Rabu, 14 Disember 2011

Jemaah tabligh tak betul?

Mungkin ramai di kalangan pembaca pernah didatangi oleh jemaah tabligh, mengajak anda pergi ke surau / masjid untuk beribadah.

Kebiasaannya mereka datang pada waktu petang. Kalau di kolej kediaman IPTA/IPT,mungkin sebelum maghrib dan juga sebelum masuk Isyak.

Apa reaksi anda ketika itu?

Betulkah apa yang diusahakan?
Usaha dakwah yang dijalankan oleh jemaah tabligh ini tidak ada salahnya. Usaha yang dijalankan ini adalah satu kebaikan kerana mengajak orang kepada kebaikan, bukan berdakwah kepada kejahatan.

Cuma mereka tidak boleh memaksa orang ramai mengikuti mereka. Cara yang seakan mendesak juga perlu dielakkan. Jika didesak, kemungkinan target dakwah akan semakin jauh lagi. Masa yang diluangkan untuk mengajak juga perlulah sesuai. Tak perlu bercerita terlalu panjang meleret. Masing-masing ada urusan yang perlu diselesaikan, jadi ayat promo perlu diringkaskan sedikit. Jika mereka datang ke surau/masjid, itu sudah cukup.

Perlukah keluar berdakwah 3 hari, hingga 40 hari?
Anda sendiri tentukan sama ada perkara itu perlu atau tidak. Apapun, sebelum anda keluar meninggalkan rumah, pastikan orang di bawah tanggungan anda ditinggalkan dalam keadaan yang cukup sepanjang anda tiada. Berdosa hukumnya jika kita tidak menunaikan tanggungjawab kita.

Perkara ini perlu diberi perhatian. Keluarga kita adalah tanggungjawab kita. Jangan terlalu teruja keluar berdakwah, tetapi keluarga terabai. Rasulullah s.a.w keluar berdakwah, tapi baginda juga merupakan seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab.

Saya tak suka jemaah tabligh?
Suka atau tidak, itu bergantung pada individu. Tapi tak perlu kita mencela, menempelak atau memarahi jemaah tabligh yang mengunjungi anda. Kerana pada asasnya, mereka menjalankan usaha dakwah yang orang lain tidak mampu buat. Dakwah adalah tanggungjawab setiap umat Islam. Mereka telah berusaha mengikut cara mereka. Jadi jangan dikeji, dihalau jemaah tabligh yang datang. 

Lagipun kebiasaannya mereka datang secara baik dan bersopan. Jika tidak mahu menerima kunjungan mereka pun, boleh tolak secara baik. InsyaAllah mereka berlapang hati menerima.

Bagi jemaah tabligh
Saya menyokong usaha jemaah tabligh. Kagum juga dengan mereka kerana mampu menggerakkan diri mereka untuk menyeru dakwah. Saya sendiri secara peribadi tak berupaya, dan tidak mempunyai semangat seperti itu.

Cuma mungkin ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki oleh jemaah tabligh yang mahu melakukan ziarah rumah ke rumah dan di masjid. (hasil perbincangan dan pertukaran pendapat dengan rakan ustaz lain)

1. Penampilan diri yang kemas dan bersih. Saya pernah berjumpa dengan jemaah tabligh yang saya rasa kurang kemas penampilannya. Bagaimana nak menarik orang jika penampilan kita tidak menarik? Jika berjanggut sekalipun, boleh dikemaskan, disisir dengan baik. Memakai pakaian yang elok dan kemas serta bersih.
2. Ringkaskan percakapan. Saya pernah berjumpa dengan jemaah tabligh yang percakapannya agak meleret-leret. Isi utamanya mahu ajak ke surau. Tapi nak sampai ke surau itu, sempat singgah di Bali, India, dan macam-macam tempat (yang rasanya tak berkait langsung dengan isi utama).

Lagipun, kita perlu juga meraikan kesibukan tuan rumah. Mungkin mereka agak sibuk semasa dizizrahi. Oleh itu, ringkaskan percakapan anda,

3. Tutur kata menarik. Tutur kata juga perlu menarik dan juga sopan, supaya tuan rumah tidak berkecil hati.

4. Menjaga kebersihan diri dan masjid/surau. Diri kita sebagai pendakwah perlu bersih. Selain itu, masjid yang menjadi tempat persinggahan juga perlu dijaga kebersihannya. Penginapan perlu diatur dengan baik, serta dikemaskan.
Saya pernah mendengar rungutan dari pihak pengurusan masjid, jemaah tabligh yang menginap kurang menjaga kekemasan surau.


Ini adalah pendapat peribadi saya terhadap jemaah tabligh. Saya bersetuju dengan gerakan mereka, cuma mungkin ada beberapa perkara atau isu yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki.

Anda suka jemaah tabligh?

12 ulasan:

aReLaN berkata...

tujuan tabligh mmg baik tp kdg2 xkena. dtg rmi2, singgah rmh pastu ckp meleret2.pdhal kita tuan rmh ni nk kuar mkn ke apa kn.tulah yg smpi kdg2 ble ade je jemaah tabligh dtg ketuk pntu,sme jd mls nk bkk.hmmm

Nur Fauzi berkata...

itu antara perkara yg perlu diberi perhatian.
setiap orang ada privasi masing-masing.

wilham berkata...

mereka kn nk ajak ke masjid.klu ada silap mknanye mereka pun manusia biasa.spttnye bila mn mereka ckp psal agama bkn meleret le nmanye 2..bg le msa ckit utk dngr bkn lma mn pun shingga nk jg sngt privasi.kang nanti izrail yg dtg bleh elak ke..

Nur Fauzi berkata...

Dakwah is clear, but every people have his own privacy.
Even though jemaah tabligh is spreading dakwah, they have to face the situation where people not comfortable with them. not all people can accept it.

Sir,in dakwah time is very important. If they know their visit may cause people feel uncomfortable, they can make just short speech and deliver the main point. get the idea?

when we came and make a visit, it depend to the house owner to accept or not. so they have to respect house owner privacy.


this article is not condemming jemaah tabligh. just a little advice to them to 'a little bit repair' to their dakwah.

get the idea?

Tanpa Nama berkata...

saya sokong tabligh sebab dgn jemaah tabligh ni saya baru tau nak masak nasik dan baru kenal solat walaupun kadang2 tu miss jgk...tp bkn smua itu sempurna..so ada apa kekurangan blh di baiki baik dr segi penampilan dan sebagainya...biasala ada yg suka ada yg x btol x?

Nur Fauzi berkata...

benar itu.

bukan semua orang mampu buat apa yang jemaah tabligh buat. kadang2 masa kita terleka, mereka yang yang jengah rumah ajak kita refresh iman semula.

Kekurangan itu memang biasa. Mana yang termampu baiki sama-sama.

Tanpa Nama berkata...

kalau x nak jumpa dowang tym dowg dtg ziarah korang, terus terang je kat dowg ada privacy. korang nak cakap bohong ke apa ke terpulang pada kowg. tapi sendiri mau igt le. rahmat da dtg kat rumah, x kan nak tolak?

Nur Fauzi berkata...

iye terime kaseh singgah.

ape pun saye fokus kepade perkara yang perlu ditambah baik dalm gerakan tabligh

Tanpa Nama berkata...

X suke tabliq...mmg diowg kua utk kjr pahala...kumpul pahala....mngejar akhirat tp dunia di pelekeh kan...bkn ke kte hdop kna seimbang?? Kuar 40hari tggl kn anak bni.... Ape tu semua?

Nur Fauzi berkata...

tak semua jahli tabligh begitu. saya pernah jumpa ramai jemaah tabligh yang segak, ramah tutur kata dan tak mengabaikan keluarga.
Lagipun bukan selalu keluar 40 hari, dan bukannya wajib pun buat begitu.

Saya menghargai jemaah tabligh hari ini kerana mereka berusaha mengajak manusia ingat kembali pada Allah. Satu kerja yang sausah dilakukan.

Tanpa Nama berkata...

sy penah join n penah sejuk n join n sejuk n now nk join balik. Sampai bila2 jemaah nie x kan boleh elak kekurangan coz sentiasa ada org baru yg join. Cuma nk nasihat pd karkon lama, pleaselah bring the quality of real daei n do not ignore ilmu, n do not simply petik hadis n sampaikan klu x pasti jgn dinisbatkan pd Nabi. Doakan sy n umat.

Unknown berkata...

Ayah sy seorang jemaah tabligh jgak..tp dia punya bisnes .duit rmh sntiasa cukup n alhamdulillah rezeki sntiasa ada

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...