Selasa, 22 Mei 2012

Kepada penggiat MLM

* mood meradang.

Kepada penggiat MLM yang perasan hebat dalam ilmu muamalat. Jangan sesuka hati mahu membandingkan sistem MLM dengan mana-mana sistem. Nampak benar kebodohan kedangkalan melalui tulisan.

Cukup-cukup guna nama Islam jadi topeng nak kaut untung banyak-banyak. Iyelah kalau nak kata 9/10 rezeki daripada perniagaan pun, pergilah meniaga benda lain yang jauh lebih elok.

Aku pernah jumpa SAKAI MLM yang perasan hebat menulis:

 " kau bagi ayat Quran dengan hadis mana yang sebut MLM haram??? ".

Ni aku nak beritahu, memang takde ayat terus sebut MLM itu Haram, network marketing itu haram. Memang kalau kau carik jugak takkan jumpa sampai kiamat.     Bodo.(lenggok Ustaz Azhar Idrus)

Tapi ulamak kaji berdasarkan maksud ayat quran dan hadis. Menggunakan pelbagai teknik dan kaedah fiqh yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Ada ijmak, guna kaedah maslahah, sadd zarai', a'datul muhakkamah dan macam-macam lagi.

Hasil kajian, Fatwanya adalah harus. TETAPI mesti ikut garis panduan MLM Syariah JAKIM. Barulah perniagaan MLM itu jadi harus.

Kalau tak ikut garis panduan tu? Benda itu jadi syubhah. Kita tak pasti halal atau haram. Umat Islam perlu jauhi benda yang syubhah. Tanyalah mana-mana ulamak, Yusuff Qardhawi pun ada tulis dalam kitabnya (Halal dan Haram Dalam Islam) yang syubhah ni perlu sangat kita jauhkan. Yang hara itu jelas, yang halal itu jelas. Nak buat apa pilih syubhah?

Kepada penggiat MLM.

Kalau rasa hebat sangat, baca sampai habis garis panduan tu. Bagi Faham dulu. Bak kata ustaz Azhar Idrus, jangan jadi bodo. Kalau tak tahu jangan cakap lebih. Nampak bena bodo.

Dalam garis panduan MLM Syariah tu ada sebut syarikat mesti ada Panel Syariah yang berkelayakan untuk pantau sistem. Boleh kira dengan jari syarikat MLM yang ada panel Syariah semak pelan dengan produk Syarikat.

Kepada penggiat MLM.

Syarikat yang dah ada panel syariah pun tak lepas dari silap. Masih boleh jatuh hukum haram. Bukan sewenangnya dapat pengiktirafan panel, kau boleh buat dajal suka hati head hunting tak ingat dunia. Sibuk canang sijil pengiktirafan patuh syariah, tapi penilaiannye haram kau tak baca.

Dah baca penilaian patuh syariah (PPS) score A dengan garis panduan MLM JAKIM? Dalam  PPS score A tu jelas ada sebut, bila agen dok sibuk fokus head hunting, rekrut agen banyak-banyak, produk simpan tepi, target agen baru beli kali pertama ribu-ribu masa tu automatik jatuh hukum haram. Kenapa? Kau baca pulak garis panduan MLM JAKIM.

Ada disebut perkara yang dilarang antaranya:

1. Penipuan - tang ni bisnes apa sekalipun, kalau berlaku penipuan, jatuh hukum haram. Prospek beli kali pertama berpuluh ribu RM. Nak buat apa beli banyak-banyak. Kalau dalam keadaan biasa, bukan nak guna produk melambak macam tu. Kena perdaya beli banyak-banyak. HARAM hukumnya.

Cuba kita letak diri dalam keadaan biasa. Perlu ke beli berlambak-lambak produk? Kalau portal score A tu, perlu ke beli sampai berpuluh portal. Alasan nak jual. Harga satu portal bukan murah. Mau RM300. Kalau nak jual, baru pergi ambik kat stokis. Kan lebih selamat duit macam tu.

Lagi satu ramai jugak ahli tak tahu bahawa ada buy back policy. Upline banyak senyap tak nak bagitahu. Takut komisen kena tarik balik? Tapi ada tempoh, kena tengok dalam starter kit masing-masing. Tapi ada kes yang baru beberapa hari beli barang, lepas tu kata nak cancel, tapi upline kata barang dah beli tak boleh pulang. Apa cerita? Mana pergi buy back policy?

2. Beli produk yang sebenarnya tak diperlukan. Hang pi tibai beli korset ke, penapis air sampai 10 bijik. Yang nak guna sendiri satu je pun? Lagi 9 bukan guna. Kalau nak jual pun, bukan tak boleh ambik kemudian hari kat stokis. Jadi kat situ produk tak diperlukan sebenarnya, jadi helah semata-mata.

Kepada penggiat MLM.

Kalau pergi business preview MLM, banyak yang fokus cari downline. JAdi dah terang langgar garis panduan JAKIM tu.

Cukup takat ni dulu. Nak solat. Nanti aku sambung.


2 ulasan:

APAN berkata...

ayat2 keagamaan diguna dalam kempen mencari mangsa bawahan...mmg x patut...

Nur Fauzi berkata...

kalau dia guna method betu berhujjah, kwan tak kisah la...ni buat perbandingan sesuka hati. ingat sesuka hati je buleh buat gitu.
suruh ngaji agama, kite pulak dikate tunjuk pandai/brlagak..pulok dah..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...