Khamis, 17 November 2011

Lagi berkenaan Hukum MLM Hai O. Halal atau Haram?

Semalam isteri saya tiba tiba-bertanya berkenaan corset premium beautiful yang dijual oleh Hai ) Marketing.

" ade kawan tanya ni. Boleh ke join Hai O ni. Orang yang promote pada dia tu kata Hai O tak melanggar syariah. Ade produk, syarikat pun tersenarai kat bursa Malaysia. boleh ke?"

Cakap kat kawan tu, tak payah la join mende macam tu.

Kenapa ye?

Sebab urusniaga, pelan pemasaran die tak mematuhi garis panduan MLM Syariah JAKIM.

Oooo. okeh, nanti bagi tau kat kawan tu.

Tapi kalau dia tak join, nak beli je boleh? Sebab katenye corset ni istimewa.
Yeke istimewa. Takde ape istimewa sangat. Corset lain ade jual harga bawah RM500 je. Nak pilih yang RM 2 000 atau yang RM500? Produk lebih kurang je.

Selamat seorang manusia daripada termasuk jerat MLM.

Banyak isu

Saya mahu jelaskan sekali lagi tentang isu dalam MLM Hai O ini. Bukan sahaja isu daripada pelan pemasaran, tapi dari segi produk itu sendiri.

Produk Premium Beautiful
Apa istimewanya sampai harga lebih RM2000? Kenapa syarikat lain ada jual lebih murah? Ade Far Infrared (FIR)? Mana datangnya punca tenaga yang menghasilkan FIR? Bagaimana FIR diserapkan / terkandung dalam corset?

Apa yang saya faham, pemakaian corset / bengkung menyokong bentuk tubuh badan. Selain itu, pemakaian yang ketat menyebabkan badan panas, cepat berpeluh (sebab haba dari badan, bukan bengkung itu yang keluarkan haba atau tenaga!) Jadi boleh terjadi pembakaran lemak badan. Pemakaian bengkung yang berterusan, disokong dengan cara pemakanan yang betul memang boleh menguruskan badan.

Jadi kenapa nak beli bengkung harga RM2000? Kenapa tak beli yang harga RM400?

Penapis air.
Penapis air bio aura dijual dengan harga yang mahal. Sekitar RM 2000. Dalam pasaran kalau kita cari, kita boleh jumpa banyak jenis penapis air yang berharga kurang dari RM 1000. RM 500 pun ada. Jadi apa yang tersangat istimewanya tentang penapis air bio aura sampai harga RM 2000? Kalau nak dibanding dari segi kartrij dan penapis, tidaklah banyak bezanya dengan penapis yang lain. 

Syarikat MLM biasanya mengambil penapis air daripada kilang, dan dijual semula dengan jenama MLM tersebut. Kos pembelian sekitar RM 400 / 500, jual pula dengan harga RM 2000. Itu yang jadi kita boleh dapat syarikat lain (kebanyakan yang bukan MLM) boleh jual lebih murah.

Itu tak ambil kira lagi cerita yang meragukan tentang kelebihan dan kebaikan penapis bio aura. 

Harga produk MLM yang tinggi seperti premium beautiful dan bio aura ini membawa keuntungan berganda pada syarikat. Kenapa harga tinggi? Kerana syarikat perlu membayar komisyen pada upline dia atas yang layak mendapat bonus. Dari mana datang duit bayar bonus? Dari untung jual produk mahal tadi.

Kalau syarikat trading biasa, mereka tak perlu bayar komisyen ejen berlapis-lapis. Jadi tak perlu 'mark up' harga tinggi macam MLM.

Jadi sebagai pengguna, mana yang anda mahu. Produk sama, kualiti lebih kurang. Tapi satu syarikat tawarkan harga tinggi, satu lagi syarikat tawarkan harga rendah. Anda pilih yang mana?

Isu syariah

Dalam hal ini jangan dibuat main. Melibatkan hukum halal haram.

MLM Hai O tiada penasihat Syariah yang menyemak semua produk serta pelan pemasarannya. Jadi tak dikategorikan sebagai MLM patuh syariah. Boleh jatuh syubhah atau haram. Kalau syubhah pun, kita disarankan lebih elok jauhi.

Jika wujud penipuan, perkara ini bercanggah dengan garis panduan MLM Syariah JAKIM. Dalam kes premium beautiful dan bio aura, mungkin terjadi. Mungkin terlalu 'over' dalam memperkatakan kebaikan produk.

Hal harga. Harga mestilah sesuai dengan harga pasaran. Dalam kes corset ni, diragui juga harganya yang dilihat terlalu mahal. Boleh senaraikan kelebihan corset hai o dengan yang lain?

Produk mestilah produk yang diperlukan oleh pembeli. Jadi kalau sertai Hai O dengan cara fast track sampai RM 21 ribu habis beli penapis air dengan corset, itu perkara yang perlu? Atau pun tamak nak kaya cepat? Kalau betul perlu penapis air pun, satu sudah mencukupi. Kalau memang nak jual pun, tak boleh ke bila ada orang nak beli baru pergi ambik kat syarikat? 

Pengeluaran wang modal yang terlalu banyak dalam perniagaan seperti ini lebih banyak mengundang mudarat. Bukan semua orang ada kemahiran menjual dan meyakinkan orang membeli penapis air. Tambahan lagi dengan harga yang lebih mahal dari harga pasaran.

Head hunting. Sudahlah masuk modal 21 ribu (selepas kena brainwash dengan upline). Selepas itu kena cari downline yang sanggup nak keluarkan 21 ribu juga. Sibuk cari downline, produk tak terjual, simpan buat pekasam di rumah. Jadi kalau sibuk mencari dowline, dengan harga yang mahal, apa beza dengan skim piramid?

Syarikat tak dapat nak memantau kalau ada ejen yang buat head hunting. Sukar nak bezakan.

Hal pelaburan patuh syariah

Benar syarikat Hai O tersenarai di Bursa Malaysia sebagai sekuriti patuh syariah. Itu dari segi pelaburannya.

Masalah yang menjadi pertikaian ini adalah sistem MLM. Perbahasan berkenaan MLM tentang hukum halal atau haram. Jadi JAKIM mengambil langkah proaktif dengan mengumpulkan ilmuan syariah untuk membincangkan perkara ini. Maka dikeluarkan satu garispanduan MLM yang memtuhi syariah. 

Jadi untuk mengatakan MLM Hai O ini patuh syariah, pastiakn dahulu sistem MLM yang dijalankan tidak melanggar garis panduan yang telah dikeluarkan oleh JAKIM.

Sperti hal insurans investment link. Kalau dilihat dari segi pelaburannya, memang disahkan patuh syariah. Pelaburan dana insurans itu dibuat di sektor-sektor yang patuh syariah. Tiada riba.
Tapi akad / kontrak insurans itu sendiri adalah kontrak yang tidak sah dari segi syariah. Jadi tak guna juga sebab perkara asanya sudah haram.

Cakap-cakap belakang

Fatwa kebangsaan kata harus la MLM ni. 
Sudah tengok garis panduan MLM Syariah JAKIM?

Kalau MLM ni haram, kenapa kerajaan tak haramkan? Fikir la sendiri.
Judi, arak, riba haram dalam Islam. Tapi sah disisi undang-undang sivil. Kenapa kerajaan tak haramkan kasino atas bukit kat genting? Kenapa kerajaan benarkan penjualan arak berleluasa. Kenapa bank konvensional yang buat riba tu masih beroperasi? Kamu fikir guna lutut?

Bila orang melayu nak naik, ada je la yang nak cantas. Ini la sikap orang melayu, tak boleh tengok orang senang.
MLM Hai O dimiliki oleh siapa? Siapa paling ramai jadi ejen Hai O? Kalau ada ejen Hai O jadi jutawan, boleh fikir berapa banyak tokey kat atas tu untung? Jangan main sentimen cakap orang nak cantas Melayu kaya. Fikir la tengok siapa bos MLM kat atas tu. Melayu?



Boleh faham setakat ini? Rasanya tak terlalu rumit pun.
Bagi penyokong Hai O, jangan sembang banyak pasal Hai O patuh syariah. Pastikan Hai O ada penasihat syariah, baru boleh sembang.

11 ulasan:

ROJAK berkata...

MLM? haram..kalau beli produk dia bermakna dah sokong organisasi yang jalankan MLM..

msredcheesecake berkata...

Tak pernah beli, tak pernah join, tak pernah percaya...

Nur Fauzi berkata...

baguih la tak percaya. sebab banyak mudarat dari eloknya..

Tanpa Nama berkata...

Pernah try corset hg rm500 and corset harga rm2k tu?? Sendiri try??? Jgn ckp lebih kurang klu sendiri tak pernah try...nak letak fakta..tapi bukan fakta mcm mana??

Halal haram tu lain...mmg isu yg boleh didebatkan..

But jgn samakan corset pb ngn corset biasa....jauhhh beza..

Nur Fauzi berkata...

Bai, kau tak berani letak nama sendiri ke? Aku gebang2 pun aku berani komen guna nama sendiri.

1st, aku jantan. aku tak guna corset. Nak kurus, aku pergi bersenam.

Halal haram tu , orang Islam letak nombor satu. Bukan no. 2, bukan no.3.

Kau ade duit, lantak kau la nak beli pun. Aku komen kat blog sebab aku tak suka.

hasliza berkata...

salam. boleh tak saya nak tau status pil SNE yang sedang hangat sekarang? saya dah makan pil tu, memang sangat membantu dalam melancarkan period saya yang dah berbulan xdatang. cuma sya khuatir kalau pil ni ialah sebahangian MLM. apa hukum saya makan tu? which purpose saya beli hanya untuk sihat, bukan berniaga. thanks.

Nur Fauzi berkata...

Berkenaan status halal pil tu, kena rujuk pada JAKIM atau KKM untuk kepastian.
Boleh baca post ini
http://nurfauzibassar.blogspot.com/2012/11/mlm-haram.html
Saya tak kata MLM terus jatuh hukum haram, tapi lebih kepada syubhah dan gharar.
Apa pun bagi saya jika setakat menjadi pengguna, hukumnya harus. (cuma sebagai pengguna, saya bermasalah dengan produk MLM dari segi harga. namun tak semua produk MLM markup harga tinggi)

Tanpa Nama berkata...

Sy dah cuba pakai korset tu, saje cuba. Ternyata mmg penipu tahap ntah diaorg ni. Mintak maaf penjual2 korset tersebut ye, sudah2 la menipu. Dpt duit puluh2 ribu dgn menipu... Ingat Allah, fikir masak2 psl rezeki yg anda semua guna bg family makan.

Tanpa Nama berkata...

Kelebihan korset tu cuma lifetime waranty. Tu je..

Tanpa Nama berkata...

Siapa pernah pakai selimut BVSM tu?? Boleh share tak apa kesannya?? Saya ragu2 nak cuba tapi hari2 kena sogok dgn iklan selimut tu 😁😁

Unknown berkata...

Assalamualaikum Saya ahli dalam JTXARMY858 ..nk kata banyak sy x berapa pandai,,selama 9 bulan aku join perniagaan hai o ni..produk yg aktif aku berniaga adalah jet turbo extrame 1000 (jtx1000) minyak terbaik dunia(ampa search google,minyak terbaik dunia)..bagi aku produk² sahijidah hai o ni..x pernah lagi mengenakn org..tpi nk tye anda beli@dapatkan produk² dari mana ye? Adakah anda terus ke stokis sahijidah hai o..sy x pandai nk bercakap banyak..,,add fb sy..akan sy lagakn upline,lagakan bermaksud bercerita/berkongsi ilmu² mengenai shom sahijidah hai o pada korang yg masih lagi ,banyak dgr dari mulut org tpi x berani nk mencuba
#JTXARMY858
#KOCIK KOCIKO-FB-

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...