Isnin, 26 Disember 2011

Soal jawab - lagi tentang aurat

(perbualan seorang cikgu dengan anak murid)

Cikgu, kalau saya keluar rumah tak pakai tudung boleh?

boleh..

Kalau Mak dengan kakak saya keluar rumah tak pakai tudung?

boleh..

Kalau ayah saya basuh kereta luar rumah pakai seluar pendek?

Itu pun boleh.

Habis kalau sepupu saya yang perempuan, main kat luar pakai seluar pendek, tak pakai tudung?

Boleh jugak..

Ai, hari tu cikgu kata kalau perempuan nak keluar rumah, kena tutup aurat. Aurat kan ahli keluarga je boleh tengok. Kenape cikgu kata boleh pulak.

Aurat kita ni siapa yang tak boleh tengok?

Hari tu cikgu kata, kalau orang yang boleh kawin dengan kita, haram die tengok aurat kita.

Betul tu. Kalau nak keluar siram bunga kat luar tak pakai tudung boleh. Tapi syaratnya kat luar tu takde orang lain yang nampak. Tak haram. Tapi tiba-tiba kalau kawan lelaki datang, dia selamba tak pakai tudung, dosa la masa tu.

Oooo...kiranya kalau orang lain tak nampak, boleh la ye kalau kita tak pakai tudung. Macam tu ke?

Kamu taknak pakai apa-apa pun boleh. Sebab takde orang nampak.

Eeee..tak senonoh la cekgu ni.



p/s: nak telanjang bulat kat luar rumah pun boleh, tapi pastikan takde orang nampak la ye. Kalau rumah kat tengah hutan, confirm tak nampak.

2 ulasan:

APAN berkata...

pemahaman kita kalau nak keluar rumah.tpi kalau kat rumah ada tetamu pun kita kena tutup aurat gak...nice info :)

Nur Fauzi berkata...

betoi. kesimpulannya nak bukak aurat boleh, tapi jangan bagi orang nampak

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...