Isnin, 30 Julai 2012

Lempeng Jala Gulung Sayur!

Ini satu kuih yang diajar ole nyaie (nenek) bulan Ramadhan kali ini.

Sebelum ini cuma makan roti jala cicah kuah kari. Tak terfikir pun nak gulung roti jala dengan sayur jadi popia.

Tak susah mana pun nak buat. Cuma leceh sedikit. Roti jala ini pun saya jual semasa bulan puasa. RM1 dapat 4.

Bahan bahan memasak.

Bahan untuk roti jala.
Air
Tepung 500 gram.
Garam (+- 1 sudu kecil)
Sebiji telur
Serbuk kunyit / pewarna kuning.

Bahan sayur
Kacang panjang 4 urat.
Lobak merah 2 inci.
Sebiji lada merah dan 2 biji lada hijau. (lada besar, bukan cili padi)
Sayur kubis (dalam 3 @ 4 helaian..tak perlu banyak)
Dua labu bawang besar. (kalau yang besar, 1 pun cukup)
- Semua bahan di potong kecil-kecil

bawang kecil 3 ulas
bawang putih 2 ulas
segenggam ikan bilis
sebiji / 2 biji cili padi.
- bahan ditumbuk lumat

Tak lupa juga sebiji telur ayam.

Masak sayur
Tumis bahan yang ditumbuk lumat hingga bilis garing. Kemudian masukkan bawang besar. Tumis hingga bawang layu.

Masukkan garam. Kemudian masukkan sayur. Gaulkan sayur sebentar. Pecahkan sebiji telur dalam sayur tadi dan masak sehingga agak kering. Biarkan sayur tidak berkuah.



Masak roti.
Caranya sama seperti menyediakan lempeng.Bancuh bahan yang disediakan. Gaul dengan sebati. jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair. Untuk elakkan tepung berketul-ketul, boleh gunakan mixer atau masukkan bancuhan tepung ke dalam blender dan kisar.



Goreng roti jala atas kuali leper. Ikut sukalah nak saiznya besar atau kecil, janji bentuknya macam jala. Sementara menunggu lempeng jala masak, renjiskan sedikit minyak atas lempeng. Ini untuk elakkan roti melekat apabila diletak bertimpa-timpa.

Bila sudah siap, gulung lempeng jala dengan sayur sebagai inti. Macam gulung popia jugalah.


Kalau saya buat, 500 gram tepung boleh dapat sekitar 30-35 gulung lempeng jala.

Senang kan?

Bolehlah cuba buat. Boleh juga kalau nak tambah bahan lain sebagai inti. Nak sedap lagi, boleh tambah daging atau pun ayam. Ikut citarasa masing-masing.

2 ulasan:

|| a - j . E . E || berkata...

cer ko tambah susu cair sket dalam bancuhan roti jala tu.. bertambah lemak nye nanti.. eh tp aku cakap sikit tu makna nya memang sikit la.. agak2 1 sudu besar je utk 500 g tepung.. :)

Nur Fauzi berkata...

Mak mertua aku ade jugak cakap. sekali dah siap goreng semua baru teringat daaa....

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...