Saya merupakan bakal penjawat awam. Sekarang belum lagi, masih menjalani latihan perguruan di IPG. Apabila lantikan dibuat, saya secara automatik akan dilantik bawah SBPA.
Kecoh sekarang tentang skim ini sebenarnya. Terbaru, CUEPACS tidak bersetuju dengan skim baru ini dan mahu berbincang lagi berkenaan SBPA ini.
Sudah baca maklumat tentang skim ini? Cuba cari di internet, pasti jumpa banyak.
Setelah membaca penerangan tentang SBPA, apa yang melekat dikepala saya adalah kenaikan gaji tahunan, exit policy, dan juga penilaian prestasi.
Penilaian prestasi dan kenaikan gaji serta exit policy.
Secara peribadi, saya berpendapat perkara ini terdedah kepada bias. Mungkin sesuatu boleh dilakukan dengan meneliti cara penilaian dilakukan. Mereka yang berada di prestasi 70% ke bawah akan menghadapi masalah besar, diberi amaran, hinggalah diminta bersara atau diberhentikan. Masalahnya ialah pada penilai. kemungkinan boleh berlaku, mereka yang prestasinya baik, diberi markah yang rendah kerana ada perselisihan dengan ketua. Kaki bodek / kaki kipas boleh dapat markah selamat. Benda ini tak mustahil berlaku sebenarnya.
Bukan tidak bersyukur dengan kenaikan gaji dan gred yang diberikan. Tapi ruang untuk perkaraini dimanipulasi boleh saja berlaku.
Exit policy ini bagi saya bagus juga dibuat. Ini untuk memastikan kakitangan awam terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
Anda ada pendapat lain tentang SPBA?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan