Isnin, 21 Mei 2012

Isteri curang (ibu cerita)

Balik jengah ibu hujung minggu, ibu buka cerita pasal kawannya. Kawannya ini memang saya kenal sejak saya sekolah lagi. Pak Akob.

Akob (bukan nama sebenar) kawan ibu saya. Merupakan seorang kakitangan awam. Pangkatnya? Senang cerita dia kerja kuli. Walaupun cuma kuli, dia rajin buat kerja luar / part time sebagai handy man. Petang lepas kerja atau hujung minggu, jadualnya penuh. Potong rumput, tebas lalang, mengecat, betulkan paip, pendek kata apa yang boleh dibuat, akan dilakukan. Memang rajin.

Iyelah, gaji setakat 700 - 800 sebulan, nak tanggung isteri dengan 4 orang anak, mana cukup. Alhamdulillah kerja-kerja luar yang dibuat dapat juga menampung sedikit sebanyak perbelanjaan keluarga. Isteri Akob tidak bekerja pada mulanya. Hanya suri rumah.

Ibu saya mula upah pak Akob sejak saya masih sekolah lagi. Selalunya Pak Akob akan bawa anaknya seorang untuk membantu. Jadi sepanjang saya kenal Pak Akob, dia memang orang yang sangat gigih cari rezeki. Tak banyak cakap, tak banyak kerenah, tak banyak merungut. Berapa jumlah yang dibayar dia terima dan bersyukur.

Anaknya seorang boleh dikatakan sebagai OKU. Tidak boleh bertutur dengan jelas. Saya sendiri tak faham apa yang dia cakap. Anaknya yang istimewa itu juga selalu dibawa bersama menolong kerja-kerja luarnya.

Saya boleh katakan Pak Akob adalah seorang suami dan ayah yang sangat bertanggungjawab.

Masalah mula timbul bila isterinya merasakan pak Akob banyak duit hasil kerja luarnya. Banyak minta makan malam diluar, banding masak sendiri di rumah.

Menurut ibu saya, isterinya agak demand dan banyak kerenah. Kalau marah, tak puas hati, satu flat dengar suara. Pak Akob pernah beritahu ibu saya, kalau isterinya marah, memang jiran-jiran boleh tahu. Malunya usah cakaplah lagi. Mujur Pak Akob seorang yang penyabar.

Entah bagaimana isterinya mula rasa nak bekerja sendiri. Jadi susahlah juga. Minta pula disediakan kereta. Mahu tak mahu Pak Akob turutkan juga. Beli lagi sebuah kereta untuk isteri guna nak pergi kerja. Dengan gaji yang kecil, korek-korek jugalah nak membayar hutang kereta. Belanja keluarga lagi.

Malang datang menimpa, mula dengar kabar angin isterinya ada 'buaya friend' dengan orang lain di tempat kerja. Mula-mula tak percaya. Lama-lama terbongkar juga. Kecoh lagi satu flat. Isteri pak Akob ada hubungan dengan orang lelaki lain.

Dipendekkan cerita, isterinya lari, sekali dengan kereta yang dibelikan. Anak-anak juga ditinggalkan. Lari ikut jantan lain.

Berat hati juga...Perceraian berlaku.

Kasihan juga dengan Pak Akob. Kejujurannya, pengorbanannya sebagai suami disia-siakan oleh isterinya.

Malu dengan jiran, masyarakat tak usah dikata lagi..Tebal mukanya kalau orang bertanya...Dengan anak-anak lagi.

Tapi peliknya, isteri yang lari itu tak pula kahwin dengan 'buaya friend' yang dipujanya.

Tak lama lepas tu, bekas isterinya mahu balik semula...

" Dia dah malukan saya lama kak. Lama betul saya sabar dengan dia. 20 tahun saya sabar.  Mana saya nak balik lagi dengan orang macam tu? "

Saya geleng kepala dengar cerita dari ibu. Memang terasa kasihan sangat dengan Pak Akob. Apalah jenis isteri yang tak tahu nak nilai perit jerih suami berkorban nak bangunkan keluarga.

Tapi Alhamdulillah. Pak Akob akan kahwin lagi tahun ini. Dengan siapa tak sempat pula nak tanya lebih-lebih.

Hidup ini macam-macam. Harapnya kita dijauhkan dengan dugaan seperti ini.

Satu yang saya 'respect' dengan Pak Akob. Dia sangat sabar dan tenang, walaupun ujian datang...Kalau saya yang ken, tak tahulah macam mana..


5 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

thanks for sharing cerita. banyak yang kita boleh ambil iktibar

nurfauzi berkata...

Bukan apa, terbayang pakcik Akob tu kerja potong rumput tengah panas terik cari rezeki tambah...tapi isteri tak sokong..

APAN berkata...

respect sama pak akob tu...mmg penyabar la berdasarkan pembacaan aku dlm ni. nasib baik ending dia best. sebab dia x berbaik semula...biar dia rasa hidup sendiri mcm mana...

Tanpa Nama berkata...

Pak akob mmg yg terbaeekkk..ssh nk mencri lelaki jenis mcm pak akob nie..ingt la wahai seorg yg bergelar isteri..

ali mamak berkata...

Bersabar wahai pak akob...saya respect pak akob sebab pak akob ada akhlak yang terpuji dalam menguruskan keluarga walaupun isteri buat hal

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...