Ahad, 21 April 2013

Nasyid: Izzat Mahadi

Satu ketika dahulu memang agak aktif dengan nasyid. Yalah walaupun cuma kumpulan kecil dalam kampus, tapi selalu juga berlatih dan ada persembahan kecil-kecil. Jadi bila jumpa kawan-kawan, selalulah kongsi info terbaru pasal nasyid. Selalu 'up to date' pasal nasyid ni, lebih-lebih lagi tentang kumpulan terkenal macam Raihan, Hijjaz, Mirwana, Rabbani, Brothers, Inteam, Mestica, unic, Fareast, macam-macam lagi lah.



Tapi sejak habis belajar dan berkerjaya sebagai guru ni, tak begitu 'up to date' sangat. Tahu-tahu terdengar lagu kat ikim.fm. Rupe-rupenye dah lama keluar album ni. Siap tercalon dan finalis dalam AIM 19 lagi.



Saya terlepas pandang lagu dan album yang baik ini. Album Izzat Mahadi, bekas ahli kumpulan mirwana.

Saya juga minat kumpulan Mirwana. Malah sebelum mirwana tampil dengan lagu 'Aku tanpa CintaMu' lagi. Dalam Mirwana dahulu, saya memang tertarik dengan vokal Izzat dan juga Faizal Tahir.

Antara lagu yang menonjolkan vokal Izzat Mahadi.



Ada banyak lagu-lagu lama Mirwana yang bagus. Contohnya lagu Moment



antara lagu lain Mirwana



Saya mengesyorkan anda memiliki album Izzat Mahadi. Beli yang original.

2 ulasan:

Zura Zue berkata...

minat lagu keluarga bahagia kumpulan saujana..

Nur Fauzi Bassar berkata...

lagu keluarga bahagia tu pun ok juga. terus bertahan sampai hari ni walaupun penyanyinye dah tak bersama saujana lagi

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...