Rabu, 7 Mac 2012

Bob (KU2) / Bob Kuman taubat

 Dengar dan tonton dulu video di bawah.



Hakikatnya, kalau kita dengar isi hati saudara Bob, itu yang berlaku pada majoriti artis di Malaysia.

Tak solat. Tahu pasal solat, tapi tak solat. Ramai yang begini.

Tapi malangnya golongan yang sebegini yang menjadi pujaan dalam masyarakat kita sekarang.

Kita gembira?

Kalau anda buat carian di internet, pasti akan terjumpa dengan blog yang mengutuk dan menyindir perubahan Bob. Gambarnya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan agak kontroersi dan menjadi buah mulut.

Ada yang menyindir
" kalau taubat je, jumpa orang PAS. Takde orang lain ke nak jumpa? "

" lepas ni Bob Kuman ni jadi Ustat segera macam Bob lokman pulak la "

Di cemuh kerana taubat?

Dalam ramai orang meraikan golongan artis yang bertaubat ini, tidak kurang juga ada yang tidak suka, malah ada yang mengeji mereka. Semuanya kerana perubahan serta haluan yang mereka pilih selepas bertaubat.
(sekadar memberi beberapa contoh)

Catriona Ross
Sekarang aktif dijemput menjelaskan kesedarannya kepada orang ramai. Malangnya ada yang menuduhnya bercakap kerana diupah oleh orang "hijau" / "bulan". Hanya kerana dijemput dalam program yang turut disertai oleh tokoh dari PR, teruk dikritik. Pernah digelar "ustazah jadian". Pernah jemputan ceramahnya dibatalkan, ekoran dituduh sebagai ahli PKR.

Namun dia redha dan tetap dengan penghijrahan dirinya. Amat malang bagi yang berfikir dia berubah kerana mendapat imbuhan daripada parti PR. Kalau dia sertai parti politik macam PAS atau PKR pun, apa masalahnya. Itu hak dia untuk memilih. Siapa kita nak buat keputusan untuk dia.

Kumpulan Maulid
Terdiri daripada gabungan beberapa kumpulan vokal terkemuka tanah air. Ada diantara mereka yang menceritakan rakan-rakan menjauhkan diri dari mereka. Ada juga yang tidak menerima perubahan mereka, walaupun mereka berubah ke arah yang lebih baik.

Bob Lokman
Bob lokman antara mereka yang mendapat kritikan paing hebat lantaran langkah beraninya mengisytiharkan dirinya menyertai PAS. Beliau aktif menyampaikan ceramah dan berkongsi kisah hidupnya serta perubahannya kepada masyarakat. Namun banyak pihak yang tak senang duduk kerana Bob Lokman menyertai PAS. Cercaan, makian dilemparkan, walhal apa yang diceritakan, disampaikan oleh beliau adalah realiti yang berlaku. Turut tidak puas hati segelintir rakan-rakan artisnya dahulu, termasuklah Awie. 

Bob Lokman juga didakwa oleh JAIS menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Walhal ramai yang mengetahui, tauliah itu bukan sebab utama penahanannya, tapi disebabkan nama PAS yang dibawa.


Persoalan: Mengapa mereka yang berhijrah ke arah kebaikan, tambahan lagi apabila menyatakan secara terang menyokong PR, dicemuh, disindir, disekat, dan macam-macam lagi. Tapi artis yang umumkan menyokong BN (tapi dalam masa yang sama hanyut dengan hedonisme) tak pula jadi perhatian.

6 ulasan:

APAN berkata...

menarik...sebelum ni ada dengar dia call ustaz azhar...semakin ramai nampaknya :)

Nur Fauzi berkata...

dia ada telefon ustaz azhar.
kalau carik gambar kat internet, ade gambar dia jumpa TG Nik Aziz, tapi ade je la blog yang lekehkan Bob tu jumpa TG Nik Aziz. Biasanya blog penyokong kuat BN

aReLaN berkata...

yang tu memang aku tak paham.orang berubah ke arah kebaikan gak yang salah.pe la nak jadi ngan masyarakat skang ni.hmmmm

Nur Fauzi berkata...

iasalah nak berubah
macam-macam halangan datang
jadi jahat senang...nak jadi baik ni banyak usaha kena buat

ROJAK berkata...

susahnya nak jadi baik sampaikan bini bob nak cerai sebab nakkan bob jadi macam dulu. semoga lebih ramai lagi artis yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat

msredcheesecake berkata...

Fenomena skang.... Yg buat salah dipuja, yg buat baik dikritik negatif....

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...