http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Sila baca artikel di link di atas. Niatnya memang bagus, untuk membantu memperkasakan lagi pendidikan agama terhadap anak bangsa.
Namun banyak pula kontroversi : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9748-teras-mahu-sabk-disemak-semula
Minta pembaca buangkan sentimen politik dalam hal ini.
Ini isu pendidikan.
SAR sekarang ini seperti sekolah-sekolah arab di Johor banyak mendapat bantuan daripada Jabatan Agama Islam negeri. Seperti di kebanyakan sekolah, gaji guru-guru dibayar oleh pihak sekolah dan dibantu dengan sedikit tambahan daripada Jabatan. Kalau mengharapkan gaji daripada pihak sekolah sahaja, memang sedikit. Sekitar RM 500-600 sahaja sebulan, dengan beban kerja yang banyak.
Selepas pelaksanaan SABK, Jabatan Agama Negeri tidak ada urusan lagi dengan sekolah tersebut kerana telah diambil alih oleh kementerian.
Banyak isu sebenarnya SAR menjadi SABK ini, antaranya ialah subjek agama (diniyah dan thanawi) seperti balaghah, qawa'id dan lain-lain mahu ditiadakan.Itu antara isu yang ditentang oleh SAR sendiri. Tidak tahu mengapa subjek itu mahu ditiadakan. Jika tiada subjek tersebut, SABK sama sahaj seperti SMKA dan kelas aliran agama yang ditawarkan oleh kementerian.
Mengapa rugi?
Saya sendiri adalah produk daripa SMKA. Pelajaran bahasa Arab di SMKA hanya terhad kepada subjek Bahasa Arab Komunikasi dan juga Bahasa Arab tinggi.
Subjek arab yang diajarkan di SAR lebih terperinci kerana turut menjadikan perkara seperti qawa'id dan balaghah sebagai satu subjek. Berlainan dengan subjek kementerian, semua itu dirangkumkan hanya dalam satu subjek sahaja.
Bukan nak katakan aliran agama yang ditawarkan kementerian itu tidak bagus, tetapi sistem pelajaran bahasa arab di SAR jika dipelajari dengan baik, murid akan lebih berkebolehan dalam bahasa arab. Ia sangat berguna teruamanya apabila hendak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam pengajian Islam. Subjek-subjek yang mahu ditiadakan itu banyak membantu mereka membina asas dalam bahasa arab.
Saya sendiri adalah produk SMKA. Apabila mengambil subjek bahasa Arab STPM, banyak perkara yang saya perlu pelajari, berikutan saya tiada asas bahasa arab yang kukuh.(sudahlah diri ini kurang cerdik,). Berbanding dengan sahabat yang datang dari SRA, mereka mempunyai kelebihan dari segi asas bahasa Arab. Hal ini lebih saya rasakan apabila melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah.
" eh benda ni kan senang je. hang tak pernah belajar ke kat sekolah dulu ?"
Ini antara soalan yang ditanyakan oleh beberapa sahabat semasa pengajian di IPTA dahulu. Mereka tidak mempunyai banyak masalah apabila berhadapan dengan subjek yang memerlukan pemahaman bahasa Arab, berbanding saya.
Sekali lagi, bukan nak kata sistem aliran agama di SMKA itu tidak bagus, tetapi kalau mahu melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam, sistem yang dibuat oleh SRA itu adalah asas yang sangat-sangat penting dan membantu.
Budak sekolah Arab jahat? tak pandai?
Ya, saya tak nafikan ada yang bermasalah. Namun kalau kita perhatikan, kebanyakan SRA ini juga sebenarnya adalah penyelamat.
Mengapa?
Biasanya kalau anda liha sendiri SRA adalah tempat buangan. Pelajar-pelajar yang bermasalah di hantar ke SRA dengan harapan supaya mereka menjadi baik. SRA atau sekolah arab ini biasanya tidak begitu memilih. Pihak sekolah menerima murid-murid yang bermasalah ini dengan hati yang terbuka.
(isteri saya mengajar di sekolah arab, jadi sedikit sebnyak saya tahu masalah murid-murid di sekolah arab)
Ramai ibu bapa yang mempunyai anak-yang pandai-pandai tidak mahu membuat pelaburan dengan menghantar anak mereka mendalami pengajian agama di Sekolah Arab. Bukan nak kata semua murid sekolah arab ini murid buangan, tidak bijak, cuma....anda pergilah ke kebanyakan SAR dan nilailah sendiri.
Kalau input sudah berapa cantik? Masih mengharap output yang elok? Bila 'ustaz' yang dilahirkan kurang berkualiti, masyarakat banyak menyalahkan individu tersebut dan institusi yang berkaitan dengan agama. Walhal kita sendiri turut terlibat.
Mengapa tak dihantar ana-anak yang cerdik IQ untuk program tahfiz atau bantu cita-citanya menjadi ilmuan Islam?
Mungkin tidak glamour barangkali...
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 11 Julai 2012
Dilema SAR menjadi SABK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan