Selasa, 13 September 2011

Cukai 6% prabayar ditangguhkan



Pagi-pagi tadi bersiap nak ke sekolah. Nyaie bukak TV sambil-sambil layan fawwaz yang terkodek-kodek mintak orang angkat. Terdengar pula berita ini : Cukai 6% prabayar ditangguhkan

Alhamdulillah, setakat ni harga prepaid masih lagi macam biasa. Tapi yang tak sedap sikit sebab ayatnye tulis ditangguhkan....Maksudnya akan dikenakan pada masa akan datang, cuma tak tahu bila masa...

Tapi bila tengok balik, macam main drama pulak...Kerajaan naikkan cukai perkhidmatan 6%, syarikat rasa beban nak serap, jadi pindahkan kos pada pengguna. Rakyat pula gelisah harga barang naik, runding dengan syarikat telco supaya tangguhkan 6% cukai pada pengguna. Walhal cukai 6% itu kerajaan yang kenakan. Jadi, kerajaan dilihat membela nasib rakyat. Jadi HERO!!

(ini pendapat peribadi, tak setuju tak mengape)

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...