Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan

Khamis, 20 Disember 2018

Cameron journey!

Sedikit catatan ringkas pergi ke Cameron Hinghland.

Percutian kami sekeluarga 4 beranak ni kira macam versi bajet juga. Taklah mewah pun. Tapi ini kali pertama pergi & bermalam di sana. Sebelum ni pergi dengan rombongan & balik hari saje.

Kenderaan.
Kereta proton persona. Alhamdulillah selesa dan selamat sampai. Ikut jalan Tapah. Tentunya jalan macam ular kena palu & curam. Kena hati-hati sebab jalan sempit. Jangan memecut. Masuk gaung kau kalau terbabas.

Penginapan.
Kami duduk 3 malam di Jasmine hotel (Brinchang). Nak ke tanah rata pun tak jauh sangat. Harga? Tempah online guna agoda. 3 malam dalam rm580 gitu untuk bilik ada 2 katil queen. Selesa untuk 4 orang tidur.
Sederet hotel budget ni ada banyak hotel lain.


Kemudahan.
Penginapan dekat dengan Balai Polis, Balai Bomba & Masjid. Kedai? Ada supermarket Jimat. Jadi senang nak beli air ke, snack ke.
Kami beli air 3 in 1 & roti biasa untuk minum-minum kat bilik. Beli juge mee segera untuk backup bila lapar.

 Klinik pun dekat. Kedai dobi layan diri ada. Turun hotel, kat ground floor hotel sebelah. Ada mesin tukar token. Sabun beli sendiri.

Kedai makan ada 2 restoran mamak, 1 restoran masakan thai (buka malam).
Seberang jalan hotel ada medan selera. Makan tengah hari ok la ada nasi & lauk. KFC pun dekat saje.

Semua ni nak pegi jalan kaki saje ye. Buang minyak je naik kereta.

Jadi bagi mereka yang tak pentingkan sangat tempat mewah, tempat ni kira strategik juge la dengan kemudahan sekeliling yang ada.

Tak ada aircond.
Ya hotel tak ada aircond. Kipas je. Untuk orang tak tahan sejuk macam kami memang ok dah. Itu pun dah gigil. Di rumah pun aircond pasang paling rendah suhu 25.

Cameron kurang sejuk?
Ya. Untuk kali ni rasa kurang dah sejuk. Kali pertama pergi dulu matahari terik. Waktu tengah hari. Tapi sejuk rasa sampai kena pakai jaket.
Kali ni pergi masih rasa sejuk tapi tak payah pakai jaket waktu tengah hari terik.

Tapi kalau hujan, waktu malam, masih sejukkk lagi.



Tempat menarik?

Ada banyak tempat menarik di Cameron ni.

Strawberi.
 Kalau kebun/ladang strawberi bersepah ada. Boleh jumpa punya. Boleh petik sendiri. Kalau peminat strawberi memang sedap la kalau pegi Cameron Highland.

Sayur.
Sayur segar banyakk. Boleh beli di pasar malam. Pasar malam Golden Hill antara tempat yang seronok kita tuju.

Kea Farm pun antara tempat beli barang & sayur yang best. Banyak pilihan.


Kebun bunga.
Antara tempat yang best pergi adalah Rose Valley, Mardi, Taman Lavender, Taman Kaktus, Big Red Strawberi Farm, banyak lagilah.

Kebun Teh.
Tak sah pergi ke sana kalau tak pergi ladang teh. Ladang teh yang popular semestinya cameron valley & ladang teh Boh. Cameron Valley ni senang je. Dalam perjalanan naik ikut jalan Tapah memang akan jumpa. Ada cafe sekali untuk minum teh.

Kalau teh Boh saya sempat pergi ke Ladang Boh Sungai Palas. Dapat tengok ladang teh, ada bilik pameran dan tayangan video, cafe, kedai jualan dan kilang proses daun teh.

Jalan naik & balik.
Kalau ikut jalan Tapah, jalannya lebih curam, sempit sikit dan lebih tajam beloknye.
Kalau ikut Simpang Pulai jalannya masih belok-belok juga. Tapi tak curam dan sempit macam ikut Tapah.

Biasa kalau orang dari arah selatan akan naik ikut Tapah. Kalau ikut Simpang Pulai akan tambah masa dalam satu jam lagi.
Kalau dari utara, pantai timur akan lebih dekat naik ikut Simpang Pulai.


Kalau pergi sana, internet & gps gps sangat membantu. Senang nak cari maklumat & cari arah nak tuju.

Pernah pergi Cameron Highland?

Baca artikel penuh...

Khamis, 8 Disember 2016

Pressure Cooker: Noxxa vs Philips

Kami memang selalu masak di rumah. Iyelah kalau makan luar saja kopaklah poket. Gaji bukannya besar mana pun. Lebih jimat untuk jangkamasa panjang. Jadi dalam memudahkan kerja memasak ni ada kawan yang cadangkan beli 'pressure cooker' (pc). Sebelum ni memang tak pernah terlintas pun dalam kepala hal p.c ni. Rupanya benda ni dah lama wujud kat dunia ni. Punyalah ketinggalan.

Kawan-kawan isteri ada yang cadangkan beli pc jenama Noxxa, bawah Amway. Amway syarikat MLM. Bila tanya-tanya harga terkini dalam RM800 juga. Maklum balas dari kawan-kawan yang dah beli dan guna, periuk ni memang bagus. Kerja memasak jadi cepat dan tak perlu perhatian dan menunggu lama macam masak guna dapur biasa. Kalau masak bubur tu tak perlu nak jenguk dan tak berkerak periuk.

Tapi itulah...hargenye agak mahal la bagi kami yang tak berapa nak kaya ni. RM800.... Lagipun kita sedia maklum, harga produk yang dipasarkan secara MLM ni memang mahal (dah siap kira % untuk agen & upline)
* agen amway mesti tak suka orang cakap gini haha.

Jadi kami cari periuk pc jenama lain di pasaran. Godek-godek internet, banyaklah lagi jenama lain yang jumpa. Dari semurah-murah harga hinggalah ke harga riban-riban tak ingat dunia.

Akhirnya kami sasarkan jenama philips model 2139. Bila buat carian pasal model ni, ramai juge rupenye terjebak pakai pc philips ni. Siap ada juga fb group. Fungsi? Sama juga macam periuk noxxa. Jimatkan masa memasak. Ade juga butang untuk mod masak pelbagai makanan macam ayam, daging, bubur, nasi.

Harga? Harga jauh lebih murah! Kalau online di web lazada atau gemfive boleh dapat harga bawah RM350! Kalau beli di kedai elektrik dan pasarraya harganya sekitar RM400 hingga RM500. 

Jadi disebabkan harga yang murah ditambah dengan jenama yang kukuh (philips) maka kami pilih nak beli pc philips 2139. Cadangan awal nak beli online di gemfive atau lazada. Tapi bila fikirkan susah nak buat 'claim' kalau rosak, maka kami pilih beli di kedai.

Pusing punya pusing sampailah ke BPmall (Batu Pahat Mall). Jumpa promosi di kedai Charlie. Philips pc cuma RM399.
"kalau ade apa-apa rosak boleh datang claim kat kedai kita bang. Kita uruskan semua. Ade jaminan 2 tahun" kate adik yang kerja di situ.
Jadi pencarian kami berakhir di situ. Selamat RM399 beli Philips Pressure Cooker.

Resepi pertama yang kami masak guna periuk ni adalah bubur daging. Sediakan bahan 5 minit. Proses panaskan dalam 5 minit. Masak guna tekanan 30 minit. (guna mod masak daging). Biasa kalau nak masak bubur, tambah daging lagi memang lama nak masak. kena rajin kacau juge nak kurangkan periuk berkerak. Daging kena masak lama nak bagi lembut. Tapi guna pc ni cuma masukkan semua bahan, pilih mod yang kita nak guna dan biar masak. Boleh pergi buat kerja lain. 

Hasilnya beras kembang elok, daging pun lembut. Budak pun senang nak makan.

Jadi kepade sesiape yang nak beli pc ni kami cadangkan beli jenama philips. Harga pun tak mahal sangat dan kualiti pun bagus.

* setakat 2 hari ni dah masak bubur daging, sup daging, kari daging, nasi putih, nasi goreng. 
Baca artikel penuh...

Selasa, 12 April 2016

Babai Maxis

Saye ini telah menjadi pelanggan maxis sejak zaman kad 'prepaid'nye RM238 lagi. (Dapat harga RM200 lepas emak saye tawar menawar).

Sejak itulah saye menggunakan pelan prabayar hotlink dan akan tambah nilai sentiasa bagi memastikan talian terus boleh diguna.

SEkarang ini harga sekeping kad prabayar RM10 saje sudah dapat. Malah masa promosi percuma pun boleh dapat. Punyalah senangnya nak dapatkan satu kad sim.

Tapi bukan itu ceritenye.

Berkaitan dengan ramai pengguna yang boikot maxis kerana perkhidmatannye yang cekik darah, kedekut dan memilih pelanggan. Bolehlah anda rujuk blog dan web lain di internet. Contohnya satu forum di lowyat.net.

Ramai marah sebab bayar mahal, tapi tak berbaloi berbanding dengan perkhidmatan telco yang lain.

Ade yang sokong boikot maxis, ade yang setia.

Itu pilihan masing-masinglah.

Tapi saye sebagai pengguna memang sudah 'babai' maxis. Lebih 10 tahun guna prabayar, ribuan RM dibelanja untuk tambah nilai, tak ade pun dapat percuma kredit ke. Sudahlah mahal kadar sms dan pangglan. Itu baru prabayar. Kalau pakai pasca bayar tak tahulah macam mana. Beratus RM sebulan lebur.

Dengan menggunakan kemudahan yang ada, nombor lama dikekalkan tapi ubah kepada telco lain. Sayang nak ambik nombor baru sebab dah sekian lama nombor ini digunakan.

Baca artikel penuh...

Selasa, 15 Mac 2016

Coklat Malt Reevo

Selain knif cocoa, saye ade juge cuba coklat malt jenama Reevo. Sudah tentunye produk bumiputera Islam tempatan.

* bancuh tak payah letak susu pun dah sedap! Sejuk lagi sedap!

Ape yang menarik nak cuba Reevo ni sebab 'tauke' syarikat ni merupakan seorang kenalan semasa menuntut di Universiti Malaya dulu. Taklah kenal rapat, tapi kalau terserempak tu boleh cam muke.

Boleh skodeng kat sini.

Empunya nama syarikat adalah Muzairee, asal dari Kluang, Johor (kampung kita sama daa). Lulusan ijazah sarjana muda Syariah dan Pengurusan. Ustaz ke ni? Ye, siapa kata lulusan pengajian Islam tak boleh berjaya dalam perniagaan kan?

Bukanlah habis belajar terus buka kilang. Tapi belajar dan mula dari bawah dan bersusah payah bangunkan perniagaan sendiri. Kalau dulu koko order dari orang lain, kini dah ada kilang bekalkan bahan asas (koko) pada pengusaha lain.

Balik pada produk Reevo ni. Nak mudah cari boleh cube beli di Mydin. Memandangkan produk masih lagi baru, maka mereka yang berminat menjadi agen jualan amatlah dialu-alukan menghubungi syarikat. Klik gambor kat bawah untuk lebih jelas ye.


Baca artikel penuh...

Isnin, 6 Julai 2015

Khidmat sewa alat muzik dan 'coaching' nasyid Johor

Set alat muzik untuk disewa.

Conga, darbuka, djembe, bongo, shaker & tambourine.

Harga sewa boleh runding.

Boleh juga runding khidmat latihan untuk pasukan sekolah (rendah / menengah) dan lagu untuk pertandingan festival nasyid (lagu + lirik).

SMA Pt Sulong 

SK Seri Padang Sari

Sekolah yang pernah dilatih / beri khidmat:

Sekolah Sains Seri Puteri, KL (latihan vokal & percussion)
SMK Dato Bentara Dalam, Segamat (latihan vokal dan percussion)
Integrated Islamic School Kota Damansara (latihan vokal & percussion)
SK Kota Dalam, Air Hitam, Batu Pahat. (sumbangan lagu)
SK Seri Padang Sari, Batu Pahat (Vokal, percussion & lagu)
SMA Parit Sulong, Batu Pahat (vokal, percussion & lagu)

Pengajar mempunyai pengalaman sejak sekolah dan aktif semasa di IPT.
Bukan profesional. Tapi minat dan isi masa terluang, dalam masa yang sama membantu dalam proses pendidikan murid-murid.

Pengalaman nasyid:
ahli pasukan SMKA Segamat (sekolah)
kumpulan Irfan di kampus Universiti Malaya.
kumpulan Irfan Jazim Motivation Group

Khidmat latihan setakat ini di kawasan Batu Pahat, Kluang.

0127682615 - Cikgu Fauzi (sayelah itu) Baca artikel penuh...

Rabu, 1 Julai 2015

Berpindah rumah!

Alhamdulillah. Ramadhan tahun ni dapat sambut di rumah sendiri.


Iye, rumah sendiri. Bukan lagi rumah sewa. Berakhir sudah episod gaduh dengan tuan rumah sewa..

Ada juge yang kata awalnya beli rumah. Tapi kawan tak dapat nak tunggu lama lagi. Harga rumah baru sekarang dah makin mahal menggila.

Ya, mahal menggila. Bayangkan kawasan macam pekan kecik Parit Sulong ni pun rumah teres cecah harga RM300k ke atas. Bukannya banglo mewah mana pun. Rumah teres 3 bilik satu tingkat.

Takat gaji seorang cekgu yang baru 3 tahun lantikan ni mana nak bayar rumah harga 300k? Biasa harga gitu dalam RM1.3k hingga RM1.6k sebulan ansuran kena bayar. 

Dapat rezeki

Gambar hiasan
(Bos besar sedang rehat sementara rumah masih dalam proses susun atur barang)

Dah memang Allah nak bagi rezeki. Kebetulan ada cikgu di sekolah kata jirannya nak jual rumah. Harga pun bawah RM200k. Semi D lot bumiputra. Kita pula tengah mencari. Siapa yang tak nak kan?

Kawasan pun strategik. Ramai warga guru yang duduk.

Tak apelah dapat rumah la / '2nd hand' pun. Janji rumah sendiri. Tak gaduh dah nak bayar sewa rumah pada tuan rumah. Bayar sewa, rumahnye tak jadi hak milik kite. Bayar ansuran bank, rumah kita punya.

Simpati pada nasib kawan-kawan yang kerja di kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar besar. Berhempas pulas nak beli rumah sendiri. Kalau penjawat awam, gajinye taklah jauh beza sangat dengan penjawat awam tempat lain, Tapi kos dan tanggungan berganda-ganda besar.

Berapa harga rumah semi D satu tingkat di bandar-bandar besar sekarang?

* terdesak macam mana pun, jangan masuk skim cepat kayooo!
Baca artikel penuh...

Selasa, 23 Disember 2014

Jual sabun murah

Betul.

Selain jadi agen takaful,  saya juge jual sabun basuh pakaian dengan harga yang murah.


Taklah gah nama macam skim emas delay modal beribu-ribu, pulangan pun beribu dalam masa singkat (dan akhirnya tersungkur).

Taklah susah mana pun. Macam orang lain berniaga juga. Ada modal, beli harga murah dan jual semula dengan harga ada untung. Cuma kena rajin buat 'marketing' bagi produk laku.

Disiplin simpan modal pusing dan jangan usik. Untung yang ada kalau boleh buat simpanan.

Mana dapat bekalan?

Zaman teknologi maklumat, lagi senang nak cari pembekal dan buat perbandingan harga. Cuma jangan takut-takut dan malu nak tanya saje.

Biar sikit, asalkan berterusan. Boleh hubungi nombor dalam gambar kalau mahu. Baca artikel penuh...

Khamis, 4 Disember 2014

Ustaz ni lawak?

Masa di KL dulu adalah juga pergi kelas untuk agen takaful. Ye lah kita ni ilmu tak la banyak mana. Bila duduk Johor ni rasa rugi bila banyak kelas untuk agen tak dapat nak pergi.

Adelah nak jadi cerita dalam satu kelas, setiap orang kena buat demo 'presentation'. Macam taklimat atau ceramah kepada prospek pasal takaful kita ni. Entah dijadikan cerita nama naik pula dalam beberapa orang yang dipilih. Mujur bukan giliran pertama.


Maka mereka yang dipilih tu bersemangat dan nampak hebat bila bercakap di depan. Kita ni dah ketar lutut juge. Masing-masing walaupun agen baru tapi nambak hebat dengan gaya masing-masing. Ada yang kerja di bank, pejabat kerajaan.

Sampai masa.

Baca artikel penuh...

Rabu, 3 Disember 2014

Gaduh tak dapat 'claim' dengan proton.

Al kisah cerita bila pergi servis kereta kat batu pahat...meter Persona dah sampai 56000 km. Maka nak tak nak kenalah pergi servis. Ditambah lagi dengan 4 tayar yang memang dah botak (macam kepala tuannya).

Jadi rezeki pusat servis itu lah hari ni. Tukar habis 4 tayar + servis brek + minyak enjin dan lain-lain. Hampir RM1.5k juge melayang hari itu.


Baca artikel penuh...

Isnin, 1 Disember 2014

Blog tersadai lagi.

Akhir-akhir ni memang berat rasa nak kemaskini blog.

Nak kemaskini 'template' memang kirim salam jawabnye. Tak reti dah.

Nak tulis post / artikel pun berat rasa. Sebab utama memang takde idea dan malas.

Sibuk dengan kerja lain pun satu hal juga. Cuti sekolah ni barulah rasa macam lapang sikit.

Kalau tengok statistik blog, orang yang datang sini sebab baca artikel lama. Biasanya pasal MLM lah. Paling top sekali hal MC Ocean.

Sampai sekarang ade lagi orang yang komen, walaupun dah panjang berjela orang komen. Artikel dari tahun 2012.

Komen macam-macam ade. Semua saya approve saje. Kalau yang komen tak keluar tu sebab terpadam (tak sengaja).

Ape pun terima kasihlah yang datang jenguk-jenguk blog ni ye. Tengah ada mood nak tulis pasal takaful sekarang ni.

* Tengok, artikel ni pun pendek. Punyalah malas nak tulis!

Baca artikel penuh...

Khamis, 31 Julai 2014

Bil hospital RM 4 ribu?

Jumlah bil beribu RM ni agak biasa bagi mereka yang dapatkan rawatan di hospital swasta. Lebih-lebih lagi bagi penyakit yang kronik dan lagi lama kena tahan di wad.

Tahun ni merasa tengok bil hospital beribu RM bila anak sendiri yang kena masuk wad. Budak umur setahun, kena tahan wad sebab paru paru ada kuman. Punca dari selsema dan batuk. Budak kecik tak reti nak buang kahak sendiri.

Berapa jumlah semua? Duit klinik, bil hospital dan rawatan susulan jumlahnye RM 4131. Nak pengsan membayar.

Bukan nak berlagak boleh bayar bil banyak. Tapi nak beritahu yang semua bil tu saye tak perlu keluar duit sendiri dan ditanggung pihak lain. Takaful tolong bayarkan.


Hospital Putra, Batu Pahat.
Cuma perlu deposit rm300. Deposit akan dipulangkan.

Dulu masa nak ambik takaful untuk anak ni memang tak cadang nak ambik sekali kad perubatan. Sebab harga agak mahal juge. Tapi bila fikir semula, ambikkan juga sebab fikirkan mak sendiri dengan anak-anak sedara pernah kena bil beribu kat hospital swasta.

Jadi bila kena macam ni, barulah terasa kewajaran ada kad perubatan. Kalau tak mana nak 'cekau' 4 ribu buat bayar bil? Bukan semua orang ade duit simpanan beribu-ribu.

Jadi pada mak ayah yang mampu, jangan kedekut ambikkan takaful + kad perubatan untuk anak. InsyaAllah ada gunanya. Paling tidak pun, jadi tabungan untuk jangka masa panjang.

* guna Hong Leong MSIG Takaful. Rm150 sebulan. Ada nilai simpanan. Baca artikel penuh...

Selasa, 10 Jun 2014

" muke macam selalu nampak.."

Lima hari ni saya berkampung di masjid al azim melaka. Ade program cuti sekolah untuk murid-murid. Ade jugelah dijemput beberapa ikon / selebriti untuk memeriahkan program.

Hari ni slot imam muda Asyraf, pemenang program imam muda musim pertama.

Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Pelajar ramai teruja jumpa imam muda. Tak apalah kan. Lagi eloklah dari minat artis yang bukan-bukan.

Habis program sempat jumpa sekejap imam muda.
" ustaz, macam pernah selalu la nampak muka kat um dulu "

Barulah tahu rupenye kami ni sama tempat belajar, satu fakulti. Cuma lain jabatan dan batch. Tiadelah saya ambik tahu sangat latar belakang peserta program imam muda sebelum ini. Lagipun astro pun takde.

Perasan terkenal sekejap haha. Manalah orang tak perasan muka. Nak dekat 2 tahun 'extend' sebab cerdik sangat. Jadi memang ada juga la yang perasan muka ni juge yang berlegar di fakulti. Baca artikel penuh...

Selasa, 22 April 2014

Telefon baru

Bila bace encik Apan kate dia dah guna telefon baru, saye pun nak beritahu juge bahawa saye sudah menggunakan telefon pintar jenama samsung.



Galaxy grand quattro. Bukan beli, tapi awek bagi hadiah...

Taklah baru. Dah lebih 6 bulan juge guna..
Baca artikel penuh...

Kesian anak cikgu...

* Edisi luah rasa...

Dulu masa sekolah, ade juga terfikir kenapa segelintir cikgu yang bawa anaknye ke sekolah. Bukanlah setiap hari, tapi dalam seminggu mesti adalah dua atau tiga hari anaknye ikut sama ke sekolah.

Kalau aktiviti hari cuti pun, angkut semua anaknye ikut sekali pergi aktiviti dengan murid-murid sekolah.

Ingat dahulu masa sekolah rendah, Cikgu Hawa bt Sinon (ingat lagi nama cikgu...) selalu bawa anaknye berusia 5 tahun (Musa) ke sekolah. Sesi PDP dalam kelas kadang terganggu bila anak murid sibuk layan dan main dengan Musa. Kalau tak layan, marah pulak...

Kalau masa solat, selalu disuntutnye punggung murid lelaki yang sedang sujud...Budak-budak...

Hari ini saya memahami keadaan itu.

Dalam masa cikgu-cikgu beri perhatian pada anak-anak orang lain, kadang masa dengan anak-anak sendiri terpaksa dikorbankan.

Hari cuti ada aktiviti sekolah, takkan nak hantar pengasuh / mak ayah yang jaga jugak? Nak tak nak kenalah angkut juga. Kalau budaknye mengamuk dan buat perangai terpakselah hadap dan tahan sabar.


Gambar di atas salah satu contoh saje. Budak itu mengamuk kerana mengantuk, kepenatan dan akhirnya tertidur...Dek kerana ibu dan ayahnye seorang guru (sayelah bapaknye..) perlu hantar murid masuk pertandingan. Juge tiade orang lain yang boleh menjagenye, make terpaksa diangkut bersama berpanasan dari pagi hingga ke petang...


Contoh lain, si abang terpakse ikut ayah melatih murid-murid. Sesi latihan selalu terganggu bile die buat perangai, lapar, penat, mengantuk. Tapi lame-lame si abang pun pandai juge ketuk-ketuk..

Kalau mak ayahnye ade kelas malam, kenalah juga angkut..Kadang mengamuk budak itu.

Sudahlah siang hari dengan cikgu dan pengasuh saja. Pagi-pagi seawal 7 pagi dah hantar pada orang lain. Mak ayahnya balik lewat petang...Malam baru ada masa dengan keluarga, kena pula pergi kelas malam...mengamuk minta perhatianlah jawabnye...

Hujung minggu - aktiviti sekolah. Tak campur kelas belajar ibu / ayah yang sambung belajar... Makin kurang masa dengan anak sendiri.

Ape yang saye alami adalah normal sebagai guru pada zaman ini. Ini baru sikit, orang lain lagi dahsyat kesusahan mereka...

Tapi cikgu dan ustaz saye berpesan....Kita ajar, jaga anak orang baik-baik, insyaAllah nanti anak kita pun orang jaga dan layan dengan baik.

What you give you get back.... Baca artikel penuh...

Ahad, 20 April 2014

Harga Proton Persona di Oman?

Saya dapat maklumat ini dari seorang kenalan (rakan sepengajian di UM dulu) yang bekerja di Oman. Kerja apa? Kerja disebuah Bank Islam di Oman, sebagai salah seorang pegawai bahagian syariah. Siapa kata anak Malaysia tak hebat kan?


5500 rial omani itu lebih kurang RM 42 900. Lebih murah berbanding persona yang dijual di pasaran tempatan. Saye sendiri beli (dengan spesifikasi yang lebih rendah daripada yang ada dalam gambar) RM48 000 on the road.

Menurut beliau lagi tiada cukai import untuk kereta import, cukai eksais rendah dan tiada cukai jalan di sana.

Harga proton yang lain di sana (Oman)

Persona RO 5,500 = MYR 42, 900
Gen-2 RO 5,200 = MYR 40, 560
Saga RO 3,600 = MYR 28, 080
Sy diberitahu akan ada 2 model baru sampai ke Oman for raya promotion with the following tentative pricing;
Exora Bold RO 7000 = MYR 54, 600
Preve RO 6000 = MYR 46, 800

Murah kan?

Lupe nak kabor...menurut beliau gaji minimum di sane sekitar  RM3200... Baca artikel penuh...

Isnin, 14 April 2014

Azan : suara sedap atau seram?

Saye selitkan video azan seram dari ustaz 'bollywood'



Ade jugalah yang komen. " kalau suara dia tak sedap tak boleh azan ke? " " paling penting niat, bukan suara "

Menang ade benarnye tukang komen sebegitu. Niat itu yang paling diutamakan. Suara sedap atau tak lain cerita.

Tapi dari sudut pandang yang lain, jangan diperkecilkan hal suara itu. Allah kurniakan pada manusia suara. Memang ada yang Allah bagi kelebihan suara sedap lunak merdu.

Kalau kita pun, kita nak juga benda yang cantik-cantik atau yang molek. Kalau lagu pun, nak dengar lagu yang suara sedap-sedap.

Jadi tak salah jugalah kalau kita pilih orang yang ada suara sedap untuk azan kan? Kuasa ada pada pihak pengurusan masjid / surau. Pilihlah mereka yang bersesuaian.


Baca artikel penuh...

Selasa, 8 April 2014

Menari semasa konvo@konvokesyen.

Kerisauan saya cuma satu.

Takut jurusan yang tak berkenaan pun terikut walaupun memang tradisi jurusan tersebut memang begitu.





" saye pun nak menari juge "

Dapat maklumat bahawa hal ini dibenarkan untuk mereka yang belajar dalam jurusan itu saje dan dibenarkan juga oleh pihak atasan.

Tapi bagi saye kurang sesuai untuk dibuat. Risau jurusan lain pun nak juga buat kelainan dan buat gaya masing-masing. Iyelah kan, konvo ni bukannye selalu buat. Jadi nak abadikan kelainan itu dan tunjuk pada semua orang.

Terbayang pule mereka yang ambik sains sukan, buata gaya mendayung / berkayak semasa jalan terima skroll haha.

* tunggu konvo sarjana isteri kat uthm.....


Baca artikel penuh...

Rabu, 19 Mac 2014

Hobi - percussion.

Masing-masing ada hobi yang tersendiri. Bagi saye, hobi saye dari sekolah hinggalah dah jadi bapak budak ini bertukar-tukar. 

Dulu-dulu minat benar melukis potret guna pensil. Muka kawan-kawan jadi mangsa, tak lupa juga wajah TG Nik Aziz dan ustaz Ismail Kamus. Tapi luput ditelan zaman bila melangkah ke alam kampus di UM. Tangan sekarang pun dah keras, lukis tak jadi sebab lama sangat tak buat.

Dulu pun suka juga ambik gambar. Zaman kamera guna filem yang perlu dicuci. Kat sekolah pun boleh bilang berapa orang yang ada kamera macam tu. Tapi berkubur juga sejak masuk ke alam kampus. Nak beli kamera digital tak mampu. Bila dah ada pun minat ambik gambarnye dah pudar, tak macam zaman sekolah.

Cuma satu saje yang kekal hingga sekarang.
Main alat muzik ketuk-ketuk. Minat sejak masuk kumpulan nasyid di sekolah.
Bagi orang yang bergaji kecik macam saye, hobi ini boleh tahan mahalnye kerana perlu beli alatan yang diperlukan. Hargenye bukan seringgit dua.

Setelah beberapa tahun mengumpul sejak tahun 2009, maka inilah hasilnye.

Conga, bonga, djembe, 2 darbuka, darbuka aluminium, tambourine, shaker, kompang kecik.

Djembe ini tersadai. Memerlukan kulit baru (lebih kurang RM 250) dan cakuk besi baru (RM10 x 6)

Cukup nak buat satu kumpulan nasyid di sekolah. Setakat ini dah habis RM 2950 untuk beli. Itu pun banyak beli alat yang terpakai @ second hand. Belum masuk lagi 'spare part' gantu kulit / head yang dah koyak.

'Spare part' setakat ni ganti head darbuka aluminium dua kali (RM 40 x 2 = RM80). Ganti head djembe RM250. Jumlah semua RM 330 untuk 'spare part' sahaja.

Untuk saya yang agak kedekut ini, jumlah RM3k adalah mahal. Memang mahal. Lepas jugelah nak bayar duit kereta enam bulan....
Tapi bagi orang lain mungkin celah gigi saje agaknye.

Tapi sebab dah minat, sanggup juga berhabis duit. Lagipun boleh bagi anak murid guna untuk aktiviti sekolah macam persembahan dan masuk pertandingan nasyid. Jadi tidaklah alat-alat muzik semua ini tersadai tak digunakan. Letak pun di sekolah, bukan di rumah. Memang niat nak ajar budak-budak.

Bila letak di sekolah, beginilah jadinye.... 


Baca artikel penuh...

Rabu, 26 Februari 2014

Drama melayu: dah tak ada modal lain?

Ini 'entry' luah perasaan menyampah.
Peminat tegar drama melayu versi jiwang di TV3 tak sesuai baca. Sebab memang akan berbalah tak habis.

Menyampah tengok drama Melayu yang konon hot dan dapat rating tinggi selalu di TV3 itu. Slot ape itu tidaklah saye ingat. Yang pasti masa pukul 7 hingga 8 malam. Masa gadai solat Maghrib. Yang tengah berlangsung sekarang ini ape tah tajuk dramanya..Tapi lagu temanya ku rasakan seperti bapuk suara kecik menyanyi dengan suara tak lepas. (marah dan geli)

Bukanlah saye ini begitu benci dan anti dengan drama dan filem Melayu. Banyak juga yang saye tonton. Contohnye drama 'Mat three four' dan cerita 'Ustat Mu Tunggu Aku Datang'. Tapi tidaklah saye ini begitu minat dan asyik dengan drama dan filem Melayu. Dan tidaklah saye terlalu minat nak ikut siri drama yang ditayangkan itu.

Kalau bukak tv kebetulan ade, layanlah sekejap. Biasenye bersame-same dengan isteri. Kalau tengok sorang-sorang, akan diusahakan tukar ke siaran lain. Drama melayu jadi pilihan terakhir (saye takde astro).

Salah satu contoh.

Kembali kepada nak luah perasaan menyampah pada slot pukul 7 sampai 8 malam itu.

Saya perasan satu benda yang hampir sama pada 3 atau 4 siri drama yang disiarkan kebelakangan ini. Kisah centa jiwang karat layan perasaan duka lara itu seakan tiada dapat dipisahkan lagi. Apa yang nak saya sebut kali ini pasal ROGOL.

Iye, bunyinye semacam kasar. Tapi inilah realitinye.

Sudah tak ade modal lainkah penulis skripnye? Perempuan catik molek dan baik hati. Bercinta bagai nak rak. Kemudian terlanjur atau kena rogol. Kemudian idup tersiksa sebab mengandung atau kene gugurkan. Kawin dengan orang lain atau perogol itu. Dan gaduh dan sakit hati terseksa jiwa raga lagi sekali. Akhirnye 'happy ending'.

Kalau saye yang tak minat drama ini kate tak ape lagi. Tapi si isteri yang rajin tengok drama Melayu ini pun sampai meluat tengok.

" balik-balik cerita kena rogol, mengandung, kawen, gaduh dengan laki, bla bla bla..."

Tapi yang musykilnye ramai pule yang suke tengok dan tangkap lentok dengan cerita seperti itu.

" takpe bro. itu boleh jadi pengajaran supaya tak terjebak dengan perkara macam tu "
mungkin ada yang berpendapat seperti ini.

Kononnye nak insafkan penonton dan beri pengajaran. Kirim salamlah jawabnye. 
Bila buat 'event' ala-ala roadshow drama tersebut, yang dapat dilihat peminat tergedik-gedik menjerit memanggil nama pelakon dan menyanyikan lagu 'tema' drama itu. Ape yang insafnye begitu....

Konon nak suntik elemen keinsafan, tapi sampai ke sudah tengok si perempuannye berbaju seksi ketat tersembul semua sampai ke sudah. Ape insafnye begitu?
Sebut dialog 'Allah bersame aku' , kemudian babak solat mintak ampun dan petunjuk. Tapi bodi kasi tayang juga seksi-seksi. Itu dah mempermainkan babak solat. Masa susah saje mintak pade tuhan, tapi perintah tuhan tak mahu diikutnye.

Dan tertanam dalam minda secara tak sedar, lebih-lebih lagi pade budak-budak sekolah bahawe tak tutup aurat takpe, janji hati baik suke tolong orang. Ini sangat NEGATIF. 

Kite tak tahu betape susahnye ibu bape dan cekgu di sekolah cuba nak didik anak dan masyarakat tentang akhlak dan berpakaian yang betul. Dengan mudahnye usaha itu cuba dihakis dan dimusnahkan dengan cerita seperti itu di media. Kalau dah hari-hari penonton dihidangkan benda macam tu, ape tak beri kesan langsung pada masyarakat?

Cukuplah tu. Ikut tak puas hati ni banyak lagi nak membebel. 

Akhir kate, carilah hiburan yang mendidik. Bukanlah nak suruh dengar nasyid dan tanyelah ustat sepanjang mase...tapi pandai-pandailah hiburan yang bermanfaat.

Mintak maaplah banyak-banyak pade sesiape yang terase itu. 
Baca artikel penuh...

Pernah guna kadfon telekom?

Al kisah.....Satu hari saye masuk kelas tahun enam menggantikan cikgu yang tidak hadir.


Ringkas ceritenye, saye memilih tajuk adab menggunakan harta benda awam. Cerita punya cerita sampailah pada kisah rosakkan telefon awam.

Murid-murid ini memang sedia maklum fasal telefon awam di kampung ini yang sudah jahanam, tinggal pondoknye saje. Hinggalah saya sebut telefon awam yang menggunakan kadfon telekom, semua terpinga-pinga.

" Ade ke telefon awam guna kad nak cucuk? "

" Kamu tak pernah jumpe ke selame ni? "

" dah 12 tahun hidup ni, ini pertama kali dengar "

Nampaknya budak-budak kampung sini tak pernah tengok telefon awam yang gunakan kadfon. Kesian...

Gambar dari Hikayat Budak Pening 

Yang ini dari blog duacongkak

Kali terakhir guna kadfon ni semasa sekolah di asrama sekitar tahun 2001 hingga 2002. Dah lama pun. Dulu ada juga simpan kad ni tapi entah ke mana dah letaknye.

Tak lupa juga agak popular 'trick' untuk guna telefon tanpa kurangkan baki kadfon. Maksudnye percuma la. Tapi tak elok le, lebih kurang macam curi 'line' telefon. Pernah juga buat beberape kali dulu haha.

Siape ade simpan lagi kadfon ni? Pernah jumpa?
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...