Pelaburan emas geneva haram?
Sila baca artikel berkenaan pelaburan itu di sini.(klik)
(gambar hiasan semata-mata)
Sebenarnya saya sudah agak sangsi dengan geneva ini.
Ustaz Zaharuddin melalui laman sosial Facebook pun sudah menasihatkan orang ramai supaya menjauhi pelaburan emas Geneva ini.
Namun masih ramai yang berdegil untuk meneruskan..Mungkin sudah 'masyuk' duit barangkali.
Bukan sebarangan semakan yang dilakukan.
Pengesahan halal terhadap pelaburan emas memerlukan penelitian yang rapi dan mereka yang pakar dalam bidang Fiqh serta muamalat.
Jadi kalau orang yang mahir dalam bidang ini sudah putuskan haram, kita 'cikai-cikai' ni masih mahu berdegil mahu teruskan?
Tanggungjawab mereka memberitahu sudah terlepas. Buat juga, tanggung sendiri..
Secara asasnya, emas ini termasuk dalam barang ribawi. Jadi pertukaran emas sesama emas, perlu sama jumlah / kuantiti / berat. Kalau penukaran emas dengan duit, pertukaran mestilah sesuai dengan harga emas tersebut, serta mestilah semasa akad berlangsung. Maksudnya emas tersebut mestilah disahkan wujud semasa akad.
1 ulasan:
Seronok jgk tgk sandiwara genneva ni. Pandai twist story. N consultants blh tahan jgk brainwashed buyers utk salahkan bank n bukan genneva tu sendiri.
Amazing bila melihat manusia boleh lupa bila diumpan dgn nafsunya..
Catat Ulasan