Rabu, 27 April 2016

Gharar dan haram dalam Mymi1?

Setelah tone excel mendapat ulasan daripada muamalat.my dan ustaz lariba, kini program mymi1 pula yang diulas oleh ustaz lariba.


Sila klik sini untuk ulasan beliau.

Apa yang saya lihat ulasan dilakukan dengan meneliti maklumat dan pelan pemasaran yang dibuat oleh syarikat.

Ulasan juga dinilai menggunakan ilmu asas fiqh muamalat. Daripada asas kontrak/akad hinggalah kepada pendapatan agen/peserta. hujjah yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada dalil hadith nabi, penggunaan kaedah fiqh dan juga mengambil pendapat/pandangan ulama semasa.

Ia bukannya hujjah emosi kosong semata tanpa disertakan bukti atau sandaran yang kukuh.

Tapi

Biasalah bila ditegur, akan ada yang tak puas hati datang 'menyerang' dengan ayat tin kosong.

Ada kes dahulu pihak celcom menganjurkan peraduan 100 kereta 100 hari tahun 2008. Pertandingan itu mendapat perhatian dan ulasan daripada Dr Zaharuddin Abd Rahman (kini bertugas di UIAM). Dr Zaharuddin mengkritik pertandingan itu dan menyatakan hukumnya haram kerana berlaku perjudian. Hinggalah perkara itu mendapat perhatian dari pihak JAKIM dan membuat keputusan sama, hukumnya adalah haram.

Tidak ada 'dealer' celcom, atau staff yang sibuk bising meminta Dr Zaharuddin supaya pergi mendapatkan maklumat daripada syarikat celcom atau berjumpa CEO. Carian maklumat adalah dari internet dan media yang dipaparkan oleh pihak celcom sendiri.

Apa yang positifnya pihak celcom menghentikan peraduan itu.

Lain kes dengan kita hari ini, bila ada individu yang berkemahiran dalam bidang muamalat membuat ulasan tentang satu perniagaan, kita sibuk meminta rujuk dan jumpa pemilik atau ceo syarikat.

Hindari sebarang program/pelaburan buat duit yang memberikan keuntungan tetap.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...