Khamis, 26 Julai 2012

Resepi Bubur Nasi saye

Menu ini mudah saje benarnya nak sediakan. Sesuailah dengan orang yang tak berapa pandai masak macam saye ini. Tak perlu nak jenguk selalu. Cuma kena kacau-kacau sikit buburnye.

Bubur ini saya masak untuk dijual pada bulan Ramadhan ini.

Bahan yang diperlukan:
Beras 2 cawan
Air (lebih kurang 5 liter)
Ikan bilis lebih kurang segenggam - tumbuk halus
Halia seinci - tumbuk halus
Lada sulah lebih kurang 15-20 biji - tumbuk halus
Bunga lawang 1 biji
Kulit kayu manis 1
4-5 biji bawang kecil goreng (dipotong halus-halus dan goreng). Jangan guna bawang goreng yang dibeli.
Daun sup - dihiris halus.
Garam 2 sudu teh (bukan sudu besar ye)




Hiasan atas bubur:
Dua ketul isi ayam (bahagian dada). Goreng dan potong kecil-kecil.
Ikan bilis goreng.
Bawang goreng.
Daun sup.
Telur goreng (potong kecil)

Cara masak tidaklah rumit mana.

Basuh beras dan isi air lebih kurang 5 liter dalam periuk. Masak atas api yang sederhana.


Ikan bilis, lada sulah dan halia ditumbuk bersama hingga lumat


Bahan yang ditumbuk lumat kemudian digaulkan dalam periuk.


Masukkan bunga lawang dan kayu manis.


Garam 2 sudu teh (atau mengikut tahap masin masing-masing). Gaul sebati.

Kemudian tinggal bubur hingga masak. Sesekali kacau-kacau bubur dalam periuk. Biarkan atas api yang sederhana lebih kurang dua jam.

Setelah bubur masak, masukkan bawang yang telah digoreng beserta daun sup yang dihiris. Kemudian gaulkan.


Satu periuk bubur tadi boleh memuatkan lebih kurang 13 bekas bubur. Tapi saya cuma isi 10 bekas untuk jual. Bakinya jadi menu berbuka puasa.

Bahan hiasan (daun sup, bawang goreng, bilis goreng, telur goreng dan ayam goreng) ditabur mengikut citarasa atas bubur nasi tadi.

Sebekas dijual dengan harga RM1 sahaja. Murah?

Senang kan? Taklah susah mana pun.

Resepi boleh diolah ikut citarasa sendiri. Kalau nak tambah lobak merah ke, daging ke, ayam ke dalam bubur pun boleh.

Sedap juga dimakan bersama sambal kicap.

Nak cuba buat?

6 ulasan:

APAN berkata...

wah...kalau sampai beniaga kat bazaar, kira top gak la bubur ni. org sembarangan xkan berani nak jual kat org awam kot...
murah siot...rm1 je...bgus bro...kalau ada kat bazaar ktn, nak gak aku mencari. hehe...

bro, gambo2 yg ko masukkan ni, bg aku agak "mahal". bubuh la watermark kat gambo ko tu. tp kalau ko x kisah org nak guna, len la...

Nur Fauzi berkata...

ehh..ni bukan niaga kat bazar. kat depan rumah saje. ade jugak orang ajak kongsi takpak. murah je. tapi memandangkan leceh nak berangkut meja dgn kos minyak kereta lagi, tak jadi.

Kat sini kampung, jual mahal-mahal takde orang beli. Lagipun sambil2 sedekah.Kalau orang bawak RM4, boleh dapat 4 bekas, makan ramai2.

Kalau depan rumah ni, ade la masa rehat2 kejap. sempat bace quran 2-3 muke. siap boleh terlelap kat kerusi malas haha.

watermark tu, nanti eden pikirkan. tak kisah je orang nak guna gambar ni.

roha berkata...

nak cuba lahh

Nur Fauzi berkata...

nak buat jual ke?
kalau nak buat pakai periuk nasi tu, rase 1 pot beras pun dah cukup.

lekaspena berkata...

Nak cuba jgk lahh...tq bro

Nur Fauzi berkata...

silekan. resepi mudah aje ni....

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...