Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kewangan. Papar semua catatan

Ahad, 11 Oktober 2020

CUCI WANG HARAM?

 Isu ni nampak hangat selepas KEPALA Macau Scam berjaya ditahan.

Nak ulas hal yang ada sikit kaitan sebab ada sahabat yang tanya.

"Adakah duit haram boleh dibersihkan dengan bayar zakat & sedekah?"

Jawapannya TIDAK.


Wang/harta haram tidak boleh dibersihkan dengan cara bayar zakat dan beri sedekah.

Wang atau harta haram tidak boleh digunakan untuk keperluan/kepentingan peribadi. Nak lupuskan boleh ke Majlis Agama Islam negeri atau Baitulmal negeri. Mereka akan uruskan.

Harta haram ini masih boleh digunakan/dimanfaatkan untuk kepentingan umum. Jadi tak wajar juga kita hapuskan dengan cara bakar, koyakkan, buang begitu saja.


Jadi jangan sewenangnya anggap mudah.

"Alaa nanti aku bayar la zakat bersihkan harta." Tak semudah itu ye. Kena tahu harta haram tak wajib zakat. Jika kita bayar juga zakat tanpa pengetahuan amil maka tetap tak dikira zakat. Ia akan jadi hadiah/sedekah saja. Dan harta yang ada pada pembayar tadi tetap statusnya haram.

Bagaimana kalau mereka gunakan wang haram itu untuk sedekah, beli barang?

Hukum berdosa itu pada pemilik harta itu. Penerima tidak berdosa.

Seperti bapa yang sara keluarga melalui hasil haram seperti mencuri, judi. Dosa pada bapa itu, bukan pada keluarganya. 

Baca artikel penuh...

Rabu, 12 September 2018

Unit amanah Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Ok ada satu lagi Unit Amanah yang macam kurang popular tapi pulangan yang diberikan agak baik jugalah kalau nak banding dengan  ASB dan Tabung Haji.

Amanah Hartanah Bumiputera ni kita boleh beli unit di Maybank dan Ambank. Tak ada agen yang boleh uruskan ye. Kita sendiri yang kena uruskan. Boleh jiga buat potongan/pengeluaran dari kwsp untuk beli unit amanah ni.

Transaksi secara online pun tiade. Maka kenalah ke kaunter maybank untuk uruskan. Jangan lupa bawa ic untuk urusan pendaftaran. Kalau kita ada akaun maybank lagi mudah. Tak perlu bawa duit tunai pun. Staf bank akan uruskan untuk tolak terus dari akaun bank.
Untuk permulaan rasanya rm500 (500 unit).

Tapi.

Dividen akan dikira dan diberikan 2 kali setahun. Maksudnya sekali dalam masa enam bulan. Dividen tu pula tak terus topup unit (modal) kita tu. Dividen akan dikreditkan terus ke dalam akaun maybank kita.

Itulah yang lecehnya sikit. Tidak ada agen & urusan kena manual ke kaunter. Takde online. Jadi kalau nak tambah unit, kena pergi berurusan di kaunter juge nampaknya.

Berapa dividen?

Setakat ini konsisten sekitar 5-6 % setahun. Maksudnya sekitar 3% untuk 6 bulan. Jadi untuk setengah tahun kedua kita boleh dapat lebih sikit kalau kita tambah unit.
Tabung haji pun sekarang beri dalam 6% hibah. Asb pun tak jauh beza juga.

Jadi unit amanah AHB ni sesuai juga sebab risikonya taklah tinggi.

Paling penting AHB disahkan patuh syariah dan tersenarai dalam unit amanah patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kalau rajin boleh la pergi semak.

Harapnye di masa akan datang AHB boleh usahakan untuk sistem tambah unit secara online. Sekarang ni zaman dah canggih. Asb dah boleh online. Tabung haji kalau nak tambah/keluar duit pun boleh online. Orang sekarang ramai dah celik it. Lagipun urusan online ni menjimatkan masa dan duit juga.

* Menabung / menyimpan ni kena sabar dan disiplin ye 😁 Baca artikel penuh...

Rm500 percuma SSPN bagi percuma?

Ya. Ini benda betul dan bukan tipu tau. Tapi macam tak berapa dapat sambutan pule. Tak 'hot' macam berita lain.

Tawaran masih lagi terbuka sehingga hujung tahun 2018 ni.

Bagi sesiapa yang ada anak 7-12 tahun, ada nilai RM500 dalam akaun sspn layak dapat geran sepadan RM500 percuma. Ya memang percuma.

Bagi yang baru nak buka akaun pun boleh dapat. Bukanlah semestinya mesti masukkan terus rm500. Tambah sikit-sikit pun boleh. Janji sebelum habis 2018 ni kita cukup kan akaun anak rm500. InsyaAllah kita dapat.

Bagi yang dah ada akaun tapi belum cukup rm500, boleh usaha untuk cukupkan.

Bagi yang ambil sspni plus pula. Rm500  tu mesti nilai yang ada dalam akaun. Bayaran untuk takaful tak termasuk, tak dikira.

Saya dah dapat.

Alhamdulillah ada rezeki sikit tahun ni. Bulan Ogos 2018 buka akaun sspni plus untuk anak darjah 1. Tak perlu pun berbaris pergi ke ptptn. Online saja. 10-15 minit selesai. Jimat masa kita.

Minggu pertama bulan September bila semak penyata akaun dah dapat geran sepadan rm500.

Cuma.

Buka akaun sspn ni kita tak boleh guna sesuka hati. Nilai dalam akaun hanya boleh dikeluarkan setelah anak berumur 18 tahun. Jadi memang sesuai dijadikan cara menyimpan untuk pendidikan anak.

Rebut peluang sementara masih ada ni! Bukan senang orang nak bagi rm500 percuma. Baca artikel penuh...

Selasa, 3 November 2015

Masuk hospital pun percuma?

Zaman sekarang dah canggih dan banyak kemudahan.

Orang masuk hospital swasta sekarang dah tak perlu duit tunai bayar bil mahal-mahal. Orang dah makin cerdik.

Macam mana? Ambik kad perubatan @ medical card.

Bayar sebulan sekitar RM150-RM200 saja dah boleh dapat kad perubatan. Kes kecemasan masuk ke hospital swasta percuma. Kalau bayar deposit pun akan dipulangkan semula. 

Kenapa percuma? Sebab pihak takaful dah bayarkan. Janji bayaran setiap bulan cantik dan tak sangkut.

Hospital kerajaan tak bagus?

Bukan tak bagus. Cuma ramai sangat tertumpu ke sana. Kepakaran OK. Kemudahan OK. Tapi bila dah semua ke sana, jadi sesak dan lama menunggu. 

Sekarang pun bayaran bukan semua percuma dan murah.

Jadi kalau ada kad perubatan, kita bantu juga kurangkan kesesakan di hospital kerajaan. Bagilah peluang mereka yang tak berkemampuan dapatkan rawatan di sana. Yang mampu ni, ambik kad perubatan. Urusan semua cepat insyaAllah.

Cina boleh la!

Ini lagi satu hal. Bila kita kata bangsa cina ramai yang pergi ke hospital swasta, ramai keluar dialog ni:

" Cina boleh la. Die orang kaya. Boleh bayar bill hospital mahal-mahal"

Oit.

Die orang pun bukan semua kaya, Ramai juge yang miskin, pendapatan sederhana. Tapi die orang cerdik. Nampak kemudahan yang ada dan gunakan. Tak KEDEKUT nak bayar untuk insurans.

Benda dah ada. Ada kad perubatan disediakan oleh takaful & insurans. Cuma kaum Melayu je yang tak sedar diri taknak ambik takaful walaupun mampu. Gaji dah 4 -5 ribu pun kedekut nak ambik takaful. Bila dah kena hentak bill mahal tahu pulak nak bising-bising tak cukup duit.

Wajib ambik ke?

Memang tak wajib ambik. Tapi untuk kemudahan diri sendiri dan keluarga juga. Kalau dah mampu, jangan berkira sangat nak ambik. Sakit bukan kita boleh tahu bila nak datang.

Yang susah menaggungnya nanti kita dan keluarga kita juga,

Baca artikel penuh...

Rabu, 21 Oktober 2015

Silap besar : Graduan berkereta baru & mahal.

Dalam ceramah, seminar atau penulisan pengurusan kewangan memang selalu betul sebut berkenaan benda ni. Perkara ni biasanya merujuk pada graduan yang baru tamat belajar, baru dapat kerja dan mempunyai gaji bulanan sekitar RM2k hingga RM3k.

Kalau kita perhati pun memang selalu benar terjadi. Baru dapat kerja, beberapa bulan lepas tu dah beli kereta yang berharga RM70k hingga RM90k (harga tunai). Keiasannya memerlukan komitmen ansuran bulanan RM800 hingga RM1000.

Rasa nak ulas sebab terasa sangatlah ruginya bila baru kerja terus sambar kereta mahal-mahal. Lagi-lagi cikgu yang baru dilantik. Ini pengalaman sendiri lihat kawan-kawan yang sama-sama baru dapat lantikan sebagai penjawat awam gred DG41. Gaji taklah besar mana pun. Campur elaun semua dalam RM 2.7k saje bersih siap tolak kwsp.

Gaji RM2.7k. Ansuran kereta katalah RM800 sebulan. Mungkin dapat kereta toyota vios, honda city, nissan almera (yang biasa orang ambik). Hampir 1/3 gaji habis untuk ansuran kereta sahaja.

Tanpa kita sedar ada kos lain yang akan mengiringi. Kos petrol, kos 'servis' kereta, kos insurans & cukai jalan. Ini yang wajib ada bila kita beli sebuah kereta.

Jom kira agak-agak berapa sebenarnya sebulan kita habis untuk kereta baruuuu ni,
Katalah beli toyota vios.

Ansuran bulanan RM800.
Petrol RM300 - RM500 (bergantung pada penggunaan)
Insurans & 'roadtax' tahun kedua dalam RM2k. Bahagi 12 bulan = RM167 sebulan.
Anggaran 'servis' kereta - RM150 hingga RM200. Memang servis ni bukan tiap tiap bulan kena tapi sekali kena memang makan banyak belanja.

Jadi sebenarnya belanjawan kita untuk kereta baru tu makan duit lebih kurang RM1400 hingga RM1600 sebulan. Hampir 2/3 gaji habis untuk kereta sahaja. Itu tak masuk duit 'parking' kalau kerja ditempat yang memerlukan bayar 'parking' macam di Kuala Lumpur.

Kena ingat yang kereta kita ni ada susut nilai. Harga akan makin murah setiap tahun dan akan jadi besi buruk yang tak laku satu masa nanti.

Kalau gaji tak sampai RM3k, lebih separuh dah habis untuk kereta macam mana nak rancang benda lain?
-Simpanan kecemasan?
-Sewa rumah / ansuran rumah?
-Simpanan beli rumah?
-Takaful & perubatan?
-bil utiliti?
-beri ibu / ayah?
-makan minum?
-simpanan nak kawin?

Kepada graduan muda yang baru kerja, hidup ni lebih dari sekadar memiliki kereta mahal. Jangan sia-siakan dan bazir duit beli sesuatu yang sentiasa susut nilai dan menjadi tak berharga. Bukan tak boleh beli kereta, tapi ikut kemampuan dan keperluan. Baik salurkan pada perbelanjaan lain yang lebih penting macam simpanan untuk beli rumah atau takaful&perubatan.

Tapi kalau mak bapak orang kaya, jutawan,  itu lain cerita la.....

Cuma agak menjengkelkan bila dengar orang merungut tak cukup belanja itu ini untuk keluarga dan anak-anak tapi belanja ansuran kereta & kos sampingan kereta lebih separuh gaji bulanan.

* kawan pakai kereta nasional saje....... Baca artikel penuh...

Isnin, 24 Ogos 2015

Maklumat berkenaan arba network

Jika anda datang cari berkenaan maklumat organisasi CWC atau arba network, harap maaf.

Dalam blog ini saya sajikan pandangan bahawa plan arba network adalah riba dan haram. Boleh rujuk beberapa post yang telah ditulis berkenaan arba network.

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/01/arba-network-scam.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/04/arba-network-haram-gharar-riba-scam.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/08/arba-network-kuliah-muamalat-kenapa.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/07/scammer-tak-dapat-jawab-serang-peribadi.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/07/arba-network-baca-dan-fahamkan-guna-otak.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/04/arba-network-halal-haram.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/03/perjanjian-arba-network-riba-jelas-dan.html


Ada yang panjang, ada yang pendek.

Isi utama yang ditekankan adalah dari sudut muamalat.

Selamat membaca.

Yang panas hati atau terasa bila baca tu, memang patut pun.

Saya tak untung / rugi apa-apa kalau orang masuk. Tiade komisyen, tiade bayaran.

Baca artikel penuh...

Selasa, 11 Ogos 2015

Arba network : kuliah muamalat. Kenapa konsep pemilikan penting?

Dalam post berkenaan arba network, salah satu yang saya kritik adalah berkenaan konsep pemilikan. Ada kekeliruan konsep pemilikan dalam perjanjian yang dibuat.

Kenapa konsep pemilikan ni penting?

Saya teringat dulu masa masuk kelas muamalat, tajuk awal yang akan dipelajari adalah berkenaan dengan pemilikan. Maksudnya hak milik kita ke atas sesuatu benda. Senang kata harta la. Kenapa benda ni kena belajar dulu? Sebab konsep pemilikan / hak ke atas harta ni sangat berkait rapat dengan transaksi / urusniaga yang akan kita jalankan.

Sesuatu urusniaga yang kita jalankan memungkinkan kita hak ke atas harta itu berpindah milik, atau kita hanya memiliki sebahagian daripada harta/benda itu.

Senang kata pemilikan ada dua jenis. Sempurna dan tidak sempurna.

Pemilikan sempurna ni maksudnya kita berhak / berkuasa penuh atas harta / benda tu. Contohnya duit. Duit itu milik kita sepenuhnya. Ikut suka kitalah nak belanja lagu mana pun. Selagi tidak bertentangan dengan syariat. Atau jam tangan, ikut sukalah nak pakai atau tak, atau nak beri percuma pada orang. Sebab harta itu memang milik kita.

* tapi jangan lupa, Allah adalah pemilik mutlak semua yang ada di dunia. (sebelum kuliah ni, kena belajor dulu kosep & falsafah ekonomi Islam)

Bagi pemilikan tak sempurna pula, kita hanya memiliki sebahagian sahaja harta itu. Contohnya harta yang dikongsi bersama. Kita tak boleh sewenangnya nak jual atau ambil semua sebab sebahagiannya milik orang lain. Contoh mudah adalah tanah. Satu ekar tanah dikongsi pemilikan oleh dua orang. Jadi dia cuma berhak sebahagian daripada tanah itu.
(panjang lebar bila masuk penjualan hak sebahagian tanah tu, itu kena pegi mengaji kat kelas ye)

Atau contoh lain, kita sewa rumah. Itu pun pemilikan tak sempurna. Kita cuma dapat manfaat rumah saja. Tapi hakmilik rumah tu adalah milik pemberi sewa. Pemberi sewa pun bila dah sewakan tak boleh sesuka hati nak masuk rumah semua, sebab dah sewakan manfaat rumah tu.

Ok faham kan?

Baik kita ulang sikit penjelasan berkenaan tentang arba network.

Dalam arba network kita diberi hibah setiap bulan. Katanya hibah itu hasil jualan produk kita yang arba network tolong uruskan jualan.

Ok kita tengok maksud hibah. Hibah ni pemberian, hadiah. Syarat kita nak beri hibah ni, harta yang kita nak bagi tu MESTI milik kita. Pemilikan sempurna. Maksudnya harta itu kita boleh buat apa saja, termasuklah nak beri (hibah) pada orang. Bila dah hibah, maksudnya harta itu bukan milik kita. Dah bertukar milik.

Jadi apa masalah dengan hibah tu?

Arba network kata hibah yang kita dapat adalah hasil jualan daripada produk kita yang mereka uruskan jualan. Sebab itu kita dapat hibah.

Salah tu.

Sebab arba network cuma uruskan jualan. Barang jualan bukan milik arba network. Barang tu milik kita. Bila barang tu dijual, duit hasil jualan itu adalah milik kita. Bukan milik arba network. Jadi bagaimana arba network nak bagi hibah pada kita sedangkan harta (hasil jualan) tu adalah milik kita?

Nampak kan betapa istilah / terma hibah tak sesuai digunakan?

Syarikat uruskan jualan barang kita, boleh kata itu transaksi wakalah (wakil). Bila kita wakilkan orang untuk jual barang kita, tak ada pemindahan hak milik berlaku. Barang tetap milik kita. Malah sebenarnya arba yang boleh caj upah wakalah sebab tolong jualkan barang.

Nampak macam mudah kan? Tapi penting untuk hal seperti ini diambil kira.

Kalau arba network kata nak bagi hibah, kena serahkan hasil jualan barang kita + hibah. Itu baru betul. Hibah tu ikut berapa nak bagi dan jumlahnya tak tetap. Atau boleh saje kalau tak bagi. Boleh ke kalau tak bagi? Jawapannye boleh, sebab hibah ni ikut suka pemberi la nak bagi atau tidak.

Arba network kata mereka cuma guna akad jual beli sahaja. Sebab itu mereka berhak beri hibah.

Baik. Saya faham. Bila dah berlaku jual beli, perpindahan hak milik berlaku, Barang tadi bertukar tangan dan pihak yang lain mendapat bayaran. 

Kalau cuma jual beli yang ringkas dan biasa memang tak ada masalah nak beri hibah. Masalahnya sebahagian barang yang dibeli diserahkan semula kepada syarikat untuk diuruskan jualan dan mereka 'claim' hibah itu hasil jualan barang tersebut. Kan nampak sangat tak betulnya.

Kalau kita dapat faham konsep pemilikan, hibah dan wakalah kita akan nampak di mana canggungnya urusniaga ni.

Kalau nak hibah, barang semua pembeli dapat. Arba tak uruskan jualan produk peserta. Arba beri imbuhan pada pembeli. Kalau begitu barulah ok.

Faham ye?
Ini tak hurai lagi jumlah yang tetap setiap bulan. Saya cuma jelaskan kenapa hibah tu tak tepat jika kita lihat pada konsep pemilikan. 

Selamat membaca dan memahamkan. 


Baca artikel penuh...

Isnin, 10 Ogos 2015

Nak beli rumah dengan Alfafa?

Rasa kecoh dah kan pasal rumah Alfafa di 'Fesbuk'.

Bagi yang tak tahu, senang cerita syarikat Alfafa ni tawarkan rumah harga murah. Ya murah yang gila-gila punya murah kalau nak bandingkan dengan harga semasa + kenaikan serba serbi harga bahan binaan + gst lagi.

Tapi kena bayar penuh secara tunai!!

Ya, secara tunai. Jadi yang tak berduit, kena buat pembiayaan / pinjaman peribadi jawabnye. Nak buat pembiayaan perumahan tak boleh sebab tak cukup syarat-syaratnye...

Maka setelah dibayar pada syarikat, rumah dijangka siap dalam masa 3 tahun. Ada lagi....
Dalam masa 3 tahun, kita akan diberi imbuhan RM500 setiap bulan dan perlu pergi kelas mengaji/solat dengan Alfafa.

Baguih la kan?
Rumah bapok murah!
Dapat elaun lagi tiap bulan + kelas ngaji percuma.
Baik betui la Alfafa ni.

Tapi...kalau betul nak beli, mohon baca pautan yang disediakan di bawah.

https://www.facebook.com/khairul.ezuwan.1/posts/882385938465612?pnref=story

Jawapan berbudi bahasa ustaz Alfafa
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1225720924120801&id=100000487154935&refid=17&_ft_=top_level_post_id.1225720924120801


Jadi boleh fikir-fikirkanlah ye. Ini sebahagian yang boleh kita baca. Boleh cari lagi yang lain kalau ada.

Nak jelas lagi, sila tanya peguam yang biasa terlibat dengan urusan hartanah dan pembelian, pembinaan rumah. Juga boleh tanya kalau ade sedara, kawan-kawan yang terlibat dalam hal ehwal pembinaan ni ye.

Ringkas kata apa yang Alfafa tawarkan tu sangat kuat bau 'scam'.

Selain dari hujjah logik dari segi kos dan masa pembinaan, adalah benda yang agak pelik bila syarikat asyik canang rumah contoh saja tanpa kemaskini perkembangan pembinaan rumah yang sudah dibayar penuh oleh pembeli.
Boleh tunjuk kawasan pembinaan, projek meratakan tanah, pembelian bahan binaan, bahan binaan di tempat pembinaan, aktiviti permulaan pembinaan, pelan binaan rumah dan banyak lagi.

Tapi apa yang dikemaskini adalah perkembangan perniagaan Alfafa dalam perniagaan lain...
Adakah duit pembeli digunakan untuk kembangkan perniagaan Alfafa?

Takut jadi skim RTA. (Rumah Tak Ada)

Nak beli, tanggung sendiri.

* kawan dah dapat beli rumah. Alhamdulillah!! Baca artikel penuh...

Selasa, 10 Mac 2015

Jawapan standard peserta skim cepat kaya

Kadang-kadang tak guna juga nak jelaskan panjang lebar pada mereka yang percaya pada skim cepat kaya ni. Sebab logik yang agak mudah dan 'common sense' pun tak boleh nak fikir dan ikut.


Semua tu biasanya sebab dah terpedaya dengan pulangan bulanan yang lumayan dengan cara yang sangat mudah. Keluar duit / letak modal besar dan tunggu saja pulangan masuk tiap bulan. 

Maksudnya dah kelabu mata dengan duit. Nak duit banyak, kaya raya tapi malas nak kerja kuat macam peniaga yang sebenar. Sikap ni sebenarnya yang sering menjerat orang masuk skim cepat kaya. Lebih menyedihkan lagi ramai orang Islam dan Melayu yang turut serta. 

Segala penjelasan berkaitan hukum fiqh, teknikal muamalat bagaimana transaksi itu berlaku sukar untuk difahami sebab dah seronok dapat duit. Kita jelaskan satu-satu permasalahan yang timbul, kebiasaan 'return of investment', penilaian projek perniagaan,  isu riba bila 'fixed' bayaran tiap bulan, bla bla bla.

Tapi biasa jawapannya hanya berkisar pada:

1. Tak faham jangan buat cerita. Jangan fitnah.
2. Tak faham datang ofis.
3. Dengki peniaga melayu nak berjaya.
4. Tak sokong produk Melayu.
5. Sokong bangsa kapir daripada sokong bangsa sendiri.
6. Dah bertahun masuk.
7. Kalau salah kenapa tak kena tangkap?
8. Ade lesen AJL
9. Ustaz pun ramai masuk. Lawyer pun ramai masuk. Cikgu pun masuk.
Dan banyak lagilah jawapannye.

Ape yang kita persoalkan tu pun langsung tak berjawab. Macam kes skim arbok. Bila baca komen tak ada pun nak menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Apa pun kerja nak mengingatkan dah lepas. Nak meroyan ape ke ikut sukalah masing- masing. Bila pedih tersontot nanti jangan disalahkan siapa-siapa lagi. Salah sendiri, Orang dah beri nasihat, tunjuk macam-macam bukti, Degil juge kan.

Baca artikel penuh...

Rabu, 4 Mac 2015

Kenapa 'fixed return' haram?

* bacaan ringan untuk orang awam. Yang dah mahir muamalat memang tak sesuai baca....

Ok. Kita sembang muamalat mudah sikit hari ni.

Kenapa pelaburan yang beri pulangan tetap ni haram?

Sebab pulangan tetap ni adalah riba. Riba adalah haram. Tak kiralah jumlahnye sikit ataupun banyak.

Macam mane jumlah riba' yang sikit ni? Benda ni memang ramai terlibat. Melalui bank. Fixed deposit akaun di perbankan konvensional adalah contoh riba dalam jumlah yang kecil. Tapi hukumnya tetap haram. Bank gunakan duit kita, bank dah tetapkan berapa pulangan yang kita dapat berdasarkan jumlah jumlag duit dalam akaun kita. Biasanya dalam 1-2 peratus saje.

Ok itu satu hal.

Dari segi logik juga (antara hikmah Allah haramkan riba), riba ni boleh menzalimi orang. Bukan saja boleh zalim pada pelabur (yang beri duit) tapi pada mereka yang uruskan pelaburan (atau peniaga).

Kita ambik satu situasi mudharabah (perkongsian untung) antara dua pihak. Atan kongsi modal dengan Aton untuk berniaga. Atan bagi 10 ribu, aton keluar duit 1 ribu. Perniagaan diuruskan oleh Aton. Dalam perjanjian siap-siap tulis Atan nak 8% (atau berape-berape sajelah) daripada modalnya yang 10 ribu tu setiap bulan (maksudnye RM800). Macam mana jadi pun Atan mesti dapat 800 tu tiap-tiap bulan.

Zalim pada Aton (pengurus / peniaga)
Sebab untung atau rugi meniaga dia bulan tu mesti bagi pada Atan RM800. Walhal tak semestinya bulan tu untung. Balik modal pun belum tentu lagi. Jadi zalim pada pengusaha. Penat-penat kerja cari rezeki, orang lain goyang kaki dapat hasil.

atau

Zalim pada Atan (pengeluar modal / rakan kongsi)
Boleh jadi juga. Kalau perniagaan untung besar banyak mana pun, Atan cuma dapat RM800 tu saje setiap bulan. Walhal dia sumbang modal yang besar juga. Untung bersih niaga RM40k (contoh), atan dapat 800 saje?

Ok boleh faham kan?
Yang dibenarkan adalah tetapkan peratusan dari jumlah untung. Katalah setuju untung bahagi 50:50 (ikut persetujuan antara dua pihak). Bila tolak kos semua dapat untung RM2 ribu. Atan dapat 1 ribu, Aton dapat 1 ribu.

Itu halal.

Jadi yang tanya pasal fixed monthly return by arba network, boleh fikir-fikirkan....

Baca artikel penuh...

Selasa, 17 Februari 2015

Ufun, Utoken tipu, scam!

Rasanya ada yang pernah dengar pasal benda alah token ni.


Mulanya ingatkan benda token buat main game tu. Beli singgit dapat dua. Rupe-rupenye bukan daaa...

Nak tahu ape benda utoken tu boleh la tanye Syeikh Google. Mesti berlambak jawapan dan maklumat yang keluar.

Ramai juge rupenye rakyat Malaysia yang turut serta dan beli utoken ni. Katenye untung. Boleh guna kat banyak tempat.

Dan yang penting lagi sebenarye mereka kata boleh kaya woooo. Betul, mereka percaya boleh kaya punya. Kalau tak takdenye nak beli utoken tu.

Tapi.
Baca artikel penuh...

Isnin, 12 Januari 2015

Arba Network Scam?

Ada yang tanya. Arba network haram ke? Scam ke? Jadi di bawah ni adalah pendapat saya.

Persoalan berkenaan ARBA network.
* maklumbalas berdasarkan maklumat dari web dan blog.

Kita beli produk RM50k dan dapat produk. 1/4 produk kita dapat. 3/4 lagi syarikat ambil dan tolong niagakan.
Tiap-tiap bulan dapat 3k hibah selama 2 tahun.

Cukup 2 tahun, modal dikembalikan (50k). Untung berganda-ganda. 50k + 72k (hibah 3k x 24bulan). Untung gila-gila kan? Kalau fikir duit memang untung. Tapi macam ada yang tak kena.
Dalam promosi kita tak perlu jual barang, tak perlu cari orang kembangkan rangkaian. Semua diurus oleh arba network.
Adakah semua ini ada ditulis dalam kontrak?

Baca artikel penuh...

Rabu, 31 Disember 2014

Emas delay tersontot, tipu, rugi

Rasanya ramai dah tahu kan?

Akhirnya yang dirisaukan dah berlaku. Pemain emas delay tersangkut dan tersadung juga. Kalau dalam fb ramai kata dah tersontot.

Ramai menanggung kerugian. Bukan sikit, ada yang cecah juta -juta RM juge. Ratus ribu RM sangkut ada. Puluh ribu RM lebur ramai, ribu-ribu RM lesap berlambak-lambak.

Sifirnye mudah saje, penganjur menanggung liabiliti yang terlampau tinggi dan program tersontot jika tiada peserta baru.
Mana nak untung kalau jual lagi murah dari harga modal? Celah ketiak mana nak cari untung? Siap kena bayar upah ArRahnu lagi. Harga emas bukan naik menggunung tiba-tiba tahun ni.

Simpati?

Baca artikel penuh...

Jumaat, 12 Disember 2014

Minta sebut harga (quotation) takaful?

Bagi mereka yang nak ambik takaful, dinasihatkan jangan terburu-buru dan terlalu teruja nak 'sign' borang.

Seeloknya dapatkan penjelasan dari beberapa orang ejen, dan kalau boleh dapatkan maklumat dari syarikat yang berlainan. Mungkin pelan syarikat x kita tak berapa minat, tapi minat dengan syarikat y.

Perlu dapatkan apa dari agen?

Biasa agen akan buat satu temu janji untuk jelaskan produk mereka. Pastikan agen berikan pada kita sebut harga dan illustrasi agihan bayaran. Agen akan jelaskan perincian produk berdasarkan illustrasi yang diberikan.

Kita pula, tanya apa saja yang kita tak tahu. Agen yang jujur akan jelaskan sebaik mungkin, termasuk yuran wakalah dan tabarruk yang ditolak dari bayaran peserta setiap bulan. Sebab selalunya orang ramai sangka bila bayar rm100 (contoh), 100% duit itu akan masuk akaun kita.

Sebagai pelanggan, kita janganlah tak ambil tahu langsung berkenaan pelan yang kita nak ambil. Tengok dan teliti betul-betul sebut harga yang diberikan. Takut nanti dalam sebut harga lain, tapi bila buat tolakan gaji banyak pulak yang kena tolak. Nak tukar semula agak leceh.

Antara soalan yang boleh kita tanya berapa jumlah perlindungan, boleh tak keluarkan duit sebelum tempoh matang, berapa jumlah yang boleh keluarkan, kalau dah ada sakit boleh tak ambik takaful, dan macam-macam lagi.

Tahu nak buat tuntutan

Biasanya kalau kita nak buat sebarang tuntututan kita akan cari dan serahkan pada agen. Memang betul agen sepatutnya yang uruskan tuntutan pelanggan. Tapi pelanggan juga mesti tahu cara nak buat tuntutan. Sebab agen tak tentu ada bila kita perlukan mereka. Lebih-lebih lagi bagi polisi dah sudah berpuluh tahun.

Sekurang-kurangnya kita atau waris kita tahu polisi syarikat dan ada nombor telefon syarikat berkenaan.

Isi borang

Bila kita dah jelas dan puas hati, barulah isi dan tandatangan borang. Boleh pastikan maklumat yang ada di illustrasi sama dengan yqngbdiisiPerlu pastikan kita tahu borang apa yang kita tandatangan.

Jangan nanti terkejut kalau duit tiba-tiba kena tolak dari akaun bank, tapi kita tak minta pun buat potongan auto debit dari akaun gaji kita.

Tapi seeloknya kita bayar terus dengan buat potongan gaji supaya polisi kita tak 'lapse' dan terus berkuatkuasa,  terutamanya kalau ambil pelan berserta kad perubatan. Kalau culas bayar, kemungkinan kad perubatan kita tak dapat guna di masa yang kita perlu.

* boleh sms nombor ic dan nama ke 0127682615 untuk sebut harga dari Hong Leong MSIG Takaful Baca artikel penuh...

Selasa, 9 Disember 2014

Cara bayar bil rawatan hospital

* biasanya untuk hospital swasta.

1. Guna duit tunai.
Biasanya guna duit simpanan sendiri. Atau kalau tak cukup duit, pinjamlah dari sedare mara atau kawan-kawan yang ade. Cara ni agak 'meletihkan'. Takkan simpan duit, habiskan untuk bil perubatan semata-mata?

2. Kad kredit
Cara ni agak bahaya, lebih-lebih lagi bqgi mereka yang tak pandai urus kewangan. Lega sekejap, pening berpanjangan. Sekali swipe kena 5k, kalau setahun tu dua kali kena? Silap gaya boleh muflis.

3. Kad perubatan / medical card
Cuma perlu bayar deposit pada hospital, dan bil ditanggung syarikat takaful. Deposit akan dapat semula.
Lebih selamat begini. Boleh jadi dapat lagi elaun wad rm50-rm500 sehari.

Apa yang perlu cuma bayaran sumbangan bulanan sekitar 150 ke 250 pada syarikat takaful.

Sms / whatsapp / call 0127682615. Quotation/sebut harga percuma. Cuma perlu sms nama dan ic saja. Baca artikel penuh...

Selasa, 2 Disember 2014

Bersihkan duit KWSP kita

Majoriti pekerja di Malaysia ada simpanan KWSP yang dipotong dari gaji bulanan. Duit KWSP itu pula kita tak boleh keluarkan sehinggalah kita pencen atau dikeluarkan untuk sebab-sebab tertentu.


Jadi memang berbilion dana yang dapat dikumpul. KWSP juga akan melaburkan dana yang terkumpul itu untuk menggandakan jumlah itu. Kita sebagai penyimpan di KWSP juga akan menikmati diveden hasil pelaburan yang dijalankan itu.

Tapi.

Pernah tak terfikir ke mana pelaburan itu dibuat. Pernah keluar di akhbar bahawa KWSP 70% tempat pelaburan yang dibuat oleh KWSP adalah tidak patuh syariah. Kebanyakannya di institusi kewangan.

Jadi dividen yang kita perolehi itu tidak 100% halal. Boleh rujuk panduna dalam video dari Ustaz Dr Zaharuddin cara nak bersihkan duit KWSP kita.


Jadi kalau kita rasa perkara ini penting, kenalah sucikan dulu harta kita sebelum digunakan. Selepas dikeluarkan bahagian yang kita yakin haram itu, barulah kenakan zakat pada baki yang tinggal.
Baca artikel penuh...

Isnin, 1 Disember 2014

Takaful dan kad perubatan tak penting pun?

Kalau tanya saya, memang saya kata penting. Sebab saya sudah lihat sendiri bagaimana orang sekelilinga saya terpaksa keluarkan duit simpanan beribu-ribu RM semata-mata untuk bayar bil rawatan.



Pengalaman ahli keluarga

Pengalaman yang paling tak boleh nak lupakan bila ibu sendiri yang terkena. Masa itu saya baru lagi jadi ejen takaful. Bukan calang-calang penyakit, kanser payudara,
Baca artikel penuh...

Selasa, 30 September 2014

Pasal Emas Delay lagi?

Beberapa minggu ni ada juga beberapa orang kenalan yang tanya hal berkenaan emas ni. Lagi-lagi skim delay yang dok rumah goyang kaki duit masuk bulan-bulan.

Jawapan selamat saye :
Pastikan beli emas dapat emas.
Beli tunai.
Jauhkan skim merapu tu . Haram!

Macam keras kan jawapannye. HARAM!

Iyelah cakap berpusing-pusing nanti orang tak faham pula. Bila sebut Haram tu baru ade rasa sikit kesan kat hati ni kan. Lagipun ada juga unsur-unsur skim cepat kaya bila lihat untung berlipat ganda yang ditawarkan.

Sejak akhir-akhir ini juga macam ada drama berkaitan emas delay ni. Naik sekejaplah isu ni di media sosial bagi pembeli emas ni.

Saya banyak dapat jawapan hasil respon Prof Dr Azman Mohd Noor terhadap soalan berkaitan urusniaga emas yang ditanyakan di FB beliau. Lebih meyakinkan sebab jawapan diberi oleh orang yang memang ahli dalam bidang muamalat.

Baca artikel penuh...

Khamis, 31 Julai 2014

Bil hospital RM 4 ribu?

Jumlah bil beribu RM ni agak biasa bagi mereka yang dapatkan rawatan di hospital swasta. Lebih-lebih lagi bagi penyakit yang kronik dan lagi lama kena tahan di wad.

Tahun ni merasa tengok bil hospital beribu RM bila anak sendiri yang kena masuk wad. Budak umur setahun, kena tahan wad sebab paru paru ada kuman. Punca dari selsema dan batuk. Budak kecik tak reti nak buang kahak sendiri.

Berapa jumlah semua? Duit klinik, bil hospital dan rawatan susulan jumlahnye RM 4131. Nak pengsan membayar.

Bukan nak berlagak boleh bayar bil banyak. Tapi nak beritahu yang semua bil tu saye tak perlu keluar duit sendiri dan ditanggung pihak lain. Takaful tolong bayarkan.


Hospital Putra, Batu Pahat.
Cuma perlu deposit rm300. Deposit akan dipulangkan.

Dulu masa nak ambik takaful untuk anak ni memang tak cadang nak ambik sekali kad perubatan. Sebab harga agak mahal juge. Tapi bila fikir semula, ambikkan juga sebab fikirkan mak sendiri dengan anak-anak sedara pernah kena bil beribu kat hospital swasta.

Jadi bila kena macam ni, barulah terasa kewajaran ada kad perubatan. Kalau tak mana nak 'cekau' 4 ribu buat bayar bil? Bukan semua orang ade duit simpanan beribu-ribu.

Jadi pada mak ayah yang mampu, jangan kedekut ambikkan takaful + kad perubatan untuk anak. InsyaAllah ada gunanya. Paling tidak pun, jadi tabungan untuk jangka masa panjang.

* guna Hong Leong MSIG Takaful. Rm150 sebulan. Ada nilai simpanan. Baca artikel penuh...

Sabtu, 12 Julai 2014

Kenapa kalau kadar faedah naik?

Sempat tengok berita semalam dan dengar berita 'gumbira' bahawa kadar faedah naik kepada 3.25% oleh BNM.

Bagi yang peka mesti keruk kepala bila diumumkan kenaikan ni.

Kenapa? Apa masalahnye kalau kadar faedah naik harga?

Maksudnye kadar faedah pinjaman dan pembiayaan di bank-bank akan turut meningkat. Base lending rate (BLR) akan naik dan neri impak pada jumlah keseluruhan bayaran semula pada bank.

Bank ok lah...pengguna yang teruk kena tekan.

Baiklah...Bagi mereka yang membuat pembiayaan atau pinjaman dari bank yang buat kadar apungan berdasarkan BLR maka sekarang ni komitmen bulanan yg perlu bayar pun naik.

Contohnye pembiayaan beli rumah. Kalau selama ni bayor Rm1300 sebulan, bila umum je kadar faedah naik maka naik juge kadar yang perlu kita bayor.
Faham kan? Berapa naik tu kena semak dengan bank masing-masing.

Adepun pembiayaan kadar tetap macam kenderaan tak beri kesan ape-ape. Sambung sajelah bayar hehe.

Nampak tak kesannye? Nak beli rumah makin mahal jadinye.
Ade harapan juge sewa rumah nak naik sebab tuan rumah pening nak tanggung kenaikan bulan-bulan bayar kat bank.

Kalau buat loan beli unit trust (macam asb) guna float rate, alamatnye makin sikit untung.  Atau silap-silap rugi terus.

Jadi ape-ape pun kita kena bersiap sedia dan buat kira-kira nak hadapi kenaikan ni.


Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...