Isnin, 12 Mac 2012

Tembelang Hai-O? Premium Beautiful?

Saya ada membaca artikel di blog matjoe tentang Hai O.

Mat Joe ini tak kenal pun saya. Cuma saya ada meninggalkan komen dan respon di situ.

Cuma akhir-akhir ini semakin banyak komen yang menceritakan bagaimana Leader Hai O ini giat menjalankan "kelentong" mereka untuk menarik ahli baru.

Boleh cuba baca komen-komen itu

http://www.matjoe.com/2011/03/tembelang-premium-beautiful-dan-bio.html

Daripada komen-komen yang diberikan, kebanyakan leader Hai ) menggunakan tipu helah dan tidak memberitahu perkara yang jelas dan sebenar kepada downlione mereka.

Kebanyakannya terpedaya dengan janji manis dan jumlah pendapatan yang tinggi. Kononnya ada yang mencecah hingga RM 200k sebulan.

Namun pendapatan yang banyak itu datangnya hasil pembelian "fast track" yang dilakukan oleh kebanyakan downline yang terpedaya (ada yang menyertai dengan pembelian pertama hingga RM 20k).

Ramai yang buat pinjaman di bank, dan akhirnya membayar ansuran untuk produk yang susah nak dijual...

Tak terkecuali juga ada komen yang mendedahkan leader mengajar agen untuk melakukan helah (menipu la tu!) untuk menarik prospek baru menyertai sebagai downline. Antara tarikan yang sering digunakan ilalah menunjukkan kemewahan - kereta besar, baru, jam mahal, makan di tempat yang mahal (tak tentu sedap lagi), baju berjenama dan mahal, tunjuk cek beribu-ribu, dan macam-macam lagi.

Pendekatan sebegitu banyak diamalkan oleh MLM lain di Malaysia.

Ini tak sembang lagi pasal hal patuh syariah....

Moral: mari kita berusaha mencari rezeki yang halal dan berkat.

3 ulasan:

APAN berkata...

banyak sangat komen pun dalam tu...aku baca komen yg ada muka ko je...gayanya mcm ada unsur x nak mengaku salah dlm tu.ada lagi yg mudah percaya ek...inilah slh satu kebaikan main blog, blh baca mende2 gini.kalau x,aku pun xtau kot :)

Nur Fauzi berkata...

masa awal-awal tu komen biasa2 je.
ade yang backup hai o lagi.
tapi dah nak hujung2 tu, ade yang pernah join cerita macam mana upline die ajar.
memang nampak la tak puas hatinye, sebab diajar menipu kawan.

benda macam ni elok dikongsi same2, bagi pengajaran pada yang belum terkena. sebab rasanye benda macam ni aktif lagi sekarang.

Tanpa Nama berkata...

yup...siap ajar suruh buat TIPU SUNAT lagi bila nak tarik ahli baru....

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...