Sangsi juga dengan produk herba prima jus mate 5. Ada di kalangan ahli keluarga yang sudah beli dan gunakan jus mate 5 ini.
Memang beratnya turun dari 100 kg + hingga ke 70kg+-.
Produk itu berkesan?
Cuba lihat aturan makan pada kotak Jus Mate 5 tu. Bagaimana cara makan yang disyorkan?
Cuba buat carian di internet. Mesti boleh jumpa.
Ada disebutkan di situ, jangan makan makanan berlemak, banyakkan minum air suam, jangan minum air yang manis, ambil separuh hidangan biasa, bla bla bla.
Dan satu lagi, lakukan senaman.
Pendek kata, di samping mengambil jus mate 5, perlu jaga makan dan bersenam.
Tak boleh setakat minum jus mate 5, tapi makan larung macam biasa, tak bersenam.
Pengalaman tengok orang yang makan jus mate 5, orang itu kurus bukan disebabkan jus itu, tapi disebabkan disiplin jaga makan dan bersenam.
Kalau tak makan jus mate 5, tapi amalkan cara pemakanan dan senaman yang betul, mesti boleh turun berat badan.
Cuma, rasanya mereka yang dah terbeli jus tu mungkin rasa sayang sebab dah habis banyak duit. Jadi nak taknak mesti ikut juga cara pemakanan yang disyorkan.
Bukan niat nak mendengki, tabur pasir pada periuk nasi orang. Tapi cuba kita fikir, kenapa mesti bayar mahal-mahal, sedangkan cara penurunan berat bdan tu kita boleh lakukan sendiri. Cuma kuncinya ialah disiplin.
Belilah jus apa pun, kalau tak disiplin jaga makan memang tak jadi.
Bukan jus mate 5 saja, banyak lagi produk pelangsingan bentuk minuman ni sarankan perkara yang hampir sama. Jaga makan, kurangkan gula dan bersenam.
Pergilah ke slim world ke, mesti dinasihatkan pasal pemakanan dan gaya hidup.
Harga
Harga bagi JM5 itu pun, rasanya mahal. Berapa harga sekotak? Rm200 untuk sekotak.
Siapa yang mampu, beli lah..Itu duit kamu.
Tapi bagi saya, bazir beli kalau kita boleh disiplin sendiri. Tapi kalau dah beli, kena juga jaga makan semua tu. Baik tak payah beli kan?
Pasal hal berkenaan pelan MLM yang dijalankan, rasanya tak perlu ulas panjang. Ringkasnya herba prima tak patuh garis panduan mlm syariah JAKIM.
Tambahan:(25.01.2012)
Rasanya artikel ini ramai yang jenguk sejak kebelakangan ini.
Kepada yang mahu kurus dan mahu beli Jus Mate 5, saya cadangkan batalkan hasrat itu. Kamu boleh cari produk lain yang jauh lebih murah. JM5 rm200 baru sekotak, produk fiber lain ade yang RM150 dapat 3 kotak.
Ataupun jaga cara pemakanan dan banyakkan bersenam / bergerak. Peringkat permulaa, apa kata tukar minuman kita kepada air masak @ air mineral saja dari pagi hingga ke malam. Hidangan pun kurang kan separuh. Jangan makan makanan ringan.
Mesti turun punya berat badan. Tak payah makan JM5 pun boleh.
Berkenaan pelan pemasaran Herba Prima pulak, sudah terang nyata menyalahi garis panduan MLM Syariah JAKIM. Kalau degil jugak nak teruskan buat marketing herba prima ni, jawab sendiri dalam kubur nanti. Tugas saya nak ingakan dah selesai.
Tak kira la buat MLM herba prima ni kita dapat pakai keta besar macam Volkswagen ke, Mercedes ke, beli Exora ke. Atau duit bonus herba prima ni kita bagi sedekah, beli limau bagi orang ke, wang kita dapat melalui MLM yang tak patuh syariah adalah haram...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Isnin, 28 November 2011
Jus mate 5, herba prima, Dr Rozmey - tipu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
45 ulasan:
betul gak tu...beli mhl2 tpi pntang sama je mcm pantang nak kurus kalau x beli pun...
x penah terpikir lak aku.lagipun mmg aku x berminat ngan produk ni...
boleh kata tiap hari ada je testimonial pelanggan dlm paper...
naik menyampah pun ada....
haha...
oleh itu, amalkan hidup yang sihat tak payah bazir duit beli jusmet lima
semua tue sycho je..kl xminum JM5 dan kita disiplin dpt jgk turunkan badan..tp ramai kot yg terpengaruh n beli..
strong will power! that is the main key
macam den ni, tlak tempe goreng cecah sambal kecap pun dah kalah huhu
bro sekalian....jus mate tu penuh dengan serat...serat ni membantu meyerap lemak....kalo xmakan macam jaga pemakanan tu...6 bulan baru nmpak hasil...tp dengan bantuan jus mate...6 hari ada kesan dah...xcaya cuba la....
tanpa nama lagi?
thank you for reading
even it is full with fibre, i still doubt about the MLM system, and also the "too cheap" price
you want to try it, go ahead. it's your money.
i prefer the natural way, balance diet with regular exercise.
disiplin yg penting.kalau x jaga makan n x besenam amik jm5 confirm bdn naik jgk.beli mahal2 watpe.
ada org yg mkn bpinggan tp x gemok..ada yg jaga mkn tp gemok jg.. org mcm ni la y perlukn bantuan jusm5..saya pernh cuba diet sendiri, tiap hari jog..sethn baru turun berat bdn..tp bila cuba jusm5 3 bln turun 12kg...lain org lain pe'el bdnnya..beruntungla org yg blh maintain bdn yg ideal..brsyukur la..
Orang Melayu ke Penulis Blog ni>?. Memang tabiat orang melayu dengki kianat tu tak penah hilang di hati. Pantang la tengok orang melayu senang sikit, berasap kepala otak cari jalan nak jatuhkan. Produk lain tu baik kata awak sbb apa?. sebab dia bukan produk melayu?. atau produk mat salleh.... Tukar la blog awak jadi lebih positif dari dok buat fitnah tak tentu hal.... tanah kubur tunggu awak....
terime kasih. Tanah kubur tunggu kita semua, bukan saya saja.
selamat membaca dan selamat datang ke dunia realiti.
Minda bani melayu..... Kalau nampak melayu lain maju, mulalah cari pelbagai alasan untuk menjatuhkan mereka. Berbeza benar dengan sikap bani cina yang sentiasa bantu membantu.
Untung dengan helah tak perlu dibantu.
Digantung sebab langgar etika doktor, sistem MLM tak patuh syariah, macam2 lagi..nak terus bantu orang begitu?
Untung dengan helah tak perlu dibantu.
Digantung sebab langgar etika doktor, sistem MLM tak patuh syariah, macam2 lagi..nak terus bantu orang begitu?
Cari la berita lain...jatuhkan org melayu je... bangsa asing diagungkan...haprak
Balik-balik modalnye jatuhkan melayu. Patut la tak berkembang sangat kaum melayu. Cuba study sikit berkenaan cara pemakanan dan diet yang betul, tak lupe juge pelan pemasaran mlm mengikut syariah.
Jadi melayu tu biar la banyak baca bahan ilmiah sikit.
actually benda cm ni ssetgah orang mgkin agp cm tipu. tapi sebenarnya produk2 cm ni membantu mempercepatkan proses mengurangkan berat badan. memang betul la kalau pun kte ikut tips2 yang dibagi tu pun kte boleh kurus cuma x sepantas jika kte amek supplement mcm ni kot. and then, jika kte amalkan diet sperti yang disarankan JM5 tnpa mngambil JM5, mungkin mmudaratkan sebab bdan tak cukup tenaga. so produk sperti JM5 ni menggantikan la serat2 yang kte x cukup amek tu disamping memberikan tenaga tambahan tanpa kta perlu mengambil karbohidrat berlebihan sperti nasi. tapi tu la jm5 ni mahal sgt. so banyak lagi produk fiber lain yang lebih murah dan msih membantu proses mengurangkan lemak. jangan terlalu aktifkan sifat yang suka condemn sesama bangsa. dapatkan bukti yang sah bukan bukti yang dikeluarkan dari kata2 kabar angin dan buah fikiran sendiri. fitnah itu dosa.
Cuba pergi jumpa doktor pakar pemakanan dan tanye pasal diet seimbang. Konsep yang diguna kebanyakan produk pelansingan mirip diet atkinsape ke halnye mudarat pulak ikut diet yang disarankan tanpa ambik jm5. Janganlah mengarut sangat.
bagi saya, pasla gantung langgar etika doktor tu bukan isu besar pun. sebab die kene gantung, adalah sebab die tak pegi jadi doktor, dan dia dah promotekan diri sendiri as model jusmate 5 tu. tu je. macam saya, saya belajar engineer, tapi lepas belajar, saye tak minat jadi engineer. saya buke bisnes sendiri. alhamdulillah. kesian dr rozmey, bile die kene gantung, ramai kutuk produk die. padahal produk die takde ape2 pun.
1 lagi, pasal MLM tu, kakak saya jual jusmate jugak. kakak saye takde pulak buat MLM. die beli, die jual. sebab kalau jadi ahli, beli byk2 dpt murah. tu je..
and, kakak saye makan jusmate tu. berat die pun dah turun. yes. memang betul cakap Nur Fauzi tentang diet sihat. memang betul!! tp bagi orang mcm kakak saye, die jenis tak kuat nak die sendiri2 ni. bile ambik jus mate 5 ni, kire die boleh skip lunch la. sbb kalo diet sendiri, die akan mkn lunch bykkkk sgt. wakakakak.
pasal diet atkins tu, memang saye pun pernah buat. tp saye x tahan, rase lembik sgt.. diet atkins tu, yang extreme nye cume 2 minggu pertama. sebab lepas 2 minggu, kite boleh increase level of karbohidrat tu pelan2..
wasalam...
jusmate 5 bukan ikut diet atkins. konsep die same seperti diet sihat, macam ambik mknan kurang kalori semua tu. minum air masak...cume jusmate ni die bantu kite skip lunch (kalau minum jm5 time lunch), or malam. saye selalu minum malam. tgh hari saye mkn macam biase. cume nasik mkn 1 senduk je. malam saye mkn biskut, dengan jusmate 5. lgpun, malam kan kite kene 'dinner like a slave'. hehe.
Bongok la... bisnes ni bukn mlm. Dr. Rozm digntung bkn sbb buat produk slh cuma dia dh x amalkn kerjy sbgi dr tetapi jdi model n buat produk sndiri.. mmg patut pun mahal tgk lh bahan2 yg digunkn dlm jus ni.. cuba compre dgn produk fibre yg rege 15 sekotak bhn2 sma x dgn bhn2 nk buat jusmte 5 ni.. ape la punya blogget
Bukan mlm? Baru keluar gua niah ke ape? Pegi bace marketing plan die.
Siape yang bongok ni sekarang ni?
Dh baca.. dah jadi ahli.. takprnah dipaksa utk cari downline.. klu nk bisnes blh untung atas jualan... sy tak pernah jual produk.. tapi beli produk utk minum sndiri.. berat hilang 20kg.... tak baik ckp tipu sbb sy sndiri guna... tak baik lah biat fitnah.. klu x prnah try jgn ckp yg tak elok.. sy trpnggil nk komen sbb sy prnah try.. dan sy rasa pelik dgn tulisan anda.. bnyk mncurigakan n tulisan berat sblah dan sdkit cuba mnjatuhkan... cuba awk nilai kembali tulisan awk.
Woi pnulis blog yg ntah pape... Positif skit jgn asek nk mnjatohkn.. Ko slayaknye dpggil brfikiran x trbuka dn mnjatuhkn mlayu sdri.. Dasar puak barut cina!
Sentap tak memasal. Gangguan emosi ke hape ni.
Benar apa yg sy bca kt artikal ni.. product yg tak masuk akai skali dgn tuan punya product pon tak masuk akai..
walaupun aq tak pernah guna produk ni aq sokong tanpa nama..ko tak nak guna sudahlah.. jangan nak kutuk plak.. aq sentiasa mengingati diri aq. jangan pernah menganggu business org lain tak kira melayu cina india..tetapi melalui persaingan takpelah.. ni aq tunjuk contoh ehh si xxxxx ni kutuk aq oh tak pelah hilang cust pun tak pe.. apa perasaan korang?? fikir dululah la kawan.. nak kutuk jumpa terus dr rozmey lah.. nasib baik dia tak saman bloger ni semua.. pangkat dr kot mestilah tahap macam ni penah buat kajian..
Kau baru belajar mengeja ke ape?
Balik eja betul-betul la budak. Hijau lagi.
Aslkm saudara2 Islam...belajarlah berkongsi ilmu Dan pendapat dgn fikiran terbuka. Itu lebih baik kan? Tiada keuntungan jika saling bertelagah utk menentukan siapa lebih betul @ pandai. Maafkan sy krn menyampuk di sini.
kan saya guna bahasa short form bkn tak reti mengeja.... tak payah la skema sangat.. btw kalau tersinggung saya mintak maaf kita ssame saudara tak baik bertelingkah.. maaf ye sekali lagi..
http://kabarnesia.com/1744/7-ciri-mlm-yang-halal-dan-patut-anda-coba/
kan saya guna bahasa short form bkn tak reti mengeja.... tak payah la skema sangat.. btw kalau tersinggung saya mintak maaf kita ssame saudara tak baik bertelingkah.. maaf ye sekali lagi..
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/999-garis-panduan-perniagaan-mlm-yang-halal.html
Ni Dr. Zaharudin.. berkaitan MLM yang halal..
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/999-garis-panduan-perniagaan-mlm-yang-halal.html
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/999-garis-panduan-perniagaan-mlm-yang-halal.html
itu yang lama.
Yang terkini rujuk garispanduan MLM syariah JAKIM. Ustaz zaharuddin antara individu terlibat hasilakan garispanduan tersebut. boleh cari dan download percuma.
Semuanya bermula dari mulut...jaga pemakanan...bnykkankn sayur...minum air suam...jimat duit..ekonomi x brp bagus..tok nenek kita x mkn jus pon..alhamdulilahhh sihat ja.
Semua bermula dari mulut...kawal pemakanan...mkn sayur bnyk..air suam
Rajin wat senaman...insyallah sehat..x mkn jus pon x pe....
terfikir plak aku..nie smua suplement makanan utk tubuh kita..sama jgk susu bayi..knape ade susu formula yg dijual ? utk membantu tumbesaran bayi..tp walaumacamana pun pd kotak mesti ade tulis susu ibu adalah yg terbaik..sama jgk kes nie..
Betul tu.. Terpikir jugak, kalau beli mahal2 tapi makan kena betul2 pantang, baik pantang ajer.. Tapi JM5 ni dia wat kita tahan nafsu makan, pendek kata wat perut kita rasa kenyang. Tu orang cakap la.. Tp mulut ni kadang, dah kenyang, still rasa nak makan.. Hahaha.. Pape pun, ikot nasihat, jangan beli.. Kuikuikui.. Beli jus fiber yang murah-murah je, makan, berak, makan, berak.. kurus la nanti tu... haha
Supplement mknn utk tubuh ..jus nate 5 tu supplements ke?
Alaaa,, saya dah terbeli.
Bila baca komen2 ni semua, rasa risau pulak kalau consume, akan effect kesihatan
jangan risau pada yg dah terbeli,produk mcm ni jadi booster utk menguruskan badan,namanya ikhtiar.
Cukuplah sy katakan yg jm5 ni betul2 boleh mmbantu mngurangkan berat bdn sy...mcm2 produk sy dh guna tp ini yg paling serasi.sy x diet ketat dn xbersenam lngsung pun ttp mkn nasi tp sekali sehari dn lebihkan lauk dn sayur2 an.sekotak hmpir 7kg turun.ambk mse yg lama jgk berat nk naik kmbali pd asal hmpir setahun lebih.itupun sbb harga yg agak tinggi pd sy yg kje biasa2 ni.share yg ikhlas dr sy hehe..InshaAllah nk start mula lg..dh ad bjet sikit ni ok peace
org ckp mmg la senang..hehehe... tp bg sesetengah perempuan...dia xboleh diet sendiri tau ... lau diet pg .. ptg atau mlm mesti mkn byk sgt ... lg pon mmg byk supplement lain yg murah... tp kebanyakkan nya ada kdungan yg boleh naikkan lagi berat ..sy ada try yg harga 50hengget ke 100hengget lg membazir duit ... sehari naik sekilo even xmkn apa2 ...senang cite ..anda diet la lau anda rsa kuat ... tp bg org yg xkuat boleh try jm5 ni... sy bkn peomoter.... tp sy slh seorg yg gagal nk diet sendiri2 ya ..tnpa ada 1 sbb ... btl la mcm kata tu beli mahal2 kena la tahan mkn n ikut peraturan dia... tp lau xdak sbb azam byk mna pon lau xjd ... hehehe.. pndapat sy la bg org ppuan kan... ppuan ni pelik sikit
Saya memang perlu makan ubat kurus. Kalau dengan diet sahaja tak jalan. Mungkin faktor umur.
Tanpanama tu nak cakap: takyahla burukkan produk lebih2 kalau tak pernah cuba sendiri.
Lainla kalau awak buat diet tanpa produk... Rekod sama tak berat badan tu turun dengan amik produk? Barulah adil kenyataan blog ni..
Takpe. Mungkin awak muda skg. Senang nak turun. Saya dulu pun camtu. Tunggu la esok dah tua, bila susah nak turun walaupun jaga makan dan bersenam selalu. Haaaa.. masa tu fikirla. Nak amik yg murah tapi ada racun, atau amik produk yg mahal, tapi berkualiti.
Catat Ulasan