Memaparkan catatan dengan label Fiqh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fiqh. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2016

Keliru hukum rokok?

8Baru-baru ni naik lagi isu hukum rokok dek kerana viral kuliah seorang bekas peserta program realiti di astro.

Berkenaan kuliah itu boleh carik di youtube ye.

Cuma nak ulas cara hukum itu dibuat kurang tepat. Memang benar tiada nas atau hadith secara langsung tentang haramnya rokok. Jadi boleh guna kaedah fiqh asal hukum sesuatu perkara itu adalah harus.

Perbandingan rokok dan gula tak tepat. Gula ada nutrien yang memang diperlukan oleh badan manusia. Cuma pengambilan secara berlebihan datangkan mudarat. Sedangkan rokok asalnya tidak diperlukan oleh badan. Tiada bayi manusia yang lahir secara fitrahnya perlu asap rokok.
Gula pula ada dalam diet harian manusia. Cuma perlu dikawal.

Hukum ada boleh berubah mengikut zaman. Antara sebabnya adalah kemajuan teknologi. Jadi ada hukum lama yang boleh berubah dan perlu diperhatikan semula. Hal rokok adalah salah satu contoh.

Dengan kemajuan teknologi perubatan masakini, pakar perubatan mengesahkan rokok membawa mudarat. Pendapat pakar perubatan ini perlu diterima dalam penentuan hukum kerana mereka merupakan orang yang ahli dalam bidang tersebut.

Selanjutnya boleh rujuk pada fatwa kita di Malaysia. Lengkap dijelaskan sebab dan dalilnya.

Bagi kita orang awam, cukuplah berpegang pada fatwa yang telah dikeluarkan. Jangan pula bila tiba hal begini tiba-tiba jadi lebih alim dari mufti, lebih pakar dari doktor.

Hentikan guna alasan doktor pun hisap rokok, ulama pun hisap rokok. Itu sekadar alasan nak lepaskan diri.

Berzina itu haram.
Kalau ada ulama yang berzina, hukumnya tetap haram. Dia berdosa.
Rokok itu mendatangkan mudarat. Walau pakar jantung ada hisap rokok pun, kerosakan dan mudarat itu tetap terjadi untuk dirinya. Tetap salah.

Harapnya ustaz berkenaan dapat menerima kritikan dan teguran dari orang ramai.

Baca artikel penuh...

Ahad, 26 Jun 2016

Isu vaksin dari sudut Syariah

Kecoh sekarang ni isu vaksin di media soial. Kenapa? Sebab penyakit berjangkit yang berbahaya sedang merebak. Penyakit ni dah lama tak ada tapi muncul kembali lantaran semakin bertambah golongan anti vaksin. Penyakit difteria. Sangat mudah berjangkit dan berbahay terutamanya pada bayi dan kanak-kanak. Ya, boleh membawa maut.

Tak mahu cerita panjang berkenaan hujjah anti vaksin tentang kandungan dan kesan sampingan vaksin. Boleh cari sendiri di internet dan nilaikan.

Cuma nak ulas secara ringkas vaksin dari sudut syariah.



Apa pentingnya vaksin ni? Vaksin diperlukan untuk mencegah penyakit berjangkit/wabak yang berbahaya untuk teru merebak. Penting dari sudut kesihatan. Maksudnya penting untuk menyelamatkan nyawa!

Menjaga nyawa adalah salah satu daripada Maqasid Syariah (maksud/tujuan/objektif syariah). Ini kerana nyawa adalah atu perkara yang tidak ternilai dan perlu dilindungi. Hal menjaga nyawa, keperluannya terletak pada tahap dharuriyyah. Wajib dipertahankan.

Pada tahap dharuriyyah, vaksin membawa malahah yang besar pada masyarakat. Kepentingan orang awam perlu diutamakan daripada kepentingan individu.

Inilah asas yang digunakan oleh kebanyakan ulama dalam fatwa berkenaan vaksin.

Jika rujuk pada kaedah fiqh lain antara yang boleh digunakan adalah sadd zara'ik. Secara mudah kita faham ia bermaksud langkah pencegahan sesuatu sebelum menjadi lebih buruk.

Kandungan vaksin haram?

Pada keperluan tahap dharuriyyah, penggunaan perkara yang asalnya haram dibenarkan demi menjaga nyawa. Contoh yang selalu digunakan untuk mudah faham adalah makan makanan yang haram seperti babi, arak kerana tiada pilihan makanan lain. Jika berterusan tidak makan, akan membawa maut. Makan pun sekadar untuk menjaga nyawa sementara usaha dibuat untuk mencari makanan yang halal.

Jadi kalau ada bahan haram dalam vaksin, dalam masa sama ianya perlu untuk menjaga nyawa kita, ia diharuskan. Adapun untuk perincian kandungan vaksin itu lebih baik rujuk pada mereka yang lebih arif. Takkan setakat baca satu dua artikel di internet yang entah siapa penulisnya kita terus percaya?

Boleh juga cari dan rujuk konsep istihalah dalam bahan haram.

Berkenaan fatwa, boleh rujuk fatwa mufti wilayah perekutuan, Yusuf Qaradhawi dan ulama semasa yang lain. Mereka lebih alin dan arif dalam menentukan hukum.
Jadi kita yang ilmu fiqh yang tak seberapa ni harapnya akur.

Konspirasi big pharma? Cepatlah kembali ke dunia nyata.

* anda vaksin anak anda?? Baca artikel penuh...

Selasa, 11 Ogos 2015

Arba network : kuliah muamalat. Kenapa konsep pemilikan penting?

Dalam post berkenaan arba network, salah satu yang saya kritik adalah berkenaan konsep pemilikan. Ada kekeliruan konsep pemilikan dalam perjanjian yang dibuat.

Kenapa konsep pemilikan ni penting?

Saya teringat dulu masa masuk kelas muamalat, tajuk awal yang akan dipelajari adalah berkenaan dengan pemilikan. Maksudnya hak milik kita ke atas sesuatu benda. Senang kata harta la. Kenapa benda ni kena belajar dulu? Sebab konsep pemilikan / hak ke atas harta ni sangat berkait rapat dengan transaksi / urusniaga yang akan kita jalankan.

Sesuatu urusniaga yang kita jalankan memungkinkan kita hak ke atas harta itu berpindah milik, atau kita hanya memiliki sebahagian daripada harta/benda itu.

Senang kata pemilikan ada dua jenis. Sempurna dan tidak sempurna.

Pemilikan sempurna ni maksudnya kita berhak / berkuasa penuh atas harta / benda tu. Contohnya duit. Duit itu milik kita sepenuhnya. Ikut suka kitalah nak belanja lagu mana pun. Selagi tidak bertentangan dengan syariat. Atau jam tangan, ikut sukalah nak pakai atau tak, atau nak beri percuma pada orang. Sebab harta itu memang milik kita.

* tapi jangan lupa, Allah adalah pemilik mutlak semua yang ada di dunia. (sebelum kuliah ni, kena belajor dulu kosep & falsafah ekonomi Islam)

Bagi pemilikan tak sempurna pula, kita hanya memiliki sebahagian sahaja harta itu. Contohnya harta yang dikongsi bersama. Kita tak boleh sewenangnya nak jual atau ambil semua sebab sebahagiannya milik orang lain. Contoh mudah adalah tanah. Satu ekar tanah dikongsi pemilikan oleh dua orang. Jadi dia cuma berhak sebahagian daripada tanah itu.
(panjang lebar bila masuk penjualan hak sebahagian tanah tu, itu kena pegi mengaji kat kelas ye)

Atau contoh lain, kita sewa rumah. Itu pun pemilikan tak sempurna. Kita cuma dapat manfaat rumah saja. Tapi hakmilik rumah tu adalah milik pemberi sewa. Pemberi sewa pun bila dah sewakan tak boleh sesuka hati nak masuk rumah semua, sebab dah sewakan manfaat rumah tu.

Ok faham kan?

Baik kita ulang sikit penjelasan berkenaan tentang arba network.

Dalam arba network kita diberi hibah setiap bulan. Katanya hibah itu hasil jualan produk kita yang arba network tolong uruskan jualan.

Ok kita tengok maksud hibah. Hibah ni pemberian, hadiah. Syarat kita nak beri hibah ni, harta yang kita nak bagi tu MESTI milik kita. Pemilikan sempurna. Maksudnya harta itu kita boleh buat apa saja, termasuklah nak beri (hibah) pada orang. Bila dah hibah, maksudnya harta itu bukan milik kita. Dah bertukar milik.

Jadi apa masalah dengan hibah tu?

Arba network kata hibah yang kita dapat adalah hasil jualan daripada produk kita yang mereka uruskan jualan. Sebab itu kita dapat hibah.

Salah tu.

Sebab arba network cuma uruskan jualan. Barang jualan bukan milik arba network. Barang tu milik kita. Bila barang tu dijual, duit hasil jualan itu adalah milik kita. Bukan milik arba network. Jadi bagaimana arba network nak bagi hibah pada kita sedangkan harta (hasil jualan) tu adalah milik kita?

Nampak kan betapa istilah / terma hibah tak sesuai digunakan?

Syarikat uruskan jualan barang kita, boleh kata itu transaksi wakalah (wakil). Bila kita wakilkan orang untuk jual barang kita, tak ada pemindahan hak milik berlaku. Barang tetap milik kita. Malah sebenarnya arba yang boleh caj upah wakalah sebab tolong jualkan barang.

Nampak macam mudah kan? Tapi penting untuk hal seperti ini diambil kira.

Kalau arba network kata nak bagi hibah, kena serahkan hasil jualan barang kita + hibah. Itu baru betul. Hibah tu ikut berapa nak bagi dan jumlahnya tak tetap. Atau boleh saje kalau tak bagi. Boleh ke kalau tak bagi? Jawapannye boleh, sebab hibah ni ikut suka pemberi la nak bagi atau tidak.

Arba network kata mereka cuma guna akad jual beli sahaja. Sebab itu mereka berhak beri hibah.

Baik. Saya faham. Bila dah berlaku jual beli, perpindahan hak milik berlaku, Barang tadi bertukar tangan dan pihak yang lain mendapat bayaran. 

Kalau cuma jual beli yang ringkas dan biasa memang tak ada masalah nak beri hibah. Masalahnya sebahagian barang yang dibeli diserahkan semula kepada syarikat untuk diuruskan jualan dan mereka 'claim' hibah itu hasil jualan barang tersebut. Kan nampak sangat tak betulnya.

Kalau kita dapat faham konsep pemilikan, hibah dan wakalah kita akan nampak di mana canggungnya urusniaga ni.

Kalau nak hibah, barang semua pembeli dapat. Arba tak uruskan jualan produk peserta. Arba beri imbuhan pada pembeli. Kalau begitu barulah ok.

Faham ye?
Ini tak hurai lagi jumlah yang tetap setiap bulan. Saya cuma jelaskan kenapa hibah tu tak tepat jika kita lihat pada konsep pemilikan. 

Selamat membaca dan memahamkan. 


Baca artikel penuh...

Isnin, 20 April 2015

Bulan Rejab: Penjelasan Jakim

Siapa yang ada guna aplikasi whatsapp mesti selalu dapat/baca pesanan yang orang beri berkenaan bulan Rejab. Ade yang pendek, ade yang panjang berjela.

Sebenarnya perkara ni dah lama ditegur tapi cuma kita yangbtak ambil pusing. Teguran berkenaan riwayat hadis palsu berkenaan bulan rejab yang sekian lama kita sebarkan.

Boleh cuba baca penjelasan JAKIM.

Kebanyakan taraf hadis yang disebarkan bersyatus maudu' (palsu). Hadis tersebut direka, kemudian disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda tak pernah sebut, tapi orang yang reka kata Nabi pernah sebut. Bahaya.

Jangan kita terlibat / tergolong dalam golongan yang mendustakan Nabi.

Kalau rasa tak pasti dengan hadis yang kita dapat, baik kita simpan saje. Tak perlu nak sebarkan. Tanyalah pada mereka yang tahu. Baca artikel penuh...

Rabu, 4 Mac 2015

Kenapa 'fixed return' haram?

* bacaan ringan untuk orang awam. Yang dah mahir muamalat memang tak sesuai baca....

Ok. Kita sembang muamalat mudah sikit hari ni.

Kenapa pelaburan yang beri pulangan tetap ni haram?

Sebab pulangan tetap ni adalah riba. Riba adalah haram. Tak kiralah jumlahnye sikit ataupun banyak.

Macam mane jumlah riba' yang sikit ni? Benda ni memang ramai terlibat. Melalui bank. Fixed deposit akaun di perbankan konvensional adalah contoh riba dalam jumlah yang kecil. Tapi hukumnya tetap haram. Bank gunakan duit kita, bank dah tetapkan berapa pulangan yang kita dapat berdasarkan jumlah jumlag duit dalam akaun kita. Biasanya dalam 1-2 peratus saje.

Ok itu satu hal.

Dari segi logik juga (antara hikmah Allah haramkan riba), riba ni boleh menzalimi orang. Bukan saja boleh zalim pada pelabur (yang beri duit) tapi pada mereka yang uruskan pelaburan (atau peniaga).

Kita ambik satu situasi mudharabah (perkongsian untung) antara dua pihak. Atan kongsi modal dengan Aton untuk berniaga. Atan bagi 10 ribu, aton keluar duit 1 ribu. Perniagaan diuruskan oleh Aton. Dalam perjanjian siap-siap tulis Atan nak 8% (atau berape-berape sajelah) daripada modalnya yang 10 ribu tu setiap bulan (maksudnye RM800). Macam mana jadi pun Atan mesti dapat 800 tu tiap-tiap bulan.

Zalim pada Aton (pengurus / peniaga)
Sebab untung atau rugi meniaga dia bulan tu mesti bagi pada Atan RM800. Walhal tak semestinya bulan tu untung. Balik modal pun belum tentu lagi. Jadi zalim pada pengusaha. Penat-penat kerja cari rezeki, orang lain goyang kaki dapat hasil.

atau

Zalim pada Atan (pengeluar modal / rakan kongsi)
Boleh jadi juga. Kalau perniagaan untung besar banyak mana pun, Atan cuma dapat RM800 tu saje setiap bulan. Walhal dia sumbang modal yang besar juga. Untung bersih niaga RM40k (contoh), atan dapat 800 saje?

Ok boleh faham kan?
Yang dibenarkan adalah tetapkan peratusan dari jumlah untung. Katalah setuju untung bahagi 50:50 (ikut persetujuan antara dua pihak). Bila tolak kos semua dapat untung RM2 ribu. Atan dapat 1 ribu, Aton dapat 1 ribu.

Itu halal.

Jadi yang tanya pasal fixed monthly return by arba network, boleh fikir-fikirkan....

Baca artikel penuh...

Selasa, 2 Disember 2014

Bersihkan duit KWSP kita

Majoriti pekerja di Malaysia ada simpanan KWSP yang dipotong dari gaji bulanan. Duit KWSP itu pula kita tak boleh keluarkan sehinggalah kita pencen atau dikeluarkan untuk sebab-sebab tertentu.


Jadi memang berbilion dana yang dapat dikumpul. KWSP juga akan melaburkan dana yang terkumpul itu untuk menggandakan jumlah itu. Kita sebagai penyimpan di KWSP juga akan menikmati diveden hasil pelaburan yang dijalankan itu.

Tapi.

Pernah tak terfikir ke mana pelaburan itu dibuat. Pernah keluar di akhbar bahawa KWSP 70% tempat pelaburan yang dibuat oleh KWSP adalah tidak patuh syariah. Kebanyakannya di institusi kewangan.

Jadi dividen yang kita perolehi itu tidak 100% halal. Boleh rujuk panduna dalam video dari Ustaz Dr Zaharuddin cara nak bersihkan duit KWSP kita.


Jadi kalau kita rasa perkara ini penting, kenalah sucikan dulu harta kita sebelum digunakan. Selepas dikeluarkan bahagian yang kita yakin haram itu, barulah kenakan zakat pada baki yang tinggal.
Baca artikel penuh...

Selasa, 30 September 2014

Pasal Emas Delay lagi?

Beberapa minggu ni ada juga beberapa orang kenalan yang tanya hal berkenaan emas ni. Lagi-lagi skim delay yang dok rumah goyang kaki duit masuk bulan-bulan.

Jawapan selamat saye :
Pastikan beli emas dapat emas.
Beli tunai.
Jauhkan skim merapu tu . Haram!

Macam keras kan jawapannye. HARAM!

Iyelah cakap berpusing-pusing nanti orang tak faham pula. Bila sebut Haram tu baru ade rasa sikit kesan kat hati ni kan. Lagipun ada juga unsur-unsur skim cepat kaya bila lihat untung berlipat ganda yang ditawarkan.

Sejak akhir-akhir ini juga macam ada drama berkaitan emas delay ni. Naik sekejaplah isu ni di media sosial bagi pembeli emas ni.

Saya banyak dapat jawapan hasil respon Prof Dr Azman Mohd Noor terhadap soalan berkaitan urusniaga emas yang ditanyakan di FB beliau. Lebih meyakinkan sebab jawapan diberi oleh orang yang memang ahli dalam bidang muamalat.

Baca artikel penuh...

Khamis, 15 Mei 2014

Perkara HARAM dalam perubatan tradisional

Saye ini membesar dengan suasana bandar. Jadi suasana bandar dan moden itu sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan saye terhadap perubatan tradisional. Bukan memperlekeh atau tak percaya. Tapi di zaman teknologi berkembang pesat ni, doktor perlu dirujuk terlebih dulu jika kita sakit.

Rawatan tradisional yg pernah saye buat adelah urut. Itu pun sebab jatuh motor dulu.

Macam mana dengan perubatan yang ada unsur mistik?


Jadi kalau lihat panduan yang diberi, memang banyak bomoh di Malaysia yang melakukan unsur haram dalam perubatan mereka.  Sebab ramai yang menggunakan jin untuk memudahkan urusan.

Senang kata kalau pegi berubat tu orangnya bace jampi serapah yang bukan-bukan, menurun panggil mambang itu ini, baik cabut cepat-cepat...

Baik cari rawatan yang guna cara yang betul macam bacaan ruqyah dan herba tradisional.

Baca artikel penuh...

Isnin, 23 Disember 2013

Hukum emas 'delay'?

Sejak akhir-akhir ni ade juga kenalan yang bertanya tentang hukum emas delay. Lebih-lebih lagi sejak harga emas jatuh. Maka ligat juga aktiviti beli emas berlangsung.

Saya mulanya tak tahu ape itu emas delay. Tak pernah dengar istilah tu. Jadi bila cuba buat carian kat internet maka banyak maklumat yang kita dapat jumpa. Tak ketinggalan ade juga golongan 'ustaz' yang turut serta main emas delay ni. Jadi lagi ramai yang turut serta.

Persoalannya adakah hukum emas delay ni halal atau haram? Bagaimana pula dari sudut syariah?

Di bawah adalah sedikit maklumat yang saya perolehi dari sebuah forum di internet.

Terbaru dari DEPB...

beli emas delay dengan harga RM150 pergram anda akan dapat imbuhan sebanyak RM8.50 segram....setiap bulan....

setiap gram yang anda beli ...DEPB akan pulangkan semula sebanyak ...RM8.50 untuk anda ...bagaimana kiraannya...sila lihat contoh di bawah...

Belian 100g....barang akan dapat selepas 3 bulan...disebabkan kelewatan maka anda akan dibayar sebanyak RM850.00 selama 3 bulan...bulan ke 3...anda boleh

1. ambik emas ...
2. buyback semula atas harga RM15500.00 lebihan RM500 dari harga belian...atau
3. terus menerima RM850.00 dengan syarat modal anda tidak dikeluarkan...

pilihan di atas , hanya perlu pilih satu sahaja....


contoh keuntungan yang akan anda dapat...

beli 10 gram harga RM1500.00

1. bulan pertama dapat RM85.00. 
2. bulan kedua dapat lagi RM85.00
3. bulan ketiga dapat lagi RM85.00
4. bulan keempat nak stop dapat RM85.00 + RM1550 = RM1635.00 dan emas 10 gram...

keuntungan anda ialah 

RM85.00 x 3 = RM255.00 + RM1635.00 = RM1890.00 
ROI 4 bulan RM1890.00 - RMM1500 = RM390.00 / RM1500 = 26%..


Ada banyak persoalan yang boleh ditimbulkan.

Antaranya persoalan khilaf beli emas cara tangguh. Pendapat beli emas cara tangguh itu merupakan pendapat minoriti ulamak. Jumhur ulamak termasuk mazhab syafie menyatakan haram jual beli emas cara tangguh, tak kira barang kemas atau pun dalam bentuk gold bar.

Saya lebih cenderung dengan pendapat ini. Pendapat al-Qardawi yang membenarkan pula atas alasan umum balwa, iaitu perkara itu telah berleluasa dan sukar dielakkan. 

Boleh rujuk artikel ustaz zaharuddin.

Kalaulah mereka ambil dan taqlid pada pendapat yang mengatakan harus, baiklah asalkan jelas dengan hujjah dan dalil yang mengharuskan.

Masalahnya ada elemen yang menyerupai riba bila emas yang kita beli apabila sampai tempohnya kita tak ambil dan terus biarkan penjual simpan. Kemudian penjual akan terus memberikan rebate (riba?) selagi emas itu disimpan oleh penjual.

Saya boleh samakan dengan keadaan kita berikan modal pada seseorang dan meminta pulangan tetap setiap bulan selagi modal kita tak ambil. Perkara itu jelas haram. 

Atas dasar apa kita boleh dapat rebate selagi emas dipegang oleh penjual, walhal kita sudah boleh ambil?

Rebate sebelum emas di ambil itu kita faham lagi. Tapi atas dasar apa hak kita dapat rebate bila restock emas tersebut. Walhal dari segi pemilikan emas tu sudah milik kita sepenuhnya.

Konsep ini saya lihat mencambahkan sikap malas masyarakat melayu khasnya. Konsep duduk diam dapat duit. Keluar modal rm 10k sebagai contoh. Beli emas cara delay, kemudian biar emas dipegang penjual. Tiap-tiap bulan tunggu duit rebate masuk.

Bukan niat nak menutup rezeki orang, tapi harapnya perkara ini dapat dijelaskan terutamanya dari sudut syariah. Syarikat emas geneva sebelum ini beroperasi berdasarkan modus operandi yang hampir sama, akhirnya diserbu juga oleh bank negara.

Bagi saya yang faqir ni, untuk lebih selamat, seeloknya buat urusniaga emas secara tunai dan tidak bertangguh. Dan tak perlulah kita pajak memajak emas yang kita ada melainkan keadaan yang memerlukan macam nak beli rumah, kembangkan perniagaan. Kalau saje-saje nak pajak tu tak payahlah buat. Jangan buat hutang yang tak perlu.

Memang akan ada yang tak setuju.  Tapi jangan ambil ringan hal seperti ini. Dan tak perlu guna alasan beremosi dan sentimen perkauman. Jelaskan dengan rasional bagaimana rebate itu tak menjadi riba.

Dalam institusi kewangan,  segala permasalahan dari sudut syariah akan dijawab oleh penasihat syariah.  Tapi dalam urusniaga emas delay ni, tak tahu siapa yang boleh dirujuk untuk mengesahkan urusniaga ini bebas riba. Kalau semata-mata kenyataan pohak syarikat dan ustaz yang turut serta dalam emas delay itu, tak sesuai kerana kemungkinan besar jadi 'bias'.

Ape pun sebarang respon yang berhemah sangat dialu-alukan.

Baca artikel penuh...

Isnin, 22 Julai 2013

Minum air rambut nabi?

Saya kira hal ini jadi kecoh seketika di Facebook.



Ada insan yang menawarkan perkhidmatan memberikan air yang dicelup dengan rambut Nabi Muhammad s.a.w. dengan bayaran yang tertentu.

Adakah boleh begitu? Minum air celupan rambut nabi untuk dapatkan keberkatan?

Saya tak tahu

Sejujurnya saya kurang jelas dengan hal ini. Jadi saya buat carian di internet DAN BERTANYA pada sahabat-sahabat (ustaz-ustaz) yang saya yakini. Ini antara manfaat berkawan dengan orang alim ni. Tak tahu, boleh tanya. hehe.

Jadi berdasarkan sedikit bacaan dan maklum balas daripada soalan yang diajukan, saya dapat sedikit pencerahan berkaitan masalah ini.

Saya tak mahu muatkan segala hadith dan mafhum semuanya disini. Anda boleh buat carian sendiri. Ada banyak web dan blog yang memuatkan hadith berkenaan bertabarruk (ambil berkat).

Tiada masalah jika kita mengambil berkat daripada Nabi Muhammad s.a.w. Sama ada melalui air celupan rambut, pakaian, bekas minum dan lain-lain. Sebahagian kita juga maklum dengan peristiwa Nabi Muhammad s.a.w memberikan rambut yang telah dipotong kepada sahabat dan dibahagikan kepada sahabat yang lain.

Tapi.

Mana yang lebih utama. Mengikut sunnah yang ditinggalkan, atau mengambil berkat nabi?

Apa yang kita dapat lihat, masyarakat hari ini ramai yang terlalu taksub. Ya, taksub dengan barang peninggalan Nabi s.a.w. Bukanlah salah jika kita rasa teruja dan gembira bila berjumpa dengan perkara tersebut, namun janganlah sampai terlalu 'taksub'. Umpama keberkatan dari barang peninggalan Nabi itu lebih hebat daripada mengamalkan sunnah Nabi.

Dan persoalan paling utama yang ditimbulkan adalah adakah benar ia kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. Kalau hadith, kita belajar ilmu mustalah hadith, riwayat hadith tersebut mesti bersambung hingga ke Nabi Muhammad s.a.w, serta perawi hadith tersebut menepati syarat yang ditetapka. Matan hadith tersebut juga juga diteliti.

Tapi kalau barang peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. siapa yang boleh jamin ianya betul-betul asli / tulen / original dari Nabi Muhammad.

Bukan salah nak mengambil keberkatan dari barang peninggalan Nabi, tapi mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita itu adalah lebih UTAMA.

* Mari bersangka baik. Maafkan insan yang menimbulkan kontroversi tersebut. Mungkin niatnya baik, siapa yang tahu kan? Mari semak diri kita sendiri. Dah amal sunnah nabi dalam hidup? Baca artikel penuh...

Selasa, 9 Julai 2013

Puasa: England hari Selasa, Malaysia hari Rabu?

Ada persoalan yang dibangkitkan oleh rakan di FB. Beliau belajar di luar negara.


Pihak berkuasa agama di sana mengumumkan puasa bermula hari Selasa, tapi pihak 'education Malaysia' kata hari Rabu.

Jadi pelajar di sana ramai yang jadi keliru. Confuse. Nak ikut yang mana satu ni?

Saya jawab

Memandangkan kita belajar dan tinggal di sana (bermukim), maka adalah lebih diutamakan mengikut keputusan pihak berkuasa agama di sana.

Kenapa? Sebab kita bukan lagi di Malaysia. Betul kita orang Malaysia, tapi sudah di tempat orang. Maka ikutlah juga peraturan dan undang-undang di tempat itu.

Waktu solat dan kalendar Islam kita ikut waktu di sana. Jadi memang tak ada masalah dan perlu kita ikut keputusan pihak berkuasa agama di sana.

Itu yang sepatutnya.

Rasanya pegawai Malaysia yang ada di sana tak sepatutnya keluar kenyataan yang berlainan dengan pihak berkuasa agama di sana. 

Nampak memang isu kecil, tapi boleh menimbulkan kekeliruan pada mereka yang kurang ilmu berkaitan dengan perkara ini.
Baca artikel penuh...

Isnin, 24 Jun 2013

Radix Fried Chicken: Apa Dah Jadi???

Pernah dengar dan pergi Radix Fried Chicken (RFC)?

Masa duduk di KL dulu memang hangat juga jadi bualan di internet. Sekitar tahun 2008-2010 tak silap.

Diwar-warkan sebagai alternatif kepada jenama ayam goreng yang berasal dari luar negara. Menu yang ditawarkankan juga dikatakan setanding dengan restoran makanan segera yang lain. Lebih istimewa, RFC menggunakan daging ayam organik sebagai bahannya.

Lagipun RFC adalah milik Syarikat MLM tempatan, HPA. Jadi memang dapat sambutan juga bagi pengguna yang pentingkan produk tempatan.

Tak keterlaluan juga kalau dikatakan sentimen agama (Islam) turut menjadi sebab jualan RFC di kebanyakan cawangan semasa baru dibuka melonjak naik.

Pengalaman menyaksikan pembukaan cawangan RFC di Kluang Johor, penuh sesak menyebabkan saya tak jadi masuk. Hanya lalu depan kedai saja. Memang ramai.

Begitu juga dengan di tempat-tempat lain. Rata-rata rakan-rakan yang berpeluang pergi akan mengatakan pelanggan sentiasa ada.


Apa dah jadi sekarang?

Banyak cawangan yang sudah ditutup. Ya, memang ditutup. Macam menyepi saja hal RFC ni.

Di Kluang Johor kalau dulu ada dua restoran HPA - Radix Fried Chicken dan Radix Chicken House. Tapi sekarang dua-dua dah tutup. Yang tinggal di Kluang hanya pejabat cawangan HPA sahaja.

Di MITC Melaka pun sudah ditutup. Tempat-tempat lain tak tahu macam mana.

Ditambah lagi dengan kabar bekalan ayam organik yang sukar didapati di sesetengah tempat, dan tak terkecuali juga rungutan terhadap perkhidmatan / servis yang kurang memuaskan berbanding restoran makanan segera pesaing. (boleh cuba tanye wak google)

Bila baca hal sebegini, rasa sedih juga sebab terasa sukarnya perniagaan milik bumiputera Islam nak bertahan.

Anda pernah pergi makan di RFC? Baca artikel penuh...

Ahad, 23 Jun 2013

Wanita Mengandung dan Bersalin VS Doktor Lelaki

Isu ini bukan benda baru. Sudah lama juga dibangkitkan dan dipersoalkan.

Tapi ia isu sensitif. Terutama bagi wanita.



Saya ada terbaca post ini

Saya juga sependapat dengan penulis. Untuk memutuskan sesuatu hukum berkaitan doktor lelaki dan wanita mengandung, bersalin ini bukan mudah.

Ya, tak semudah yang disangka.

Mungkin ramai antara kita dengan mudah menyatakan ianya haram, haram dan haram! Tanpa melihat kepada perspektif lain. Hanya bersandarkan kepada dalil haram melihat aurat yang bukan mahram.

Saya tak nafikan wanita yang menjalani pemeriksaan dan mahu bersalin lebih selesa jika mendapat perkhidmatan doktor perempuan dan juga jururawat dan kakitangan perempuan. Itu realiti.

Tapi jika kita lihat kepada situasi semasa, mungkinkah perkara ini berlaku?

Bagi yang tiada asas hukum fiqh, uruf dan juga adat perlu turut dinilai dalam membahaskan sesuatu hukum. Hal ini perlu untuk melihat situasi semasa. Barulah ianya menepati konsep Maqasid Syariah.

Penetapan hukum berkaitan perkara ini bagi saya perlu juga melibatkan kajian yang terperinci tentang doktor.
Berapa ramai jumlah doktor di Malaysia,
jumlah doktor yang beragama Islam,
doktor wanita yang beragama Islam,
bidang kepakaran doktor wanita yang beragama Islam
kebolehan / kemahuan berada dalam bidang itu dan banyak lagi.

Tak keterlaluan juga kalau diselitkan juga tentang kerumitan dan kos untuk melahirkan seorang doktor.

Kepakaran juga memainkan peranan dalam bidang perubatan. Juga perlu sedar, bukan bidang O&G saja yang memerlukan doktor perempuan. Semua bidang perubatan hari ini memerlukan doktor perempuan.

Apa pun, saya sambut baik cadangan supaya doktor perempuan yang memeriksa dan menyambut kelahiran bayi. Namun kita perlu fikir sedalamnya juga situasi semasa hari ini dan tidak boleh beranggapan perubahan boleh dibuat sekelip mata. Perlukan masa.

Saya menentang keras mereka yang 'berdegil' kata hukumnya haram secara mutlak tanpa meneliti keadaan lain termasuklah memahami 'dunia doktor'. Walau pergi ke hospital dan klinik swasta sekalipun, belum pasti lagi boleh dapat doktor wanita.

Fikirkan juga kemampuan seseorang. Tak semua mampu nak dapatkan perkhidmatan di klinik dan hospital swasta.

Kalau di Selangor, Klinik An-Nur Bandar Baru Bangi memang menyediakan doktor wanita. Jadi adakah WAJIB penduduk di sekitar kawasan itu pergi ke klinik itu sahaja? Bagaimana yang tak mampu?

HALAL dan HARAM itu perlu diperbincangkan dan diperhalusi lagi. Kes seperti ini bukan saja memerlukan mereka yang ahli dalam bidang fiqh, tapi turut sama melibatkan pihak lain termasuklah doktor.

Mungkin kita juga boleh turut menyumbang dengan menggalakkan anak-anak perempuan kita menjadi doktor hehe.

Berpada-padalah dalam menyampaikan satu pandangan. Jangan terlalu keras sangat.

* isu jururawat wanita uruskan pesakit lelaki dan lihat aurat?  Baca artikel penuh...

Ahad, 13 Januari 2013

Isu penggunaan kalimah Allah

Saya kira hal ini seeloknya ditangani secara berhemah dan elakkan 'emosional' serta berfikiran secara rasional.

Saya bersetuju dengan pendapat Dr Asri



Walaupun ia dibolehkan, tapi jika menimbulkan kekeliruan dan takut disalahgunakan, kerajaan boleh membuat peraturan yang bersesuaian.

Saya sangat sedih melihat komen-komen yang agak berat sebelah di kaca televisyen, sehingga ada 'golongan' agama yang mengatakan siapa yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible telah murtad. Hal ini sangat tidak patut dinyatakan, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang berstatus sebagai penasihat agama di sebuah negeri.

Banyak perkara yang perlu diteliti dalam hal ini, bermula dengan melihat kembali sirah Rasulullah s.a.w., menilai dari sudut dakwah dan penilaian siasah syar'iyyah.


Baca artikel penuh...

Rabu, 9 Januari 2013

Perihal pembiayaan beli kereta dan takaful kenderaan.

Saya tahu, hal pembelian kereta ni memang ramai yang terlibat. Tak kiralah kereta baru atau kereta terpakai.

Berkenaan dengan pembiayaan kereta, saya ada jelaskan sedikit dahulu bahawa pinjaman kereta dengan bank konvensional membuatkan kita terjerumus dengan dosa riba' yang diharamkan dalam Islam. Boleh buat carian fatwa berkenaan tentang bunga dan interest bank konvensional.

Bila dah beli kereta, untuk layakkan kereta itu digunakan secara sah atas jalanraya memerlukan kepada insurans bagi kereta itu, dan juga cukai jalan (road tax).

Untuk ambil road tax, insuran kereta kena ada/hidupkan dulu. Bagi mereka yang belum tahu, hukum insurans ini sudah termaklum dan difatwakan oleh JAKIM. Sila rujuk sini.

Jadi seeloknya kita perlu pastikan insurans kenderaan kita menggunakan Takaful. Tak ramai yang ambil tahu hal ini.

Kereta baru

Baca artikel penuh...

Ahad, 9 Disember 2012

Kanak-kanak dilarang dalam saf?


Dari sudut dakwah dan pendidikan, benda ini bagi saya sangat negatif.

Baca artikel penuh...

Jumaat, 7 Disember 2012

Ciri-ciri bertudung yang betul


Tak semestinya perlu tudung yang labuh-labuh.

Pakai tudung bawal biasa pun boleh tutup aurat kalau kena caranya.

Baca artikel penuh...

Isnin, 5 November 2012

Cara mudah mandi wajib?

Benda ini nampak mudah bukan?



Madi wajib adalah perkara fardu ain. Semua umat Islam mesti tahu. Tapi jangan terkejut, masih ada juga yang tak tahu. Macam pengalaman saya jadi tutor/cekgu di pusat tuisyen. Sengaja tanya satu dua soalan, akhirnya tertangkap....Tak tahu mandi wajib..(baca sini)

Susah ke nak mandi wajib? Macam mana nak bagi mandi wajib kita sah?

Mudah saja. Hanya perlu niat (niat nak mandi wajib) dan ratakan air ke seluruh badan. Ya, semua anggota badan mesti kena air, termasuklah celah-celah anggota seperti ketiak. 

Air pun, gunakan air mutlak. Tahu kan air mutlak? Air paip yang kita guna dirumah tu dalam kategori/jenis air mutlak juga.

Memandangkan Malaysia ni kaya dengan air, rasanya tak jadi masalah sangat. Rata-rata rumah ada 'shower'. Memang senanglah.


Air mandi termasuk dalam besen / baldi?

Ini satu masalah yang sering ditanya. Macam mana kalau kita mandi dengan tadah air dalam besen/baldi, tapi bila kita jirus badan kita, ada sedikit air yang dijirus tu masuk semula dalam besen tadi. 

Jadi adakah air itu masih boleh digunakan lagi untuk teruskan mandi wajib?

" Eh, tak boleh la...air yang bekas wuduk dan mandi wajib dah jadi air mustakmal...tak boleh guna untuk wuduk dan mandi wajib lagi." kata si Fulan.

Betul begitu?

Air mustakmal adalah air yang digunakan untuk wuduk dan mandi wajib. Contohnya jika kita berwuduk, kita  tadah semula air yang digunakan itu. Kemudian kita guna untuk wuduk semula di lain masa. Itu tak boleh. Wuduk yang menggunakan air tadahan (mustakmal) tadi tak sah. Boleh faham?

Tapi bagaimana kalau terpercik dan masuk semula dalam /besen yang penuh dengan air mutlak tadi? Boleh guna mandi wajib tak? Atau sebelum mandi wajib, kita celup tangan kita dalam air, kemudian baru mandi.


Boleh faham kan? Maksudnya boleh guna lagi. Masih air mutlak. Percaya atau tak, memang masih ramai yang keliru.

Perkara yang mudah jangan kita susahkan. 
Baca artikel penuh...

Isnin, 27 Ogos 2012

Puasa sunat 6 Syawal dan Qadha'. Boleh gabung?

Saya pernah ulas berkenaan hal ini di blog ini beberapa taun dulu. (baca sini)

Jadi berdasarkan ceramah, kuliah, dan sedikit ilmu Fiqh yang dipelajari semasa di UM dahulu saya tidak menggalakkan puasa qadha dan sunat digabungkan.

Memang ada pendapat yang menyatakan boleh, namun majoriti Ulama menyatakan perlu diasingkan. Oleh itu, saya mengikut pendapat Majoriti.

Kalau difikirkan, boleh atau tidak kita gabung solat qada' dengan solat sunat?

Atau kita gabungkan solat subuh dengan solat sunat.

Tak perlulah susah-susah nak solat sunat banyak kali kan? Sekali harung semua. Kan senang.

Walau sebesar manapun fadilat puasa 6 di bulan Syawal, sama sekali tak dapat menandingi keutamaan puasa qada'.

Bukanlah bermaksud hukum haram kalau kita puasa 6 dahulu, kemudian baru qada'. Kalau kita ade hutang, kebetulan pula masa tu kita ada duit lebih sikit. Bayarlah dulu hutang. Itu lebih utama. Tak payahlah sibuk tukar langsir, beli tabletlah...Hutang bayar dulu..

Jadi kalau mampu, gantilah dulu puasa itu. Tapi kalau nak puasa sunat dulu? Boleh juga, tiada masalah. Ramat Allah itu luas.

Cuma jangan gabung. Baca artikel penuh...

Rabu, 8 Ogos 2012

Sah solat guna minyak wangi alkohol?

Walaupun isu ini sudah lama, tapi masih tak lepas daripada diperkatakan hingga hari ini.

MAsih ramai lagi yang keliru. Boleh atau tidak?

Beli minyak wangi mahal-mahal. Jenama Calvin Klein harga RM250. Boleh tak kita sembur kat baju, bawak pergi solat?

Lagilah bulan Ramadhan ni. Nak pergi terawikh di masjid mesti nak wangi-wangi kan? Kalau bau masam tengik, ganggu pula jemaah yang lain.

Teringat perbincangan ini dalam satu subjek Fiqh dalam pengajian di UM dahulu.

Sebahagian keputusan perbincangan dalam kelas itu ada dijelaskan isinya dalam video Dr Asri.

Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...