Ahad, 8 Mac 2015

Perjanjian Arba Network: Riba jelas dan nyata?

Saya dapat salinan perjanjian daripada seorang insan.

Ringkasnya saya diberitahu:
Beliau tarik diri selepas rasa tak senang hati. Setelah ugut nak buat laporan polis baru 75% duit (harga produk yang diuruskan syarikat) dipulangkan.
Sepanjang masuk tak diberitahu pun usaha syarikat nak pasarkan produk ke mana. Sibuk cari peserta sahaja. Bila nak tarik diri ramai yang perli dan marah.
* saya cuma sampaikan apa yang diberitahu.

Bayaran penuh produk dibuat atas nama Classic Worldwide Corporation Sdn Bhd. Tapi resit atas nama CWC(m) Sdn Bhd. Saya tak pasti adakah menjadi kesalahan kalau nama syarikat diringkaskan dalam resit. Ini kena tanya peguamlah bila masuk mahkamah.

Tapi yang peliknya bayaran pada CWC tapi perjanjian dengan Arba network. Kenapa perjanjian bukan dengan pihak syarikat? Syarikat boleh cabut senang lenang macam ni walaupun CEO tandatangan perjanjian. Tinggal nanti terkapai-kapai. Siapa yang bertanggungjawab dalam arba network ini? Adakah Arba network satu entiti yang berdaftar?

Bila baca, kontrak ni senang kata nak serahkan urusan penjualan produk pada Arba Network. Saya boleh kata depa nak buat kontrak wakalah. Tak ada masalah la yang tu.

Tapi timbul masalah bila ditetapkan pula pulangan 8% sebulan dalam kontrak tu kepada kita (pembeli) selama setahun. 8% itu pula bersandarkan kepada modal belian awal (beli produk) oleh pembeli. Kalau RM10k, maksudnya 8% daripada RM10k.

Macam mana pula bila buat wakalah boleh tetapkan pulangan secara tetap. Malah mereka menyatakan 8% itu adalah hibah. Kalau 8% tu dikatakan pulangan sebab jualan produk kita, mana boleh dipanggil hibah. Itu hasil jualan yang memang milik kita. Hibah ni adalah pemberian sesuatu yang asalnya bukan milik kita.

Malah dalam kontrak itu saya tak jumpa pun perkataan hibah. (sila tunjukkan kalau ada, manalah tahu terlepas pandang).

Yang saya nampak adalah gharar dan riba yang jelas.

Nampaknya yang buat perjanjian ni pun tak berapa nak faham konsep wakalah macam mana.

Tapi bila kita kritik kata muamalat ni tak betul, tak ikut terma yang dibuat, tiba-tiba melenting.

Minta betulkan dulu kontrak dengan masukkan terma yang betul dan benar-benar berfungsi ikut terma tu. Dan dapatkan panel syariah untuk teliti pelan serta perjanjian,

Kalau penasihat syariah sahkan harus, patuh syariah barulah ok.

2 ulasan:

Khairi Mohd berkata...

salams,

selepas bising di wassep, saya pun sehari suntuk duk stadi si arba ni. dan tergoogle masuk ke blog tuan.

aidid pun dha stop kalau tak mahu sebakul dia bagi fuckshit dia.

thanks for sharing, kalau berdebat dgn geng depa ada je jawapan, tapi at least tuan bg point untuk prevent rakan2 saya masuk. so, thanks.

Nur Fauzi berkata...

tak banyak maklumat yang menyanggah skim cepat kayap ni.

harapnye dapat dipanjangkan pada orang lain supaya tak terpengaruh dengan pelaburan haram begitu.

terima kasih datang jenguk.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...