Memaparkan catatan dengan label cikgu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cikgu. Papar semua catatan

Isnin, 24 Ogos 2015

Maklumat berkenaan arba network

Jika anda datang cari berkenaan maklumat organisasi CWC atau arba network, harap maaf.

Dalam blog ini saya sajikan pandangan bahawa plan arba network adalah riba dan haram. Boleh rujuk beberapa post yang telah ditulis berkenaan arba network.

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/01/arba-network-scam.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/04/arba-network-haram-gharar-riba-scam.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/08/arba-network-kuliah-muamalat-kenapa.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/07/scammer-tak-dapat-jawab-serang-peribadi.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/07/arba-network-baca-dan-fahamkan-guna-otak.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/04/arba-network-halal-haram.html

http://nurfauzibassar.blogspot.com/2015/03/perjanjian-arba-network-riba-jelas-dan.html


Ada yang panjang, ada yang pendek.

Isi utama yang ditekankan adalah dari sudut muamalat.

Selamat membaca.

Yang panas hati atau terasa bila baca tu, memang patut pun.

Saya tak untung / rugi apa-apa kalau orang masuk. Tiade komisyen, tiade bayaran.

Baca artikel penuh...

Jumaat, 28 November 2014

Semua salah cikgu @ guru.



Gambar menjelaskan apa yang cuba disampaikan.  Tak ada maklumat di mana gambar diambil.

Pembuat dasar tak pernah silap. Yang salah adalah pelaksana. Kalau di kementerian pendidikan,  cikgu atau guru macam saya yang bersalah.

Senang kan nak lepaskan diri? Baca artikel penuh...

Selasa, 22 April 2014

Kesian anak cikgu...

* Edisi luah rasa...

Dulu masa sekolah, ade juga terfikir kenapa segelintir cikgu yang bawa anaknye ke sekolah. Bukanlah setiap hari, tapi dalam seminggu mesti adalah dua atau tiga hari anaknye ikut sama ke sekolah.

Kalau aktiviti hari cuti pun, angkut semua anaknye ikut sekali pergi aktiviti dengan murid-murid sekolah.

Ingat dahulu masa sekolah rendah, Cikgu Hawa bt Sinon (ingat lagi nama cikgu...) selalu bawa anaknye berusia 5 tahun (Musa) ke sekolah. Sesi PDP dalam kelas kadang terganggu bila anak murid sibuk layan dan main dengan Musa. Kalau tak layan, marah pulak...

Kalau masa solat, selalu disuntutnye punggung murid lelaki yang sedang sujud...Budak-budak...

Hari ini saya memahami keadaan itu.

Dalam masa cikgu-cikgu beri perhatian pada anak-anak orang lain, kadang masa dengan anak-anak sendiri terpaksa dikorbankan.

Hari cuti ada aktiviti sekolah, takkan nak hantar pengasuh / mak ayah yang jaga jugak? Nak tak nak kenalah angkut juga. Kalau budaknye mengamuk dan buat perangai terpakselah hadap dan tahan sabar.


Gambar di atas salah satu contoh saje. Budak itu mengamuk kerana mengantuk, kepenatan dan akhirnya tertidur...Dek kerana ibu dan ayahnye seorang guru (sayelah bapaknye..) perlu hantar murid masuk pertandingan. Juge tiade orang lain yang boleh menjagenye, make terpaksa diangkut bersama berpanasan dari pagi hingga ke petang...


Contoh lain, si abang terpakse ikut ayah melatih murid-murid. Sesi latihan selalu terganggu bile die buat perangai, lapar, penat, mengantuk. Tapi lame-lame si abang pun pandai juge ketuk-ketuk..

Kalau mak ayahnye ade kelas malam, kenalah juga angkut..Kadang mengamuk budak itu.

Sudahlah siang hari dengan cikgu dan pengasuh saja. Pagi-pagi seawal 7 pagi dah hantar pada orang lain. Mak ayahnya balik lewat petang...Malam baru ada masa dengan keluarga, kena pula pergi kelas malam...mengamuk minta perhatianlah jawabnye...

Hujung minggu - aktiviti sekolah. Tak campur kelas belajar ibu / ayah yang sambung belajar... Makin kurang masa dengan anak sendiri.

Ape yang saye alami adalah normal sebagai guru pada zaman ini. Ini baru sikit, orang lain lagi dahsyat kesusahan mereka...

Tapi cikgu dan ustaz saye berpesan....Kita ajar, jaga anak orang baik-baik, insyaAllah nanti anak kita pun orang jaga dan layan dengan baik.

What you give you get back.... Baca artikel penuh...

Rabu, 16 April 2014

'Bajet' / Anggaran Harga 'Percussion' Nasyid

Sekarang ni dah banyak sekolah yang tubuhkan kumpulan nasyid. Tak macam dulu-dulu zaman saye bersekolah. Baguslah begitu. Satu perkembangan yang baik.


Ade ramai juga cikgu-cikgu yang bertanyakan harga alat muzik ketuk-ketuk. Dulu masa sekolah, saye pun tak tahu harge benda-benda ni semua. Hanya tahu ketuk saje.

Bagi yang baru nak mula, alat yang biasa diguna dalam satu kumpulan adelah seperti berikut:

1. Conga
2. Darbuka / Yankee
3. Shaker
4. Tambourine
5. Bongo
6. Djembe
7. Chimes
8. Cajon

Banyak sangat? Kalau permulaan, dah ada conga, darbuka dan tamborine (atau shaker) pun dah cukup. Contoh promosi set asas.

Berape harge?

Conga.
Biase satu set (ade 2 bijik) dalam RM 1000. Itu jenama macam CMC, SX dan Maxtone kalau tak silap. Kalau jenama LP atau Meinl RM1500 ke atas rasenye.
* saya guna CMC second hand.

Darbuka / Yankee.
Yankee ni adalah darbuka tapi badannye aluminium. Harga sekarang sekitar RM 220 ke RM250 bergantung pada jenama. Kalau darbuka tu lebih berat dan bunyi pun lebih 'sodap'. Harga baru sekitar RM 400 dan ke atas bergantung pada jenama.
* ada beli darbuka second hand harga RM350.

Shaker / Tambourine.
Harga sekitar RM30 - RM40. Kalau nak ambik jenama macam Remo, LP, Meinl, lagi mahal hargenye.
* saya guna jenama SX tak silap. Murah saje...

Bongo.
Bergantung pada jenis dan jenama. Bongo yang murah macam jenama SX sekitar RM150 - RM170. Tambah dengan kakinye dalam RM150. 
*Saya beli jenama Dadi harga RM420 siap dengan kaki.

Djembe.
Tengok juga pada jenama dan bentuknye. Tapi untuk djembe, saya cadangkan beli yang mudah nak ketatkan guna spanar. Kalau guna tali agak susah cara nak ketatkan bila longgar. Jenama yang dicadangkan adalah DV, Toca, LP dan Meinl. Djembe Remo mahal, kalau ade bajet boleh saje nak beli.
* Saya ada dua djembe LP. Satu bowl shape dan satu lagi biasa. Harga bowl shape baru sekitar RM900. Saye beli second hand RM400.

Chimes.
Nampak senang nak main, tapi mahal hargenye....Kalau nak beli sedialah lebih kurang RM400.
* saye tak beli. Kalau beli pun jarang guna.

Cajon.
Bentuk kotak. Selalu orang duduk atas kotak tu dan ketuk. Anggaran harga RM400. Jenama yang terkenal, harga pun makin mahal.
* cajon pun tak beli sebab jarang guna.

Jadi nampaknye kos nak tubuhkan satu kumpulan yang ada peralatan bukannye sikit. Itu tak masuk lagi nak beli baju sedondon untuk satu kumpulan. Beratus RM lagi duitnye habis.
Barang-barang percussion secondhand agak sukar kita jumpa. Bergantung pada nasib lah siapa yang nak jual. Kena rajin ronda kedai muzik untuk tengok.
Baca artikel penuh...

Sabtu, 5 April 2014

Mak ayah suka 'report'?

Sebelum jadi guru seperti sekarang ini, saye juge seperti kebanyakan manusia lain melalui kehidupan sebagai pelajar di sekolah. Saye juge seperti murid-murid lain yang tak lepas melakukan salah dan silap dalam hidup.

Tak siap kerja rumah? Ponteng sekolah? Cabut keluar asrama hujung minggu? Ponteng kelas prep? 

Itu antara kesalahan disiplin yang turut saye 'sertai' dengan rakan-rakan yang lain. Biaselah bila dah tertangkap, makanlah habuannye. Pandai buat, pandailah tanggung. Tak payah nak salahkan cikgu yang menangkap.

Zaman saya bersekolah di hujung 90an tak begitu kedengaran kes murid kena tindakan disiplin yang keras di media. Setakat kena rotan tu memang buang masa lah nak mengadu pada ibu ayah. Cikgu disiplin pun apa peduli dengan pangkat mak bapak murid. Datang sekolah ikut disiplin sekolah.

Hari ini rasa kurang senang dengan laporan akhbar yang sibuk canang berita murid didenda. Bukan nak 'backup' sangat guru. Kadang-kadang memang ada juga guru yang memang bertindak dengan hukuman yang tak patut.

Tapi kalau setakat kena rotan satu 'das' sudah mau kecoh masuk surat kabar ape cerita?

Ramai saje kawan-kawan seangkatan masa sekolah dulu kena rotan ala banduan sebab tak siap kerja rumah. Ya, tak siap kerja sekolah. Tangan di dinding. Badan bongkok sikit, punggung memang siap sedia terima libas. Sebelum tu boleh pilih nak rotan yang mana satu. 

Kena tokak rambut pun boleh masuk surat kabar hari ni. Lagi tambah malu sendiri adelah..


Kalau setakat kena sikit-sikit tu, tak payahlah 'report' sana sini. Lagi tambah malu sendiri. Orang lain pun naik jemu dan 'cemuih' baca...


Baca artikel penuh...

Rabu, 19 Mac 2014

Hobi - percussion.

Masing-masing ada hobi yang tersendiri. Bagi saye, hobi saye dari sekolah hinggalah dah jadi bapak budak ini bertukar-tukar. 

Dulu-dulu minat benar melukis potret guna pensil. Muka kawan-kawan jadi mangsa, tak lupa juga wajah TG Nik Aziz dan ustaz Ismail Kamus. Tapi luput ditelan zaman bila melangkah ke alam kampus di UM. Tangan sekarang pun dah keras, lukis tak jadi sebab lama sangat tak buat.

Dulu pun suka juga ambik gambar. Zaman kamera guna filem yang perlu dicuci. Kat sekolah pun boleh bilang berapa orang yang ada kamera macam tu. Tapi berkubur juga sejak masuk ke alam kampus. Nak beli kamera digital tak mampu. Bila dah ada pun minat ambik gambarnye dah pudar, tak macam zaman sekolah.

Cuma satu saje yang kekal hingga sekarang.
Main alat muzik ketuk-ketuk. Minat sejak masuk kumpulan nasyid di sekolah.
Bagi orang yang bergaji kecik macam saye, hobi ini boleh tahan mahalnye kerana perlu beli alatan yang diperlukan. Hargenye bukan seringgit dua.

Setelah beberapa tahun mengumpul sejak tahun 2009, maka inilah hasilnye.

Conga, bonga, djembe, 2 darbuka, darbuka aluminium, tambourine, shaker, kompang kecik.

Djembe ini tersadai. Memerlukan kulit baru (lebih kurang RM 250) dan cakuk besi baru (RM10 x 6)

Cukup nak buat satu kumpulan nasyid di sekolah. Setakat ini dah habis RM 2950 untuk beli. Itu pun banyak beli alat yang terpakai @ second hand. Belum masuk lagi 'spare part' gantu kulit / head yang dah koyak.

'Spare part' setakat ni ganti head darbuka aluminium dua kali (RM 40 x 2 = RM80). Ganti head djembe RM250. Jumlah semua RM 330 untuk 'spare part' sahaja.

Untuk saya yang agak kedekut ini, jumlah RM3k adalah mahal. Memang mahal. Lepas jugelah nak bayar duit kereta enam bulan....
Tapi bagi orang lain mungkin celah gigi saje agaknye.

Tapi sebab dah minat, sanggup juga berhabis duit. Lagipun boleh bagi anak murid guna untuk aktiviti sekolah macam persembahan dan masuk pertandingan nasyid. Jadi tidaklah alat-alat muzik semua ini tersadai tak digunakan. Letak pun di sekolah, bukan di rumah. Memang niat nak ajar budak-budak.

Bila letak di sekolah, beginilah jadinye.... 


Baca artikel penuh...

Rabu, 26 Februari 2014

Pernah guna kadfon telekom?

Al kisah.....Satu hari saye masuk kelas tahun enam menggantikan cikgu yang tidak hadir.


Ringkas ceritenye, saye memilih tajuk adab menggunakan harta benda awam. Cerita punya cerita sampailah pada kisah rosakkan telefon awam.

Murid-murid ini memang sedia maklum fasal telefon awam di kampung ini yang sudah jahanam, tinggal pondoknye saje. Hinggalah saya sebut telefon awam yang menggunakan kadfon telekom, semua terpinga-pinga.

" Ade ke telefon awam guna kad nak cucuk? "

" Kamu tak pernah jumpe ke selame ni? "

" dah 12 tahun hidup ni, ini pertama kali dengar "

Nampaknya budak-budak kampung sini tak pernah tengok telefon awam yang gunakan kadfon. Kesian...

Gambar dari Hikayat Budak Pening 

Yang ini dari blog duacongkak

Kali terakhir guna kadfon ni semasa sekolah di asrama sekitar tahun 2001 hingga 2002. Dah lama pun. Dulu ada juga simpan kad ni tapi entah ke mana dah letaknye.

Tak lupa juga agak popular 'trick' untuk guna telefon tanpa kurangkan baki kadfon. Maksudnye percuma la. Tapi tak elok le, lebih kurang macam curi 'line' telefon. Pernah juga buat beberape kali dulu haha.

Siape ade simpan lagi kadfon ni? Pernah jumpa?
Baca artikel penuh...

Ahad, 26 Januari 2014

Isu guru bagi murid makan rumput?

Isu ini menjadi hangat terutama bagi warga pendidik. Antara laporan akhbar yang ada klik sini.

Keluar juga di kaca televisyen. Murid dan ibu bapa murid tersebut memberi kenyataan. Nampak benar marah dan tak puas hatinye itu.



Racist?

Ada yang memandang dari sudut perkauman. Kes berlaku di SJKC. Umum mengetahui di SJKC gurunya majoriti adalah berbangsa cina. Daripada cakap-cakap yang biasa kita dengar, murid di SJKC memang banyak diberikan latihan tambahan dan juga kerja rumah.

Jadi biasalah kalau ada yang tak siap kerja ni..Murid yang terkena pula berbangsa Melayu. Jadi orang boleh kata cikgu ini sengaja beri denda yang 'teruk' pada murid Melayu.

Ada kemungkinan.

Lain orang lain pendapat

Biasalah kan..Cara berfikir manusia tak sama. Satu lukisan yang sama, pentafsirannya lain-lain mengikut cara sendiri.

Apa pun dalam isu ini, cikgu itu memang tak dapat lari. Memang ada arahan daripada pihak kementerian bahawa murid tidak boleh 'di sentuh' langsung, walaupun hukuman denda berdiri atas kerusi. Cubit tak boleh, rotan tak boleh, malah tak kalau tak silap ada klausa yang menyebut " tidak boleh diganggu emosinya ". Jadi memang serba serbi tak boleh.

Ibu bapa murid boleh bawa kes ini ke mahkamah dan guru itu boleh disaman.

Namun sebagai seorang guru, kemungkinan juga hal ini disebabkan oleh sikap murid juga, yang menyebabkan guru naik darah. Kita tak tahu situasi sebenar yang berada di kelas.

Ramai yang lihat macam senang mengajar budak-budak sekolah rendah. Ada yang kata 'easy job'. Hakikatnya hanya warga pendidik sahaja yang tahu.

Saya tak sokong perbuatan guru itu. Saya pun denda murid juga. Tapi tak sampai begitu.

Cuma pada mata saya, murid itu juga ada salah silapnya. Murid pun bukan malaikat. Sikap ibu bapa murid yang sukar memaafkan juga tak sewajarnya berlaku. Beri imej buruk pada bangsa Melayu. Lebih-lebih lagi dalam mood sambutan maulidur rasul ni. Sangat jauh dengan akhlak nabi yang sabar dan pemaaf.

Agaknya kalau cikgu tu suruh murid makan kangkung lagi 'hot' cerita ni. hehehe.. Baca artikel penuh...

Isnin, 19 Ogos 2013

Back to school

Tajuknye saje dalam Bahasa Inggeris. Isinye guna Bahasa Melayu pasar.

Cuti sekolah dua minggu sudah tamat.

Perlu kembali ke sekolah. Bukan murid-murid saje yang rasa liat, cikgu-cikgunye pun sama.

Apatah lagi hampir hujung tahun ni macam-macam yang perlu disiapkan. PBS, lengkapkan dokumen SPSK, peperiksaan utama (UPSR, PMR, SPM , STPM), periksa akhir tahun, kursus PBS, KSSR, macam-macam lagilah..

Mood hari raya masih ada. Baik murid mahupun guru. Biaselah itu. Kita di Malaysia ni memang sebulan beraye, walaupun hakikatnye Hari Raya Aidilfitri cume pada 1 Syawal saje.

Kedai-kedai banyak jual mainan.

Maklumlah kanak-kanak berwang (beruang?) sekarang ni. Duit raya lebat.

Ade yang tak semena-mena 'ngeteh' kat kedai pagi-pagi.

Makcik kantin pasti senyum. Makanan laku, budak banyak duit raye. Duit pun baru-baru lagi.

Selamat belajar murid-murid.

Selamat bertugas cikgu-cikgu semua.

* baru pindah rumah sewa. Lagi dekat dengan sekolah. Tak sampai 5 minit nak pergi sekolah. Baca artikel penuh...

Selasa, 28 Mei 2013

Cikgu : Penularan hedonisme - Parody Bobo dan Gwiyomi

Menyampah dan sedih.

Sejujurnya itu perasaan saya melihat guru-guru tergedik depan murid buat gaya gwiyomi.

Juga makin membuak perasaan itu saat melihat guru buta parody bobo lagu sayang.

Lihat sini.

Bukan anti hiburan. Bukan. Manusia mana yang tak suka hiburan.

Tapi saya tegas mengatakan hiburan yang ditonjolkan oleh guru-guru seperti ini adalah hiburan tahap SAMPAH.

Ya, SAMPAH yang tak berguna dan boleh memberi kesan negatif pada 'kesihatan' orang lain.

Secara peribadi saya minta dijauhkan anak-anak saya diajar oleh pendidik seperti ini.

Kecewa? Ya, jelas sekali saya kecewa dengan pendidik seperti ini.

Berkawan dan rapat dengan remaja tak bermaksud kita menurut semua perlakuan dan kehendak mereka.

Dalam berdakwah pun, pendakwah memang dituntut untuk bersama-sama dengan sasaran dakwah, namun tak bermaksud melakukan sama kemungkaran (jika ada) yang dilakukan oleh masyarakat..

Guru...Anda adalah pendakwah...Kita pendakwah...

Kalau bukan kita siapa lagi yang nak jalankan. Tapi apakan daya jika kita turut sama lesu terbuai hedonisme. Baca artikel penuh...

Khamis, 16 Mei 2013

Pengalaman Pertama Sambut Hari Guru?

Saya tak mahu cerita berkenaan tema hari guru. Itu kita boleh tanye 'uncle google'.

Cuma teringat kali pertama sambut hari guru sebagai seorang guru. Kira-kira 10 tahun lalu, berusia 20 tahun. (GSTT, lepas habis STPM)

Ya, seorang cikgu muda yang boleh dikatakan belum cukup matang, agak naif dan lurus bendul. (bdan pun taklah

Gaya mengajar? Garang sudah tentu. Pengalaman tak ada, ilmu pedagogi pun kurang. Perancangan pun tak begitu tersusun. Bila kenang semula, kasihan betul murid-murid itu dapat cikgu seperti saye.

Mujur rakan-rakan guru senior faham dan banyak membantu.Bukanlah nak kata sekarang ni 'power', cuma insyaAllah lebih baik berbanding dulu.

Walaupun cuma 5 bulan kerja, sebelum sambung belajar di UM, sempat jugalah sambut hari guru.

Hadiah pun ada juga lah sikit dapat. Kali pertama dapat hadiah dari murid seronok juga rasa. Walaupun sikit, kecik, tapi sangat berharga. Sebab yang beri tu bukan dari keluarga yang kaya.

Hadiahnye ade lagi disimpan.

Tapi memang betul orang kata. Kejayaan murid itu hadiah yang paling bernilai. Perubahan positif itu. Dari tulisan yang buruk pada yang kemas, tak tahu baca hingga boleh membaca dengan lancar, macam-macam lagi.

Baca artikel penuh...

Ahad, 20 Januari 2013

Kerja Cikgu Susah?

Tiba-tiba terlintas di fikiran berkenaan hal ini. Bila fikir hal kerja cikgu ni, teringat pula pada kes blogger yang komen berkenaan kerja cikgu.

Bagi saya setiap pekerjaan ada kelebihan masing-masing. Tak ada kerja yang betul-betul senang, goyang kaki duit masuk. Orang main saham yang kaya raya pun bukan goyang kaki saja tunggu duit masuk.

Tapi dalam masa yang sama saya cukup tidak suka bila ada guru yang kata kerja guru ni yang paling susah.


Saya pernah kerja kuli tapi tak teruk seperti kerja buruh binaan. Pernah kerja gosok seluar di kilang, kerja despatch, salesman (paling sekejap), freelance fasilitator, buat survey, cashier hypermarket, ofice boy dan tutor.

Pernah merasa pergi kerja matahari belum keluar, balik kerja tengah malam. Makan kena catu, pergi kuliah (di UM) bawak bekal, makan mee segera setiap hari, hanya makan makanan dimasak sendiri sebab nak berjimat, isi minyak motor guna syiling 10 sen, macam-macamlah..

Itu semua pengalaman hidup yang sedikit sebanyak mengajar dan mematangkan saya.

Oleh sebab itu, saya bersetuju jika orang kata kerja cikgu ini senang. Sebab bagi saya kerja jadi kuli yang saya lalui dulu adalah lebih susah dan perit.

Saya juga ada ramai kenalan yang bekerja dalam bidang profesional seperti pegawai di perbankan Islam, pegawai kerajaan di JAKIM, tentera, syarikat carigali minyak dan banyak lagi. Bagi saya bidang-bidang itu lebih mencabar.

" Kawan dulu keja pegawai kat JAKIM. Memang penat gila kerja siang malam. Hujung minggu pun ade hal. Tak ada masa sangat dengan keluarga".
Komen rakan sejawatan saya sekarang ini.

" Aku kat ofis lagi ni. Banyak hal benda lagi nak semak ni. "
kata seorang kenalan saya yang bekerja di sektor perbankan Islam.

" Sorry la wak tak sempat nak jumpa kau. Aku outstation pegi Brunei minggu lepas. Minggu ni nak ke luar lagi"
Seorang lagi kenalan yang kerjanya 'design' produk perbankan Islam. Sekarang dah dipinang syarikat di timur tengah.

Saya memang tak mampu nak buat kerja-kerja seperti sahabat saya, walaupun mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang yang sama.

Namun, perlu diingat kerja cikgu taklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi pada zaman IT, langit terbuka yang serba mencabar ini.

Nampak mudah, tapi tak semudah yang disangka.

Bukan satu perkara yang mudah berdiri di depan anak murid dan menyampaikan ilmu dengan cara dan kaedah yang sesuai.



Baca artikel penuh...

Rabu, 26 Disember 2012

Pendidikan Islam Pusat Tuisyen?

Saya ada sedikit pengalaman mengajar di pusat tuisyen. Tak lama pun, cuma 3 tahun.

Itu pun masa mengajar di Kota Damansara dulu. Sejak berpindah ke Johor, dah tak mengajar tuisyen. Rasa malas pula.

Subjek yang menjadi pilihan saya di pusat tuisyen adalah Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam.

Namun kebanyakan pusat tuisyen tak kira di mana pun jarang sekali menawarkan subjek Pendidikan Islam. Ya benar. Kalau lihat pada pamplet atau iklan pusat tuisyen, jarang ada dimasukkan subjek Pendidikan Islam.

Tak tahulah mengapa. Walhal dalam PMR dan SPM ada subjek Pendidikan Islam dan diberikan gred (A,B, C dll..) sama seperti subjek lain.

Sekadar contoh..

Nak kata pencapaian subjek Pendidikan Islam sangat membanggakan, tak pula. Sebab sepanjang masa mengajar tuisyen, memang sengaja saya selang-selikan dengan soalan fardu ain (yang sememangnya ada dalam sukatan pelajaran).

Amat mendukacitakan jawapan yang diterima. Soalan yang mudah-mudah (sangat mudah) pun tak boleh dijawab. Amat memeningkan jika pelajar perempuan tingkatan 4 dan 5 yang sudah datang haid tidak dapat jawap soalan bagaimana cara mandi wajib...Kan susah jadinya. Macam mana nak solat kalau mandi wajib pun tak tahu? 

Jadi kalau masa mengajar 1 jam, 5 hingga 10 minit saya akan selitkan maklumat berkaitan fardu ain. Risau kalau mereka terus dibiarkan tak tahu. Tak kiralah mengajar subjek sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Jadi saya rasa sangat relevan dimasukkan mata pelajaran Pendidikan Islam di pusat-pusat tuisyen.

Tapi apa pun, susah juga kalau penawaran ada tapi tiada permintaan. Ada pusat tuisyen yang tawar subjek pendidikan Islam, tapi taka ada pun ibu bapa yang daftarkan anak-anak mereka untuk subjek itu. Subjek lain memang dapat sambutan, lebih-lebih lagi English, Sains dan Matematik.

Anda jumpa pusat tuisyen yang tawarkan subjek Pendidikan Islam?
Baca artikel penuh...

Jumaat, 16 November 2012

Tips temuduga j-QAF? (sebelum temuduga)

Memandangkan minggu ini ramai yang buat carian berkenaan temuduga j-QAF di blog, jadi saya kongsikan sedikit tips dan temuduga untuk panduan mereka yang mencari. Harapnya dapat membantu sedikit sebanyak.

Ini adalah pengalaman saya menghadiri temuduga j-QAF (saya batch ambilan 2011) dan juga temuduga lain sebelum ini. Sebarang kesilapan dan kekurangan, saya mohon ampun dan maaf. 
*(temuduga yang saya maksudkan adalah temuduga bagi pengambilan guru pelatih j-QAF)

Tiada niat lain, hanya mahu membantu rakan-rakan yang mahu menjadi pendidik dengan KPM.

Sebelum temuduga

Pastikan anda membuat sedikit persediaan. Jangan 'last minute' baru nak buat semua. Bukan apa, takut jadi serabut. Bila kita dah bersedia awal, hati pun tak lah terlalu risau. Banyak membantu sebenarnya persediaan awal ni. 
Baca artikel penuh...

Isnin, 3 September 2012

Hina cikgu?

Terjumpa satu artikel blog yang berbunyi agak kurang ajar (bagi sesetengah orang).


Apa pun kenyataan tersebut sangat mengguris hati warga pendidik yang berdedikasi dan amanah menjalankan tulas.

Blog tersebut telah pun dipadam. Mungkin kerana dihentam bertalu-atalu, bertubi-tubi.

Baca 'cache' di sini http://goo.gl/pEI1q

Mungkin ada yang setuju. Tapi saya sebagai seorang guru, anak kepada seorang guru (pengetua sekolah) sangat sakit hati.

Ayah saya 'menghambakan' dirinya kepada profesyen perguruan. Pergi sekolah pagi-pagi buta. Bertugas lagi jadi warden. Tengah malam baru balik.

Bila dah jadi pegawai pun, waktu pejabat belum mula dah masuk pejabat. Waktu pejabat dah habis tapi masih sibuk dalam bilik.

Kadang tak merasa hujung minggu dengan ayah sendiri. Hal sekolah, perasmian sana-sini, kursus kadang makan masa berminggu.

Cuti sekolah pun ada masa bertugas di sekolah. Anak-anak diangkut sama pergi sekolah, pergi asrama. 

Anak-anak ada yang sanggup tahan mata sampai pagi buta menunggu ayah nak balik.

Saya tak nafikan, memang ada dan ramai juga warga pendidik yang menjalankan tugas sambil lewa, tidak amanah, ambil mudah, kerja asal dapat gaji. Tapi dengan pukul rata mengatakan kerja cikgu mudah (ibarat makan cendol gamaknye) adalah tidak wajar.
Baca artikel penuh...

Sabtu, 23 Jun 2012

Markah murid.


Sebagai seorang guru yanng pernah bekerja di bandar besar, saya pernah mengalami situasi seperti ini.

Memang tidak semua ibu bapa begini, tetapi kewujudannya memang ada.


Baca artikel penuh...

Printer canon MP287 dengan CISS. Jimat?

Sebagai seorang cekgu di zaman ini, pencetak@printer sangat diperlukan.

Semua cekgu perlu celik komputer. Sebab kebanyakan kerja sekarang melibatkan aplikasi komputer.

Markah ujian murid pun sudah 'online' sekarang.

Jadi benda-benda yang bertaip ini, perlu dicetak. Kalau guna pencetak biasa, itu yang memeningkan.

Kos cetak @ print yang tinggi. Satu kartrij dah berapa harga? Pengalaman mengunakan printer jenis HP. Satu kartrij hitam HP60 paling murah RM37 (kedai lain harga RM50!). Boleh cetak sekitar 200 muka surat sahaja.

Kena pula isteri pun sama-sama kerja cikgu, banyak nak 'print'. Tak campur lagi 'assignment' sendiri + isteri yang sambung belajar. Sekali print jurnal dah 20 muka.

Akhirnya kami buat keputusan untuk beli printer ini.
 

Canon MP287 + CISS (Continuos Ink Supply System)
 

Alhamdulillah, dapat dibeli dengan harga sekitar RM260 (sedang promsi harga murah). Sekarang ni rasa harga printer jenis ini termasuk CISS sekitar RM280-RM290.

Betul ke jimat guna printer jenis dakwat CISS ni?

Setakat ini dengan penggunaan dakwat hitam yang sedia ada dalam bekas itu, sudah 4 'rim' kertas A4 hais digunakan. Memang jimat dan puas hati.

Kos nak tambah dakwat? Cuma sekitar RM10-RM15 untuk sebotol dakwat hitam. Murah kan? Nak print bahan berwarna pun tak jadi masalah sebab penggunaan CISS ini memang menjimatkan. 

Lagipun dengan fungsi 'scan' pada printer, setakat nak fotostat sijil sekeping dua, ic, tak payah susah-susah nak pergi kedai.

Cuma

Printer ini agak sensitif. Kena cermat sikit jaga sebab dakwat pun di luar. Kalau ada anak kecil yang suka capai-capai barang, kena beringatlah. Ada yang jadi budak hitam mandi dakwat nanti.

Gelembung udara pun jadi satu hal. Dakwat tak jalan masuk ke kartrij. Bila print dakwat tak keluar, macam-macam lah lagi.

Tapi itu semua tak jadi masalah kalau kita tahu serba sedikit berkenaan printer ini. Kalau hantar ke kedai untuk servis, rajin-rajinlah tanya macam mana nak jaga, apa nak buat kalau dakwat turun, tak naik ke kartrij, tanyalah apa-apa. Takkan dimarah oleh orang yang servis.

Apa pun, saya sangat mengesyorkan sesiapa yang banyak guna printer untuk cetak dokumen supaya guna printer CISS ini di rumah. Jenama lain macam brothers dan HP pun boleh juga pasang dakwat CISS ini. Cuma setakat ini printer jenama canon lebih murah.

'Warranty' daripada pihak Canon juga terbatal sebab kita dah buat ubahsuai pada penggunaan dakwat. Sebarang kerosakan memang tak boleh nak 'claim' apa-apa, kita kena tanggung kos sendiri.

Saya tak mengalami sebarang masalah besar setakat ini. Ada sekali bila print tak jelas dan kabur. Dakwat pun bila print tak naik. Jadi bila bawa ke kedai, dia beritahu apa yang nak dibuat.

Lampu LED yang menandakan dakwat habis menyala, itu tiada masalah katanya. Lampu tu menyala sebab kalau ikut penggunaan standard kartrij asal, dakwat dah habis. Cuma kalau kita tahu, boleh cuba 'reset' untuk hentikan lampu LED.
Tapi setakat ini percubaan saya tak berjaya haha. 

Andan guna printer apa di rumah?


Baca artikel penuh...

Sabtu, 3 Mac 2012

Cikgu - Semua pun OK!

Gambar hiasan

Cikgu, saya dapat nombor satu tadi lari 100 meter!!
Alhamdulillah tahniah!

Cikgu, saya dapat nombor 2 tadi!
Wah bagus. Tahniah laa. Sikit lagi awak nak dapat nombor satu tadi.

Cikgu, saya dapat nombor 3 lari 200 meter.
Ohh..Bagus juga tu. Dapat pingat, dapat nombor. Alhamdulillah. Tahniah.

Cikgu, saya tak dapat pingat. Sebab dapat nombor 4....
Takpe. Jangan sedih. Bagus juga nombor 4. Sikit lagi tadi nak dapat nombor 3. Boleh cuba lagi nanti.



Cikgu...Saya kalah. Tempat terakhir....Tertinggal jauh...
Ohh..Takpe. Awak dah cuba yang terbaik. Tapi baguslah juga awak lari sampai habis. Ada dulu yang tak habis lari pun.

Moral...
Guru kena selalu positif, beri rangsangan dan motivasi kepada murid. Bukan kemenangan itu tujuan yang paling utama. Kemenangan itu bonus. Pengalaman yang diperolehi murid itu yang paling bernilai. Baca artikel penuh...

Isnin, 27 Februari 2012

Pujian dan pengiktirafan kepada murid...perlu?

Anak-anak di sekolah memerlukan pujian dan pengiktirafan daripada guru.


Perkara ini boleh menjadi galakan dan motivasi kepada mereka untuk belajar.

Benarkah begitu.

Kita sebagai orang dewasa pun suka dan gembira bila dipuji. Inikan pula orang lain.



Apabila diberikan pujian, anak-anak yang gembira ini lebih terdorong dan mudah mengikut arahan, berbanding apabila dimarahi. Mereka cenderung membuat sesuatu secara rela dan mencuba yang terbaik. Walaupun tidak dinafikan, marah itu perlu apabila tiba masanya.

Mereka inginkan juga mahukan pengiktirafan dari ibu bapa. Contohnya apabila memenangi pertandingan. Cuma caranya agak berbeza. Ada yang akan terus memkalumkan kepada guru atau ibu bapa, tapi ada juga yang menunggu ibu bapa atau guru yang menegur, menyapa, menyedari dahulu.

Senario 1
Arelan memenangi pingat emas acara lompat tinggi peringkat daerah. Pulang ke rumah, dia memaklumkan dan menunjukkan pingat yang dimenanginya kepada ibu dan ayahnya. 

- tiada masalah dalam situasi ini. Ibu bapa yang baik akan meraikan kejayaan anak mereka, dan mungkin memberikan hadiah galakan yang lain.

Senario 2
Apan memenagi pingat perak acara larian 1500m. Di rumah, dia tidak memaklumkan kepada ibu bapanya. Tetapi pingat itu sentiasa dikalungkan semasa berada di dalam rumah.
(kisah benar berlaku, cuma nama diubah)

- ibu bapa perlu ambil langkah menegur anak mereka dahulu. Mereka mahukan perhatian daripada ibu bapa mereka. 

Tapi walau apa pun kerenah anak murid, guru perlu memberikan pujian dan menghargai kerja dan usaha murid.

p/s: sedang berusaha melakukannya (cikgu ini suka loyar buruk dan kenakan murid.....)
Baca artikel penuh...

Rabu, 19 Oktober 2011

Ragam pelajar

Semalam buat aktiviti di surau sekolah.



Close up..



Tak tahu apa motif dia..
Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...