(ini bukan entry promosi penapis air)
Bermacam-macam jenama yang wujud di pasaran sekarang ini. Daripada jenama tak terkenal hinggalah jenama yang tak pernah dengar. Bila nak beli, mesti ramai yang mengambil kira faktor HARGA. Ya, harga memang memainkan peranan penting.
Ada penapis air yang harga riban-riban (ribu-ribu RM), yang yang ratus, dan ada yang puluh. Persoalannya yang mana perlu dibeli?
Persoalan lagi, adakah yang harga hingga mencecah RM 3000 itu dijamin bagus? Yang murah itu bagaimana? Adakah tidak bagus?
Persoalan itu, lain orang lain pendapat.
Cuma nak persoalkan disini, ada penapis yang bentuknya hampir sama, kartrij penapisnya lebih kurang, cuma jenama berlainan, tapi harga teramatlah sangat berbeza.
Ada kemungkinan, penapis yang berharga beribu-ribu itu harganya telah di "mark up" terlalu tinggi. Bagaimana jika ada produk yang lebih kurang sama, syarikat XXX jual dengan harga RM700, tapi syarikat LLL pula jual sampai harga RM 2400? (ini contoh sahaja).
Terpulang pada kita yang hendak beli. Tapi sebelum beli, banyakkan buat bacaan dan penelitian dahulu. Tak lupa, tengok juga poket dulu.....
Boleh baca sini
p/s: ada juga beli dulu yang mahal...rasa rugi pulak...
1 ulasan:
kalau nak tau tips nak pilih penapis air yg baik boleh baca kat sini penapis air
=)
Catat Ulasan