Ya. Ini benda betul dan bukan tipu tau. Tapi macam tak berapa dapat sambutan pule. Tak 'hot' macam berita lain.
Tawaran masih lagi terbuka sehingga hujung tahun 2018 ni.
Bagi sesiapa yang ada anak 7-12 tahun, ada nilai RM500 dalam akaun sspn layak dapat geran sepadan RM500 percuma. Ya memang percuma.
Bagi yang baru nak buka akaun pun boleh dapat. Bukanlah semestinya mesti masukkan terus rm500. Tambah sikit-sikit pun boleh. Janji sebelum habis 2018 ni kita cukup kan akaun anak rm500. InsyaAllah kita dapat.
Bagi yang dah ada akaun tapi belum cukup rm500, boleh usaha untuk cukupkan.
Bagi yang ambil sspni plus pula. Rm500 tu mesti nilai yang ada dalam akaun. Bayaran untuk takaful tak termasuk, tak dikira.
Saya dah dapat.
Alhamdulillah ada rezeki sikit tahun ni. Bulan Ogos 2018 buka akaun sspni plus untuk anak darjah 1. Tak perlu pun berbaris pergi ke ptptn. Online saja. 10-15 minit selesai. Jimat masa kita.
Minggu pertama bulan September bila semak penyata akaun dah dapat geran sepadan rm500.
Cuma.
Buka akaun sspn ni kita tak boleh guna sesuka hati. Nilai dalam akaun hanya boleh dikeluarkan setelah anak berumur 18 tahun. Jadi memang sesuai dijadikan cara menyimpan untuk pendidikan anak.
Rebut peluang sementara masih ada ni! Bukan senang orang nak bagi rm500 percuma.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 12 September 2018
Rm500 percuma SSPN bagi percuma?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan