* cerita diolah semula daripada video ustaz Zahar Idrus
Imam Ahmad bin Hanbal senang ceritanya adalah ulamak yang tersohor dan juga dihormati oleh masyarakat. Bagi beliau tiada makhluk yang perlu ditakuti. Hanya takut kepada Allah sahaja.
Satu hari salah seorang ahli keluarga khalifah sakit. Sakit dirasuk. Sudah ramai tabib datang cuba merawat, tapi tak jalan. Jin degil kali ini. Pelbagai cara dilakukan, tak mahu keluar juga jin yang merasuk.
Hinggalah ada yang mencadangkan supaya dipanggil imam Ahmad untuk datang merawat.
Jadi khalifah menghantar utusan untuk pergi menjemput imam Ahmad datang ke istana khalifah.
Apa yang terjadi?
Imam Ahmad enggan pergi. Katanya kalau mahu, khalifah perlu datang sendiri bersama pesakit.
(macam adab menuntut ilmu, eloknya anak murid pergi cari guru.)
Jadi utusan khalifah pulang dan beritahu pada khalifah. Khalifah masih mahu Imam Ahmad datang ke istana. Dihantar lagi utusan untuk kali ke dua pergi menjemput Imam Ahmad.
Sekali lagi Imam Ahmad menolak, Alasan yang sama. Kalau mahu, kena datang sendiri.
Dipendekkan cerita selepas membuat rundingan, akhirnya Imam Ahmad ambil sebelah kasutnya dan diberi pada utusan khalifah. Pening utusan khalifah, hajat mahu bawa pulang imam Ahmad, tapi kasutnya yang dapat.
Imam Ahmad menyuruh bawa kasutnya pada orang yang dirasuk, dan katakan jika jin tidak mahu keluar juga akan dipukul dengan kasut Imam Ahmad.
Dengan berat hati, utusan khalifah pulang semula. Risau dimarahi oleh khalifah.
Sampai di istana, khalifah agak pelik. Hanya sebelah kasut imam Ahmad yang dibawa pulang. Utusan khalifah menjelaskan semula apa yang dikatakan oleh imam Ahmad.
JAdi mereka mencuba seperti apa yang disarankan oleh Imam Ahmad. Bila dikatakan mahu dipukul dengan kasut ima Ahmad, serta merta keluar jin dari tubuh badan pesakit. Orang yang dirasuk juga serta merta sembuh.
Pengajaran
hebatnya Imam Ahmad bin Hanbal, kasutnya pun jin dan syaitan takut. Apa lagi orangnya.
Kuncinya? Imam Ahmad hanya takut kepada Allah, bukan pada makhluk.
Kita ni anak menangis, baca macam-macam tak jalan pun...Sekali bawak jumpa ustaz lain, senyap terus.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Ahad, 18 Disember 2011
Sembang - Cerita Imam Ahmad bin Hanbal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan