Selasa, 13 Disember 2011

Kahwin perempuan zina?

(anda boleh tidak bersetuju dengan saya. Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis)

Anda sebagai seorang lelaki, bagaimana jika pasangan anda mengaku pernah terlanjur?

Bagaimana jika bakal tunang, atau tunang anda mengaku pernah terlanjur dengan orang lain?

Dalam situasi itu, wanita itu benar-benar sudah insaf dan sedar kesilapannya. Sudah taubat nasuha.

Boleh kamu terima? Atau memaafkannya tetapi meninggalkannya?

Apa reaksi kamu?

' Kalau tunang aku, aku tinggal je dia.'

" aku cerai dia kalau aku tau dia buat benda tak senonoh tu dulu"

Itu antara dialog yang pernah saya dengar sendiri dari kalangan kawan-kawan.


Salahkah memilih?

Apa pun pilihan sentiasa di tangan kita. Kita bebas memilih yang terbaik untuk diri kita.

Ya, sebagai lelaki jika anda rasa tertipu, kecewa, marah, anda berhak menolak teman yang sudah terlanjur itu. Itu pilihan anda.

Cuma.

Jangan dikeji, dihina, dimaki, dimarah teman itu.

" kau perempuan jijik." " kau kotor" " perempuan sundal"

Dari sisi pandangan dakwah, mana pergi belas ihsan dan kemanusiaan dalam hati ini kalau kita terus mengeji tanpa memberikan peluang kepada mereka.

Ya, anda sebagai lelaki bebas untuk memilih. Tetapi mengeji dan membiarkan mereka terkapai tanpa bimbingan adalah lebih kejam.

Jika tidak terima, sekurang-kurangnya janganbiar mereka terus hanyut.

Dan lebih penting, aib mereka jangan dibuka, jangan disebar luas. Aib manusia perlu dijaga.

Orang yang diterima taubat oleh Allah itu bersih. Siapa tahu Allah terima taubat mereka? Siap kita untuk terus menilai mereka terpesong jauh, terus bergelumang dengan maksiat?

Bantu mereka.

Ya, anda bebas untuk memilih, tapi jangan dikeji.

Mereka juga berhak untuk hidup seperti insan lain. Apa lagi jika sudah bulat tekad taubat nasuha..

Sebagai lelaki, sanggup kita terima?

Anda sanggup?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...