sila klik untuk dowload. Sudah download, jangan lupa baca.
Alhamdulillah, akhirnya JAKIM mengambil inisiatif untuk mengeluarkan garis panduan berkaitan dengan MLm atau Multilevel Marketing di Malaysia. Isu MLM ini menjadi perbualan oleh pihak yang menyokong dan tidak menyokong MLM. Sebelum ini hanya ada fatwa berkenaan hukum MLM adalah harus. Namun setelah garis panduan MLM ini dikeluarkan, saya kira banyak MLm boleh dikatakan sebagai MLM Haram (bunyi kasor benor....)
Saya secara peribadi tidak gemar kepada MLM. Pengalaman menyertai beberapa MLM merupakan pengalaman yang bernilai untuk saya. Saya menyertai MLM ketika itu dengan ilmu yang 'zero' berkenaan muamalat dan terpengaruh dengan ajakan kawan. Namun apabila umur semakin meningkat, bacaan demi bacaan dibuat, saya menyimpulkan MLM banyak mengandungi perkara yang tidak pasti dan diragui.
Jika anda baca garispanduan yang dibuat oleh JAKIM, kebanyakan MLM melakukan perkara yang ditegah/dilarang dalam daris panduan yang dikeluarkan.
Contohnya:
(3) Mengandungi Unsur Paksaan
(a) Usaha yang bertujuan untuk mencari ahli baharu hendaklah dibuat
menerusi pendekatan dan kaedah yang telus dan berhikmah tanpa
unsur paksaan yang boleh mengganggu atau mendatangkan
kegelisahan dan kegusaran kepada individu yang didekati.
(b) Selepas setiap sesi penerangan tentang profil syarikat, produk,
pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif, individu yang
didekati mestilah diberi ruang dan masa untuk berfikir bagi
membuat pertimbangan sama ada ingin menjadi peserta atau
menolak pelawaan tersebut.
(c) Peserta hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian
dan tidak didesak untuk membeli pakej barangan tertentu untuk
memenuhi kehendak jualan bagi melayakkan mereka mendapat
kedudukan atau bonus dalam skim sedangkan mereka
berkemungkinan tidak memerlukan beberapa barang dalam pakej
tersebut atau memerlukan barang-barang yang ditawarkan dalam
pakej tersebut tetapi tidak pada jumlah yang begitu banyak seperti
yang ditetapkan
Kebanyakan upline akan menyarankan ahli di bawahnya untuk mengambil pakej tertentu yang biasanya agak mahal.
(4) Mengandungi Unsur Pembaziran
(a) Pembelian dalam kuantiti yang banyak tanpa justifikasi yang wajar
semata-mata untuk mendapatkan bonus yang ditawarkan tanpa
mempunyai strategi pemasaran yang sewajarnya.
(b) Pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah
berlandaskan kepada keperluan kepenggunaan sebenar dan/atau
keupayaan untuk menjual produk tersebut.
Kebanyakan peserta MLM yang menyertai MLM dengan pembelian permulaan yang banyak terpengaruh dengan desakan upline. Produk tersebut sebenarnya tidaklah diperlukan. Contohnya syarikat Uptrend, harga sekotak kopi yang sangat mahal, dan pakej yang mahal. Pada hal, kita tidaklah memerlukan kepada kopi yang mahal itu. Jadi buat apa beli banyak sampai harga beribu ringgit?
Itu antara beberapa perkara yang disentuh. Jadi saya secara peribadi tidak bersetuju dengan sistem MLM kerana peluang untuk mengeksploitasi pelan pemasaran itu wujud.
Ini pendapat peribadi saya setakat ini.
Pendapat kamu?
2 ulasan:
Alhamdulillah...saya dulu anti MLM...tapi sekarang tidak lagi. Saya dah jumpa MLM yang sebenarnya.
Bagi saya, sistem mlm adalah sistem terbaik untuk kita mengubah keadaan kewangan sendiri, tetapi anda perlu memilih dengan teliti, pilih orang yang betul dan kumpulan yang betul untuk membimbing anda. Buat research dahulu sebelum join mana2 syarikat, research tentang latar belakang syarikat, sistem yang di amalkan dan yang penting mentor yang nak bimbing anda.
Alhamdulillah...saya mula biz mlm ni dengan modal hanya rm75, saya tak perlu simpan stok, malah saya boleh beli 1 set stok yang harganya dalam rm200, setengahnya saya guna sendiri, setengah lagi saya boleh jual, so dengan modal yang sedikit, saya boleh guna dan jual, saya dapat kembali modal rm200 yang dikeluarkan.
Mentor saya pula sentiasa membimbing dalam kumpulan maya kami, bukan sahaja bimbingan dalam bisnes tapi juga bimbingan dari segi kerohanian.
Nak tahu lebih lanjut, boleh contact saya di:
www.facebook.com/wanna.wzamry
www.kioskvitamin.blogspot.com
beginilah.
selagi syarikat itu tidak berusaha mendapatkan pengesahan patuh syariah dengan melantik panel syariah, ia tetap dalam kategori syubhah (bukan haram).
Kalau MLM jenis itu, beli gunakan sendiri, jual pada orang memang tak ada masalah. keraguan dan masalah timbul bila buat networking. yang itu kena tanggung sendiri sebab tak ada orang yang berautoriti mengesahkan pelan pemasaran adalah patuh syariah.
Sebab garis panduan dari JAKIM sudah ada dan jelas sebut tentang keperluan pelan pemasaran disemak oleh mereka yang brkelayakan.
Catat Ulasan