Selasa, 24 Julai 2012

Berniaga bulan Ramadhan

Sempat blogwalking ke blog sharinginfoz dan eyriqazz. ( blogger hebat. blog pun ramai pelawat..apelah takat nak banding dengan blog cabuk ni.)

Cerita tentang bazar ramadhan sekitar Lembah Klang. Memanglah meriah, kerana kepadatan penduduk di sana yang tinggi. Alhamdulillah jadi rezeki pada mereka yang berniaga di sana. Pejam celik, sudah hampir dua tahun tinggalkan KL.

Saya nun jauh di selatan belum berkesempatan menjelajah mana-mana bazar ramadhan.

Sebab 'gatal-gatal' menganggur di rumah, Ramadhan kali ini saya cuba berniaga depan rumah. Gerai pun kecil saja. Lebih kurang besar meja guru di dalam kelas.

Alhamdulillah ada dua lagi gerai buka sama di sebelah.

 Bubur nasi. Nyaie (nenek) isteri saya yang ajar cara sediakan. Bubur dijual cuma RM1 untuk sebekas.



Nasi goreng RM2.

Makanan dimasak sendiri di rumah. Kena masak molek-molek. Nak bagi orang makan, biarlah yang baik-baik kan? Untung dapat, pahala pun dapat.

Pakcik saya juala air kelapa. Dadih dengan jeli kelapa tu saya yang jual. Air kelapa segar. Pagi belah kelapa, petang baru jual. Maklumlah keliling rumah pokok kelapa. Cuma kene rajin petik dan belah. Jeli kelapa pun guna 90% air kelapa muda. 

Nampaknya gerai murtabak di sebelah menjadi tumpuan dalam 3 gerai yang berniga sebelah masjid ni. Alhamdulillah rezeki masing-masing..

Untung banyak ke?

Komuniti di kampung ni tak ramai. Untuk gerai yang kecik macam saya ni, dapat hasil jualan RM40 pun sudah cukup bersyukur. Banyak dah tu...

Sementara 'melangok' duduk rumah menunggu surat 'posting' ke sekolah yang entah bila nak tiba, baik juga belajar berniaga kecil-kecilan.

Dapat juga latih tangan yang 'pengkor' ini memasak di dapur.




5 ulasan:

|| a - j . E . E || berkata...

selamat berniaga!! and selamat berpuasa la yang pastinya.. :)

Sharinginfoz berkata...

selamat berniaga, seronok gak berniaga ya, anyway thanks for mentioning my blog, anyway tak le hebat, suka-suka aja berblogging

nurfauzi berkata...

Baru nak belajar berniaga. sebelum ni masak makan sendiri aje. kali ini cuba2 jual.

APAN berkata...

menarik gak aktiviti ko di bulan pose ni...yg penting kita happy ngan apa yg kita buat...

nurfauzi berkata...

hujung minggu ni tak berniaga haha. balik kampung jalan-jalan.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...