Sabtu, 31 Disember 2011

Tahun Baru 2012


The choice is yours...Which one you will choose? Baca artikel penuh...

Score A - please don't me give this kind of answer.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2449565921240&set=t.592742674&type=1&theater

For those who 'pro MLM', sorry i can't help it. Maybe you will feel nothing wrong with the statement.

But for me...I don't know..If they give teh answer in front of me, i might leave and walk away. Or just ignore them.

Come on, even non graduate student can give such answer.

Where the hell is your responsibility towards the 'amanah' given to you to complete your study, use your scolarship wisely. Using your PTPTN or scolarship to join MLM is totally wong. You will be dragged in trouble..

For score A team who give the talk. Please grow up. Don't give such answer to university students.

There are many way they can get and learn softskill. There are so many part time job can be done instead of joining MLM like score A.

Sorry if if i make some one feels butt hurt. You don't agree, just leave this blog. Or you cant leave your comment in proper language, so i can also reply with proper and nice language.


Baca artikel penuh...

Khamis, 29 Disember 2011

Ejen asing kaut habuan 30 peratus - kes Iskandar Investment

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ejenasingkauthabuan30peratus/Article/

Suka atau tidak, ini realiti yang berlaku di Malaysia.

Bagaimana teruknya rasuah berlaku di Malaysia.

Berjuta duit rakyat Malaysia terlepas ke tangan orang lain.

Ini baru sedikit.

Bagaimana dengan kes sebelum ini yang tak didedahkan?

Sebahagian duit yang terlepas untuk kesenangan individu tertentu ini datangnya dari hasil kutipan cukai.

Ya, cukai yang dibayar oleh kita, rakyat Malaysia..



klik untuk besarkan. Baca artikel penuh...

Rabu, 28 Disember 2011

Mee Racun!



Kedai terletak di bandar Batu Pahat, Johor.

Saja letak nama Mee Racun. Untuk tarikan.

Jangan risau, selamat dimakan. Tidak mengandungi racun, termasuklah racun tikus.

Orang yang lepas makan tak mati pun.

Nak cuba mee racun? Baca artikel penuh...

Selasa, 27 Disember 2011

Infinity Dowline Scam Tipu Pyramid

Benda ini telah un mendapat perhatian dan ulasan daripada Ustaz Zaharuddin beberapa tahun ang lalu.

Senang ceritanya, benda ini haram. Diulang lagi. HARAM.

Cuma tak sangka masih ada lagi penyokong tegar yang begitu sengal, masih lagi menjalankan aktiviti Infinity Downline ini.

Buka Facebook, melambak boleh jumpa.



Kononnya ada pembaharuan yang dibuat.

Tapi semua itu helah saja. Asasnya tetap sama. Skim piramid.

siap tayang duit berkepuk-kepuk

Bagi mereka yang baru nak tahu tentang infinity downline dan terjumpa blog ini. Sila jauhkan diri anda daripada infinity downline.

Juga tolong sebarkan pada yang lain.

Kepada yang tak setuju sangat dengan hukum haram infinity downline ni (bagi yang beragama Islam), sila berikan hujjan anda dengan mengemukakan nas yang berkaitan.

Juga buktikan sistem infinity downline tidak bercanggah dengan garis panduan MLM JAKIM.

Fail to do that? Can't give any strong facts? Just shut your mouth and face the facts. It is totally scam. Baca artikel penuh...

Isnin, 26 Disember 2011

Soal jawab - lagi tentang aurat

(perbualan seorang cikgu dengan anak murid)

Cikgu, kalau saya keluar rumah tak pakai tudung boleh?

boleh..

Kalau Mak dengan kakak saya keluar rumah tak pakai tudung?

boleh..

Kalau ayah saya basuh kereta luar rumah pakai seluar pendek?

Itu pun boleh.

Habis kalau sepupu saya yang perempuan, main kat luar pakai seluar pendek, tak pakai tudung?

Boleh jugak..

Ai, hari tu cikgu kata kalau perempuan nak keluar rumah, kena tutup aurat. Aurat kan ahli keluarga je boleh tengok. Kenape cikgu kata boleh pulak.

Aurat kita ni siapa yang tak boleh tengok?

Hari tu cikgu kata, kalau orang yang boleh kawin dengan kita, haram die tengok aurat kita.

Betul tu. Kalau nak keluar siram bunga kat luar tak pakai tudung boleh. Tapi syaratnya kat luar tu takde orang lain yang nampak. Tak haram. Tapi tiba-tiba kalau kawan lelaki datang, dia selamba tak pakai tudung, dosa la masa tu.

Oooo...kiranya kalau orang lain tak nampak, boleh la ye kalau kita tak pakai tudung. Macam tu ke?

Kamu taknak pakai apa-apa pun boleh. Sebab takde orang nampak.

Eeee..tak senonoh la cekgu ni.



p/s: nak telanjang bulat kat luar rumah pun boleh, tapi pastikan takde orang nampak la ye. Kalau rumah kat tengah hutan, confirm tak nampak. Baca artikel penuh...

Ahad, 25 Disember 2011

Isu artis seksi



Kasihan mereka.

Banyak perkara yang tidak tahu.

Nampak jelas tahap pengetahuan hal keagamaan.

Siapa yang nak ingatkan mereka?

Kita makin sokong atau tidak?

Bagaimana kalau sampai ajal sebelum sempat berubah?

Apa yang boleh kita buat untuk bantu mereka?



Mula-mula bukak sikit. Lepas tu sikit lagi.

Tambah warna sana sikit. Sini sikit. Make up banyak sikit. Tambah lagi sikit.

Seterusnya....


p/s:  penat cikgu-cikgu sekolah ajar pasal adab dan akhlak. Mintak dijauhkan keluarga kita jadi begini..


Baca artikel penuh...

Jumaat, 23 Disember 2011

Sekitar Kem Remaja Ideal di Masjid al-Azim, Melaka

20 hingga 22 Disember, sempat saya menjengah program yang dianjurkan oleh Masjid Al-Azim negeri Melaka dengan kerjasama Jazim Motivation Group.

Hampir setahun lebih rasanya tak berpeluang bersama Jazim menjadi fasilitator program. Rupanya ramai muka baru yang turut serta menjadi fasilitator. Terasa diri semakin tua..

Bayaran yang dikenakan untuk program ini sangat murah. Cuma RM60 seorang peserta untuk program 3 hari 2 malam. Perbelanjaan program ditampung oleh yuran peserta dan selebihnya ditanggung oleh pihak Masjid.

Sekitar program

akhir program

hantu bungkus

muka mandom baru datang

mandi tepung 

arek mangan sego 


Baca artikel penuh...

Khir toyo dihukum penjara

Berita ini telah tersebar dengan luas di media bahawa bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah tinggi Shah Alam.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=636137

Tak banyak yang boleh diulas.

Cuma memang memalukan bagi bekas seorang menteri besar Selangor.

Berdegar-degar dahulu bercakap tentang integriti.

Ini baru seorang. Bagaimana lagi 'orang besar' lain atau yang lebih besar lagi.

Bila agaknya nak didedahkan semua.

Kasihan juga, macam dikambing hitamkan.

Tak tahu bagaimana pula kes NFC yang baru disiasat SPRM.

Baca artikel penuh...

Ahad, 18 Disember 2011

Kerja sengal - Ludah mahasiswa



Cuba tengok klip sampai habis.

Macam orang tak cukup pendidikan pun ada. Bikin malu parti.

Ade orang kata kepala masuk air. Baca artikel penuh...

Sembang - Cerita Imam Ahmad bin Hanbal

* cerita diolah semula daripada video ustaz Zahar Idrus

Imam Ahmad bin Hanbal senang ceritanya adalah ulamak yang tersohor dan juga dihormati oleh masyarakat. Bagi beliau tiada makhluk yang perlu ditakuti. Hanya takut kepada Allah sahaja.

Satu hari salah seorang ahli keluarga khalifah sakit. Sakit dirasuk. Sudah ramai tabib datang cuba merawat, tapi tak jalan. Jin degil kali ini. Pelbagai cara dilakukan, tak mahu keluar juga jin yang merasuk.

Hinggalah ada yang mencadangkan supaya dipanggil imam Ahmad untuk datang merawat.

Jadi khalifah menghantar utusan untuk pergi menjemput imam Ahmad datang ke istana khalifah.

Apa yang terjadi?

Imam Ahmad enggan pergi. Katanya kalau mahu, khalifah perlu datang sendiri bersama pesakit.
(macam adab menuntut ilmu, eloknya anak murid pergi cari guru.)

Jadi utusan khalifah pulang dan beritahu pada khalifah. Khalifah masih mahu Imam Ahmad datang ke istana. Dihantar lagi utusan untuk kali ke dua pergi menjemput Imam Ahmad.

Sekali lagi Imam Ahmad menolak, Alasan yang sama. Kalau mahu, kena datang sendiri.

Dipendekkan cerita selepas membuat rundingan, akhirnya Imam Ahmad ambil sebelah kasutnya dan diberi pada utusan khalifah. Pening utusan khalifah, hajat mahu bawa pulang imam Ahmad, tapi kasutnya yang dapat.

Imam Ahmad menyuruh bawa kasutnya pada orang yang dirasuk, dan katakan jika jin tidak mahu keluar juga akan dipukul dengan kasut Imam Ahmad.

Dengan berat hati, utusan khalifah pulang semula. Risau dimarahi oleh khalifah.

Sampai di istana, khalifah agak pelik. Hanya sebelah kasut imam Ahmad yang dibawa pulang. Utusan khalifah menjelaskan semula apa yang dikatakan oleh imam Ahmad.

JAdi mereka mencuba seperti apa yang disarankan oleh Imam Ahmad. Bila dikatakan mahu dipukul dengan kasut ima Ahmad, serta merta keluar jin dari tubuh badan pesakit. Orang yang dirasuk juga serta merta  sembuh.

Pengajaran
 hebatnya Imam Ahmad bin Hanbal, kasutnya pun jin dan syaitan takut. Apa lagi orangnya.
Kuncinya? Imam Ahmad hanya takut kepada Allah, bukan pada makhluk.

Kita ni anak menangis, baca macam-macam tak jalan pun...Sekali bawak jumpa ustaz lain, senyap terus. Baca artikel penuh...

Video - lagi hudud PAS.

Have you watch the video in youtube?

Just go to youtube and type hudud pas sembang rakyat.

Try and watch it.

For me..It is so annoying..Bull shit.

Astaghfirullah...

People who involved with the video should repent to Allah. Taubat nasuha.

I'm not a politician.
I'm not a member to any party.

I'm also not an ustaz. Just a person who only have basic (very2 basic) in Islamic studies.

But when it come to verses from Allah, who are to deny and condem it?

Hudud is stated in Quran. So for muslim we can't take it lightly.

Allah created us, and He knows what is the best for us.

I believe, the people behind the video is Muslim. And I pray to Allah may that culprit realised that what he has done is really really WRONG.

Don't agree with me? Buzz out. Baca artikel penuh...

Jumaat, 16 Disember 2011

Skim Baru Perkhidmatan Awam (sbpa) tak adil?

Saya merupakan bakal penjawat awam. Sekarang belum lagi, masih menjalani latihan perguruan di IPG. Apabila lantikan dibuat, saya secara automatik akan dilantik bawah SBPA.

Kecoh sekarang tentang skim ini sebenarnya. Terbaru, CUEPACS tidak bersetuju dengan skim baru ini dan mahu berbincang lagi berkenaan SBPA ini.

Sudah baca maklumat tentang skim ini? Cuba cari di internet, pasti jumpa banyak.

Setelah membaca penerangan tentang SBPA, apa yang melekat dikepala saya adalah kenaikan gaji tahunan, exit policy, dan juga penilaian prestasi.

Penilaian prestasi dan kenaikan gaji serta exit policy.
Secara peribadi, saya berpendapat perkara ini terdedah kepada bias. Mungkin sesuatu boleh dilakukan dengan meneliti cara penilaian dilakukan. Mereka yang berada di prestasi 70% ke bawah akan menghadapi masalah besar, diberi amaran, hinggalah diminta bersara atau diberhentikan. Masalahnya ialah pada penilai. kemungkinan boleh berlaku, mereka yang prestasinya baik, diberi markah yang rendah kerana ada perselisihan dengan ketua. Kaki bodek / kaki kipas boleh dapat markah selamat. Benda ini tak mustahil berlaku sebenarnya.

Bukan tidak bersyukur dengan kenaikan gaji dan gred yang diberikan. Tapi ruang untuk perkaraini dimanipulasi boleh saja berlaku.

Exit policy ini bagi saya bagus juga dibuat. Ini untuk memastikan kakitangan awam terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Anda ada pendapat lain tentang SPBA?
Baca artikel penuh...

Rabu, 14 Disember 2011

Jemaah tabligh tak betul?

Mungkin ramai di kalangan pembaca pernah didatangi oleh jemaah tabligh, mengajak anda pergi ke surau / masjid untuk beribadah.

Kebiasaannya mereka datang pada waktu petang. Kalau di kolej kediaman IPTA/IPT,mungkin sebelum maghrib dan juga sebelum masuk Isyak.

Apa reaksi anda ketika itu?

Betulkah apa yang diusahakan?
Usaha dakwah yang dijalankan oleh jemaah tabligh ini tidak ada salahnya. Usaha yang dijalankan ini adalah satu kebaikan kerana mengajak orang kepada kebaikan, bukan berdakwah kepada kejahatan.

Cuma mereka tidak boleh memaksa orang ramai mengikuti mereka. Cara yang seakan mendesak juga perlu dielakkan. Jika didesak, kemungkinan target dakwah akan semakin jauh lagi. Masa yang diluangkan untuk mengajak juga perlulah sesuai. Tak perlu bercerita terlalu panjang meleret. Masing-masing ada urusan yang perlu diselesaikan, jadi ayat promo perlu diringkaskan sedikit. Jika mereka datang ke surau/masjid, itu sudah cukup.

Perlukah keluar berdakwah 3 hari, hingga 40 hari?
Anda sendiri tentukan sama ada perkara itu perlu atau tidak. Apapun, sebelum anda keluar meninggalkan rumah, pastikan orang di bawah tanggungan anda ditinggalkan dalam keadaan yang cukup sepanjang anda tiada. Berdosa hukumnya jika kita tidak menunaikan tanggungjawab kita.

Perkara ini perlu diberi perhatian. Keluarga kita adalah tanggungjawab kita. Jangan terlalu teruja keluar berdakwah, tetapi keluarga terabai. Rasulullah s.a.w keluar berdakwah, tapi baginda juga merupakan seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab.

Saya tak suka jemaah tabligh?
Suka atau tidak, itu bergantung pada individu. Tapi tak perlu kita mencela, menempelak atau memarahi jemaah tabligh yang mengunjungi anda. Kerana pada asasnya, mereka menjalankan usaha dakwah yang orang lain tidak mampu buat. Dakwah adalah tanggungjawab setiap umat Islam. Mereka telah berusaha mengikut cara mereka. Jadi jangan dikeji, dihalau jemaah tabligh yang datang. 

Lagipun kebiasaannya mereka datang secara baik dan bersopan. Jika tidak mahu menerima kunjungan mereka pun, boleh tolak secara baik. InsyaAllah mereka berlapang hati menerima.

Bagi jemaah tabligh
Saya menyokong usaha jemaah tabligh. Kagum juga dengan mereka kerana mampu menggerakkan diri mereka untuk menyeru dakwah. Saya sendiri secara peribadi tak berupaya, dan tidak mempunyai semangat seperti itu.

Cuma mungkin ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki oleh jemaah tabligh yang mahu melakukan ziarah rumah ke rumah dan di masjid. (hasil perbincangan dan pertukaran pendapat dengan rakan ustaz lain)

1. Penampilan diri yang kemas dan bersih. Saya pernah berjumpa dengan jemaah tabligh yang saya rasa kurang kemas penampilannya. Bagaimana nak menarik orang jika penampilan kita tidak menarik? Jika berjanggut sekalipun, boleh dikemaskan, disisir dengan baik. Memakai pakaian yang elok dan kemas serta bersih.
2. Ringkaskan percakapan. Saya pernah berjumpa dengan jemaah tabligh yang percakapannya agak meleret-leret. Isi utamanya mahu ajak ke surau. Tapi nak sampai ke surau itu, sempat singgah di Bali, India, dan macam-macam tempat (yang rasanya tak berkait langsung dengan isi utama).

Lagipun, kita perlu juga meraikan kesibukan tuan rumah. Mungkin mereka agak sibuk semasa dizizrahi. Oleh itu, ringkaskan percakapan anda,

3. Tutur kata menarik. Tutur kata juga perlu menarik dan juga sopan, supaya tuan rumah tidak berkecil hati.

4. Menjaga kebersihan diri dan masjid/surau. Diri kita sebagai pendakwah perlu bersih. Selain itu, masjid yang menjadi tempat persinggahan juga perlu dijaga kebersihannya. Penginapan perlu diatur dengan baik, serta dikemaskan.
Saya pernah mendengar rungutan dari pihak pengurusan masjid, jemaah tabligh yang menginap kurang menjaga kekemasan surau.


Ini adalah pendapat peribadi saya terhadap jemaah tabligh. Saya bersetuju dengan gerakan mereka, cuma mungkin ada beberapa perkara atau isu yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki.

Anda suka jemaah tabligh?

Baca artikel penuh...

Selasa, 13 Disember 2011

Kahwin perempuan zina?

(anda boleh tidak bersetuju dengan saya. Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis)

Anda sebagai seorang lelaki, bagaimana jika pasangan anda mengaku pernah terlanjur?

Bagaimana jika bakal tunang, atau tunang anda mengaku pernah terlanjur dengan orang lain?

Dalam situasi itu, wanita itu benar-benar sudah insaf dan sedar kesilapannya. Sudah taubat nasuha.

Boleh kamu terima? Atau memaafkannya tetapi meninggalkannya?

Apa reaksi kamu?

' Kalau tunang aku, aku tinggal je dia.'

" aku cerai dia kalau aku tau dia buat benda tak senonoh tu dulu"

Itu antara dialog yang pernah saya dengar sendiri dari kalangan kawan-kawan.


Salahkah memilih?

Apa pun pilihan sentiasa di tangan kita. Kita bebas memilih yang terbaik untuk diri kita.

Ya, sebagai lelaki jika anda rasa tertipu, kecewa, marah, anda berhak menolak teman yang sudah terlanjur itu. Itu pilihan anda.

Cuma.

Jangan dikeji, dihina, dimaki, dimarah teman itu.

" kau perempuan jijik." " kau kotor" " perempuan sundal"

Dari sisi pandangan dakwah, mana pergi belas ihsan dan kemanusiaan dalam hati ini kalau kita terus mengeji tanpa memberikan peluang kepada mereka.

Ya, anda sebagai lelaki bebas untuk memilih. Tetapi mengeji dan membiarkan mereka terkapai tanpa bimbingan adalah lebih kejam.

Jika tidak terima, sekurang-kurangnya janganbiar mereka terus hanyut.

Dan lebih penting, aib mereka jangan dibuka, jangan disebar luas. Aib manusia perlu dijaga.

Orang yang diterima taubat oleh Allah itu bersih. Siapa tahu Allah terima taubat mereka? Siap kita untuk terus menilai mereka terpesong jauh, terus bergelumang dengan maksiat?

Bantu mereka.

Ya, anda bebas untuk memilih, tapi jangan dikeji.

Mereka juga berhak untuk hidup seperti insan lain. Apa lagi jika sudah bulat tekad taubat nasuha..

Sebagai lelaki, sanggup kita terima?

Anda sanggup? Baca artikel penuh...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...