekrut lagi agen bawah dengan cara sama.

MLM apa yang tak buat kerja macam ni? Kebanyakannya ada.

Kalau ikut peraturan pun, beli pangkat begitu memang dilarang dan jadi kesalahan.

Jadi apa masalahnya nak disahkan patuh syariah?

Masalah besar! Sebab patuh syariah ni cuma TOPENG/PERISAI saja nak selamatkan syarikat. Hakikatnya kerja rekrut headhunting tumasih terus dijalankan malah diajar kepada agen baru untuk buat perkara yang sama.

Jadi celah mana nak patuh syariah begitu?
Mereka bijak manipulasi dan cari loop hole. Penasihat syariah mungkin bersemangat nak bantu perniagaan untuk patuh syariah. Tapi mereka juga mungkin tak sedar bahawa mereka sedang dipergunakan oleh syarikat untuk jadi pelindung.

Akhirnya kecaman pihak awam akan berpindah kepada penasihat syariah!

Licik permainan mereka.

Penasihat syariah perlu berhati-hati

Dalam hal ini, damage have benn done..harap semuanya selesai dalam keadaan baik.

Cuma nak pesan pada sahabat dalam dunia muamalat, perlu berhati-hati. Ramai orang nak cepat kaya dengan jual agama. Jadikan agama sebagai pelaris dan daya tarikan. Jual imej agama.

Contohnya apa yang terjadi pada arba network cwc cwig kopipakbelalang.

Mereka buat MLM.
Mereka jual nama jakim, kata jakim sahkan mlm mereka patuh syariah.
Bila dah teruk kantoi dan dinafikan oleh jakim, tambah lagi perjanjian money game mereka, barulah nak cari penasihat syariah.
Dapt penasihat syariah pula macam tak pandai muamalat.
Tapi sebab title ustaz penasihat syariah, pensyarah IPT lagi, maka makin hebat yang masuk.
Duit syarikat meroket naik.
Bila dah ada masalah, penasihat syariah pun tarik diri. terus berdiam diri. Tak mahu ada kaitan lagi.
Walhal orang ramai masuk sebab nama penasihat syariah tadi!

Syarikat yang untung.
Baca artikel penuh...

Selasa, 4 April 2017

Arba network, cwc, cwig, kopi pak belalang

Apa yang dah jadi hari ni?

Rungutan peserta yang tak dapat bayaran terus berkumandang. Malah yang nak semula modal pun tak dapat.

Gebang hebat duit masuk tiap bulan tu hanya leader besau saje dapat.

Boleh cuba baca fb page PW.

Ini pula kisah di sebuah forum online.
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=504049

Kalau rajin boleh baca awal hingga akhir. Macam mana sembang yang sampai gajah
terbang akhirnya jadi sepi bisu.

Kalau di fb boleh usha fb agen cwc yang ade tulis kr kat depan tu. Cuba komen tanya, ada la yang kena block terus.

Dah berapa ribu korang tersontot?

Baca artikel penuh...

Sabtu, 18 Februari 2017

Status terkini cwc cwig arba network?

Statistik blog mencatatkan post berkenaan cwc arba network sentiasa mendapat 'view' tertinggi setiap hari.

Mungkin sebab tak banyak blog yang paparkan kritikan pada scam tersebut, jadi carian orang ramai berkenaan scam tersebut akan singgah ke sini.

Selain blog ini anda boleh dapatkan maklumat lebih terperinci di fb page ustaz lariba.

Status terkini?

Saya tak tahu. Sebab saya tak terlibat sebagai ahli dan tak tahu kalau ada sebarang tunggakan bayaran. Cuma yang nampak aktiviti promosi di fb dah sejuk, tak seperti tahun-tahun sudah. Komentar dari fb sntmlm, pw, ustaz lariba, afyan mat rawi, muamalat.my banyak membantu memerangi aktiviti scam ini.

Berkenaan penasihat syariah, sudah tak lagi berkhidmat. Apa yang saya nampak penasihat syariah memang tak panjang umur dengan cwc kerana beliau terlibat dalam industri kewangan Islam. Jadi sebarang aduan orang ramai terhadap beliau pasti diberi perhatian ileh pihak bnm dan beri kesan juga pada institusi yang beliau wakili.
Industri kewangan Islam Malaysia bukan cap ayam.

Jadi untuk tahu status terkini, adalah lebih baik tanya pada ahli cwc sendiri.

* walau scam ini belum tepu & crash sekalipun, itu tak bermaksud ia halal dan patuh syariah. Baca artikel penuh...

Rabu, 21 Disember 2016

Global tijari, i-Tijari itu SCAM!

Ya. Ringkasnya apa yang mereka sembang tentang murabahah itu tak tepat.

Model perniagaan yang mereka gunakan bukannya murabahah, tapi bai' al 'inah. Sebab berlaku dua transaksi. Jual dan beli semula atau beli dan jual semula. 

Apa itu murabahah? Murabahah ni senang kata kita beli produk dengan satu harga dan jual semula dengan harga yang lebih mahal untuk mendapatkan untung. Dalam murabahah ada tiga pihak yang terlibat. Pihak yang membekalkan produk, pembeli daripada pembekal dan pengguna akhir.

Contohnya dalam model murabahah pembiayaan perumahan. secara teorinya bank bertindak beli dan bayar harga rumah kepada pihak pemaju / pemilik rumah, kemudian jual kepada kita dengan harga yang lebih mahal untuk ambil keuntungan. Tiga pihak terlibat di situ.

Tapi dalam global tijari ni hanya dua pihak saja. Kita beli dari Global Tijari harga murah, kemudian jual semula pada Global tijari dengan harga yang mahal. Produk hanya helah saja. Tak berlaku pun pindah milik secara benar. Yang berlaku cuma pertukaran duit. Di situ dah jadi riba.

Kenapa riba? Sebab berlaku pertukaran wang dengan wang yang tidak sama nilainya dan tidak dalam satu majlis / secara langsung / spot. Anda bayar kepada global tijari sebanyak RM10k (contoh). Kemudian global tijari bayar kepada anda secara ansuran. 

Dalam sisi yang lain, ia bukan lagi akad al bai', tapi boleh dilihat sebagai Qard (hutang). Seolah kita memberi pinjam kepada pihak global tijari. Tapi hutang mesti dibayar dengan nilai yang sama. Jika ditetapkan mesti bayar lebih, dah jadi riba juga.

Benda ni tak jauh beza dengan cwc/cwig/arbanetwork. Cuma bezanya cwc menjadikan cwig di indonesia sebagai pihak ketiga. Tapi pemilik cwc dan cwig adalah orang yang sama.

Jadi hindari skim/program seumpama ini. Nak kaya usaha dengan cara yang betul. 
Baca artikel penuh...

Selasa, 29 November 2016

Global Tijari pun scam??

Pasal global tijari atau i tijari ini pernah juga ada yang tanya. Tapi saya tak respon sebab masa tu belum tengok lagi plan atau model perniagaannya macam mana.

Syarikat ini katenye kepunyaan Man Kidal. Siapaan kidal ni cubelah buat carian ye.

Setelah baca soal jawab di website dan perjanjian yang dibuat, ianye tak jauh seperti arbanetwork cwc cwig. Senang kata skim sontot menjadikan produk sebagai helah.

Macam mana jadi scam?
Kita beli produk dengan global tijari harga murah (katanya tanpa label). Kemudian kita jual semula pada global tijari dengan harga mahal. Katenye produk tu nanti dijual dengan label MK.

Ini dah bai' al 'inah, bukannya murabahah seperti yang depa claim. Sebab jadi dua transaksi antara dua pihak yang sama. Produk tak bertukar tangan pun.
Yang terjadi adalah pertukaran wang dengan wang yang tidak sama nilai. Itu riba.

Bukan murabahah. Kalau murabahah kita dapatkan barang dari satu pihak, kemudian kita jual pada pihak lain dengan harga mahal/ markup untuk dapatkan keuntungan. Itu murabahah.

Jadi yang dah terpedaya dengan MK atau global tijari tu, ada masa tarik diri.

Baca artikel penuh...

Ahad, 27 November 2016

Arba network CWC CWIG Tiada Penasihat Syariah

Scam ini mungkin sampai peringkat akhir.

Saya buat pertanyaan pada web cwc tentang status penasihat syariah. Jawapan yang diterima agak mengejutkan.

Boleh rujuk gambar.

Hal ini bermaksud pelan kontroversi itu berlangsung tanpa pemantauan dari penasihat syariah.

Sebelum ini penasihat syariah mereka adalah Dr Faisal dari UKM. Namun penglibatan beliau dikritik berikutan membenarkan aplikasi model tawarruq yang sangat bermasalah serta kontrak/perjanjian yang juga bermasalah.

Ustaz Azizi (fb ustaz lariba) dan Dr Ahmad Sufyan dari UM sendiri telah bertemu dan menasihatkan beliau supaya model itu ditarik balik dan cwc menjalankan urusniaga trading seperti biasa.

Syarikat cwc juga sudah tersenarai dalam 'watchlist' bnm. Lesen jualan langsung sudah dibatalkan pada hujung tahun 2015. Sebelum ini JAKIM juga menafikan memberikan status harus/patuh syariah pada cwc.

Jadi bagi yang dah terlajak masuk, boleh tarik diri. Dapatkan semula sekadar jumlah modal. Jika lebih, perlu lupuskan dengan cara sedekah.

Baca artikel penuh...

Isnin, 17 Oktober 2016

Komen - penasihat syariah arbanetwork cwc cwig

#cwc #cwig #arbanetwork

Komen berkenaan penasihat syariah.
The gharar is getting bigger.

1. Ada ahli scam masih angkuh benda ni dah bertahun tahan. Apa yang anda nak bangga sangat dengan hasil duit haram?

2. Penasihat syariah terus menikus tanpa kenyataan dan justifikasi patuh syariah. Lagi parah sebab libatkan nama penjawat awam dan kredibiliti universiti tempatan. Turut terpalit sama institusi perbankan di mana beliau teribat dalam hal pematuhan syariah.

Saya secara peribadi rasa ragu-ragu dengan institusi kewangan yang menjemput beliau sebagai anggota penasihat syariah.

3. Fakta vs fakta. Tiada apa nak takut jika anda ada hujjah yang kuat. Tapi kalau dengan graduate syariah degree pun dah susah nak jawab, apa lagi dengan dr & prof yang mahir dalam muamalat.

Sebagai pensyarah dan pemegang phd (walaupun bukan bidang muamalat) anda pasti tahu disiplin ilmu. Kebenaran perlu kepada hujjah pembuktian dan fakta kukuh.

4. Ada maklumat kata plan ada perubahan. Macam koperasi. Masih ada jaminan untung.
Ada justifikasi penasihat syariah?

5. Bukan isu buka aib. Tindakan penasihat syariah berdiam diri makin menyebabkan orang ramai keliru dan terjerumus dalam transaksi yang tak patuh syariah (haram).

6. Mana tanggungjawab anda kepada masyarakat? Jangan jadi golongan yang jual agama.

- sekadar pemegang sijil ijazah sarjana muda -

Baca artikel penuh...

Ahad, 9 Oktober 2016

"Kenapa sibuk hal arbanetwork?"

#arbanetwork #cwc #cwig

"Kenapa sibuk-sibuk sangat dengan hal Cwig ni?"
"Syarikat dah ada penasihat syariah la. Pensyarah ukm"

1. Saya mula menyibuk hal arbanetwork bila ada yang bertanya dan minta pendapat. Kebetulan ada yang siap emel salinan perjanjian. Maka saya 'bogelkan' perjanjian yang entah apa-apa tu di blog. Masa ini mereka beroperasi guna lesen AJL.

2. Benda tu jadi hangat. Otai arba network tak boleh jawab. Ahli baru ramai guna hujjah saya di blog untuk tanya pada upline.

3. Kena 'royal rumble' sorang-sorang. Ramai juge tak puas hati maki hamun di blog. Biasalah dengan fakta ke gaung dalam laut.

4. Benda ni hampir checkmate bila individu berpengaruh seperti tuan Afyan Mat Rawi, Prof Dr Azman, Muamalat.my dan page Ustaz Lariba naikkan isu ini.
Tambah lagi dengan pembatalan lesen AJL dan masuk watchlist BNM.

5. Pihak Ustaz Lariba dan Muamalat.my telah bersemuka sendiri dengan penasihat syariah cwc dan banyak kemusykilan yang boleh ditimbulkan berkenaan hal patuh syariah. Penasihat syariah juga menyatakan tidak akan/tak perlu keluarkan kenyataan patuh syariah. Agak mengecewakan.

6. Keraguan dari sudut syariah yang ditimbulkan adalah perkara yang asas dan boleh difikirkan ikut logik. Tak kiralah penasihat syariahnya pensyarah ukm ke, um ke, hatta mufti negara mana sekalipun, beliau perlu memberi justifikasi tentang keputusannya itu.

7. Status siapa penasihat syariah itu bukan jaminan untuk pelan syarikat jadi harus. Mereka perlu menilai pelan dan wajib membetulkan kecelaruan pelan dan cadangkan pada pihak syarikat untuk dilaksanakan.

8. Semasa pengajian dulu, pensyarah dan profesor yang mengajar sering sebut kalau ada faktanya yang salah, kita boleh persoalkan dengan beri fakta yang kita tahu/ada. Boleh berhujjah. Pangkat dan status tak menjamin kita sentiasa betul. Sesiapa tak setuju boleh kemukakan hujjah balas. Fakta dibalas dengan fakta. Bukan auta.

9. Antara hal logik yang difikirkan adalah mengapa cwig indonesia begitu 'cerdik' membeli produk daripada pelanggan cwc Malaysia pada harga runcit di Malaysia? Sedangkan pemilik cwc dan cwig adalah orang yang sama.
Umpama nestle indonesia dapatkan bekalan dengan beli produk daripada agen nestle Malaysia (ditambah dengan harga runcit).

10. Hal patuh syariah ini sampai hari ini masih didiamkan oleh penasihat syariah cwc cwig.

11. Saya tak dibayar buat semua ini. Anda masuk atau tak, tidak beri kesan pada saya.

Baca artikel penuh...

Ahad, 4 September 2016

Kongsimakan Scam!

Sebenarnye kongsimakan ni dah nak masuk fasa tersontot dah. Agak lewat juge la saye ulas. Dah masuk dalam watchlist bank negara.

Ape pun bagi yang belum tahu, silelah jauhi program kongsimakan ini kerana akhirnye nanti akan berkongsi bala juga.

Plan pemasarannye saye ulas lain kali. Cume nak tekankan walaupun ade produk, tak menjamin ia halal.

Selagi ada jaminan pendapatan dengan pengeluaran sejumlah modal, maka terang-terang ada unsur riba di situ.

Tak dilupakan juga kongsimakan ini menjual/main sentimen agama nak tarik orang masuk. Antaranya ustaz ramai yang masuk dan ade penasihat syariah.

Bukan semua ustaz tau muamalat.
Penasihat syariahnye pun tah siape tak muncul-muncul pun nama. Konon kata dah lantik.

Kena ingat. Perniagaan yang sebenar tak ada jaminan pulangan yang tetap.

Sekian.

* pada yang dah masuk, istighfar banyak-banyak. Berhentilah segera. Ustaz tak ustaz, kalau masuk scam memang kena pangkah juge! Baca artikel penuh...

Rabu, 17 Ogos 2016

Kenal pasti skim cepat kaya?

Sebelum buat keputusan nak masuk/bayar apa-apa program baik pertimbangkan beberapa perkara.
Kalau ada, asak soalan bertubi-tubi

1. Too good to be true.
Dengar mudah benar dapat duit. Bayar. Goyang telur. Dapat duit.
Dengar macam ni, lari jauh-jauh.

2. Pulangan tetap & besar lebih 10% setahun.
Lagi gila pulangan bulanan. Setahun untung lebih 100%. PNB yang buat Asb yang dananya berbilion pun bagi dividen berapa peratus setahun?
Mintak bukti benda tu sah ikut undang-undang.

3. Lesen.
Takat guna lesen AJL, lesen trading, boleh bagi pulangan tetap bulanan tinggi?
Takat leen AJL, ssm mana boleh kutip deposit.
Boleh cabut lari. Guna lesen MLM, bagi hibah bulan-bulan berdasarkan modal belian barang. Pegi mati la benda macam ni. Lama-lama crash juga.

4. Promosi tak payah cari orang, tak payah jual barang.
Habis bisnes ape tak jual barang?
Pelacur dapat duit pun offer 'perkhidmatan' (cuma HARAM la benda dibuat tu).
Tak payah cari orang?
Buat apa ibuk promosi orang lain masuk sama.

5. Promosi guna nama Islam. Tanya siapa penasihat syariah & kelayakan. Macam kes emas sontot, jual nama agama. Riba terang-terang. Tanya siapa penasihat syariah, jawapan pusing sampai zimbabwe, masuk tanzania, terus ke gaung dalam laut.

Jauhi skim sontot.
Nak kaya boleh, tapi biar betul caranya. Baca artikel penuh...

Khamis, 16 Jun 2016

Scammer arba network cwc

Dah lama forum di carigold ni. Cuma baru jumpa.

Hujjah biasa bila dah tak dapat jawab.



Tak tahu ape niatnya. Konon nak korek dan dedahkan maklumat peribadi kita.
Nak menakutkan?

Tak payah dedahkan. Memang bersepah maklumat peribadi diri ni dalam blog ni. Nombor telefon pun ada. Tempat bertugas, asal mana, alamat tempat tinggal pun ada. Maklumat keluarga pun ada. Korek-korek lagi belajar kat mana pun ada!

I do real business. Jadi tak heran orang nak 'reveal' siapa kita. Kita buat bisnes mesti nak orang kenal kita dan tahu latarbelakang kita.

Tang admin page Say No to Mlm tu agak lawak juge. Bile sebut pasal jual insurans takaful pun dah tau tahap kesedaran pasal kewangan & muamalat.

Saya memang bukan pakar. Tapi sempat berguru menuntut ilmu dengan pakar bidang muamalat. Komen-komen berkaitan muamalat dalam blog ni pun hasil dari ilmu yang mereka sampaikan.

Lagipun bukan rumit sangat nak ulas bab arba network cwc sebab benda yang sangkut adalah perkara yang asas saje.

Yang komen dalam gambar tu mungkin baca post ni. Cuma nak pesan, masih ada masa nak tarik diri dan berubah. Baca artikel penuh...

Sabtu, 28 Mei 2016

Isu Syariah CWC

*Reaksi awal saya, dealer CWC akan menyanggah dengan mempertikaikan ilmu dan kelulusan saya berkaitan dengan muamalat. Tak apa. Cuba nilai dan fikirkan logiknya.

Untuk pembaca baru, syarikat CWC dahulu beroperasi menggunakan lesen AJL, merupakan sebuah syarikat Multilevel Marketing (MLM). Mereka melancarkan pelan arba network yang memberikan imbuhan tetap kepada ahli/agen dan menjamin pulangan modal belian produk, tanpa perlu memulangkan semula produk yang telah dibeli. Berganda untung.
Ulasan berkenaan pelan tersebut telah dibuat di sini. Boleh baca.

Pelan tersebut dikritik hebat dari segi hukum muamalat. Ada unsur gharar dan riba. Jelas nampak bila diteliti perjanjian yang telah dibuat. Contohnya penggunaan terma hibah yang tidak tepat dan tidak cukup syarat - keliru dari segi hak pemilikan dalam muamalat.

CWC telah mendapatkan dan melantik seorang penasihat syariah. Satu usaha yang sangat baik!

Namun itu belum cukup menjamin bahawa pelan yang mereka laksanakan (walaupun sudah tidak menggunakan lesen AJL) adalah harus dan patuh syariah. Ditambah pula penasihat syariah tidak membuat kenyataan patuh syariah yang menjelaskan justifikasi dan penggunaan terma muamalat secara terperinci beserta dalil yang mengharuskannya. Ini ditambah lagi dengan 'review' yang dilihat bercanggah dengan perkara asas muamalat.

Perjanjian lama dah dihurai di sini.

Perjanjian baru






Ini adalah perjanjian baru. Dapat dari fb page Ustaz Lariba. Ustaz Lariba ada jelaskan secara terperinci.

Jadi ulasan saye pun lebih kurang sama. Ada gharar yang besar di situ.

Arba network international adalah entiti apa? Tidak berdaftar.
Sebuah syarikat? Daftar di malaysia? Atau negara lain ke?
Jadi sebarang masalah nak tuntut dengan siapa pula. Nama yang ditandatangani boleh saja diubah pada sesiapa saja.

Itu saja dah cukup menimbulkan keraguan. Heboh dikatakan cwig sebagai pihak ketiga yang membeli produk dari dealer cwc di Malaysia. Mengapa perjanjian tak dibuat dengan cwig yang merupakan entiti yang sah berdaftar di indonesia?

Jualan pada cwig tapi perjanjian dengan arba network international?
Resit rasmi jualan dikeluarkan oleh siapa?

Ini baru sedikit yang kita nampak. Yang lain boleh baca dan nilaikan sendiri.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian/dipersoalkan.

Kenapa cwig perlu beli dengan pelanggan cwc.

Kenapa tak beli dengan cwc secara terus untuk harga pukal.

Adakah kos mengilang produk di indonesia lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Adakah lebih kos efektif membeli dengan harga mahal untuk dijual semula di negara yang matawangnya berganda lebih rendah?

Kos belian mahal, tambah dengan duti import ke indonesia, berapa harga jualan di indonesia?

Benarkah produk dihantar ke indonesia atau hanya wayang saja.

Bagaimana prestasi jualan cwig.

Adakah jualannya dapat menampung liabiliti (hutang) yang dibuat dengan pelanggan di Malaysia.

Bagaimana jika cwig tidak mampu lunaskan bayaran, siapa yang perlu bertanggungjawab.

Dan banyak lagi soalan dan semakan yang perlu dibuat dan dinilai oleh penasihat syariah dalam memutuskan status patuh syariah.

Malangnya penasihat syariah masih belum respon pada kritikan yang dibuat. Baca artikel penuh...

Khamis, 12 Mei 2016

Everybody can scam?

Jika model niaga yang dilakukan oleh syarikat cwc adalah dibenarkan dan halal, maka kebanyakan syarikat di Malaysia boleh scam dan buat benda yang sama!

Anda perlu ada dua syarikat, atau berpakat dengan syarikat sahabat anda. Hasilnya nanti syarikat anda memang akan sentiasa ada duit masuk!

Produk apa pun boleh. Katakanlah sabun dan alatan pencuci (saya jual sabun dobi).

Saya tawarkan pembeli beli sabun modal rm2500. Dapat pulangan rm200 sebulan. Cukup anda dapat semula 80% (contoh) nilai modal anda.

Syarikat trading saya Pau Dobi jual sabun 1oo tong pada anda. Satu tong rm30. Tapi sebab beli 100 tong dapat harga rm25/unit = RM2500.

Syarikat kawan saya TeePu Enterprise beli 80 tong sabun dari anda dengan harga pasaran RM30 satu tong = RM2400. Tapi bayaran secara ansuran selama 12 bulan = RM200 sebulan.
Cukup setahun TeePu Enterprise bayar anda RM2000 sebagai bonus.

Tapi anda boleh terus dapat rm200/bulan dengan tidak memgambil bonus rm2000 pada hujung tahun.

Apa yang jadi.

Anda beli 100 tong sabun, anda jual semula 80 tong sabun. 80 tong tadi Pau Dobi ambil dari TeePu, tambah 20 tong baru dan jual pada peserta baru. Kos yang diperlukan hanya 20 tong baru saja setiap transaksi dengan pelanggan/dealer baru.

Untuk cover bayaran bulanan tak susah sebab sekali orang masuk dah dapat 2500. Modal berbayar syarikat yang sedia ada pun mampu bayar lagi sementara tunggu pelanggan baru yang gelap mata. Kos pula dah berjaya diminimumkan dengan perjalanan pusing-pusing semula produk.

Katakanlah modal sebenar seunit sabun RM16. Untuk seorang pelanggan sepatutnya koa yang dikeluarkan RM16X100 = 1600.
Tapi untuk pelanggan seterusnya cuma perlu 20 tong saja. RM16x20 = 320 saja! Jimat kos RM1280 setiap kali seorang pelanggan masuk.

Jadi syarikat sentiasa dapat suntikan modal baru dan berjaya kurangkan kos jualan pada pelanggan baru! Pelanggan yang dah selesa akan teruskan kontrak dan tidak menuntut bonus pada hujung tahun untuk terus dapat bayaran setiap bulan.

Malah ada yang menambah modal/bilangan belian untuk dapat lebih banyak bayaran bulanan.

Produk boleh ditukar kepada apa sahaja. Sebab matlamat utama beli produk bukan sebab nak guna atau berniaga, tapi sebab nak dapatkan pulangan bulanan dengan hanya keluar modal sekali saja. Kalau letak air kotak ke, makanan ringan ke, jadi produk orang tetap masuk sebab pasif income tanpa perlu usaha keras.

Senang kan nak scam cari duit?

Tapi bila dah tepu, tak ada orang baru yang nak beli sabun tuuu maka tunggulah masa untuk 'crash'. Baca artikel penuh...

Rabu, 11 Mei 2016

Syarikat CWC patuh syariah? (arba network)

Bagi merek yang baru mula baca, post ini adalah lanjutan daripada siri penjelasan arba network. Program arba network bawah syarikat CWC memberikan hibah secara tetap setiap bulan dengan pembelian produk cwc. Sebahagian produk diserahkan semula pada syarikat untuk dijual. Untuk lebih jelas sila rujuk post berkenaan arba network sebelum ini.

Kini CWC beroperasi tanpa lesen AJL setelah dibatalkan oleh KPDNKK tahun lalu (2015). Namun program seperti skim cepat kaya masih lagi berjalan. Pembeli yang membeli produk masih lagi dijanjikan pulangan tetap setiap bulan dan mendapat semula modal belian setelah cukup masa setahun.

Penjelasan lanjut berkenaan patuh syariah ini boleh rujuk FB page Ustaz Lariba. 

Perlukan penasihat syariah?

Syarikat 'trading' biasa tak memerlukan penasihat syariah kerana urusniaga yang dijalanlan mudah. Hanya jual beli yang biasa, seperti yang kita lakukan setiap hari.

Contoh: Anda pergi kepada pembekal ubat gigi dan beli secara pukal. Anda bayar pada pembekal, pembekal terima duit anda. Urusniaga selesai. Itu sahaja. Mudah kan? Seperti urusan kita beli barang di kedai.

Tetapi apabila melibatkan urusniaga yang pelbagai, dan pulangan tetap kepada pembeli dan juga pemulangan semula nilai pembelian tanpa pemulangan produk, maka ianya bukan urusniaga jual beli yang biasa dan mudah seperti membeli makanan di kedai. 

Pelan CWC

Dalam usahasama cwc, anda beli produk dengan harga RM10 ribu (contoh). Anda dapat produk. Kemudian 80% produk (contoh)  yang anda beli anda cwc uruskan untuk jual semula pada anda syarikat cwig di indonesia. Cwig pula akan membayar secara ansuran kepada anda selama 12 bulan. Jadi anda dapat pembayaran dengan nilai yang tetap setiap bulan.

Cukup 12 bulan, anda akan dibayar pula bonus bersamaan nilai belian anda pada bulan yang pertama tadi. Jadi untung berganda-ganda. Produk dapat, duit pun dapat balik.

Nampak pelik. Jadi urusniaga sebegini memerlukan penasihat syariah yang berkelayakan untuk menilai.

Transaksi apa yang digunakan?

Transaksi yang berlaku diatas bukanlah al-bay' (jual beli) yang biasa. Sebaliknya adalah bay' tawarruq. Tawarruq hampir menyamai bay' al-'inah. Bezanya adalah tawarruq, jualan semula produk dilakukan kepada pihak yang ketiga, berbanding  bay' al-'inah urusniaga berlaku antara dua pihak sahaja.

Akad ini jelas bertujuan mendapatkan pembiayaan dan ada digunakan dalam sistem kewangan Islam di Malaysia. Ulama juga berbeza pendapat berkenaan tawarruq. Ada yang menyatakan haram dan harus.

Jadi usahasama CWC adalah harus?

Perlu kita ingat bahawa CWC bukanlah satu institusi kewangan seperti bank. Justeru menyatakan harus dengan membandingkan tawarruq yang dibuat oleh institusi kewangan adalah perbandingan yang tidak setara dan sangat jauh.

Anda perlu ingat bahawa perbankan Islam tertakluk dibawah akta kewangan Islam. Mereka mempunyai penasihat syariah (bukan seorang) yang bebas dan tidak terikat dengan bank untuk menilai operasi mereka patuh syariah. Selain itu dalam institusi itu sendiri perlu wujud sebuah bahagian/jabatan syariah untuk meneliti dan mengawasi segala operasi dan produk mereka supaya patuh syariah.

Jadi ramai/banyak pihak yang terlibat dalam hal pengesahan patuh syariah ini. Bukan benda yang kecik dan main-main. Sudah tentu juga melibatkan kos kerana menggunakan kemahiran mereka yang pakar dan berilmu dalam bidang muamalat.

Sekiranya didapati institusi (contohnya bank islam) tersebut mengeluarkan produk tidak patuh syariah dan berjaya dibuktikan, boleh didenda hingga berjuta-juta RM. (nak jumlah tepat kena rujuk akta)

Dari sudut maqasid syariah juga terlihat bahawa kewujudan institusi kewangan Islam memberi alternatif untuk menjauhi kewangan konvensional yang jelas riba

Jika anda nak menyamakan CWC dengan pihak bank, maka CWC perlu buat apa yang dilakukan oleh pihak perbankan Islam.

Ada banyak perkara yang boleh dipersoalkan. Tapi saya hanya mahu sentuh berkenaan cwig.

Cwig turut dimiliki oleh pemilik cwc. Dua syarikat berbeza tetapi pemilik yang sama. Logiknya syarikat trading biasa mahu menghabiskan produk mereka secepat yang mungkin. Bagi kes cwc dan cwig pelik bagi pemilik  kerana beli kopi stok syarikat sendiri?

Logiknya, syarikat yang berniaga akan cuba mendapatkan produk jualan dengan kos yang murah dari pembekal/pengilang/syarikat yang lain. Itu memang fakta. Tapi mengapa cwig beli produk dari pelanggan cwc. Beli pula dengan harga pasaran, bukan dengan harga pukal. Tidak ke pelik nampaknya? Mengapa tak beli dan pesan sahaja dari cwc secara pukal (banyak). 
Umum tahu bila kita beli secara pukal dan borong, harga akan menjadi lebih murah!

Antara perkara yang perlu dinilai dalam transaksi tawarruq ini adalah kemampuan menunaikan tangggungjawab/obligasi. Cwig sebagai pihak ketiga perlu dinilai daru sudut kemampuannya membayar ansuran produk.

Untuk menilai kemapuan cwig, banyak perkara perlu diambil kira seperti modal berbayar syarikat, kedudukan kewangan semasa syarikat, prestasi jualan syarikat, aktiviti pemasaran yang dijalankan, aktiviti/jualan atau penghasilan produk lain untuk keuntungan, dan banyak lagi.

Ini bagi memastikan cwig bukan syarikat 'ada-ada saja' atau kambing hitam.

Jualan produk kepada cwig juga perlu dipastikan berlaku, atau hanya sekadar jualan atas kertas sahaja tapi tidak berlaku pun pertukaran hak milik produk secara nyata. Perlu dibuktikan penghantaran dan pembelian memang dilakukan.

Boleh juga ditanya apa aktiviti utama cwig di sana. Asakah cwig juga melaksanan transaksi tawarruq dengan menasihatkan pelanggan menjual produk pada pihak ketiga iaitu cwc di Malaysia.

Ulasan yang dibuat adalah hasil dari pendedahan yang dibuat oleh page ustaz lariba setelah berjumpa dengan penasihat syariah cwc.

Sama-sama kita tunggu pendedahan dan ulasan selanjutnya nanti.
Baca artikel penuh...

Selasa, 3 Mei 2016

Apa Jadi Perumahan Alfafa?

Sekarang ni dah sampai masa 3 tahun. Perumahan Alfafa menjanjikan kepada pembeli bahawa rumah akan siap dalam masa 3 tahun. Pembeli telah membayar secara 'lump sum' sekitar RM80k hingga RM90k. Kalau guna pinjaman / pembiayaan bank mesti guna pembiayaan peribadi, bukan perumahan punya.

Sepatutnya rumah sudah siap, pembeli dah dapat kunci dan boleh berjima-jimba dalam rumah baru mereka.

Tapi?

Senyap sunyi semuanya. FB ostat alpopia juga dah sunyi tanpa sebarang kemaskini. Sepanjang 3 tahun tak pula pembeli dimaklumkan tentang status pembinaan rumah. Lokasi dimana, reka bentuk rumah, berapa peratus sudah siap. Cubalah tanya pembeli.
Tiang cacak kat mana pun masih misteri

Sila lawati alfafagroup.com. Udah sunyi sepi dan tiade...Domain untuk dijual.
Buat baru pulak alfafagroupberhad.com.
Sibuk iklan tempahan rumah saje. Rumah dah siap LANGSUNG tak ada cerita.
Sibuk kutip duit tempahan buat rumahlah, projek ayam lah, projek emas RIBA haram lah, macam-macam lagi.
Alamatnye melayang saja duit pembeli.

Sejak dibedah siasat oleh tuan Afyan dan Khairul Ezuan di FB (sila buat carian ye), maka bertalu-talu serangan dan pertanyaaan orang ramai. Sejak itu juga satu demi satu 'kantoi' dan terdedah tembelangnya.

Jadi bagi sesiapa yang berhajat nak beli rumah, usahlah terpedaya dengan tempahan banglo oleh alpopia itu.

Baca artikel penuh...

Rabu, 27 April 2016

Gharar dan haram dalam Mymi1?

Setelah tone excel mendapat ulasan daripada muamalat.my dan ustaz lariba, kini program mymi1 pula yang diulas oleh ustaz lariba.


Sila klik sini untuk ulasan beliau.

Apa yang saya lihat ulasan dilakukan dengan meneliti maklumat dan pelan pemasaran yang dibuat oleh syarikat.

Ulasan juga dinilai menggunakan ilmu asas fiqh muamalat. Daripada asas kontrak/akad hinggalah kepada pendapatan agen/peserta. hujjah yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada dalil hadith nabi, penggunaan kaedah fiqh dan juga mengambil pendapat/pandangan ulama semasa.

Ia bukannya hujjah emosi kosong semata tanpa disertakan bukti atau sandaran yang kukuh.

Tapi

Biasalah bila ditegur, akan ada yang tak puas hati datang 'menyerang' dengan ayat tin kosong.

Ada kes dahulu pihak celcom menganjurkan peraduan 100 kereta 100 hari tahun 2008. Pertandingan itu mendapat perhatian dan ulasan daripada Dr Zaharuddin Abd Rahman (kini bertugas di UIAM). Dr Zaharuddin mengkritik pertandingan itu dan menyatakan hukumnya haram kerana berlaku perjudian. Hinggalah perkara itu mendapat perhatian dari pihak JAKIM dan membuat keputusan sama, hukumnya adalah haram.

Tidak ada 'dealer' celcom, atau staff yang sibuk bising meminta Dr Zaharuddin supaya pergi mendapatkan maklumat daripada syarikat celcom atau berjumpa CEO. Carian maklumat adalah dari internet dan media yang dipaparkan oleh pihak celcom sendiri.

Apa yang positifnya pihak celcom menghentikan peraduan itu.

Lain kes dengan kita hari ini, bila ada individu yang berkemahiran dalam bidang muamalat membuat ulasan tentang satu perniagaan, kita sibuk meminta rujuk dan jumpa pemilik atau ceo syarikat.

Hindari sebarang program/pelaburan buat duit yang memberikan keuntungan tetap.

Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...