Selasa, 10 Mac 2015

Jawapan standard peserta skim cepat kaya

Kadang-kadang tak guna juga nak jelaskan panjang lebar pada mereka yang percaya pada skim cepat kaya ni. Sebab logik yang agak mudah dan 'common sense' pun tak boleh nak fikir dan ikut.


Semua tu biasanya sebab dah terpedaya dengan pulangan bulanan yang lumayan dengan cara yang sangat mudah. Keluar duit / letak modal besar dan tunggu saja pulangan masuk tiap bulan. 

Maksudnya dah kelabu mata dengan duit. Nak duit banyak, kaya raya tapi malas nak kerja kuat macam peniaga yang sebenar. Sikap ni sebenarnya yang sering menjerat orang masuk skim cepat kaya. Lebih menyedihkan lagi ramai orang Islam dan Melayu yang turut serta. 

Segala penjelasan berkaitan hukum fiqh, teknikal muamalat bagaimana transaksi itu berlaku sukar untuk difahami sebab dah seronok dapat duit. Kita jelaskan satu-satu permasalahan yang timbul, kebiasaan 'return of investment', penilaian projek perniagaan,  isu riba bila 'fixed' bayaran tiap bulan, bla bla bla.

Tapi biasa jawapannya hanya berkisar pada:

1. Tak faham jangan buat cerita. Jangan fitnah.
2. Tak faham datang ofis.
3. Dengki peniaga melayu nak berjaya.
4. Tak sokong produk Melayu.
5. Sokong bangsa kapir daripada sokong bangsa sendiri.
6. Dah bertahun masuk.
7. Kalau salah kenapa tak kena tangkap?
8. Ade lesen AJL
9. Ustaz pun ramai masuk. Lawyer pun ramai masuk. Cikgu pun masuk.
Dan banyak lagilah jawapannye.

Ape yang kita persoalkan tu pun langsung tak berjawab. Macam kes skim arbok. Bila baca komen tak ada pun nak menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Apa pun kerja nak mengingatkan dah lepas. Nak meroyan ape ke ikut sukalah masing- masing. Bila pedih tersontot nanti jangan disalahkan siapa-siapa lagi. Salah sendiri, Orang dah beri nasihat, tunjuk macam-macam bukti, Degil juge kan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

duit juta2 leh bayar tiap2 bulan kepada peserta..bayar cinonet pada panel syariah takkan tak bley..geram juga...boleh atau tak boleh...simple

Tanpa Nama berkata...

salam
blog tuan dan komen di atas menarik minat sy untuk komen kt sini. Ramai kawan2 sy telah tertipu dgn sebuah syarikat dgn janji bayaran keuntungan blnan scr tetap sama seperti program arba yg tuan tulis.Z3 marketing sudah 5 bln gagal membayar profit kpd ahlinya. kalau tuan sudi buat kajian dan blh bongkarkan penipuan syarikat ini? kesian kwn2 sy yg menanggung komitmen loan kt bank. tq

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...