Sabtu, 19 November 2011

Projek perintis guru bekerja 9 jam dimansuhkan

Rasanya mesti ramai yang sudah tahu pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan cadangan guru bekerja selama 9 jam.

Projek perintis itu dibatalkan kerana mahu buat kajian terlebih dahulu dan tidak mahu membebankan guru.

Komenku.

Ini antara perkara yang orang bawah tidak puas hati dengan pemimpin atasan.

Bukan tidak bersyukur, cuma apa yang terjadi ini menampakkan pemimpin atasan kurang tahu kedudukan sebenar orang-orang yang berada di bawahnya.

Mula-mula keluar arahan projek akan dijalankan. Tiba-tiba batalkan pula. Macam Pak Pandir. Sekejap cakap lain, lepas tu cakap lain pula.
Nampak benar arahan yang dikeluarkan sebelum ini dibuat tanpa mengetahui keadaan sebenar. Tiada kajian yang dibuat terlebih dahulu. Main semberono?

Teringat kes pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Menteri keluarkan arahan, orang di bawah bertungkus lumus memerah keringat laksanakan.

Semasa pelaksanaan, muncul banyak kaki bodek ang menyokong dan mengatakan langkah ini banyak beri kesan positif. Keputusan pelajar meningkat, dan banyak lagi. Tiba-tiba setelah beberapa tahun, ditukar semula atas alasan tidak ramai pelajar dapat manfaat. Kaki bodek yang dulu mengampu dan menyokong dahulu pun sama berkata ramai pelajar tidak dapat manfaat.

Apa cerita? Dulu berdegar pertahankan. Sekarang?

Harapnya pemimpin di Malaysia dapat membuat keputusan dengan membuat sedikit kajian terlebih dahulu.
Jangan main semberono.
Nampak sangat kurang cerdik.

Disagree with me? Write in your own blog.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...