Selasa, 23 April 2013

Artikel tumpuaan minggu ini

Blog cabuk ni taklah popular pun. Tapi alhamdulillah ada juga yang sudi singgah membaca.

Biasanya artikel yang jadi tumpuan adalah pekara berkaitan dengan MLM dan juga penipuan.

Minggu ini artikel yang paling banyak dibaca adalah:
1. Detox terapi ion kaki
2. Lagi cerita MLM: MC Ocean

2 benda ni memang tengah 'hot' agaknye. Ramai orang cari maklumat untuk tahu perkara ni. Biasalah ada yang sokong, ada juga yang tidak.

Macam dulu kes MLM Hai O, Score A dengan Infinity Downline, naik jugelah trafik blog ni sebab ramai yang cari maklumat pasal perkara ni.

Lagilah maklumat pasal sisi negatif MLM ni tak banyak sangat berbanding dengan maklumat promosi yang banyak indah kabar dari rupe.

Tapi dalam celah-celah topik MLM minggu ni tak sangka juga Resepi Bubur Nasi pun dapat tumpuan juge haha.

Semoga resepi yang dikongsikan dapat beri manfaat pada mereka yang membaca dan ingin mencuba. Tak susah pun kan masak bubur ni.

Apa pun tujuan utama blog ini diwujudkan bukan nak mencari tarik yang banyak dan untung. Cuma nak berkongsi maklumat dengan pembaca lain. Apa yang bermanfaat boleh diambil, dikongsi dan disebar luaskan.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...