Selasa, 13 September 2011

Puasa sunat 6 syawal dan puasa ganti?




Selesai sudah berpuasa bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Mari kita lanjutkan deng
an puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Ada beberapa persoalan yang sering didengari berkaitan dengan puasa sunat di bulan Syawal ini. Antaranya ialah:
1) Mana yang perlu buat dahulu, puasa 6 atau puasa ganti?
2) Boleh gabung atau tidak puasa 6 dengan puasa ganti?

Soalan ini memang popular, namun ramai juga yang masih lagi keliru. Soalan ini juga banyak dibincangkan dalam forum di televisyen seperti dalam rancangan Al-Kuliyyah dan Tanyalah Ustaz.

Saya tidak berniat mahu berbicara panjang lebar dan menulis perincian hadith berkenaan isu ini. Cuma menulis kesimpulan teantang apa yang telah saya baca dan fahami.


Tok Mud juga ada berbicara dengan pelajarnya tentang hal Puasa 6 dalam kelas semasa di UM dahulu

Puasa 6 atau ganti dahulu?

Puasa ganti perlu diutamakan terlebih dahulu kerana statusnya adalah WAJIB. Puasa 6 syawal pula hanyalah SUNAT. Kita perlu dahulukan perkara yang wajib berbanding perkara yang sunat.
Rasulullah juga mengajar kita supaya tidak menangguhkan perkara yang wajib. Kerana perkara wajib itu bila kita tinggalkan, dapat dosa. Perkara sunat kalau ditinggalkan, tak berdosa.

Persoalan: puasa qada' terlalu bayak, sampai 15 hari. Bimbang tak sempat nak puasa 6 Syawal.

Perkara yang wajib masih menjadi keutamaan. Sekiranya tidak berkesempatan, memang bukan rezeki kita. Apa pun menjalankan puasa qada' masih juga mendapat pahala, melebihi paha puasa sunat 6 Syawal. InsyaAllah perkara yang baik, jika kita niat mahu lakukan pun sudah dapat pahala. Berdoa moga kita diberikan peluang untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal.

Kalau buat juga puasa 6 sebelum puasa ganti?
Tidaklah sampai jatuh hukum berdosa. Dapat juga pahala puasa sunat itu. Tapi mesti ingat, perkara wajib jika kita tidak lakukan, kita dikira berhutang dengan Allah. Bagaimana jika kita ditakdirkan meninggal dunia/mati pada bulan Syawal, tanpa sempat kita lakukan puasa ganti? Oleh sebab itu kita perlu dahuluklan perkara yang wajib. Sebab mati itu kita tidak tahu bila.

Ada juga pendapat dalam Mazhab Syafie yang menyatakan boleh puasa sunat 6 hari bulan Syawal, kemudian puasa ganti. Ini kerana waktu bulan Syawal agak terhad, hanya satu bulan sahaja. Namun ini adalah pendapat yang terpencil.

(namun terpulang pada diri masing-masing..kalau tanya saya, saya akan kata puasa ganti lebih diutamakan.)

Boleh gabung puasa ganti dengan puasa 6 Syawal?

Pendapat yang mengatakan boleh gabung ini adalah pendapat yang lemah. Pegangan yang lebih kuat adalah membezakan antara puasa ganti dan puasa sunat. Rasulullah sendiri mengatakan perlu dahulakn puasa qada berbanding puasa sunat. Itu menunjukkan puasa qada dan puasa sunat perlu diasingkan. Tidak boleh sekali niat puasa sunat dan qada.

Kalau kita ikut logik akal, boleh atau tidak kita niat solat fardu subuh, kita sekalikan dengan niat solat sunat qabliah subuh?
Kita niat solat Isyak, sekali niatkan dengan solat sunat tahajud.
Atau kita bagun solat malam, solat cuma 2 rakaat, tapi kita gabungkan semua, niat sekali solat hajat, solat taubat, solat sunat tasbih. Boleh begitu?

Jadi begitu juga hal puasa, tidak boleh kita niatkan sekali.







Jangan dirisaukan sangat jika tidak berkesempatan puasa 6, lantaran banyak puasa qada. Apa yang penting, perkara yang fardhu itu kita lunaskan, kita langsaikan terlebih dahulu. kalau perkara fardhu pun banyak tersangkut......

2 ulasan:

msredcheesecake berkata...

Salam, mengikut penceramah ceramah yang saya dengar pun kata begitu. Lebih baik asingkan puasa qadha dan sunat Syawal dengan mendahulukan puasa qadha sebab wajib. Itu kan kira hutang kita dengan tuhan, so kena dulukan....

fauzi berkata...

Zaman budak2 dulu, pernah jugak rasa mengelat sekalikan puasa tu haha..sebab tjahil hukum mase tu..sekarang dah celik sikit

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...