Rabu, 21 Oktober 2015

Silap besar : Graduan berkereta baru & mahal.

Dalam ceramah, seminar atau penulisan pengurusan kewangan memang selalu betul sebut berkenaan benda ni. Perkara ni biasanya merujuk pada graduan yang baru tamat belajar, baru dapat kerja dan mempunyai gaji bulanan sekitar RM2k hingga RM3k.

Kalau kita perhati pun memang selalu benar terjadi. Baru dapat kerja, beberapa bulan lepas tu dah beli kereta yang berharga RM70k hingga RM90k (harga tunai). Keiasannya memerlukan komitmen ansuran bulanan RM800 hingga RM1000.

Rasa nak ulas sebab terasa sangatlah ruginya bila baru kerja terus sambar kereta mahal-mahal. Lagi-lagi cikgu yang baru dilantik. Ini pengalaman sendiri lihat kawan-kawan yang sama-sama baru dapat lantikan sebagai penjawat awam gred DG41. Gaji taklah besar mana pun. Campur elaun semua dalam RM 2.7k saje bersih siap tolak kwsp.

Gaji RM2.7k. Ansuran kereta katalah RM800 sebulan. Mungkin dapat kereta toyota vios, honda city, nissan almera (yang biasa orang ambik). Hampir 1/3 gaji habis untuk ansuran kereta sahaja.

Tanpa kita sedar ada kos lain yang akan mengiringi. Kos petrol, kos 'servis' kereta, kos insurans & cukai jalan. Ini yang wajib ada bila kita beli sebuah kereta.

Jom kira agak-agak berapa sebenarnya sebulan kita habis untuk kereta baruuuu ni,
Katalah beli toyota vios.

Ansuran bulanan RM800.
Petrol RM300 - RM500 (bergantung pada penggunaan)
Insurans & 'roadtax' tahun kedua dalam RM2k. Bahagi 12 bulan = RM167 sebulan.
Anggaran 'servis' kereta - RM150 hingga RM200. Memang servis ni bukan tiap tiap bulan kena tapi sekali kena memang makan banyak belanja.

Jadi sebenarnya belanjawan kita untuk kereta baru tu makan duit lebih kurang RM1400 hingga RM1600 sebulan. Hampir 2/3 gaji habis untuk kereta sahaja. Itu tak masuk duit 'parking' kalau kerja ditempat yang memerlukan bayar 'parking' macam di Kuala Lumpur.

Kena ingat yang kereta kita ni ada susut nilai. Harga akan makin murah setiap tahun dan akan jadi besi buruk yang tak laku satu masa nanti.

Kalau gaji tak sampai RM3k, lebih separuh dah habis untuk kereta macam mana nak rancang benda lain?
-Simpanan kecemasan?
-Sewa rumah / ansuran rumah?
-Simpanan beli rumah?
-Takaful & perubatan?
-bil utiliti?
-beri ibu / ayah?
-makan minum?
-simpanan nak kawin?

Kepada graduan muda yang baru kerja, hidup ni lebih dari sekadar memiliki kereta mahal. Jangan sia-siakan dan bazir duit beli sesuatu yang sentiasa susut nilai dan menjadi tak berharga. Bukan tak boleh beli kereta, tapi ikut kemampuan dan keperluan. Baik salurkan pada perbelanjaan lain yang lebih penting macam simpanan untuk beli rumah atau takaful&perubatan.

Tapi kalau mak bapak orang kaya, jutawan,  itu lain cerita la.....

Cuma agak menjengkelkan bila dengar orang merungut tak cukup belanja itu ini untuk keluarga dan anak-anak tapi belanja ansuran kereta & kos sampingan kereta lebih separuh gaji bulanan.

* kawan pakai kereta nasional saje.......

4 ulasan:

Wanita Bertudung Hitam berkata...

sokong, sebab tu masa keje dulu saya amek kete murah je walaupon diperli member2, gaji sama banyak, member lain semua amek persona, myvi, vios city bagai, kete saya bawah rm500 bulanan..hujung bulan takde la sampai tinggal bawah seratus ringgit dalam bank..

Nur Fauzi berkata...

Persona ok lagi kalau bulanan sekitar 500. myvi memang mahal dah harga. toyota dengan honda tak usah cerita la kalau kereta baru...ni ada gst lagi la rabak poket. Keta harga 80k, gst untuk kereta dah 4.8k

Keta 2nd hand pun ok jugeeee

Tanpa Nama berkata...

setuju tuan..ay pun bli myvi secondhnd je..hrga lbih kurg 19k.. msih oklg

nunina berkata...

Keta 2nd pun da ok da pun..saya beli keta kancil cash rm2000 kena gelak sakan dengan member2 sume..tapi alhamdulillah kpala xsakit sebab xde hutang n maintenance pun rendah..janji keta boleh gerak n kita sampai tempat nak dituju..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...