Rabu, 16 November 2011

Bila jadi Pelajar API UM.

Beberapa hari selepas medaftar masuk di UM

Bilik menjadi tempat lepak pelajar baru. Tak tahu apa istimewa sangat bilik ni. Yang baru jumpa kenal-kenal, tanya asal mana, sambil-sambil layan lagu. Sekejap rock, sekejap rock kapak, sekejap jiwang, macam-macam. Bahasa lu, gua, bro jadi sinonim. 

Kau fakulti mana?

Aku Engineering. Aku sains komputer. Aku fak sains je. Aku ambik akaun.

Kau poji? Fakulti mane?

Aku API (Akademi pengajian Islam).

Ai? Biar betul kau API? Ustaz pun layan lagu-lagu rock ye?

(dalam hati) Eden tak kabor pun den ni ustat.

Beberapa minggu di Kolej Kediaman ketiga UM.
Baru balik dari dewan makan waktu petang. Baru nak masuk bilik, ada senior yang nak pergi mandi bertanya.

Poji, kau fakulti mane ye? Aku tak tau pun selame ni. Sains ke?

Aku belajar kat API (Akademi Pengajian Islam)

(sambil pandang dari bawah ke atas, mulut nganga sikit) Kau biar betul. Tak nampak macam ustat pun kau ni. Ustaz kan pakai lain.

(dalam hati) Ai aku pergi makan pakai t-shirt, seluar trek dengan selipar pun tak bole? *sambil sengih.

Setelah beberapa bulan di Kolej Kediaman Ketiga UM
Kebetulan rambut panjang, kopiah kotor semua. Jadi kena basuh.

Keluar makan dari dewan makan, ada yang menyapa.

' Ai ustat, kopiah dah tak pakai? '

Setahun di UM
Sedang berehat-rehat waktu malam didalam bilik bersama room mate.

Ustat, eden polik la tengok ekau ni.

Ape hal peliknye. Aku bukan gay.

Uih bukan la gitu. Ekau tak rase lain ke ade geng macam kami ni. Yo la, orang macam den ni surau tak pegi. Solat pun kadang miss. Pakai pun orang kate tak sopan haa. Ekau ni ustat. Ekau tak malu ke kawan dengan kami.

Ape hal eden nak malu?

Yo la, eden nengok member-member API yang lain tu sesamo die orang je. Tak campur pun dengan orang macam kami ni. Kadang teraso hati jugak, kami ni tak buleh ke nak kawan campur dengan die orang semua. Tu yang den polik, ekau boleh selambo je campur dengan kami semua. Siap buleh ikut den pegi karak naik moto ex5 tu.





2 ulasan:

APAN berkata...

haha...yg ni kelakar...mmg jelas mentaliti...
tambah2 kalau pakai kopiah...mesti org panggil aji, kalau ustaz kena pakai kopiah or songkok...
aku pun kdg2 ada timbul pemikiran mcm tu...
sekarang ni dalam proses pembersihan...
tpi dlm story ni...boleh gak la respek kat ko bro...boleh masuk kepala ngan orang lain yg mcm x sealiran dengan ko pada mata kasarnya...siap dorang lak yg cam segan.haha...
teruskan bro :)

Nur Fauzi berkata...

takat nak kawan2 takde masalah pun.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...