Hari ni terasa nak makan paprik ayam. Kalau pergi makan malam di kedai pun, paprik ayam antara menu yang selalu dipesan.
Tapi disebabkan poket yang kerinng saje sejak beberapa bulan ni, kena la juga masak paprik ayam.
Resepinya? Cari saje di internet, ada banyak versi.
Resepi paprik ayam saya:
Ayam 3-4 ketul. Kalau boleh bahagian isi.
Bawang merah.
Bawang putih
Bawang besar
Cili padi (nak pedas, letak la banyak)
Lobak merah
Kacang buncis / kacang panjang
Tomato
Sos cili
Sos tomato
Kicap manis
Sos tiram
Garam
Gula
Daun limau purut (2 helai)
Sebatang serai (kasi hantam saja bagi penyek haha)
Cara masak.
Ayam saya goreng dulu 1/2 masak. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dengan cili padi. Bila dah naik baunye baru masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram.
Memandangkan kat rumah ni takde sos tiram dengan sos tomato, jadi saya cuma guna sos cili dengan kicap.
Bila dah sebati, masukkan ayam tadi dan gaulkan. Masukkan pula daun limau dengan serai. Kemudian tambahkan air. Masukkan gula dengan garam secukup rasa. Gaul dan biarkan sekejap. Daun limau tu kalau tak ada, tak sedaplah parik.
Akhir sekali masukkan kacang buncis, tomato dengan lobak merah yang dah potong tadi. Kalau nak masukkan jagung muda pun sedap juga.
Bagi yang tak suka makan sayur, taknak masukkan sayur pun oleh. Cuma kena lebihkan ayam. Kalau tak nampak sikit je papriknye nanti.
Jadi setelah siap semuanya diproses, inilah hasilnye.
Cubalah masak. Tak susah mana pun. Saye yang lelaki ni pun boleh masak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan