Rabu, 21 Disember 2016

Global tijari, i-Tijari itu SCAM!

Ya. Ringkasnya apa yang mereka sembang tentang murabahah itu tak tepat.

Model perniagaan yang mereka gunakan bukannya murabahah, tapi bai' al 'inah. Sebab berlaku dua transaksi. Jual dan beli semula atau beli dan jual semula. 

Apa itu murabahah? Murabahah ni senang kata kita beli produk dengan satu harga dan jual semula dengan harga yang lebih mahal untuk mendapatkan untung. Dalam murabahah ada tiga pihak yang terlibat. Pihak yang membekalkan produk, pembeli daripada pembekal dan pengguna akhir.

Contohnya dalam model murabahah pembiayaan perumahan. secara teorinya bank bertindak beli dan bayar harga rumah kepada pihak pemaju / pemilik rumah, kemudian jual kepada kita dengan harga yang lebih mahal untuk ambil keuntungan. Tiga pihak terlibat di situ.

Tapi dalam global tijari ni hanya dua pihak saja. Kita beli dari Global Tijari harga murah, kemudian jual semula pada Global tijari dengan harga yang mahal. Produk hanya helah saja. Tak berlaku pun pindah milik secara benar. Yang berlaku cuma pertukaran duit. Di situ dah jadi riba.

Kenapa riba? Sebab berlaku pertukaran wang dengan wang yang tidak sama nilainya dan tidak dalam satu majlis / secara langsung / spot. Anda bayar kepada global tijari sebanyak RM10k (contoh). Kemudian global tijari bayar kepada anda secara ansuran. 

Dalam sisi yang lain, ia bukan lagi akad al bai', tapi boleh dilihat sebagai Qard (hutang). Seolah kita memberi pinjam kepada pihak global tijari. Tapi hutang mesti dibayar dengan nilai yang sama. Jika ditetapkan mesti bayar lebih, dah jadi riba juga.

Benda ni tak jauh beza dengan cwc/cwig/arbanetwork. Cuma bezanya cwc menjadikan cwig di indonesia sebagai pihak ketiga. Tapi pemilik cwc dan cwig adalah orang yang sama.

Jadi hindari skim/program seumpama ini. Nak kaya usaha dengan cara yang betul. 

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...