Memaparkan catatan dengan label makanan dan memasak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan dan memasak. Papar semua catatan

Jumaat, 25 September 2020

Resepi asam pedas sedap dan mudah!

Nampaknya dunia blog semakin sepi kerana kewujudan media sosial lain seperti fb, twitter & instagram.

Tapi sesekali kita tulis jugalah di blog.

Resepi ni dapat asam pedas ni dapat dari fb. Bagi yang dah biasa masak tak susah mana pun.

Tapi bagi yang baru belajar pun boleh cube. Dijamin tak susah.

Ok bahan-bahan tengok senarai dalam gambar.

Tertinggal pulak kunyit. Kunyit nak letak ambik dalam seinci kunyit hidup kisar sekali dengan bahan tu. Atau guna serbuk, tabur je dalam satu sudu kecik/sudu teh masa tumis.

Belacan takde, boleh ganti dengan udang kering dalam dua sudu kecik gitu. 

Nak kurang pedas, kurangkan sikit lada & lebihkan bawangg. Letak la dalam 4 ke 5 biji yang besar.

Letak minyak jangan sikit sangat. Tapi jangan banyak sangat. Hidangan ni untuk 4 orang. Minyak dalam 1/3 hingga 1/2 cawan pun cukup.


Kemudian dah garing sikit pecah minyak masukkan serai. Boleh nengok gambor je la senang.


Asam jawa kawan guna dua sudu besar. Guna cap adabi. Nak guna jenis yang ade biji pun bolehh. Yang ni senang nak bancuh dengan air.



Lepas masuk serai, masukkan air asam. Air tu kena pandai agak jangan banyak sangat. 
Masa ni masukkan aksesori lain macam bendi, bunga kantan, daun kesom, tomato. 
Perasakan letak garam dengan gula. Pandai-pandai la agak dan rasa. Ikut lidah masing-masing.


Dah menggelegak. 

Masukkan ikan. Kita guna ikan patin. Masukkan ikan bagi tenggelam. Agak ikan separuh masak boleh matikan api dan tutup periuk. Bila kuah sejuk insyaAllah ikan masak. Tips ni untuk elak ikan hancurrr terlebih masak.

Kalau masak ikan kecik macam kembong, lepas masukkan ikan boleh tutup periuk dan matikan api.

Siap. 

Bergembiralah makan ye.

Kat youtube pun kawan letak gambor ni.

https://youtu.be/5hiAHuFNGLw

Baca artikel penuh...

Jumaat, 14 Julai 2017

Alternatif produk amway

Ok. Post ni agen amway mesti ramai yang bengang tak suka punya.

Bukan nak sekat rezeki kamu. Cuma nak beri alternatif pada orang ramai yang tak tahu.
Nak fokus pada produk/ barang elektrik saje.

1. Periuk noxxa
2. Air fryer amway
3. Bread maker
4. Steam iron philips amway.

Sebelum tu kena faham. Kalau dah nama syarikat mlm ni, harga biasa mahal melantun. Dah siap peratus/percent untuk upline semua dalam harga produk. Suka tak suka benda tu kena telan. Realiti.

4 produk hotbyang depa (amway) tawarkan tu sebenarnya ada di kedai elektrik dan ada banyak jenama.

1. Periuk noxxa.
Masuk lazada.com.my contohnye. Taip pressure cooker. Berlambak kauu keluar jenama. Paling glamer model philips 2139. Harga kat kedai rm400-rm500. Online ade yang dapat RM300. Barang philips cap ayam? (takde kualiti?). Ramai benarnye dah guna.  Buat carian kat fb philips pressure cooker.

2. Air fryer & bread maker.
Kau beli brand amway, memang mahal la. Brand lain ade. Cuba cari. Philips pun ade. Tak sampai beribu harga. Iye agen amway kata barangnye kualiti. Tapi kita nengok la poket kita. Mampu pakai kancil, jangan la gatal nak beli audi.

3. Steam iron.
Amway pun ambik brand philips untuk depa jual. Yang ni kawan memang cadangkan siapa yang mampu beli, sila beli dengan amway. Harga beli siap dapat iron board percuma. Kualiti pun tip top. Tank air besau lebih 2.5 liter. Steam pun keluar lancar. Mudah nak gosok baju.
Kalau di lazada macam model philips gc8625.

Kenapa yang ni cadang beli dengan amway?
Seterika jenis ni jarang ada kat kedai.
Ada kerosakan dalam tempoh jaminan, boleh hantor ke branch amway untuk repair/claim.

Ade orang jual online dan order direct dari luar. Boleh je nak beli. Tapi kena ingat, warranty tu agak susah nak uruskan.

Kalau nak juga steam iron, beli brand philips juga. Cari di kedai elektrik. Tak semua kedai ada. Ada yang steam generator juga jenis tank airnye kecik 1.5liter. Model gc7620.

Ini pendapat peribadi. Tak setuju tak apa. Lain orang lain cara fikir.

Baca artikel penuh...

Jumaat, 30 Jun 2017

Philips pressure cooker tak kualiti?

Post pasal periuk philips yang lalu boleh tahan juge yang baca. Ada juge yang share & tepek kat fesbuk lagi. Terima kasih la ye baca.

Tapi biasa la kontroversi sikit sebab agen amway ramai yang tak suka. Bukannya kita ni anti dengan MLM amway tu. Kat rumah ni ade haaa steam iron philips yang amway jual. Kita beli & guna juga barang amway. Sebab kat pasaran susah nak jumpe iron gedabak bagus begitu. Beli siap dapat iron board besau lagi. Mudah dan lancar kerja gosok bajuu.

Tapi bila tang periuk tu, ade alternatif lain yang lagi murah & kualiti pun ok. Jadi ikut poket la kan. Rasa banyak duit, beli la noxxa tu. Rasa bajet cipuuut, kasi angkat la philips 2139 tu. Harga kat lazada rm350 kot.


Tak setuju tu tak kisah. Pendapat masing-masing kan..masa tu memang baru 2 hari pakai. La ni dah berbulan-bulan. Dan sebelum ni pun bukan tak ada orang lain yang pakai periuk philips ni. Dah bertahun juga kot sampai ada juga fb group untuk philips pressure cooker ni.

Dah 7 bulan guna periuk ni. Hampir setiap hari weii guna. Dapur gas pulak jarang guna. Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah nak guna. Takdenye nak buang. Warranty masih ade lagi ni haa. 2 tahun ye warranty.

* balik kampung kawan gune juge noxxa buat masak, sebab adik ade beli letak kat rumah. Baca artikel penuh...

Khamis, 8 Disember 2016

Pressure Cooker: Noxxa vs Philips

Kami memang selalu masak di rumah. Iyelah kalau makan luar saja kopaklah poket. Gaji bukannya besar mana pun. Lebih jimat untuk jangkamasa panjang. Jadi dalam memudahkan kerja memasak ni ada kawan yang cadangkan beli 'pressure cooker' (pc). Sebelum ni memang tak pernah terlintas pun dalam kepala hal p.c ni. Rupanya benda ni dah lama wujud kat dunia ni. Punyalah ketinggalan.

Kawan-kawan isteri ada yang cadangkan beli pc jenama Noxxa, bawah Amway. Amway syarikat MLM. Bila tanya-tanya harga terkini dalam RM800 juga. Maklum balas dari kawan-kawan yang dah beli dan guna, periuk ni memang bagus. Kerja memasak jadi cepat dan tak perlu perhatian dan menunggu lama macam masak guna dapur biasa. Kalau masak bubur tu tak perlu nak jenguk dan tak berkerak periuk.

Tapi itulah...hargenye agak mahal la bagi kami yang tak berapa nak kaya ni. RM800.... Lagipun kita sedia maklum, harga produk yang dipasarkan secara MLM ni memang mahal (dah siap kira % untuk agen & upline)
* agen amway mesti tak suka orang cakap gini haha.

Jadi kami cari periuk pc jenama lain di pasaran. Godek-godek internet, banyaklah lagi jenama lain yang jumpa. Dari semurah-murah harga hinggalah ke harga riban-riban tak ingat dunia.

Akhirnya kami sasarkan jenama philips model 2139. Bila buat carian pasal model ni, ramai juge rupenye terjebak pakai pc philips ni. Siap ada juga fb group. Fungsi? Sama juga macam periuk noxxa. Jimatkan masa memasak. Ade juga butang untuk mod masak pelbagai makanan macam ayam, daging, bubur, nasi.

Harga? Harga jauh lebih murah! Kalau online di web lazada atau gemfive boleh dapat harga bawah RM350! Kalau beli di kedai elektrik dan pasarraya harganya sekitar RM400 hingga RM500. 

Jadi disebabkan harga yang murah ditambah dengan jenama yang kukuh (philips) maka kami pilih nak beli pc philips 2139. Cadangan awal nak beli online di gemfive atau lazada. Tapi bila fikirkan susah nak buat 'claim' kalau rosak, maka kami pilih beli di kedai.

Pusing punya pusing sampailah ke BPmall (Batu Pahat Mall). Jumpa promosi di kedai Charlie. Philips pc cuma RM399.
"kalau ade apa-apa rosak boleh datang claim kat kedai kita bang. Kita uruskan semua. Ade jaminan 2 tahun" kate adik yang kerja di situ.
Jadi pencarian kami berakhir di situ. Selamat RM399 beli Philips Pressure Cooker.

Resepi pertama yang kami masak guna periuk ni adalah bubur daging. Sediakan bahan 5 minit. Proses panaskan dalam 5 minit. Masak guna tekanan 30 minit. (guna mod masak daging). Biasa kalau nak masak bubur, tambah daging lagi memang lama nak masak. kena rajin kacau juge nak kurangkan periuk berkerak. Daging kena masak lama nak bagi lembut. Tapi guna pc ni cuma masukkan semua bahan, pilih mod yang kita nak guna dan biar masak. Boleh pergi buat kerja lain. 

Hasilnya beras kembang elok, daging pun lembut. Budak pun senang nak makan.

Jadi kepade sesiape yang nak beli pc ni kami cadangkan beli jenama philips. Harga pun tak mahal sangat dan kualiti pun bagus.

* setakat 2 hari ni dah masak bubur daging, sup daging, kari daging, nasi putih, nasi goreng. 
Baca artikel penuh...

Isnin, 25 April 2016

Resepi cincau?

Artikel berkenaan cincau di blog ini nampaknya masih mendapat perhatian.

Bagi yang nak mencuba buat cincau sendiri boleh cuba dapatkan di cincaubp.blogspot.com. Ya ini memang saya yang buat sendiri.

Bila dah dapat resepinya nanti mungkin boleh diolah mengikut gaya yang sesuai mengikut pengalaman sendiri. Saya pun bermula dari kosong berkenaan cincau ni.

Nak makan sendiri boleh.
Nak sedekah pada jiran boleh.
Nak buat jualan pun boleh.

Air cincau pun boleh proses sendiri. Jadi kalau anda memang suka cincau tapi ragu-ragu berkenaan status halal dan bersihnya, cubalah buat sendiri.

Siapa tahu dengan pek percubaan ni anda akan jadi pembekal dan import masuk daun cincau pula satu hari nanti? haha.

* stok dah nak habis. Stok baru akan sampai tak lama lagi. Baca artikel penuh...

Sabtu, 19 Julai 2014

Melayu berniaga : jangan bagi servis macam tahi.

Hari ni terbaca artikel ini. Pasal servis di kedai makan melayu.

Ikutkan pengalaman sendiri memang banyak kali juge la dah terkena.

Bukan anti dengan kedai Melayu. Saye sokong kedai melayu, bukan takat kedai makan saje. Tapi kedai yang bagi perkhidmatan sebaik yang boleh, dan boleh terima rungutan pelanggan. Tak lupe juge yang boleh mengaku salah dan minta maaf pada pelanggan kalau buat salah.

Kalau tersilap tu biasa la kan. Tapi dah buat silap tu takde pun rasa bersalah, tu yang orang makin angin.

Antara benda yang selalu terkena bila pegi kedai makan:
- lambat ambik order
- order lain dapat lain
- harga tak setimpal makanan / tak sedap
- order lambat sampai
- order tak sampai-sampai (terlupa)

Paling sakit hati, dah silap takde rasa nak mintak maaf. Macam ade emas dalam mulut.

Pernah juga kena duduk 10 minit tapi takde orang ambik order. Panggil pun buat macam tak nampak.

Pernah kena macam tu? Baca artikel penuh...

Khamis, 24 April 2014

Cara buat cincau?

*blog jualan saya  - cincaubp.blogspot.com. Boleh dapatkan dan belajar buat sendiri cincau yang lembut.

Saye suke minum cincau. Kalau beli air tin, selalu juge beli air tin cincau. Segar dan sejukkan badan.


Terbaca pasal minuman cincau fitrah di akhbar. Baru tahu jeli cincau tu dibuat daripada pokok cincau (batang dan daun) yang dikeringkan. Juga baru tahu pokok itu tidak ade di Malaysia. Kebanyakannya import dari China. Paling dekat pun dari negara jiran kita, Indonesia.

Terfikir juge macam mana kat kedai ade orang jual cincau bungkus plastik buat sendiri tu? Jadi bila tanya-tanya cara mudah nak dapat daun cincau adalah di kedai ubat cina @ singseh (orang selalu sebut macam ni).

Kali ni nak cuba buat sendiri. Saya dapat resepi dan juge bahan-bahan nak buat cincau ni dari rahsiacincau. Bahannye tak banyak pun. Selain daun cincau kering, bahan lain adelah air kapur dan juga tepung ubi. 

Jadi kalau nak cuba buat, boleh cube beli pek percubaan dengan rahsiacincau. Sangat sesuai bagi sesiapa yang ragu-ragu dengan status halal cincau paket yang dijual di kedai-kedai. Buat sendiri, kita lagi yakin halal.



Ini rupenye daun cincau kering. Yang ini 50 gram saje. Bile tunjuk pada anak murid, dikatenye kita beli tembakau nak buat hisap rokok..Mujur die tak kata cikgu beli ganja. Turut disertakan air kapur dan tepung ubi yang dah siap sukat.


Sebelum nak rendam basuh dulu daun kering tu. Beginilah rupenye bila dan rendam. Campur sekali air kapur masa rendam. Kalau ikut resepi, paling kurang 1 jam. Biase orang rendam semalaman. Kasi kembang daun tu...Memang bau cincau naik dah mase ni. Sukatan air lebih kurang 2.5 liter.


Ni rupa bila rebus. Daun yang dah rendam lama tadi kita rebus lebih kurang 45 minit. Kena kacau jugalah sikit-sikit sebab memang menggelegak. Pakai periuk besar sikit pun takpe. Warna air memang jadi hitam. Bau cincau memang sedap...Nak wangi lagi boleh masukkan daun pandan masa rebus. Lagi sedaplah baunye.


Bile sudah siap rebus. Tapiskan hampas-hampas daun, ambik air (pati) saje. Perah-perah juga daun-daun tu bagi keluar banyak patinye. Memang kembang la daunnye semua. Yang ni agak leceh la juga buat sorang-sorang.


Ni rupenye bila dah siap masuk air tepung ubi. Nampak pekat kan? Bile dah siap tapis tadi, bancuhkan tepung ubi (100 gram kot) dengan 200 ml air. Nak masukkan dalam pati concau tadi pastikan tapis juga. Bila dah masukkan air tepung, kena kacau terus. Jangan tinggal. Ade la dalam 15 minit kacau.

Bila kacau tu mula-mula pati tu jadi likat dan kemudian macam bergentel-gentel. Janagn berhenti kacau, teruskan sampai cair semula dan jadi hitam pekat berkilat. Masa tu boleh dah nak matikan api.

Sebelum tu pastikan bekas dah susun siap-siap. Sebab bila dah likat ni, cepat beku. Leceh pulak nanti nak kaut yang dah jadi macam gel / gam nak masuk bekas. Tuang la ikut acuan/ bekas yang disukai. Biarkan sejuk sikit sebelum masuk dalam peti sejuk.


Senang kan? RM20 beli pek percubaan, banyak juga dapat cincaunye. Memang puas la kalau takat makan sendiri. Tak susah mana pun rupenye nak buat. Cuma rendam daun tu saje yang kena lama.

Bagi yang suka makan cincau, boleh la cuba beli pek percubaan. RM 20 saje. Beli dengan rahsiacincau.

Bila dah buat ni, rase rugi pulak beli pek percubaan. Lepas ni nak order pakej yang lagi besar. Boleh la nanti bagi-bagi sikit pada orang lain merasa.

Cuba la buat.

* kemaskini...

cincaubp.blogspot.com

Kalau nak buat air cincau pun lebih kurang begitu lah...Rebus daun kering tadi dengan air yang banyak. Apa yang saya buat, hampas yang diguna untuk dapatkan pati buat agar-agar cincau yang kenyal tu saya guna lagi sekali. Rebus sekali lagi dengan air sampai mendidih. Tapis dan ambik airnye saja. Itulah dia air cincau. Kalau pekat, boleh tambahkan air lagi. Kalau pekat sangat macam pati, rasa agak pahit sikit bila minum. 50 gram daun kering, rasanya 10 liter air pun boleh lagi. Sebab kalau kita tengok air cincau dalam tin atau jual di kedai, warnanya tak pekat macam yang direbus.

Terbaru....
 Air kapur = air abu.
Campur lebih kurang 15ml air abu semasa cincau direndam dalam air.(15ml untuk 2.5 liter air rendam) Baca artikel penuh...

Ahad, 9 Februari 2014

Kicap pun mahal??

Pasal kicap pun boleh buat cerita kan? Haha.

Siapa yang suka makan kicap? Kicap dah sinonim dengan rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi orang jawa macam di Johor dan Selangor. Susah nak tinggal kicap ni. Ada juga yang tak lalu nak makan kalau tak ada kicap. Sambal kicap memang wajib ada di rumah.

Al kisah pasal kicap ni, bila barang pakat naik harga maka kicap pun tidaklah terkecuali. Mestilah naik juga harganya. Paling utama sebab harga minyak dan bil elektrik naik. Secara mudahnya bila kos meningkat, maka harga pun akan meningkat. Penjual pun mesti nak untung..

Kicap Cap Kipas Udang
Jenama ni memang dah terkenal seantero Malaysia. Ingat lagi lagunye dalam iklan di televisyen masa zaman kanak-kanak dulu.
~ cap cap cap. Cap kipas udang. Lepas makan kita berkipas ~
Lebih kurang begitulah bunyinye. Cubelah nyanyi sendiri ye.

Saya dulu pun memang selalu kalau beli kicap memang beli kicap Kipas Udang ni. Sedap. Sampai ada yang buat kicap tiruan guna jenama Kipas Udang ni. Popular betul kicap ni. Kalau masak pun selalu juga tambah kicap pada lauk yang dimasak. Kalau mee atau nasi goreng tu memang selalu tambah kicap masa tumis.

Tapi itu cerita dulu la..Tapi sejak harganya semakin mahal, dah tak beli.

Berapa harga sebotol?


Gambar ambik dari internet. Tapi memang begitulah harga yang tertera. RM 10 untuk sebotol yang besar.

Lantaran itu, saya bertukar kepada.....

Kicap Jalen
Ya. Sekarang saya guna kicap Jalen. Sebelum ini memang ada juga beli kicap Jalen, tapi tak selalu. Sebotol kicap Kipas Udang, tambah lagi seringgit atau dua ringgit boleh dapat 2 botol kicap Jalen yang besar.

Rasa kicap Jalen pun boleh tahan. Sebenarnya bukannya tahu sangat pun rasa kicap ni. Hampir sama je. Tapi bagi yang jenis cerewet mungkin dapat bezakan. Ade kawan yang kata kicap Jalen kalau buat masak rasa pahit sikit. 

Entahlah. Saya telan saje.

Sekarang, saya terus beli botol 2 liter. Lagi jimat. Buat sambal kicap banyak sikit, simpan stok dalam peti sejuk. Nak guna untuk makan, pindahkan dalam botol kecik. Bila habis tambah lagi.

Pensyarah cerita pasal kicap
Rupa-rupanya ada cerita pasal kicap Jalen dan kicap Kipas Udang ni. Sebelum ni tahu melantak saje. Dapat tahu pun dari pensyarah IPG, masa ambik diploma pendidikan di JB tahun lepas.

Menurut pensyarah tersebut, pada zaman dahulu bos kicap Jalen dan Kipas Udang ni berkongsi buat kicap di Johor. Sekarang ni pun memang kedua-dua kicap ni berpangkalan di Johor.

Tapi entah macam mana akhirnya sorang rakan kongsi ni tarik diri dan buat jenama Jalen. Ramuan nak hasilkan kicap ni pun kabornye hampir sama saja.

Benar atau tidak kisah ini tidaklah dapat saye pastikan. Tapi mengikut pensyarah yang mengajar saya itu, orang lama di Johor Bahru tahu yang kicai Jalen dan Kipas Udang itu dulu satu syarikat.

Ape pun, saya pilih kicap Jalen. 

Anda makan kicap jenama ape??

Baca artikel penuh...

Rabu, 16 Oktober 2013

Perihal tauge dan air kencing? - maklumat dari kawan.

Memang pernah juga dengar hal orang hasilkan tauge gune air kencing. Geli kan? Tapi saye tidaklah terus percaye bulat-bulat kabar angin yang tersebar itu. (lagipun memang tak suke tauge)

Name pun khabar angin, berita yang tak pasti. Jadi sebelum buat tuduhan melulu, ade baiknye kite siasat dan cuba bertanya pade mereka yang mahir dalam hal-hal pertanian ni.

Saye telah membace artikel ini.

Tuan punye blog itu (saye panggil wong saje) pade hemat saye memang ahli dalam hal-hal pertanian. Boleh juge bace artikel-artikel lain berkaitan pertanian di blognye seperti video pertanian, kelae sawit dan lain-lain. Nampak macam mudah, tapi kalau takde ilmu, tak alamatnye tak menjadi juge tanam.

Berbalik pade hal air kencing dan tauge itu, nampaknya ianya tak seperti yang kita sangka. Memang kita mudah terpedaya kalau tak ada ilmu dalam bidang berkenaan. Oleh itu, perlulah rajin bertanya dan cari maklumat.

Ape pun, saye memang tak suke tauge. (isteri saye pun same).

Baca artikel penuh...

Khamis, 10 Oktober 2013

Al kisah makan kat kedai bayar RM 6000.

Mula-mula malas juga nak ambik kisah. Sekali imbas terdetik dalam hati,

 "teruk la peniaga sekarang semua nak ambik kesempatan"

Tapi bila belek tajuk berita betul-betul, terkejut beruk juge. Mahal benar caj sampai RM 6000 untuk sarapan pagi? Satu kampung datang makan ke?

Mula-mula memang rasa angin juge satu badan. Melampau benar tuan kedai nak untung cepat.

Tapi bile fikir-fikir, ape 'bangangnye' tuan kedai buat kontroversi sampai macam tu. Tak munasabah juga. Rasa macam ada yang tak kena je.

Sebagai orang yang berniage (walaupun kecil-kecilan aje), kita mesti fikir nak tarik orang lagi ramai datang dan beli produk kite. Tekan harge mahal, memang tobat orang tak beli lagi.

Rombongan 100 orang makan, caj RM 6000. Maksudnye RM60 sorang. Makan ikan patin sungai ke ape?

Tak lama lepas tu, keluar pula berita (maklum balas) dari tuan punya kedai.

Barulah adil kan? Dengar cerita dari kedua-dua belah pihak. Hari tu berita dari pihak pengadu. Hari ni dari tuan punye kedai pula,

Bace sini.


Siap dah buat laporan polis lagi.

“Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan,” katanya kepada pemberita.

Ini bukan sarapan pagi lagi. Ini dah melahap. Dalam berita hari tu tulis sarapan. Dah terbayang dalam kepala ni nasi lemak sorang due bungkus ke, roti canai 3 keping sorang ke, nasi lauk sayur dengan ikan / ayam/ daging  sepinggan ke. Rupe-rupenye lauknye berjenis-jenis.

Memang padanlah kena RM17 satu kepala. Dengan harga barang yang dah naik serba-serbi hari ni.

Tak kisahlah rombongan datuk ke, nenek ke, kaum kerabat ke, kalau dah setuju dengan harga dan yang datang makan pun ramai, kenalah bayar.

Jadi pihak mana yang salah dalam hal ni?


Baca artikel penuh...

Isnin, 15 Julai 2013

Ayam naik harga, tak payah makan ayam?

Senang kan kalau boleh begitu. Kalau dah harga ayam mahal, elakkan makan ayam. Makanlah ikan ke, daging ke. Banyak lagi alternatif lain. Bukan ayam saje boleh dimakan. Banyak lagi benda lain.

Boleh begitu?

Saya bukanlah pandai mana. Jauh sekali hebat seperti menteri. Namun apakan daya. Jawapan pak menteri berkenaan harga ayam ini, minta maaf cakaplah. Tukang kebun yang tak payah belajar tinggi pun boleh cakap (bukan bermaksud menghina pekerjaan tukang kebun ye).

Rujuk sini.

gambar hiasan

Mentaliti seperti ini sangat perlu dielakkan. Kalau beras naik harga pun, kena elak makan beras? Begitu?

Realitinya ayam memang dibeli oleh segenap lapisan masyarakat. Tak kira yang kaya atau yang miskin. Daging ayamlah yang paling murah jika nak dibanding dengan harga 'daging' yang lain seperti lembu, kambing dan ikan.

Nak makan ikan selalu? Boleh cuba tengok harga ikan di pasar macam mana. Mau bergana naik belanja barang dapur.

Nak salahkan siapa?

Kalau nak salahkan peniaga saja, memang tak wajar. Mereka juga adalah pengguna seperti kita. Kalau boleh jual murah, memang akan jual murah. Tapi bila bekalan yang dapat mahal, takkan nak jual dengan harga yang murah. Mereka juga perlu hidup. Nak sara keluarga.

Adakah benar kos ternak ayam naik? Atau sengaja harga dinaikkan untuk orang tengah dan penternak ayam dapat untung berganda?

Mereka yang berpendapatan tinggi, apalah sangat dengan harga RM9 untuk sekilo ayam kan? Tapi yang berpendapatan sederhana dan rendah, memang sangat terkesan. Baca artikel penuh...

Ahad, 17 Februari 2013

Resepi Jeli Kelapa

Lama bercuti blogging. Cuti sekolah memang bercuti sakan.

Kali ni nak kongsi resepi jeli kelapa. Pernah makan jeli kelapa?

Jeli kelapa ni nak buat tak susah sangat. Nak senang, beli saje serbuk jeli kelapa (keluaran happy grass kot) dan ikut arahannye. Mesti jadi punya.

Yang saya nak kongsi kali ni adalah cara buat guna agar-agar, yang jaring-jaring macam sarang burung tu. Saya berani nak kongsi sebab dah menjadi, dan buat jual juge. Hantar ke warung dengan koperasi sekolah. Dapatlah juga tambah duit minyak kereta.

Bahan yang diperlukan:
-Agar-agar ( lebih kurang 25 gram) Kalau beli timbang dapat dalam RM2 saje.
-Air kelapa + air (+-5 liter) nak sedap lebihkan lagi bahagian air kelapa. Biasanya saya guna 4-5 biji kelapa. Kalau nak guna 2 biji pun boleh, cuma rasanya kurang 'ummpphhh!' (saya guna 1.5 liter air kelapa)
-Isi kelapa. Dapatkan isi yang lembut, jangan isi kelapa tua yang keras.
-Gula 500 gram. Tambah gula lagi kalau nak manis.
-Daun pandan. Bagi bau jeli sedap.

Baca artikel penuh...

Selasa, 2 Oktober 2012

Resepi Paprik Ayam saye.

Hari ni terasa nak makan paprik ayam. Kalau pergi makan malam di kedai pun, paprik ayam antara menu yang selalu dipesan.

Tapi disebabkan poket yang kerinng saje sejak beberapa bulan ni, kena la juga masak paprik ayam.

Resepinya? Cari saje di internet, ada banyak versi.

Resepi paprik ayam saya:

Ayam 3-4 ketul. Kalau boleh bahagian isi.
Bawang merah.
Bawang putih
Bawang besar
Cili padi (nak pedas, letak la banyak)
Lobak merah
Kacang buncis / kacang panjang
Tomato
Sos cili
Sos tomato
Kicap manis
Sos tiram
Garam
Gula
Daun limau purut (2 helai)
Sebatang serai (kasi hantam saja bagi penyek haha)

Baca artikel penuh...

Selasa, 14 Ogos 2012

Masak rendang sedap?

Kali ini masak rendang. Rasanya kali terakhir masak rendang masa bujang dahulu. Sempat juga bagi bakal mak mertua rasa rendang ni. (sekarang ni dah jadi mak mertua lah..)

Resepi dan cara masaknya mudah. Memang mudah sangat. Resepi ini dapat dari saifulislam.com. Sebelum itu memang tak pernah masak rendang pun. Main redah saje ikut resepi dan cara memasak yang disyorkan.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam. Lebih elok ayam yang pejal macam ayam tua atau ayam kampung.
4 helai daun kunyit, dibuang empulurnya dan dihiris halus
4 batang serai, dititik (dihiris) halus
5 biji bawang merah saiz sederhana atau 2 biji bawang besar
1 inci halia
1 ketul lengkuas. Seeloknya cari lengkuas yang masih merah. Lembut dan wangi baunya.
4 sudu besar kelapa kerisik
15 biji cili kering (ubah suai mengikut tahap kepedasan) direndam air panas dan dikisar lumat
Sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk lumat
3 sudu besar gula merah atau boleh digantikan dengan gula pasir
2 kotak santan segera (atau 4 cawan santan pekat)
Garam secukup rasa

Baca artikel penuh...

Isnin, 30 Julai 2012

Lempeng Jala Gulung Sayur!

Ini satu kuih yang diajar ole nyaie (nenek) bulan Ramadhan kali ini.

Sebelum ini cuma makan roti jala cicah kuah kari. Tak terfikir pun nak gulung roti jala dengan sayur jadi popia.

Tak susah mana pun nak buat. Cuma leceh sedikit. Roti jala ini pun saya jual semasa bulan puasa. RM1 dapat 4.

Bahan bahan memasak.

Baca artikel penuh...

Ahad, 29 Julai 2012

Teka harga sarapan?

Jangan salah sangka wahai kakak-kakak dan abang-abang.

Saya masih berpuasa...

Gambar makanan di bawah diambil sebelum bulan ramadhan.

Lontong darat / lontong kering.
Kandungan dalam lontong darat yang dibeli ini adalah : nasi himpit, serunding, sambal, sedikit sambal goreng (sayur, tempe, tauhu, su'un), seketul ayam.

Baca artikel penuh...

Khamis, 26 Julai 2012

Resepi Bubur Nasi saye

Menu ini mudah saje benarnya nak sediakan. Sesuailah dengan orang yang tak berapa pandai masak macam saye ini. Tak perlu nak jenguk selalu. Cuma kena kacau-kacau sikit buburnye.

Bubur ini saya masak untuk dijual pada bulan Ramadhan ini.

Bahan yang diperlukan:
Beras 2 cawan
Air (lebih kurang 5 liter)
Ikan bilis lebih kurang segenggam - tumbuk halus
Halia seinci - tumbuk halus
Lada sulah lebih kurang 15-20 biji - tumbuk halus
Bunga lawang 1 biji
Kulit kayu manis 1
4-5 biji bawang kecil goreng (dipotong halus-halus dan goreng). Jangan guna bawang goreng yang dibeli.
Daun sup - dihiris halus.
Garam 2 sudu teh (bukan sudu besar ye)

Baca artikel penuh...

Isnin, 23 Julai 2012

Sambal Kicap Sedap

Kalau di kawasan yang ramai orang Jawa, sambal kicap memang sudah jadi sinonim.  Contohnya di Selangor dan Johor.

Saya sendiri merupakan peminat sambal kicap.

Bagi yang tak pernah makan, sambal kicap ni  jadi pencecah kepada makanan. Biasanya yang goreng-goreng macam tempe goreng, cucur, keledek goreng, apa-apa lagilah yang difikirkan sesuai. Tak kurang juga sambal kicap jadi penambah perisa pada sup.

Ikut selera dan tembolok masing-masing. 

Bila berhijrah ke KL satu masa dulu, sambal kicap sangat dirindui. Sebab tak semua tempat di KL ada.

Jadi bila sudah duduk rumah sewa, 'gian' punya pasal nak makan, kenalah buat sendiri.

Bahan-bahan? Mudah saja.

Kalau sudah namanya malas sangat, tumbuk cili padi, kemudian campur dengan kicap manis. Tambah gula sikit untuk rasa manis. Selesai.

Tapi cara saya buat sambal kicap lain sikit. Dapat setelah bertandang ke rumah seorang kawan, ibunya yang ajar.

Bahan yang saya gunakan:
Cili padi 20 biji (hantu pedas..tak mahu pedas sangat kurangkan cili padi)
Bawang putih 3 - 4 ulas.
Bawang merah kecil 5 (saya suka rasa manis bawang) boleh juga ganti dengan bawang besar. Tapi janganlah banyak sangat.
*(gabungan cili padi, bawang putih dan bawang bergantung kepada selera masing-masing)
Kicap manis.
Gula pasir.

Cili padi, bawang putih dan bawang saya goreng terlebih dulu. Taklah lama. Dalam seminit dua. Dengan cara goreng, sambal boleh tahan lama sikit kalau tak ada peti sejuk nak simpan. Hati-hati goreng lada. takut lada jadi roket tembak muka (meletup).

Baca artikel penuh...

Khamis, 22 September 2011

Jangan makan ikan keli!!!


Jangan melatah. Saya sebenarnya peminat ikan keli. Lagi-lagi kalau ikan keli goreng, masak sambal...Sedap....


Saya terbaca berkenaan ikan keli di sini.

Tak tahulah setakat mana kebenarannya. Nak kata tak betul pun, perkara seperti itu memang boleh berlaku. Pernah dulu kecoh kes ikan patin diberi makan benda yang tidak halal. Jadi hal yang sama juga boleh terjadi pada ikan keli.

Nampak di sini, pentingnya ada usahawan di kalangan umat Islam, dan usahawan itu juga perlu jujur menjalankan perniagaannya.

p/s: teliti dalam halal dan haram tentang makanan itu perlu supaya jasmani dan rohani kita bersih..


Baca artikel penuh...

Khamis, 8 April 2010

Mari memasak lagi

Kadang-kadang memasak juga boleh meredakan tekanan setelah pening kepala memikirkan kerja-kerja di sekolah. Menu kali ini ialah rendang ayam. Resepi dan cara memasak ini saya temui di saifulislam.com.

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam (organik, kampung, atau ayam yang agak pejal isinya)
4 helai daun kunyit, dibuang empulurnya dan dihiris halus
5 batang serai, dititik (dihiris) halus
5 biji bawang merah saiz sederhana atau 2 biji bawang besar, dimayang halus
1 inci halia, juga dihiris halus
1 ketul lengkuas, dihiris kepingan
4 sudu besar kelapa kerisik
15 biji cili kering (ubah suai mengikut tahap kepedasan) direndam air panas dan dikisar lumat
Sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk lumat
3 sudu besar gula merah
2 kotak santan segera (atau 4 cawan santan pekat)
Garam secukup rasa

Mula memasak


Setelah siap

Cara memasaknya mudah saja. Cuma gaulkan semua bahan dan masak di atas api yang kecil. Cuma saya terleka lambat mengeluarkan ayam setelah masak, jadi ayamnya agak hancur. Namun masih selamat dimakan. Rendangnya gelap kerana saya gunakan gula merah.

Gula merah dimasukkan setelah pecah minyak

Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...