Rasanya ramai dah tahu kan?
Akhirnya yang dirisaukan dah berlaku. Pemain emas delay tersangkut dan tersadung juga. Kalau dalam fb ramai kata dah tersontot.
Ramai menanggung kerugian. Bukan sikit, ada yang cecah juta -juta RM juge. Ratus ribu RM sangkut ada. Puluh ribu RM lebur ramai, ribu-ribu RM lesap berlambak-lambak.
Sifirnye mudah saje, penganjur menanggung liabiliti yang terlampau tinggi dan program tersontot jika tiada peserta baru.
Mana nak untung kalau jual lagi murah dari harga modal? Celah ketiak mana nak cari untung? Siap kena bayar upah ArRahnu lagi. Harga emas bukan naik menggunung tiba-tiba tahun ni.
Simpati?
Ye. Memang simpati pada yang terlibat. Ramai yang masuk bukan kaya pun. Ada yang sampai meminjam, buat pinjaman bank. Ada yang terdesak nak pakai duit, nak sara keluarga, ahli keluarga sakit, macam-macam lah..
Mereka terpaksa bayar harga yang sangat mahal untuk tahu tentang skim cepat miskin. Satu pengajaran untuk kita bersama.
Harap otai dan jerung besar terlibat dapat diheret dan didakwa. Tak kisahlah namanya tok belagak ke, luncai ke, bujal ke, buat laporan polis (bagi mangsa) dan dakwa.
Peringatan dah diberi banyak kali sebelum ni. Tapi penganjur tetap perasan hebat dan degil, tak terkecuali peserta skim yang kabur mata tengok duit.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 31 Disember 2014
Emas delay tersontot, tipu, rugi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Emas itu bukanlah Islamik.
Bacalah di siri kegagalan emas sebagai aset pelaburan
Catat Ulasan