Isnin, 2 Mac 2009

Saye berjaya memasak rendang....

Hari Sabtu yang lepas, saya memberanikan diri mencuba resepi baru untuk dimasak. Kebetulan pula terjumpa resepi rendang ayam di internet...Melihatkan cara memasaknya yang mudah, resepi dicuba tanpa berlengah lagi...

Bahan yang diperlukan...

1 ekor ayam (organik, kampung, atau ayam yang agak pejal isinya)
4 helai daun kunyit, dibuang empulurnya dan dihiris halus
5 batang serai, dititik (dihiris) halus
5 biji bawang merah saiz sederhana atau 2 biji bawang besar, dimayang halus
1 inci halia, juga dihiris halus
1 ketul lengkuas, dihiris kepingan
4 sudu besar kelapa kerisik
15 biji cili kering (ubah suai mengikut tahap kepedasan) direndam air panas dan dikisar lumat
Sedikit serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk lumat
3 sudu besar gula merah
2 kotak santan segera (atau 4 cawan santan pekat)
Garam secukup rasa

Cara saya masak....

Bahan-bahan dimasukkan dalam kuali termasuk santan, kerisik dan cili yang dikisar. Kacau hingga rata dan panaskan dengan api yang sederhana. Tidak perlu kacau terlalu kerap, takut isi ayam hancur. Cuma saya diingatkan supaya tidak membiarkan ayam melekat di kuali...Nanti hangit, lain sikit rasa...Bila sudah pecah minyak, masukkan gula merah dengan garam. Masak hingga kuahnya kering (ikut suka la nak kering macam mana)

Tahap kepedasan bergantung kepada berapa banyak cili yang digunakan. Kalau mahu pedas, lebihkan cili atau boleh tambah cili padi.

gambar dari blog pemberi resepi.....

Hasilnya lebih kurang seperti gambar di atas. Seperti yang dijangka, lauk rendang ini tidak bertahan lama apabila habis dibaham oleh "makhluk" tuhan yang kelaparan di rumah ini..Rasanya sedap juga jika dimakan bersama pulut kuning..Di lain hari, saya mahu mencuba resepi pulut kuning dan rendang yang lain pula. Masalahnya perlu ada alat pengukus jika mahu masak pulut....

Sebenarnya resepi ini saya jumpa di saifulislam.com (resepi rendang negeri Perak agaknye). Cara masak yang mudah ini rasanya sesuai sangat bila kena masa malas. Cuma leceh sedikit hendak cari barang seperti lengkuas dan daun kunyit yang selalu sahaja kehabisan di kawasan bandar.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bravo la pojie.. =)
bila nak hulur ke sini sikit..
macam sedap jerk..huhu..

Haniza berkata...

hehehehe rajinnye memasang.calon suami yang bagus kepada sesiapa yang berkenaan ye..

ain fadzal berkata...

dasat2...

kagum aku.

fauzi berkata...

NIeza - takut tak gamak nak makan je. kat rumah aku ni lain...ape yg di masak, habis je dimakan..

Haniza - ai tolong promote ke...dah nak jimat duit, kena la masak...

ain - tak dasat..sbb bukan pelik pun.

alifmimyanun berkata...

ain kagum sebab die tak pandai memasak. walaupun semudah dadih.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...