Isnin, 12 September 2011

Siapa bayar hutang kita?

Situasi 1 (rekaan semata-mata)

Amit, umur 27 tahun, belum berkahwin. Menanggung hutang PTPTN RM25000. Sudah bekerja, gaji RM 2500. Ada kereta Proton Exora (masih ada hutang dengan bank RM 35000). Simpanan di tabung haji baru ada RM5000.

Satu hari, Amit meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Katakanlah, keluarga Amit dapat pampasan melalui polisi insuran kenderaan Amit. Tak banyak, mungkin sekitar RM5000.

Jadi Amit meninggalkan/mewariskan RM 5000 duit simpanan tabung haji dan RM 5000 pampasan kemalangan.

Tak ketinggalan hutang kereta Proton Exora RM 35000 da juga hutang PTPTN RM25000.

Waris dikehendaki menjelaskan hutang menggunakan harta si mati.

Hutang kereta ? Kalau waris nak pakai kereta, kena bayar ansuran bulanan. Kalau tidak, kereta ditarik. Tapi kira selamat, tiada hutang.

Jadi wang RM 10 000 dibayar pada PTPTN, masih ada hutang RM15 000. Siapa kena bayar? Penjamin kena bayar. Siapa penjamin? Biasa ibu dan ayah jadi penjamin.

Tambahan, Amit belum menunaikan Haji, kalau keluarganya mahu buatkan badal haji untuk dia, terlerailah bebanannya itu..Tapi, badal haji pun, kurang-kurang kena bayar RM 3000 hingga RM5000 juga....

Kesimpulan:
Amit meninggal dunia, dia meninggalkan hutang sebanyak RM15000 yang perlu dijelaskan oleh kedua ibu bapanya...Kasihan...

(ini baru kes orang bujang, belum lagi yang berhutang, tapi ada keluarga yang nak ditanggung)




Situasi Amit itu boleh diselamatkan sekiranya dia mengambil polisi insurans atau takaful keluarga.
Katakan Amit mencarum hanya RM 70 (contoh) setiap bulan dengan syarikat takaful, dia mendapat perlindungan pampasan kematian sebanyak RM 50 000.(contoh)

Atau Amit mengambil pelan takaful Personal Accident yang lebih murah (beberapa puluh ringgit setahun) dengan pampasan kematian RM 50 000.

Maksudnya jika Amit meninggal, syarikat takaful akan membayar RM 50 000 kepada waris Amit untuk diuruskan. Waris Amit boleh menggunakan wang pampasan itu untuk membayar hutang piutang Amit. Jika Amit tiada hutang, wang pampasan itu boleh dibahagikan mengikut sistem faraid.

Alhamdulillah selamat....meninggal dunia, ada hutang. Tapi ada sumber lain yang boleh bayar hutang kita.

Mari kita lihat situasi diri sendiri.
Ada hutang?
Berapa jenis hutang?
Berapa jumlah hutang?
Berapa nilai simpanan sekarang.
Duit untuk bayar hutang jika kita meninggal?

Mari kita buat persediaan..

p/s: ingat! Rasulullah tak mahu solatkan jenazah yang ada hutang...!


3 ulasan:

LydSunshine berkata...

Err... byk jugak hutang-hutang ku... adehh...

Nur Fauzi berkata...

jadi kena ambik langkah untuk cover utang kita bila kita dah takde nanti. ramai sangat yang terlupa pasal hal ni.

mula sikit2...lebih elok dari takde langsung. RM50 sebulan ok ape untuk permulaan.

Nur Fauzi berkata...

Labilabi:
mereka yang beragama Islam, boleh ambil takafu sebagai alternatif insurans. InsyaAllah ade keberkatannye. bagus la ade perancangan.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...