Sabtu, 6 Oktober 2012

Penangan Dr Rozmey dengan Emas Geneva!

Sesungguhnya blog ini hanyalah blog cabuk. Tak ramai yang baca, tak ramai yang jadi 'follower'. Tak popularlah senang kata.

Biasanya sehari adelah dalam 50 - 100 Unique Visitor (UV). Kalau hujung minggu lagilah jatuh merudum.

Tapi minggu ini trafik naik mencanak-canak. Dek kerana penangan Emas Geneva yang kena serbu dan juga pengangan Dr Rozmey (yang ini paling dahsyat)

UV sehari naik berganda-ganda. Ada sehari sampai 10 kali ganda. Banyaklah bagi blog yang tak popular ni. Bagi blogger-blogger hebat, 1000 UV sehari ape nak heran kan?

Jus mate 5, herba prima, Dr Rozmey - tipu?

Pelaburan Emas Geneva tak patuh hukum syarak


Itulah artikel yang menaikkan trafik blog ini minggu ini. Alhamdulillah.

Cuma sayangnya tiada BE yang singgah minggu ini. Kalau tidak banyak jugalah dapat 'income' dari nuffnang.

Artikel yang lepas-lepas pun boleh menyumbang menaikkan trafik blog kalau kena masa.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...