Sabtu, 19 November 2011

Score A haram? tipu? scam?

(Mereka yang rasa panas hati dinasihatkan segera menekan butang ALT dan F4 serentak)


Satu hari ada yang bertanya berkenaan dengan MLM score A.

Score A patuh garis panduan jakim tak ustat?

score A ni haram ke? Score A scam? score A tipu?

Kalau mengikut undang-undang sivil di Malaysia, perniagaan score A tiada masalah kerana telah mendapat lesen dan kebenaran.

Score A telah melantik Panel Penasihat Syariah (PPS) untuk meneliti pelan pemasaran program berkenaan. Dua orang PPS telah dilantik iaitu  dan Azizi Che Seman.
Untuk makluman, Azizi Che Seman adalah guru saya semasa di IPT beberapa tahun yang lalu.

Anda boleh baca berkenaan Penilaian Patuh Syariah Score A di sini. Begitu juga dengan sedikit penjelasan di sini.

Saya sudah membaca kandungan tersebut.

Namun ada di beberapa sudut yang saya tidak bersetuju.


Bagi produk, saya tidak mempunyai keraguan tentang perkara tersebut. Produknya adalah sah dan memang boleh memberi manfaat. Tuisyen online memang menjadi salah satu cara belajar masa kini. Selain score A, banyak lagi syarikat lain yang menjual perkhidmatan tuisyen online. Ada juga yang menjual tidak menggunakan sistem MLM.

Masalah harga
Dari sudut syariah, harga produknya telah disemak dan dikatakan tiada masalah. Namun berbanding pesaing yang lain, harga portal score A dilihat jauh lebih mahal berbanding dengan pesaing yang lain. Syarikat lain ada menawarkan langganan RM 60 setahun, berbanding sekitar RM 600bagi produk skor A.

Jadi kalau dibandingkan harga portal score A dengan portal syarikat lain, saya lebih berpendapat harga portal score A tidak mengikut pasaran semasa.

Jika saya sebagai pengguna, saya akan memilih produk yang lebih murah. Mengapa mahu bayar lebih? Sedangkan produknya, kualitinya hampir sama?

Masalah pelan pemasaran
Setelah diteliti, PPS menyatakan kemungkinan manipulasi memang boleh wujud dalam pelan pemasaran score A. Maksudnya, head hunting memang boleh berlaku. Hakikatnya perkara ini jelas berlaku.

Head hunting di sini maksudnya memfokuskan kepada usaha merekrut downline semata-mata. Produk tak ditekankan. Seringkali downline diperkenalkan dengan satu-satu pakej yang agak mahal. (contohnya RM 2000). Beli portal RM 2000, kemudian, perlu cari juga dowline dibawahnya beberapa orang yang sanggup menyertai pakej RM 2000 tadi. Dan begitulah seterusnya berlaku.

Produk? Produk simpan, lain kali baru tengok. Fokus utama kepada pencarian downline. Sebab jika tiada downline yang mahu turut serta dalam mencari downline yang lain, sistem itu akan mati, tiada bonus untuk upline.

Keuntungan daripada penjualan produk score A kepada  'end user' tidak banyak berbanding bonus yang diperolehi hasil pembelian oleh downline. Disebabkan itu, agen akan lebih berfokus kepada pencarian downline.

Jika menyertai dengan pelan yang mahal, bermaksud banyak portal yang dibeli (maksudnya perlu dijual juga). Katakan beberapa portal digunakan oleh individu itu untuk keluarganya sendiri, bagaimana pula dengan portal yang lain. Bukan semua orang berkemahiran menjual. Kesudahannya, banyak portal yang dibeli oleh ejen hanya disimpan, mereka lebih fokus mencari downline.

Ini realiti yang berlaku. Bukan pada score A sahaja, tapi kebanyakan MLM yang lain.
Jadi akan timbul di sini perkara yang bertentangan dalam garis panduan MLM syariah JAKIM, iaitu produk yang dibeli adalah produk yang diperlukan. 

Jadi jika kita tak perlukan produk, nampak di situ produk hanya sebagai helah untuk menyertai sistem itu. Hasilnya nanti akan ada lambakan produk di pasaran, akibat agen menyertai dengan pakej mahal (beli banyak portal) dan kemudian tidak mampu menjualnya.

Boleh faham?

Berkaitan dengan pelan pemasaran MLM pula, komisyen yang diberikan kepada agen boleh dikatakan sebagai hibah dari pihak syarikat apabila kita mencapai satu target. Tapi perlu diingat di sini, sistem pemasaran MLM perlu dilihat dari sudut kiraan matematik. Jika kita buat kiraan, sistem MLM akan crash setelah jumlah downline terlalu ramai. Maksudnya pasaran sudah tepu.

Bolehkah pasaran tepu? Ada yang berkata itu hanya teori matematik sahaja, tapi tak mungkin berlaku dalam dunia sebenar. Duplikasi yang dilakukan oleh downline tak semestinya menjadi 100%.

Jawapan saya: Ya, pasaran akan sampai tahap tepu jika menggunakan sistem MLM. Apabila semakin ramai agen yang menyertai, jadi jualan kepada end user yang bukan agen sukar dilakukan. Sebab ramai yang sudah jadi agen.

Lagi satu, kenapa nak beli dan beri komisyen pada agen lain, sedangkan kita boleh jadi ahli dengan membayar yuran kehlian, dan dapat beli dengan harga agen? Kalau nak guna, kita bayar yuran keahlian dan beli dengan harga agen. Mudah kan?

 JAdi bila dah berlambak agen, nak jual pada siapa? Nak rekrut siapa pula jadi agen baru? Beli portal melambak-lambak nak guna sendiri semua?

Itu yang jadi, ada yang nak berhenti buat score A, disedekah portal pada pihak yang memerlukan. Nak jual satu-satu, harga mahal. Tak ramai yang nak beli. Daripada berlonggok tak guna, lagi elok sedekah.

"anda bebas nak taja / rekrut siapa saja yang berumur 18 tahun ke atas. Kita di Johor, boleh ajak kawan di negeri lain join sama. Kita kena bergerak." 

Itu antara dialog 'leader' MLM. Masalahnya tidak semua agen mempunyai akses untuk bergerak ke tempat lain, terutama yang jauh. Kita fikir logik. Bukan semua agen ada kereta, mampu bergerak ke sana sini. Lagipun kalau benda ini dah terkenal, tempat lain pun sudah ada agen.

Jadi kalau ada yang masih nak guna produk score A untuk anak mereka, silakan kalau anda mampu. Produk itu tak ada masalah pun. Cuma harganya bagi saya gak mahal. Murid di sekolah, ramai yang guna Zoom A yang jauh lebih murah. Iyelah, setakat kerja gaji RM600 sebulan, nak beli portal RM300? Tak makan jawabnya.

Isu lain


'Ustaz, kalau macam tu, kan kita boleh bersihkan harta dengan zakat. Apa masalahnya.'

Itu antara helah lain yang diguna untuk membenarkannya mendapat hasil dari MLM. Jawapan saya, kalau harta itu haram, batil, tak wajib zakat. Zakat hanya wajib ke atas harta yang HALAL sahaja.

Jangan kita ingat bila kita makan harta tak halal, dah seronok beli kereta besar, Volkswagen ke, Mercedes ke, Proton Exora ke Hybrid Honda ke. Kita belanja mewah-mewah. Kemudian nak sucikan harta itu kita bayar zakat, bagi sedekah pada orang.

Tak semudah itu. Sumber haram, tak boleh bayar zakat. Apatah lagi kalau memang kita tahu sumber pendapatan kita tak molek, tapi kita tak usaha nak cari kerja lain. Buat jalan mudah sendiri bayar zakat dan sedekah. Jangan buat kerja macam ni ye. 

42 ulasan:

NEAL IZHAM SHARIFUDIN berkata...

WOW! nmpknye sy org yg pertama! =)

If you're looking for more Score A info, visit my personal website.

http://www.ScoreATips.info

Thanks for approving

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Saya suka ulasan saudara mengenai Score A ini. Saya sendiri telah diajak ke Wisma Kenshido di Kota Damansara. Memang tidak dinafikan leader yang memakai blazer oren hanya menumpukan kepada produk dalam masa 10 minit sahaja. Selebihnya, digunakan untuk mempromosi berapa banyak duit yang anda mampu dapat. Ada leader2 malam itu seperti Hj Azmi/Rohaizah? dan selainnya hanya mengasak supaya join. Kumpulan mereka ini, kalau kita tak join katanya tak mendapat hidayah. Saya terus turn off bila orang menggunakan agama untuk perkara sebegini. Saya kata saya tak berminat, dan terus pulang

nurfauzi berkata...

saya tiada masalah tentang fungsi produk.

cuma mempertikaikan harga dan juga sistem MLM.

Masalah manipulasi pelan ini belum berkesudahan hingga ke hari ini. Tak kira syarikat itu sudah ada penasihat syariah atau belum.

Tanpa Nama berkata...

Yang membuat score A ni haram apabila produk tidak ditekankan dan penjual/upline hanya main kaki sebab nak duit cepat.

Sama mcm mna2 program lain, bila produk x dtekankn, maka produk tersebut akan jadi sampah sebab tidak digunakan.

adeyla berkata...

MLM tak salah..yg salah nye orang yg tak ikut system then tak berjaya.pastu mula salahkan sana sini.padahal diri sendiri yg tak betol.btw,kenapa perlu tgok insan yg tak berjaya tu?bukan ke lebih ramai orang yg berjaya?be positif lah. lagi pasal skim piramid.hokaloh..cakap je lebih,apa kata u all yg taktau apa2 ni pergi selidik dulu n then baru bersuara.ni tak,duk dengar org tak berjaya cakap,mmg komfem ah negatif je semua..pumpang pumpang MLM tipu orang.padahal?just feel the product n feel the system.yg kerja kat company bertahun2 tu,jadi kuli batak bos,kaya kan bos taknak plak ckp yg YOU ALL SEMEMANGNYA DALAM SKIM PYRAMID?HAHA!income you all boleh potong income CEO company?boleh??yg penat kerja nya sape?you all ke BOSS???? think people,think!

nurfauzi berkata...

hari ni dapat faham, kenapa aidid muaddib dulu bahasanya baik, tapi akhirnya jadi keras. sebab ramai puak-puak tak faham bahasa dan tak reti membaca. contoh mcm ade sorang dalam komen ni.

adeyla:
Dik, balik nanti, cuba cari garis panduan MLM syariah, bagi baca sampai habis ye dik.
Lepas tu, baca juga asas rukun jual beli menurut Islam.
Kemudian, baca juga sikit asas kaedah fiqh yang sering digunakan dalam Fiqh Muamalat.
Tak lupa juga, tolong buat kiraan sikit dari segi statistik.

Yang kamu tulis kat atas tu, semua longgar takde Fakta. Dik, Allah tak pandang harta orang dik. Berkoyan banyak mana pun kalau cara tak betul nak buat ape?

nurfauzi berkata...

sambungan:
what not you try to be positif and try doing research especially i muamalat.

So can you give me the comparison (real facts) how many actually succeed and how many fail in MLM. More people succeed. BULL SHIT!

Come and show me your facts. Not just mumbling around with nothing.

Instead of asking people to think, why not you think about yourselves. Very easy for people to manipulate you and make you belive that MLM is the best business. CRAP!

Tanpa Nama berkata...

KENSHIDO + USM already build for HIGH TECH TECHNOLOGY PRODUCT not chikai2 one,,, DONT PREJUDGE !

nurfauzi berkata...

so what?
pengguna berhak nak pilih yang mana satu dia suka.

pertikaian utama yang ditimbulakan adalah berkenaan sistem mlm dan masalah dari sudut syariah.

and...please use you own name if you dare..naot just 'tanpa nama' or anonymous

Hanya pendapat berkata...

Saya sokong kata2 anda wahai penulis. Kalau benda tue okay why not bila ajak orang cakap terus je nak pergi mana n ada apa. Kenapa perlu berselindung? Kenapa perlu rahsiakan tempat yang pergi tue? Sistem nie banyak menumpukan downnline daripada menjual produk tue sendiri. Setuju atau tidak? Fikirkanlah berapa banyak produk yang ada jual n berapa banyak downline yang anda dapat. Comparekan. Kalau produk terjual lebih baguslah. N, kadang2 tengok ramai student yang join benda nie n kadang2 tue cam ambik masa dorang lebih. Selalu keluar pergi sana. Hurm... Hanya pendapat. Kalau ada apa2 yang mengguris. Maafkan saya~ =)

nurfauzi berkata...

kebiasaannya produk jadi terpinggir dan pencarian downline diutamakan. setakat jual produk macam tu pada end user, tak kaya la...nak kaya mesti ada downline.

kalau syarikat macam stormreader, rasanya manipulasi macam tu susah nak dibuat sebab produknya berbentuk buku dan bahan bacaan.

Tanpa Nama berkata...

Hanya sekadar pendapat..
Manusia semua x sempurna..jgn la kta brgaduh sesama manusia..
klau anda semua dok cmment tntg agama tpi anda smua brgduh ssama umat adakah Allag S.W.T suka..?
x pyah kita nk betulkn kslahan org lain..btulkn dlu kslahan diri kita...
Allah lbih suka kita brdmai..
cukup2 la brgduh..
Yang baik datang dari Allah , Yang buruk 2 kita la yg buat..

nurfauzi berkata...

tak siap yang nak bergaduh.
kalau nak bergaduh silakan.
saya dengan pendapat saya, anda dengan pendapat anda.
anda setuju dan mahu memanjangkan tulisan ini, silakan.
kalau tak setuju, tak senang hati, anda tak dipaksa untuk terus baca dan suka.
tekan serentak ALT+F4.

Tanpa Nama berkata...

MLM ne banyak yang melingkup daripada yang berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Yang wat score a ni teruskn lah wat.. Sbb org itu rasa boleh bjaya n mperluaskn kewangan ke dlm sektor lain setelah mdapat duit untung daripada score a... Yang x nak buat x yah nak negatif pikiran org lain.. Sbb masing2 ade usaha utk mcari kewangan n kejayaan mereka.... So x yah nk pertikaikn kerana ade pepatah mgatakn kubur masing2 so jawab la masing2... Pihak admin juga tidak payah menghentam produk score a ini dan sepatutnya anda mhentam sape yg present kpd anda ttg score a ... Jgn mnulis perkara2 negatif kerana ia tidak akan mbuatkan seseorang itu maju khadapan.. ini hanya skadar pandangan

Nur Fauzi Bassar berkata...

Kubur lain-lain?

tapi yang uruskan jenazah kia orang lain, yang mandikan oran lain, yang kafankan orang lain. mana ada kita buat sendiri semua.

kalau fikir diri sendiri je semua, tak payah ada cikgu, engineer, doktor, dll..hidup sendiri sudah la.

colkat biru berkata...

xpayah nak jual nama USM sngat lah.. korg tau x skor a ni mcm parasit aje.. benaung dibawah org2 besar dan terkenal... untuk dapatkan status... bkn approval dripada pihak2 yg berwajib... aku pun boleh aje bukak kedai, pastu jemput pm tuk rasmikan kedai tuh kmudian buat2 cite yg pm sdiri endorse kedai aku ni kedai yg baik.. well? picture didnt alway told the real story right? bnyk lagi helah skor a macam haram ni yg aku dapat tau sendiri.. fyi, aku ex makwe kpada leader yg korg2 sanjung tinggi tuh.. hahaha.. slide2 boom, suw5 smua aku ade.. dh khatam pn.. aku amik smua ilmu ekonomi, pengajian perniagaan dan perdagangan, xde lak die sebut sal mlm ni.... nak cong sngat? kwn aku kat usm, ak tnye die sal bnde ni? xde pn dorg heboh2 kt usm tuh...

Nur Fauzi Bassar berkata...

sabar encek coklat...biaselah orang-orang MLM. nanti dah terhantuk baru terngadah

Zuhairi Zainal berkata...

Salam,

Bro, saya baru balik dari talk diorang ni. Pada saya typical MLM bro, RACUN orang join... Kalau tak join kira berada di takuk lama... Ada sorang Dr pakar pun dia jemput... Minta maaf saya kata, talk dia angkuh & riya'... Macam rezeki tu dia yang jaga... Susah nak explain... Biasa la kalau dah taksub sangat kan...

Ayat dia yg paling tak boleh blah:
"Suami saya lulusan Imperial College of London. Saudara/i pernah dengar? Mesti tak pernah kan? Tu la orang Melayu tahu UiTM, Politeknik... Suami saya dah 7@8 tahun kerja dia sebuah syarikat, dia satu2nya Melayu kat dunia kerja kat syarikat tu. Gaji RM15K sebulan."
Kesimpulan dari talk dia ialah:
1. Tak ada orang yg lebih hebat dari mereka
2. Kalau korang tak join korang memang SAMPAH!

Aku dah byk kali pergi talk MLM, tapi yang ni paling paling sakit hati...

BTW, dalam ramai2 yg dgr talk tu mesti akan ada org2 dia dok tepuk tgn la, sambil kata "HEBAT!". Konon2 audiences participate la... HAKKKK TUIHHH!!!

Tanpa Nama berkata...

aku bru pas jumpa geng2 score A nie...mcm2 cter...tp aku bg masa 5 tahun utk betahan..n merendahkan gj gov.itu la x cukup,ini la x cukup...haktui..melayu mudah tepengaruh..bangang + haktui..

Tanpa Nama berkata...

apa cerita score a skrg..nampaknya dah bungkus...dulu kuat sangat merendahkan gaji org...skrg apa jadi?

Tanpa Nama berkata...

Saya baru g seminar score a pd 10.1.2013. Ramai yg hadir. Mcm biasa d hujung ucapan ada je yg akan tepuk tangan dan jerit HEBAT. Lom bungkus lagi la hehehe.

Mrk x paksa kami jadi ahli, x memburukkan sesiapa juga, bebeza dgn ulasan2 yg saya baca sblm ni.
Walau apapun saya x pcayakan MLM. Disebalik jutawan yg mrk cipta d atas, mungkin bjuta kali ganda lebih byk lagi yg hanyut x balik modal d bawah kerana itula MLM. Org bawahan yg menjana pendapatan org atas.

Apapun ucapan tahniah pd yg berjaya. Cuma tlg jgn ajak saya lagi. Sori saya x bminat. X jadi jutawan pun saya bahagia dgn rezeki saya.

Tlg juga bterus terang, jgn main ajak2 tapi sembunyikan fakta. Jgn buang masa BERHARGA org lain.

Tanpa Nama berkata...

Betul2 saye stuju

Tanpa Nama berkata...

Sy adlah ahli score a,alhamdulillah,rzki sy murah,kurg dri dua buln join dh dpt 4 figure,sy lbh bnyk mengetengahkn produk dri berckp pasl bisnes..kalau ad org bermint nk buat bisnes,alhamdulillah,sy dn rkn2 bukalah jalan,kebnyakn yg bermint adlah ibu bpa yg nk ank dye pndai..trus trg,sy jga diperkenalkn secara rahsia..eventnye d UIA Gombk..mula 2 marah jgk,tp lame2 sy fkrkn positive aje,sy bukn org bisnes,tp skdr melht dulu masa sy blajar x d bnd sehebt ni, rmai ank2 mude yg bru prg event,dn x kurg juge yg dh mule brjye..seperti saudara2 sekalian,sy juga nampk impk negtf yg brlaku apbla bisnes lbh dketengahkn dri produk,padahal,mereka akui produk mereka adlah terbaik,masa itu pendpt sy mrka x perlulah tkt pd indivdu yg ngtf trhdp MLM,kerana kemantapn produk,ad bnyk lg yg negtf,tp pulg dari event it,sy hanya kutip yg postf dn merancg stratgi bisnes sy sndri jika sy bermint..alhamdulillah rakan sy memhn maaf dn x mendsk sy untk join..sy hnye berkata sy bermint kerana produk..keesoknnya sy bnk in sejumlah mdal untk bdftr,dn sy pesn kpd rkn supaya memahmi kerjaya sy sbg doktor..jd sy perlu mengutamakn tgs,jika buat bisnes part time tp lari dri punca rzki,ALLAH x redha..dia fhm..sy bwat plahn2 perkenl kn kpd abg,kakak sy untk dgunakn kpd ank2 buah,kbtln rkn2 juga bermint,menjual produk tlah membri sy pendptn pd hri ni,tnp mendsk,menipu..ap yg sy ingn ulaskn,sila lau saudra2 berpstf trhdp sesuatu,jika mrka bri yg x bek jgn ambil,ambil yg bek,kalau score a tipu,sy juga indivdu yg akan mjd mgsa..ttpi it x tjd pd sy,ap pun yg kta lakukan mst kne rajin,kne jujur,kne ikhlas,ble sy bygkn mse sy blajar susah,kje lpas spm,dpt 3 4 ratus,kemudian terbg ke luar negara selama bbrp thun bpisah dri keluarga,blajar bsguh2 untk mdptkn ijazh kelas pertama,dn pulg ke tnah air untk dpt jwtn doktor muda,ble bwat score A dn jual produk dn sdikit rkan bisnes,sy ad pendptn yg boleh mbuktikn bnd ini x menipu,cuba dlu sy berfikirn negtf,mcm2 alasn sy bleh cipta untk mengelak,tp sy kutip yg baik jela,berniaga mcm org len..apa yg saudara bhskn ini pun sy x kte salah,tp jgnla smpai terlalu menjengkelkn,mane yg tidak suka,teruskn kehidupn anda,org2 score A x kn dpt pksa anda smpai brani trik anda ke ATM untk keluarkn duit pelaburan,mereka mendkti anda untk mcri peluang bisnes,kalau anda kata x boleh dn x mau,x kn jd ap2 ..mereka tetp meneruskan..maafkan sy jika tksar bhsa,sy skdr bkgsi pengalaman sy..

Nur Fauzi Bassar berkata...

Pelan mlm score a ada sijil kepatuhan syariah. Org yg semak pelan itu adalah pensyarah saya di ipt dahulu. Kalau baca betul2 kenyataannya, walaupun dah ada sijil, tapi sgt mudah jatuh haram terutama jika manipulasi pelan dibuat. Biasanya melibatkan head hunting dan produk jadi tempelan saja. Masalahnya benda ini sangat midah terjadi dan sukar dikawal. Dan adakah sebarang tindakan yg diambil oleh syarikat kepada mereka yang buat head hunting? Padahal perkara itu sangat menaikkan jualan syarikat

Md Fahiz berkata...

menyesal dan bersyukur jugak sal score a ni menyesal sal hilang 70 ringgit untuk ikut ceramah yang entah ape2 merapu cakap sal duit aje nak jadi kaya terus...dan bersyukur sal sedar awal...seang cerita walhal kita nak cepat kaya sekalipun biarlah kita tak menyusahkan orang lain...n buatkan orang benci dengan kita itulah yg patut kita fikirkan macm juga lau kita susah biarlah kita susah sekalipun janji tak susahkan orang lain biar kita sendiri yang susah dan berusaha untuk menjadi lebih baik dengan usaha sendiri tanpa perlu melibatkan orang lain merasa marah kat kita....

Nur Fauzi Bassar berkata...

produk score a tak ada masalah (kalau ada pun mungkin harganya yang mahal). cuma cara pemasaran tu..

Tanpa Nama berkata...

baru smlm ada kwn sy ajak dgr pasal skor a ni dr kwn dia,bla dah dgr tu mmg tertarik sgt nk join tp masalahnya bla terpaksa kluarkn modal yg byk utk join, ada 3 org kwn sy kt situ yg dah join, mcm2 diorng ckp nk pujuk sy join jgk sdgkn sy xde duit..diorng ckp pinjam la duit kt parents, klau x dpt..pinjam dr kawan2..diorng ckp mcm senang tp klau diorng btul2 nk mmbantu knpe x diorng yg bantu dptkn modal..ble sy pikir blek, bnda ni mmg boleh menjana pendapatan tp bergantung pd keadaan seseorg tu, mcm sy..modal xde, kenderaan xde..student lg..mmg agak susah nk join bnda cmni. tp sy xde la nk burukkn prog.skor a ni..

Tanpa Nama berkata...

Tepuk dada tanya iman,,,

hafiz roslay berkata...

Apa pun jawapan yg diberi tak semua MLM tu tipu. Banyak yg berbentuk skim cepat kaya. Produk x bgs pun. Saya lihat mcm Amway sampai skrg ada sb company lebih kpd produk. Yg jadi masalah skrg adalah company yg pentingkan buat duit. 3 atau 4 tahun company tutup sb capai target. Banyak yg ambik kesempatan buka company mlm untk buat duit.yg kesian org kita yg nak ubah hidup.

hafiz roslay berkata...

Apa pun jawapan yg diberi tak semua MLM tu tipu. Banyak yg berbentuk skim cepat kaya. Produk x bgs pun. Saya lihat mcm Amway sampai skrg ada sb company lebih kpd produk. Yg jadi masalah skrg adalah company yg pentingkan buat duit. 3 atau 4 tahun company tutup sb capai target. Banyak yg ambik kesempatan buka company mlm untk buat duit.yg kesian org kita yg nak ubah hidup.

Nur Fauzi Bassar berkata...

Jangan lupa tengok dari segi syariah. dah ada M syariah dari JAKIM

Zuhairi Zainal berkata...

Memang patuh syariah... Tapi Cuba baca komen yg awal sebab apa yg jadikan dia jatuhkan haram...

Zuhairi Zainal berkata...

Memang tak dinafikan patuh syariah, tapi cuba baca komen2 sebelum tu macamana conditions yg boleh mrnjafikan ianya haram...

Tanpa Nama berkata...

saya nasihatkan x perlu la join score A ini. kesan -ve lbh dr +ve. dr rmai kwn jd xramai, dr xde duit tp x nyusah org jadi xde duit myusahkan org (pinjam kwn, jiran, adik bradik), dr biasa tenang masa lapang hjg mggu & malam, jd kelam kabut stiap mlm & hjg mggu..keluarga pun jd terabai, x gi mana2..igt lg dlu speaker Score A pernah ckp tuan2 xpyhla gi kenduri kawin tu..sbb kalo x pergi pun diorg tetap kawin. walhal bukankah dlm Islam menghadiri jemputan kawin itu wajib jika melainkan ada pkara benar2 penting.

Kamil Kahar berkata...

Ya Allah...terima kasih kpd tuan empunya blog dan post beliau...dan terima kasih kepada mereka2 yg memberi komen...

mata saya lebih terbuka selepas terjah blog ni...

terus terang adik sy diajak oleh kawannya konon ada keje part time utk student poli...dan sy menemani adik sy...masa sy datang dan menapak masuk sy dah tau ini MLM..menyakitkan hati dan perasaan betul...kesian adik sy...sy terus keraskan hati sambil mendengar penceramahan tu...dan hampir cair dgn penyampaian yg meyakinkan...

sy hampir nk join...tp sy cuma cakap sy nk join suw5 dulu...kemudian sy balik sy taip kt google untuk search pasal score a...contohnya
"jutawan score a"
"score a bisnes"
"sistem score a"

bnyk lg sy taip sehingga la sy taip "score a tipu" dan akhirnya keluarlah page saudara...tersenyum saya sampai skrg...sy dah tahu apa nk jawab untuk tidak terlibat dgn biznes score a ni... :)

Nur Fauzi Bassar berkata...

saya tak menggalakkan perniagaan secara MLM, walaupun produknye bagus.
paling tidak pun, sekadar jadi ahli dan beli barang guna sendiri.

roggonx berkata...

Pokok pangkalnya ialah orang melayu yang beragama Islam tak payah lah terhegeh-hegeh nak mencari duit. Hidup je macam orang biasa. Jangan ngada-ngada cari duit. Kalo tak reti beniaga, kerja dengan orang. Kalo tak nak kerja ngan orang, berniaga la jawabnya. Dah full stop

Izham berkata...

Pengalaman adik saya. Dia ada seorang kawan perempuan di UKM yang menjalankan program skor A. Kerana Skor A, dia putus kawan. Mana taknya, setiap hari ada coffee table bincang bagaimana nak tarik orang masuk.

Matlamat nak kaya konon. Akhirnya perempuan itu mengalami tekanan kewangan dan emosi. Berhenti belajar di tahun kedua. Setelah setahun, masuk semula belajar dalam bidang lain pula.

Alhamdulillah kesedaran untuk sambung belajar itu ada lagi. Moga lebih ramai tahu bahawa MLM itu haram! (saya pegang kata-kata Aidid Muaddib, whoever he/she is)

Tanpa Nama berkata...

Maaf kn sy.. sy pnah di ajak oleh 2 orng rakan sy.. ktike tu mreka bru sje join kenshido ney.. pd mlew ny sy tidak pcye.. xpy akhr ny sy pcye.. Ttapi terdetik di hati..mcm mne dkm mse 6 bulan mreka bole.dpt 32.000 ..nonsense.. dlm dnia ney mne ad jlan mudah ntok dpt dwet sbnyk tu bkn? Sy sdang mgumpul mklumat lgy ttng kenshido bagy mnyelamatkn rakan2 sy

asap asam berkata...

assalamualaikum.boleh x saya ingin bertemu dengan tuan?

Nur Fauzi Bassar berkata...

Nak buat juga mlm, silalah jaga etika dan garispanduan yg ditetapkan dalam garis panduan mlm jakim.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...